Tuesday, October 1, 2013

Kau, Kunci, Hati dan Aku

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk macam jiwang, tapi tulisan tak jiwang kot. Nak tau jiwang tak jiwang kenalah baca.

Beberapa hari lepas aku mengikuti kursus untuk mendapatkan sijil wajib bagi orang-orang yang ingin memohon kebenaran untuk bernikah atau dalam bahasa mudahnya aku join kursus Pra-Perkahwinan. Bukan sebab aku dah nak kawen, kalau itu yang korang fikir. Ianya salah sama sekali kerna aku sudah pun memiliki sijil tersebut sejak tahun lepas lagi keluaran Jabatan Agama Islam Perak. 


Aku hadir kursus ini untuk mendapatkan ilmu..(jangan gelak)..

"Kamu kena kenal pasangan kamu." Kata ustaz yang sedang mengajar di depan. 

"Kamu kena fikir panjang, sanggupkah kamu nak berkongsi hidup dengan dia? Sanggupkah kamu nak bersusah payah dengan dia?..Untuk dia?" Aku serius mendengar.

"Buatnya pasangan kamu kerja Petronas, Drilling engineer. Nue kerja kat Sudan nue. Setahun ada 12 bulan. 1 bulan ja dia balik duduk dengan kamu. 1 Januari dia balik, 31 Januari dia pi pulak. Nueh 1 Januari tahun depan pulak baru dia nak balik. Sanggup ka kamu uruskan rumah tangga, uruskan anak-anak selama 11 bulan? - Haa tapi bila dia balik 100 ribu la dia bagi kat kamu." 

"Masihkah ada kesudian?" - Message Sent..

Message Delivered..
..dan ku lihat KAU yang di sebelah sana. Tersenyum.

***

Selesai sudah makan nasi ayam yang mengingatkan aku kepada hidangan nasi ayam di arked Pekan Sungai Yan.  Ayamnya yang ranggup, nasinya lembut, sos yang cukup rasa masin, pedas, manis dan masam menambah rasa enak ayam walaupun supnya sedikit tawar.

Waktu Zohor sudah hampir 20 minit berlalu. Baik cepat aku jalan ke surau yang kebetulan bersebelahan dengan kedai nasi ayam tersebut. Kelas akan bermula tepat pukul 2 petang nanti. RM5 sepinggan nasi ayam di Kuala Lumpur. Aku berjalan ke surau.

Buka kasut, terus aku bergegas masuk. Berselisihan dengan orang-orang sudah selesai menunaikan solat Zohor disini. Semuanya nak balik ke rumah lah kot, hujung-hujung minggu macam nie seronok berehat di rumah. Selesai berwuduk. Aku nampak orang terakhir mungkin, keluar daripada dewan solat. Aku tuju ke sana.

Astaqfirullah. Dia nampak aku menuju ke dewan solat. Tapi segera dia keluar dan kunci pintu sebelum aku sampai disana. Aku selisih dengan pak cik tue di tangga dewan solat. Dia jalan selamba masuk ke dalam pejabat surau berdekatan dengan dewan solat. 

"Apa cerita nie? Surau kunci.." Dalam hati aku.


Sudahlah cermin gelap, Suraunya bentuk petak macam banggunan,mana aku tahu arah kiblat. Sedang aku jenguk di pintu cermin yang gelap mencari arah tempat imam. Aku jalan ke pejabat, jumpa pakcik tadi.

"Assalamualaikum, pakcik..mana arah kiblat?"
"Terus sahaja ikut sana." Dia memberi arahan tangan menunjuk ke arah sana.

Aku bentangkan sejadah dan bersolat dikoridor surau, betul-betul depan pintu surau yang berkunci.

Ada surau, KUNCI pulak.

***

Lama rasanya tak singgah makan di restoran nie. Kali terakhir makan Spaghetti, Bubur Jagung dengan Kopi Susu - Sedap.

Restoran Upin dan Ipin. Tak kisah korang nak cakap apa. Aku suka makan dekat sini. Relax, Cafe dia bersahaja, selesa dan tengok cerita Upin dan Ipin tanpa henti hahaha. Kali nie makan malam. Tadi siang dah makan nasi. Atas nasihat orang-orang yang menyayangi aku, aku hanya boleh ambil nasi 1 kali sahaja sehari dengan kuantiti 1 mangkuk/ 2 senduk biasa.

Malam nie, mee goreng lah menu yang tinggal pun. Lapar sangat dah nie. Mee goreng dengan Soya Cincau. Asal nak minum Bandung Cincau tapi takda pulak dalam menu. Yang ada hanya Bandung Soda Cincau. Sebab ada perkataan "Soda" aku dilarang order minuman tersebut. Kesian kau "Bandung Soda Cincau".

Tak lama menunggu. Pelayan datang hantar sepinggan Mee Goreng. Jeng! Jeng! Jengggg!


Apakah makna telur berbentuk HATI? (Yeka hati bentuk macam nie bisik "ilmu sains" dalam otak aku)
Dalam gambar tadi telur goreng dia bulat saja. Takda pulak bentuk-bentuk macam nie. Apa message yang cuba disampaikan oleh gadis pelayan restoran ini pada aku? - Okay, mengaku -  Banyak sangat tengok drama korea 3 tahun lalu.

***

Penat 2,3 hari ini aku berulang naik LRT ke tempat kerja. Bukan ke tempat kerja pun. Ke G-Tower, ada Halliburton Well Completion course. Lama tak naik LRT, rasa janggal pulak. Alhamdulillah setiap pagi aku dapat keluar rumah seawal 7 pagi. So takdalah kena berhimpit-himpit sementara nak sampai Stesen Ampang Park. 

10 minit perjalan pergi dan balik dari Rumah-Stesen LRT aku anggap senaman. Dah lama tak bersenam nampak gayanya. Minggu nie, kira minggu bersenamlah dengan berjalan kaki pergi dan balik kerja. Minggu-minggu depan nak raya haji pulak. Banyak pulak nanti hidangan daging. Naik lagi darah aku. Dah beberapa kali aku mengelak untuk check darah walaupun dipaksa.

Jumaat nie, insyaAllah jauh lagi aku nak berjalan. Pergi dan balik kerja, tambah pula ada plan dengan ex-roommate nak ke Low Yatt. Tuelah orang KL nie, xda tempat lain nak berjalan. Low Yatt, Bukit Bintang, Pavilion, KLCC Times Square. Bosan - Ikut sahaja dengan niat nak banyak berjalan kaki so boleh bersenam secara tidak sengaja.


Air mineral yang disediakan sepanjang course di G-Tower. Sumber air daripada Jalan Air Kuning. Selain dilarang mengambil makanan berkolestrol tinggi, aku juga dilarang meminum air mineral sumber dari Jalan Air Kuning ini. Sebabnya aku tak pasti, yang pasti larang bukan kerna benci tapi larang kerna sayang. AKU turutkan saja. (Memang perenggan ini tidak ada kaitan langsung dengan perenggan sebelumnya).

Sekian.

P/S: Jom tengok Ceramah Ustaz Kazim di TV1 sekarang. Dah mula.

No comments: