Assalamualaikum w.b.t
- Dulu aku sekolah agama. Of Course la agama Islam. Jahat sapa-sapa yang dok ejek 'agama yan' tu agama apa. Ada 2 benda yang paling femes dan meletop yang melibatkan sekolah agama. Dan keduanya sudah di popularkan kedalam industri seni tanah air.
- Pertama, Kisah hantu. Kedua, Kisah Cinta Islamik. Aku pun tak tau kenapa kalau sekolah agama saja mesti banyak cerita-cerita hantu. Tak kurang juga surat-surat cinta dengan tulisan khat, kata-kata pujangga dihiasi syair cinta ulama-ulama berbangsa arab. Paling 'legend' saya pernah jumpa surat cinta dalam bahasa arab.
- Ramai orang yang salah faham tentang perkataan cinta Islamik. Termasuk para pelajar sekolah agama dan even para penuntut di universiti dengan label agama pun banyaknya kurang faham dan masih keliru.
- Cinta Islamik ni selalu dikaitkan dengan ustaz, niqobis, bercinta selepas kahwin, kelas mengaji agama, usrah dan macam-macam lagi. Dan selalunya sampai melampau. Contohnya tidak melihat wajah bakal isteri sebelum berkahwin. Ini adalah suatu sangkaan orang ramai kononnya perbuatan ini sangat Islamik. Hanya tawakal kepada Allah dan redha.
- Rasulullah SAW larang kita kahwin dengan seorang wanita tanpa kita melihat wajahnya, bahkan Nabi SAW menyuruh kita melihat wajah perempuan tersebut sebelum kita mengahwininya.
- Boleh rujuk riwayat Imam Bukhari (Rahimahumullah) dan Imam Muslim (Rahimahumullah) dalam sahih mereka. Jadi berkahwin secara begini yang disangkakan Islamik, sebenarnya langsung tidak Islamik bahkan dilarang.
- Dalam urusan agama, kita selalu sangat membuat sangkaan sedangkan Islam mengiktiraf fitrah manusia untuk merasa tertarik dengan kecantikan. Dan kecantikan yang saya maksudkan berbeza mengikut citarasa masing-masing.
- Saya terbaca beberapa artikel tentang perkahwinan dengan niqobis yang dibuat tanpa melihat wajah mereka. Kemudian si suami kecewa setelah melihat wajah sebenar isteri mereka disebalik niqob.
- Ini memburukkan imej Islam. Walaupun mereka yang berkahwin tidak melabel diri mereka sebagai Islamik. Namun itu yang masyarakat nampak daripada mereka. Maka orang-orang yang judgemental mula menjauhi Islam dan memandang rendah kepada orang lain yang membawa mesej Islam.
- Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan pembaca. Kita perlu tahu dan faham setiap amalan yang nak kita amalkan. Islamik atau tidak bukan pada sangkaan kita tetapi pada dalil al-Quran dan Hadis.
Sekian
P/S I: Yang dapat wahyu bukan kita, tapi Rasulullah SAW. Mari mulakan dengan membaca sahih Bukhari dan Muslim.
P/S II: Nak dapatkan buku-buku berkualiti sila ke link sini: https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=1062
No comments:
Post a Comment