Wednesday, July 27, 2016

Sufi ka?

Assalamualaikum w.b.t
  1. Dah lama aku kenal perkataan sufi. Kawan aku sendiri pun ramai yang nama mereka sufi. Cuma dihadapan nama ada Ahmad atau Muhammad. Kalau tak silap aku ada kumpulan rock cintan zaman 80/90-an pun ada menyanyikan lagu bertajuk sufi. 
  2. Dulu masa aku kecil, orang-orang yang selalu duk sebut sufi-sufi ni selalu cuba mengaitkan sufi dengan perkataan zuhud. Hidup miskin, duduk hujung-hujung kampung, harta apa pun takdak.
  3. Satu lagi perkataan yang selalu dikaitkan dengan sufi di alam melayu adalah wali. tok wali sesetengah orang melayu panggil. Dan kalau sebut wali dalam alam melayu ni macam-macam cerita pelik lah mai. Tok wali boleh ada di dua tempat berbeza dalam masa yang sama, tok wali boleh bergerak dengan pantas dari satu tempat ke tempat yang lain. Tak kurang juga yang boleh terbang dan jalan atas air.
  4. Bila nak beri gambaran fizikal, sufi selalu juga digambarkan orang tua yang duduk dalam rumah usang, bercakap benda yang orang tak faham (kalau orang biasa-biasa, dengar macam merepek - kata orang sufi lah)
  5. Sufi satu lagi pada zaman ini aku tengok, selalu dikaitkan dengan tariqat, zikir tak hengat, lupa diri, duk bergendang menyanyi qasidah, pakai celak, pakai selempang, boh gelaran al-, al- kat belakang nama.
  6. Tapi ada satu sufi lain yang aku kenal. Dimana aku mendapat rasa dan maksud sebenar sufi (atau apa sahaja perkataan yang nak digunakan selain sufi). Sufi dimana akhirat adalah tujuan dan dunia adalah tempat persinggahan.
  7. Sufi yang aku kenal melalui kitab-kitab sirah yang muktabar, bukan cerita-cerita yang dibawa penceramah upah-upahan, yang ramai nak bersorak 'Allah allah allah' diatas setiap perkataan yang keluar dari mulut mereka. 
  8. Sufi yang aku kenal ada Abu Dzar al-Ghiffar R.A, Umar al-Faruq R.A, Abu Ubaidah al-Jarrah R.A dan para sahabat R.A. Pemimpin Islam yang hebat seperti Umar Abd Aziz rahimahumullah. 
  9. Aku tak perlu kisah-kisah yang tak diketahui asal. Manalah nak terbayang Nabi Adam A.S turun di gunung jerai, Saidina Uthman R.A dok mai meniaga di Yan, Orang melayu Bani Tamim dan keturunan Nabi Ibrahim A.S. 
  10. Namun tak tak maulah kondem mereka yang percaya, kerana dikalangan kami juga ada pentaksub. Sekarang aku cuma mahu buat kerja aku tanpa mengira apa orang nak kata. Aku mengambil ilmu dan memerhati.

Thursday, July 21, 2016

Cinta 'Islamik'?

Assalamualaikum w.b.t

  1. Dulu aku sekolah agama. Of Course la agama Islam. Jahat sapa-sapa yang dok ejek 'agama yan' tu agama apa. Ada 2 benda yang paling femes dan meletop yang melibatkan sekolah agama. Dan keduanya sudah di popularkan kedalam industri seni tanah air. 
  2. Pertama, Kisah hantu. Kedua, Kisah Cinta Islamik. Aku pun tak tau kenapa kalau sekolah agama saja mesti banyak cerita-cerita hantu. Tak kurang juga surat-surat cinta dengan tulisan khat, kata-kata pujangga dihiasi syair cinta ulama-ulama berbangsa arab. Paling 'legend' saya pernah jumpa surat cinta dalam bahasa arab. 
  3. Ramai orang yang salah faham tentang perkataan cinta Islamik. Termasuk para pelajar sekolah agama dan even para penuntut di universiti dengan label agama pun banyaknya kurang faham dan masih keliru.
  4. Cinta Islamik ni selalu dikaitkan dengan ustaz, niqobis, bercinta selepas kahwin, kelas mengaji agama, usrah dan macam-macam lagi. Dan selalunya sampai melampau. Contohnya tidak melihat wajah bakal isteri sebelum berkahwin. Ini adalah suatu sangkaan orang ramai kononnya perbuatan ini sangat Islamik. Hanya tawakal kepada Allah dan redha.  
  5. Rasulullah SAW larang kita kahwin dengan seorang wanita tanpa kita melihat wajahnya, bahkan Nabi SAW menyuruh kita melihat wajah perempuan tersebut sebelum kita mengahwininya. 
  6. Boleh rujuk riwayat Imam Bukhari (Rahimahumullah) dan Imam Muslim (Rahimahumullah) dalam sahih mereka. Jadi berkahwin secara begini yang disangkakan Islamik, sebenarnya langsung tidak Islamik bahkan dilarang. 
  7. Dalam urusan agama, kita selalu sangat membuat sangkaan sedangkan Islam mengiktiraf fitrah manusia untuk merasa tertarik dengan kecantikan. Dan kecantikan yang saya maksudkan berbeza mengikut citarasa masing-masing. 
  8. Saya terbaca beberapa artikel tentang perkahwinan dengan niqobis yang dibuat tanpa melihat wajah mereka. Kemudian si suami kecewa setelah melihat wajah sebenar isteri mereka disebalik niqob. 
  9. Ini memburukkan imej Islam. Walaupun mereka yang berkahwin tidak melabel diri mereka sebagai Islamik. Namun itu yang masyarakat nampak daripada mereka. Maka orang-orang yang judgemental mula menjauhi Islam dan memandang rendah kepada orang lain yang membawa mesej Islam.
  10. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan pembaca. Kita perlu tahu dan faham setiap amalan yang nak kita amalkan. Islamik atau tidak bukan pada sangkaan kita tetapi pada dalil al-Quran dan Hadis.
Sekian

P/S I: Yang dapat wahyu bukan kita, tapi Rasulullah SAW. Mari mulakan dengan membaca sahih Bukhari dan Muslim.

P/S II: Nak dapatkan buku-buku berkualiti sila ke link sini: https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=1062

Wednesday, July 20, 2016

Wahabi ka?

Assalamualaikum w.b.t

  1. Beberapa hari lalu aku menulis di Wall FB aku. Pandangan aku tentang 'orang agama' yang selalu nak label orang lain dan cuba menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat. Khususnya, label yang tengah panas sekarang ini. Wahabi.
  2. Aku mengikuti beberapa siri kuliah dan ceramah 'orang agama' yang mereka ini cuba tunjuk professional dengan membuat list ciri-ciri wahabi. Pendapat aku ianya okay sebab mereka juga ada hak untuk didengari hujah mereka. 
  3. Mereka ini menyenaraikan lebih 30 lebih ciri-ciri orang yang patut dilabel wahabi. Dan kesimpulan yang ingin mereka buat setelah menghujah setiap ciri dalam senarai tersebut adalah wahabi ini akhirnya akan mengkafirkan orang lain dan menghalalkan darah orang yang dikafirkan untuk dibunuh. 
  4. Pening dan mengelirukan. Bagaimana pula ciri-ciri yang lebih 30 ini yang berkaitan dengan ibadah boleh membuat seseorang menjadi ganas. Bagaimana ciri-ciri seperti 'sembahyang kangkang' (merekalah tulis), tidak membaca doa qunut ketika subuh boleh membawa seseorang menjadi seorang pengganas. 
  5. Benda-benda macam ini, sangat-sangat mengelirukan orang ramai. Tambahan pula memang kena sangat, rata-rata ahli masyarakat melayu khususnya memang malas berfikir. Terima saja.
  6. Berbeza dengan bangsa lain. Dengan sebab itu juga, ramai orang bukan melayu yang menjadi mualaf di Malaysia khususnya, mereka lebih cemerlang. Mereka lebih cepat mendalami dan memahami Islam. Dan aku dapati, selepas mereka memeluk Islam, agama ini menambah baik hidup mereka dengan impak yang hebat. 
  7. Dari segi kekuatan semangat, merubah pandangan, kebergantungan kepada Allah. Aku sangat terharu dengan kata-kata yang keluar daripada mulut mereka. Allah sentiasa di bibir mereka.
  8. Lain pula yang aku dapat 'orang agama' yang suka sangat nak label orang wahabi ini. Baru kena ujian sikit 'maki berkapiaq' (longhat orang utara). Kuliah dan ceramah mereka sendiri kasar, bahasa kesat, lucah, tiada isi yang kritikal. 
  9. Kalau diletakkan mereka dengan orang yang mereka tuduh wahabi, nescaya mereka akan dilihat lebih wahabi dari orang yang mereka label.
  10. Mungkin ini balasan Allah kalau kita kuat sangat nak hukum dan tuduh orang lain.
Sekian.

P/S: Kebarangkalian, selepas post ini. Ramai yang akan label aku wahabi.

Monday, July 4, 2016

Non-Productive Days Menanti Raya

Assalamualaikum w.b.t

  1. Harini, Isnin dan kemungkinan besar hari esok juga (Selasa) akan menjadi hari yang paling tidak produktif dalam tahun ini (2016). 
  2. Jalan-raya dah hampir kosong, Pejabat dah hampir kosong. Ramai antara kami sudah pun berada di kampung halaman untuk persiapan menyambut Hari Raya. 
  3. Aku masih disini untuk hari ini dan separuh hari esok. Insya-Allah. 
  4. Mujur aku balik ke kampung tahun ini dengan ETS. Kalau drive sendiri, mau tengah hari ini sudah sampai di Ipoh menuju Kedah Darul Aman. 
  5. Kereta (wife aku punya) sudah awal lagi dihantar pulang ke kampung untuk diketuk pulihkan kemek akibat dilanggar lari semasa parking. Sedar-sedar siangnya sudah kemek. Itupun sedar sebab abang servis Perodua yang bagitau. 
  6. Malam ni kena mengemas rumah, membasuh baju dan persiap beg untuk balik esok. 
  7. Surau yang aku selalu solat terawikh itu ada pulak dibuat tahlil lepas Isyak. Memang lambatlah aku sampai biasanya. Sempatlah aku buang semua baju ke dalam mesin sebelum keluar ke surau. 
  8. Memang selalu aku pergi lambat. Sempat aku habiskan solat Isyak dan solat sunnat selepasnya sementara mereka menghabiskan tahlil. 
  9. Selepas 4 rakaat terawikh mereka buat pula tazkirah, tak diduga kadang lama, kadang sekejap pula. Aku ke belakang dan sambung selebihnya sebelum bergegas pulang. 
  10. Aku lebih prefer solat terawikh dulu sampai habis.