Tuesday, October 1, 2013

Menyalahi Kesempatan

Assalamualaikum w.b.t

Perkataan "Tidak mengambil kesempatan" rasanya dah mungkin tak boleh digunakan lagi di zaman penuh dengan orang-orang yang pantang walaupun pada sedikit kesempatan. Jadi, saya perkenalkan perkataan "Menyalahi kesempatan" sebagai ganti untuk menggambarkan orang-orang yang selalu melepaskan kesempatan.

Maksudnya kesempatan apa?

Saya teringat pada satu siri ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias. Perjuangkan ilmu, gunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Bila kita ada crowd, kita ada kuasa, ada peluang untuk sebarkan ilmu, untuk menyampaikan peringatan, untuk menceritakan keindahan Islam, kita mesti gunakan sebaiknya.

Contohnya, di majlis-majlis ilmu, di majlis tahlil, di jamuan-jamuan makan, kenduri kendara, sampaikan peringatan. Cukuplah sekadar 15 minit. InsyaAllah orang tak balik punyalah.

Ustaz takpalah, kami nie baru nak start..

Yang baru nak start, xda masalah. Kita sekarang nie ada banyak medium untuk menyampaikan peringatan. Macam Blog, FB, Twitter..post lah 1 hari 1 peringatan atau 1 minggu 1 peringatan pun takpa. Biarpun sedikit tetapi berterusan. Itulah yang Allah suka.

Baru-baru ini saya sertai kursus pra-perkahwinan. Saya rasa sayang seribu kali sayang, rasa-rasanya hampir semua ustaz-ustaz yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan slot-slot berkenaan menyalahi kesempatan yang ada. Banyaknya sudah set di fikiran mereka bahawa peserta yang hadir hanya datang sekadar nak dapatkan sijil bukan nak belajar.

Pada saya, niat peserta itu hak mereka. Niat kita yang ingin menyampaikan ilmu lebih penting. Silap! Silap! Silap!..sepatutnya dalam kursus pra-perkahwinan itulah kita menceritakan keindahan Islam. Sebab yang hadir pastinya datang dari segenap lapisan masyarakat. Semua golongan ada, yang miskin, yang kaya, yang rempit, kutu-kutu jalanan, ustaz pun ada ustazah pun ada, yang pakai longgar, yang pakai ketat, yang rambut sikat tepi, sikat tengah dan rambut cacak. Semuanya ada. Inilah peluang keemasan.

Tapi saya lihat, kegagalan. Moderator datang cerita benda-benda yang tak seronok dalam perkahwinan sepanjang masa. Lebih yang tak seronok berbanding yang seronok dalam perkahwinan. Malahan menampakkan bahawa perkahwinan dalam Islam tue susah. Walhal Jabatan Agama Islam ingin menggalakkan perkahwinan dengan memendekkan masa kursus.

Yang dibincangkan perkahwinan perlu menelan kos yang tinggi. Duit adalah paling utama bukannya ilmu. Motorsikal dan kereta yang dibualkan bukan keredhaan dan kemanisan bercinta selepas perkahwinan. Kalau duit dan harta menjamin kebahagiaan dan kejayaan rumah tangga, kenapa ada anak-anak orang miskin yang hanya menunggang motorsikal berjaya sampai ke luar negara.

Yang saya tunggu ustaz bincangkan kepada kami semua keindahan dalam rumah tangga, dengan sedikit peringatan. Solat jemaah, baca quran, makan dan minum bersama. Pahala menyediakan keperluan dan menjaga suami. Pahala walaupun hanya sekadar melihat isteri. Allah bagi semua itu. Kenapa tidak dibincangkan disana. Kenapa tak diberitahu.

Yang asyik dibualkan tentang adat-adat yang kita salah faham. Adat-adat daripada orang-orang tua dulu yang kita translate dengan akal fikiran kita yang pendek. Kita fahamkan anak-anak kita yang orang-orang tua dulu-dulu pendek akal dengan terjemahan kita pada mereka.

Macam kita fahamkan anak-anak kita dengan peribahasa "Biar mati anak, jangan sampai mati adat". Kononnya orang-orang tua dulu sanggup gadaikan nyawa anak, asalkan terjaga maruah bangsa, terjaga ego dan nama baik sendiri. Kita yang pendek akal. Ustaz Hasrizal pernah pesan, kalau kita nak terjemah peribahasa orang-orang dulu. Jangan kita guna akal pendek kita zaman ini. Kena guna akal, pemikiran dan bahasa orang-orang dulu.

Sama jugak macam kita tafsirkan perkara-perkara dalam adat perkahwinan orang melayu. Saya tengok orang salah tafsir maksud duit hantaran, maksud hantaran diatas dulang, konsep mengadakan kenduri dan jamuan, saya rujuk pesan Ustaz Don Daniyal selepas majlis pernikahan beliau yang saya lihat sangat baik sebagai teladan. Ustaz Don menggunakan perkahwinannya untuk memperbetulkan fahaman yang salah oleh masyarakat kita. Namun saya lihat masih ada yang pandai2 ada2kan sesuatu dan kemudian dikatakan adat orang-orang dulu sebagai alasan untuk terus melakukannya.

Post ini bukan untuk mengajar, tapi cukup sekadar menimbulkan awareness yang kita perlu lebih banyak berfikir tentang apa yang kita buat, kita perlu lebih banyak membaca dan belajar tentang kehidupan. Saya lihat orang lain, saya lihat diri saya. Saya tulis pengajaran supaya kita lebih banyak menelaah.

Sekian.


No comments: