Assalamualaikum w.b.t
Selepas Solat Jumaat, sudah menjadi kebiasaan di Masjid Tabung Haji Jalan Tun Razak, akan ada sahaja kumpulan kumpulan NGO membuat perhimpunan secara aman dan kemudian mereka akan berarak ke kedutaan tertentu untuk menyuarakan suara mereka yang tidak didengari.
Dalam kes tengah hari tadi, kempen diadakan oleh Hizbut Tahrir Malaysia. Mereka sediakan sepanduk, bunting dan banner mengajak ramai-ramai menyertai mereka untuk berarak ke Kedutaan US (Aku pun tak tau kedutaan US kat mana - Nama saja duk kL).
Maaflah saya tidak dapat menyertai mereka kerana saya ada Well Completion Course Final Examination. Jadi lepas Solat Jumaat, selepas selesai membaca doa saya terus berlalu sambil memerhatikan ramai-ramai orang berkempen dengan sepanduk-sepanduk mereka dan bendera-bendera berwarna hitam putih.
Yang lebih menarik, melewati kumpulan yang berkempen dan kumpulan yang berkumpul sambil kamera telefon pintar ditangan merakam video dan mengambil gambar untuk kegunaan peribadi. Belah kanan orang berkempen, belah kiri orang ramai berkumpul ambil gambar dan rakam video, ada jugak yang duk judge, beri pendapat peribadi tak kurang juga yang mengutuk. Saya dengar.
Haishhh, baru saja lepas solat, duk kutuk orang pulak. Pada saya, mereka tidak menarik, memaksa, mereka datang dan pergi secara aman. Tidak ada masalah, mereka peka isu-isu begini. Kita yang duk kutuk dorang tue, sedekah kat tabung masjid tadi pun seringgit ja, banyak cakap pulak. Kalau buat-buat tidur masa tabung lalu kat depan laaagiilah. Hahaha
Cuma satu sajalah, saya kurang bersetuju dengan penjualan dan pemakaian baju dengan corak muka Obama dan bendera US untuk Solat Jumaat. Ada beberapa orang yang menjual baju t-shirt dengan muka Obama dan bendera US yang dipangkah merah. Mungkin jualan ini untuk mendapatkan dana atau kegunaan lain. Namun saya rasa design baju atau jualan yang dibuat sebelum Solat Jumaat adalah tidak bijak.
Ramai yang beli dan terus pakai untuk Solat Jumaat. Walaupun muka Obama dan bendera US jelas dipangkah merah. Namun wajah Obama jelas kelihatan. Saya rasa tidaklah professional dan tiada berhikmah. Bukankah kita tidak digalakkan untuk pakai baju dengan corak binatang atau manusia untuk bersolat. Hizbut Tahrir sepatunya melihat keadaan ini dengan lebih teliti.
Mereka juga ada mengedarkan risalah-risalah untuk bacaan masyarakat umum. Tindakan mereka ini bagus, mereka ada inisiatif untuk memberi maklumat dan mendidik masyarakat yang mungkin kurang peka kepada perkara-perkara sebegini. Namun saya lihat inisiatif sebegini tidak cukup untuk masyarakat zaman teknologi maklumat ini, risalah yang diedarkan terlalu tidak menarik untuk dibaca, penuh dengan ayat dan perkataan kecil-kecil.
Sudahkah kita lupa disekolah dulu cikgu ajar kita untuk buat peta minda atau brochure untuk menjadikan penerimaan ilmu lebih mudah dan lebih senang otak nak hadam. Kalau macam risalah yang diedarkan sekarang ini saya rasa orang tak baca. Saya pun tak baca. Bayangkan kalau surat khabar penuh dengan perkataan hitam putih macam nie? Sure orang tak beli.
Jadi saya secara peribadi, klasifikasikan usaha Hizbut Tahrir perlu diteliti semula supaya lebih menarik dan lebih senang untuk orang tertarik mendapatkan info dan maklumat yang dikempenkan. Bukankah lebih senang nak tangkap ayam dengan menabur beras di perangkap daripada berlari mengejar ayam sekampung. Takut-takut nanti, kita tersadung batu, ayam terlepas lari. Then, datuk akan datang belanja aiskrim sebagai menghargai usaha kita penat berlari nak tangkap ayam tadi.
Tapi, ayam mahal sekarang. Jangan makan ayam. Makan Ikan!
Sekian.
No comments:
Post a Comment