Wednesday, July 20, 2016

Wahabi ka?

Assalamualaikum w.b.t

  1. Beberapa hari lalu aku menulis di Wall FB aku. Pandangan aku tentang 'orang agama' yang selalu nak label orang lain dan cuba menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat. Khususnya, label yang tengah panas sekarang ini. Wahabi.
  2. Aku mengikuti beberapa siri kuliah dan ceramah 'orang agama' yang mereka ini cuba tunjuk professional dengan membuat list ciri-ciri wahabi. Pendapat aku ianya okay sebab mereka juga ada hak untuk didengari hujah mereka. 
  3. Mereka ini menyenaraikan lebih 30 lebih ciri-ciri orang yang patut dilabel wahabi. Dan kesimpulan yang ingin mereka buat setelah menghujah setiap ciri dalam senarai tersebut adalah wahabi ini akhirnya akan mengkafirkan orang lain dan menghalalkan darah orang yang dikafirkan untuk dibunuh. 
  4. Pening dan mengelirukan. Bagaimana pula ciri-ciri yang lebih 30 ini yang berkaitan dengan ibadah boleh membuat seseorang menjadi ganas. Bagaimana ciri-ciri seperti 'sembahyang kangkang' (merekalah tulis), tidak membaca doa qunut ketika subuh boleh membawa seseorang menjadi seorang pengganas. 
  5. Benda-benda macam ini, sangat-sangat mengelirukan orang ramai. Tambahan pula memang kena sangat, rata-rata ahli masyarakat melayu khususnya memang malas berfikir. Terima saja.
  6. Berbeza dengan bangsa lain. Dengan sebab itu juga, ramai orang bukan melayu yang menjadi mualaf di Malaysia khususnya, mereka lebih cemerlang. Mereka lebih cepat mendalami dan memahami Islam. Dan aku dapati, selepas mereka memeluk Islam, agama ini menambah baik hidup mereka dengan impak yang hebat. 
  7. Dari segi kekuatan semangat, merubah pandangan, kebergantungan kepada Allah. Aku sangat terharu dengan kata-kata yang keluar daripada mulut mereka. Allah sentiasa di bibir mereka.
  8. Lain pula yang aku dapat 'orang agama' yang suka sangat nak label orang wahabi ini. Baru kena ujian sikit 'maki berkapiaq' (longhat orang utara). Kuliah dan ceramah mereka sendiri kasar, bahasa kesat, lucah, tiada isi yang kritikal. 
  9. Kalau diletakkan mereka dengan orang yang mereka tuduh wahabi, nescaya mereka akan dilihat lebih wahabi dari orang yang mereka label.
  10. Mungkin ini balasan Allah kalau kita kuat sangat nak hukum dan tuduh orang lain.
Sekian.

P/S: Kebarangkalian, selepas post ini. Ramai yang akan label aku wahabi.

No comments: