- Harini, Isnin dan kemungkinan besar hari esok juga (Selasa) akan menjadi hari yang paling tidak produktif dalam tahun ini (2016).
- Jalan-raya dah hampir kosong, Pejabat dah hampir kosong. Ramai antara kami sudah pun berada di kampung halaman untuk persiapan menyambut Hari Raya.
- Aku masih disini untuk hari ini dan separuh hari esok. Insya-Allah.
- Mujur aku balik ke kampung tahun ini dengan ETS. Kalau drive sendiri, mau tengah hari ini sudah sampai di Ipoh menuju Kedah Darul Aman.
- Kereta (wife aku punya) sudah awal lagi dihantar pulang ke kampung untuk diketuk pulihkan kemek akibat dilanggar lari semasa parking. Sedar-sedar siangnya sudah kemek. Itupun sedar sebab abang servis Perodua yang bagitau.
- Malam ni kena mengemas rumah, membasuh baju dan persiap beg untuk balik esok.
- Surau yang aku selalu solat terawikh itu ada pulak dibuat tahlil lepas Isyak. Memang lambatlah aku sampai biasanya. Sempatlah aku buang semua baju ke dalam mesin sebelum keluar ke surau.
- Memang selalu aku pergi lambat. Sempat aku habiskan solat Isyak dan solat sunnat selepasnya sementara mereka menghabiskan tahlil.
- Selepas 4 rakaat terawikh mereka buat pula tazkirah, tak diduga kadang lama, kadang sekejap pula. Aku ke belakang dan sambung selebihnya sebelum bergegas pulang.
- Aku lebih prefer solat terawikh dulu sampai habis.
Monday, July 4, 2016
Non-Productive Days Menanti Raya
Assalamualaikum w.b.t
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment