Thursday, April 26, 2012

Iftitah

Assalamualaikum,

Baru balik dari kedai makan, Nasi goreng kampung pedas menjadi menu tetap. Murah dan sedap, tapi malam nie kureng sikit sebab xpedas. Aritue dia buat pedas sekali, memang terbaik lah meleleh air mata aku.

"Cuba kau baca doa Iftitah, aku nak dengar" Kata seorang kawan yang sedang menikmati bihun goreng.
"Nape plak nie, tetiba jer" Balas aku.

"Takda laaaaa..ada orang cakap doa iftitah yang diajar di Malaysia nie salah"
"Pulak? Ada je kau nie..nie tajuk panas nak jual paper k?"

"Betol la, tapi aku tak surela nie aku tanya nie ada bacaan lain ke doa Iftitah?"
"Kau jangan jadi macam ust. yang cakap xda "titian siroth" (titian siirotulmustaqim) tue sebab takda hadis, nak jual paper punya pasal, sanggup jual agama. Kalau dia tak jumpa hadis duduk diam2, orang lain jumpa"

"Nie soal Doa Ifitah la wei"

Percanggahan Doa Iftitah

Doa Iftitah ini bukanlah rukun dalam solat untuk kita nak bergaduh-gaduh, tuduh orang nie baca salah orang nue baca salah.

Doa iftitah nie kategori Ibadah dimana ada bermacam-macam pendapat dan kita patut berlapang dada dalam hal ini, kecualilah dalam bab Akidah, dalam bab akidah kita mesti rigid tidak ada tolak ansur sedikit pown. Bacalah doa Iftitah yang mana satu yang kita suka, jangan sampai maksudnya menyimpang dan menjadi pelik-pelik sudahlah. Ia adalah doa dan setiap doa yang baik adalah amat dialu-alukan oleh Allah S.W.T

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombong diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!"

(al-Ghafir: 60)

Jadi tidaklah menjadi masalah untuk membaca doa yang bagaimana pun didalam solat selagi perkara tersebut tidak membatalkan solat. Contohnya membaca doa dalam bahasa melayu, tidak bolehlah begitu, batal lah solat.


Jenis Bacaan Iftitah


1. Doa Iftitah yang dimulakan dengan "Allahu akbar kabira" (yang dibaca kebanyakkan orang Islam di Malaysia)

Dari hadis yang bermaksud:
"Meriwayatkan padaku Zuhair bin Harb, meriwayatkan padaku Ismail bin Ulaiyah, mengabarkan padaku al-Hajjaj bin Abi Usman dari Abu az-Zubair dari 'Aun bin Abdillah bin 'Utbah dari Ibnu Umar ia berkata; suatu ketika kami solat bersama Rasulullah S.A.W, tiba-tiba salah seorang lelaki di antara sahabat berkata, "Allahlah Maha Besar, yang sempurna kebesaranNya. Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah di waktu pagi dan petang." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Siapakah yang membaca kalimat begitu dan begitu?" Lelaki tersebut menjawab, "Saya ya Rasulullah" Rasulullah S.A.W bersabda "Aku kagum dengan kalimat tersebut, kerana kalimat tersebut pintu-pintu langit dibuka." Abdullah bin Umar kemudia berkata, "Sejak aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda begitu, aku tidak pernah meninggalkan bacaan kalimat tersebut."

Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Dalam hadis ini, yang bersumber dari Abdullah bin Umar, bacaan doa Iftitah berasal dari salah seorang sahabat Nabi S.A.W dan beliau tidak melarang, Bahkan beliau menunjukkan kekagumannya dan mengabarkan keutamaannya. Bahkan, Abdullah bin Umar menegaskan bahawa sejak Nabi Muhammad S.A.W bersabda seperti itu, beliau tidak pernah meninggalkan bacaan tersebut dalam solatnya.

2. Bacaan Iftitah yang dimulakan dengan "Allahumma baa'id baini wa baina khathayaa"

Dari hadis yang bermaksud:
"Meriwayatkan padaku Musa bin Ismail ia berkata meriwayatkan padaku Abdul Wahid binZiyad ia berkata, meriwayatkan padaku 'Umaroh bin al-Qo'qo' ia berkata, meriwayatkan padaku Abu Zr'ah ia berkata, meriwayatkan padaku Abu Hurairah ia berkata, adalah Rasulullah S.A.W diam sejenak di antara takbir dan bacaan al-Fatihah. Ia berkata, Aku menyangka beliau diam sejenak, Kemudia aku berkata, "Demi bapaku dan ibuku, ya Rasulullah, dalam diam mu antara takbir dan membaca surah al-Fatihah bacaan apa yang engkau baca?" Rasulullah S.A.W menjawab, "Aku membaca Ya Allah jauhkanlah antara aku dan dosa-dosaku sebagaimana engkau menjauhkan antara belahan timur dan barat, Ya Allah bersihkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana pakaian pakaian putih dibersihkan dari kotoran, Ya Allah siramilah dosa dosaku dengan air, salju dan air embun."

Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari

3.Bacaan Iftitah yang dimulakan dengan "Alhamdulillah"

Dari Hadis yang bermaksud:
"Meriwayatkan padaku Zubair bin Harb, meriwayatkan padaku Affan, meriwayatkan padaku Hammad, mengkhabarkan padaku Qotadah, Tsabit dan Humaid dari Anas R.A bahawa sesungguhnya seorang lelaki datang dan masuk ke barisan (orang-orang yang sedang bersolat jamaah) dengan nafas yang sengal-sengal (termengah-mengah), kemudian ia mengucapkan, "Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya yang baik dan diberkati di dalamnya" maka setelah Rasulullah S.A.W menyelesaikan solatnya baginda bersabda, "Siapakah di antara kalian yang mengucapkan beberapa kalimat?" Para sahabat diam. Rasulullah S.A.W bersabda lagi, "Siapa di antara kalian yang mengucapkan kalimat tersebut, sesungguhnya ia tidak mengucapkan kalimat yang membahayakan" Maka berkatalah salah seorang lelaki, "Aku datang dalam keadaan tersengal-sengal nafasku kemudian aku mengucapkan kalimat-kalimat tersebut" Rasulullah S.A.W bersabda, " Sungguh aku melihat dua belas Malaikat bergegas berebutan siapa di antara mereka yang dapat mengangkat kalimat tersebut".

Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Imam Muslim

Kesimpulan


Lihat, disini sahaja sudah ada 3 jenis bacaaan yang berbeza beza, dan semuanya adalah dari hadis yang sahih. Bahkan ada juga bacaan yang dimulakan bacanya oleh sahabat dan Nabi bersetuju dan mengkhabarkan berita gembira dengan bacaan mereka itu.

Doa Iftitah akhirnya adalah doa yang baik dibaca dari jenis mana sekalipun. Jadi tidak boleh kita nak menghukum  bacaan orang ini salah, bacaan orang sana salah. Siapa diri kita nak beri pahala pada bacaan solat orang lain. bukankah itu hak Allah? berlapang dada lah dalam perkara perkara furuq.

sekian.

Tuesday, April 24, 2012

Orang Melayu

Aku baru tiba dari kampungku, di Kedah Darul Aman. kampung orang melayu, majoriti orang melayu, majoriti orang Islam. Bagus orang kampung, semuanya ada tradisi. Bahasanya, masakannya, sembangnya, jalannya, dan lain lain identiti milik orang jati Kedah Darul Aman.

Bukan masuk bakul angkat sendiri tetapi begitulah jua dimana mana kampung pun, hilang bahasanya hilanglah budayanya.

Namun suatu penyakit melanda orang kampungku. Penyakit yang sudah ditahap kritikal, bernanah, berdarah, busuk tambah berulat.

Penyakit Hati
Dek Politik
Cerai saudara
Tidak lagi bertegur sapa
Mana yang tidak sebulu pantang didengar suaranya

Identiti kampung mereka di"clorox" oleh pemimpin parti.

Cakap lebat tapi buat tak berani
Di kedai kopi sembang pasal poligami
Tapi kat rumah ada sorang ja bini
tak berani la lettew

Cakap lebat tapi belum tentu buat
Di warung pagi sembang pasal duit masuk poket ketat
Makan roti canai dengan kopi masuk buku 555 dah berpuluh muka surat

Pasal tue xmolah komen banyak banyak, yang menulis nie pun apa kurangnya. Ada jugak kadang kadang lebat cuma belum guruh dan kilat.

Fikirlah sendiri...

Tuesday, April 17, 2012

Dah Hutang, Takmau Bayar

Assalamualaikum,

Petang hari bertemankan lagu "love story" nyanyian Taylor Swift yang cantik. What??? fakta, dia cantik. Aku terasa nak menulis pasal PTPTN yang buat ramai mahasiswa buat "kerja gila" kat kL nue.

senang ceritalah, PTPTN nie takkan korang tak tau. Pinjaman pelajaran untuk pelajar malaysia yang nak melanjutkan pelajaran di universiti tapi tak mampu. So kerajaan nak kasi tolonglah anak bangsa.

Isu baru2 nie, geng mahasiswa universiti wat "kerja gila". diorang berhimpun ramai2 berarak pastu mcm2 aksilah dapat disaksikan. tindakan diorang tue serius bodoh. Ini pendapat aku, sbb diorg langsung tak menggambarkan kebijaksanaan tahap pemikiran mereka. itu aku tak kisahlah tp yang paling penting bila semuanya orang melayu Islam yang tak tau hukum bila buat kerja. so tak payah nak bangga sangatlah bila muka masuk paper tue.

Islam tue kan mengajarkan kita untuk berhikmah, so carilah hikmah. Dan seperti mana perhimpunan membatalkan AUKU beberapa bulan dulu, perhimpunan ini pula dilakukan untuk meminta kerajaan memansuhkan PTPTN. Nie semua "talla bacca punya". aku bukan diupah kerajaan untuk menghentam puak puak nie tetapi aku bicara atas pemikiran dan pandangan aku.

kalau PTPTN dah takda, macam mana orang orang miskin macam aku nie nak sambung belajar kat universiti. mungkin ada yang cakap yuran universiti tak mahal pown. yelah tak mahal, tp yang nak makan, nak sewa rumah lagi. tue la aku cakap diorang nie "talla bacca punya".

kalau PTPTN dimansuhkan anak anak orang kaya sajalah yang akan masuk universiti. then hanya orang kaya akan dapat pendidikan, orang miskin akan kekal dalam kemiskinan. Ini dah macam kapitalisme, orang yang ada duit akan menguasai pimpinan dan membuat undang undang untuk kepentingan puak sendiri.

kenapa tak cari punca dulu, kenapa korg nak mansuhkan PTPTN? aku ada pengalaman bersembang dengan peminjam peminjam PTPTN yang dah bekerja di sekitar rumah aku. yelah, aku bukan peminjam PTPTN. diorang cakap, yang diorang tak puas hati bila nak bayar balik. "bunga" mahal, kalau tangguh bayaran lagi duk naik bunga.

ada pulak sorang nie, pinjam RM 2500 jer masa 1st sem then sem seterusnya dia dapat biasiswa kementerian pendidikan masa kat UPSI dulu. bila dah kerja, p la duk bayar sebulan RM100 sebulan. lepas setahun suami dia ajak g check penyata. tengok-tengok RM 2500 tak berkurang pun, selama nie yang duk bayar RM 100 tue dia kira service charge. service charge apa jadahnya? ingat RM100 tue sikit ka?

PTPTN yang asalnya dibuat untuk niat baik, nak bantu orang belajar tapi last last dah macam "ah-long". So yang perlu dimansuhkan bukanlah PTPTN, tetapi service charge dan "bunga" yang mahal.

tuelah aku cakap diorang yang bongok nie bukan tau pun, main nak serbu ja. gila semua nie ada ka nak mansuhkan PTPTN. aku tau la muka muka yang nak mansuhkan PTPTN nie geng geng tak mau bayar hutang la nie. korang dah amik duit kerajaan beli iPhone, berfoya foya pergi tengok lawak ke der kat instana negara pastu nak jalan macam tue ja.

Ustaz aku pernah cakap, orang yang tak langsai hutang, t sangkut kt hari akhirat..tak leh masuk syurga. orang yang berhutang sibuk mencari orang yang beri hutang sebab nak bayar. orang yang beri hutang pulak nak mintak duit, time tue takda dah guna duit. so mintak pahala la..berapa ringgit korang nak jual pahala korang? last-last bankrupt kat akhirat.

jaga-jaga dengan hutang. jangan duk buat main main

Lelaki & Si Gadis II

Assalamualaikum,

Merujuk post sebelum ini, itu hanyalah sebuah cerita yang disisipkan kepadanya mesej mudah. Namun aku terlupa aku hidup di dalam masyarakat yang sangat suka dan selalu nak "memberi markah" kepada orang lain. Post Lelaki & Si Gadis seperti yang aku ramalkan akan membuat ramai pembaca juih mulut kat aku.

Maaf aku tidak cakap mereka suka jaga tepi kain orang, sbg teman, kawan dan kenalan mmg perlu menjaga tepi kain kawan sendiri. tetapi padar kadar yang tertentulah.

cerita si gadis bermain futsal hanyalah contoh gambaran aku terhadap pembangunan wanita zaman sekarang. aku tidak merendahkan kaum wanita, kerana mereka berperanan besar dalam masyarakat.

cuma aku meminta masyarakat faham akan perbezaan lelaki dan wanita. soalan utama aku mengapa perempuan memilih untuk mengetengahkan kaum wanita dengan cara melakukan semua perkara yang lelaki boleh buat. Termasuklah bermain futsal, bina badan, iron man dll.

kenapa wanita menuntut hak sama rata sedangkan kita sememangnya berbeza. fizikal pown sudah berbeza. memang takkan sama punya. dan mengapa pula kaum wanita menganggap tulisan aku ini membawa makna lelaki selalu diatas dan perempuan di level yang lebih rendah. sedangkan aku tidak berkata begitu.

kita tidak sama dan bagaimana mahu kita lelaki dan wanita disamakan. ada perkara yang lelaki lebih baik melakukannya dan ada perkara yang perempuan lebih ariff daripada lelaki dan ada perkara patut dilakukan bersama sama.

kenapa perempuan tidak berbangga dengan kebolehan mereka untuk mengandung dan melahirkan anak yang sememangnya lelaki takkan boleh buat. kenapa perempuan tidak mengetengahkan seni yang ada dalam diri mereka yang mana jarang jarang ada pada lelaki.

dan kenapa pula aku hanya menulis tentang kaum wanita dan bukan lelaki.

kerana hanya kaum perempuan yang minta hak sama rata sedangkan lelaki tak pernah kisah pun. sebab tue xda kementerian pembangunan lelaki kt malaysia nie.

dan kenapa aku kisah? sebab adakala wanita dah sampai tahap meminta hak sama rata yang bukan bukan.

bukti aku tak kisah? aku faham perempuan memang berfikiran begitu, fitrah dalam diri mereka untuk saling melindungi dan menyuarakan rasa hati mereka.

so jangan ada yang nak compare antara lelaki dan perempuan kerana sampai bila pun kita takkan pernah sama.

Lelaki & Si Gadis

Assalamualaikum,

bukanlah racist kerana aku penulis lelaki atau aku hidup di dunia yang berlainan. 

Kenapa kaum wanita selalu bangun untuk membuktikan mereka juga mampu lakukan apa yang kaum lelaki lakukan?

Mengapakah mereka lebih teruja menuntu hak persamaan sedangkan kita berbeza?

Apakah yang mereka fikirkan tentang diri mereka dan kebolehan mereka?

Bagaimana mereka menilai akan sesuatu perkara sebelum mereka lakukannya?

Aku berbincang tentang kaum wanita bermain futsal dengan seorang gadis

Belum sempat dia memberi jawapan, aku mencelah
"tak pernah main, baguslah..xyah la main..xelok"

dia meminta penjelasan
organizer perlu bijak
rasa macam mana bila gadis gadis futsal beraksi di gelanggang di tengah ribuan mata si lelaki yang memandang?
aku bertanya

dia terdiam lalu membalas dengan pertanyaan
bagaimana kalau organizer asingkan malam pertama tournament perempuan dan malam kedua tournament lelaki. tournament perempuan dalam dewan tertutup?

aku setuju tanpa syarat.
dari segi syariat

namun secara peribadi aku masih tidak bersetuju
dia meminta penjelasan

bukankah sukan futsal, bola sepak dan segala aksi lasak sepak menyepak itu lebih sesuai dengan peribadi lelaki sedangkan wanita itu dilahirkan lemah lembut dan penuh sifat penyayang.

bagaimana kaum lelaki mahu menghormati wanita yang bukan wanita?

dia tersenyum
dan bersetuju

mungkin kami hidup di dunia yang sama
lebih mudah untuk menyuara dan berbincang
mudah juga untuk bersetuju

menikmati persamaan
dan
memahami perbezaan

bila bergaduh manja manja cepat berbaik
kemudian hubungan menjadi lebih baik

Alhamdulillah

Tuesday, April 10, 2012

Yang Terkurang

Assalamualaikum,

"Ya Allah, ampunilah diriku dan jadikanlah aku dari kalangan hamba-hambaMu yang bersyukur."

Kisah I


Hari ini bertarikh 10 April 2012, baru 10 hari dalam bulan April berlalu tetapi duit aku untuk bulan April sudah kering. Kemana menghilang RM500 yang PETRONAS pinjamkan kepada aku untuk kegunaan dalam masa lebih kurang 30 atau 31 hari?

Aku pun pening kepala memikirkan perkara ini. So aku dah start bajet, ikat perut (not literally) sebab dan overspend duit aku untuk bulan ini. Memikirkan aku perlu keluar duit lagi di minggu minggu hadapan untuk kegunaan belajar seperti membeli buku Engineers in Society dan photostat nota Islamic Knowledge and Science atas sebab keperluan membuat aku bertambah tambah pening.

Duit Owh~ Duit

Bila bicara soal duit, aku memang tidak pandai berjimat cermat. Bila bicara pula dengan rakan lain pasal soal duit, kata kami dulu RM10 pun dah rasa banyak tapi sekarang RM100 mudah sahaja dikeluarkan untuk hanya sekali membeli belah barang barang makanan dan keperluan lain di pasaraya pasaraya terutamanya Tesco. Adakah nilai duit kita berkurangan? Jawapannya memanglah ya bila kami bicara soal duit dengan hanya menilai diri kami yang berada di dalam bakul yang sama.

Dek buku buku yang pernah aku baca dan dari ceramah ceramah yang pernah aku dengar, terfikir pula di dalam kepala aku. Adakah memang nilai duit menjadi kecil? akibat pembangunan ekonomi, atau sudah terjadi sepertimana yang paling aku risaukan iaitu "sudah hilang keberkatan dalam hidup?". Kerana tanda-tanda orang yang tiada berkat dalam hidupnya ialah sering merasa tidak cukup dengan rezeki yang diterima. Aku menyuarakan idea. Perbualan kami terhenti seketika dan kami berfikir sejenak.

Kisah II


Tahun ini, umur pun dah mencapai 23 tahun. Dan diumur begini, aku mula berfikir seperti orang orang tua. Mula mengasingkan mana perkara yang remeh dan mana perkara yang besar. Mula berfikir lebih efisyen, terutamanya bila nak menilik masa depan yang siapa pun tak tahu. Dalam umur begini ada 2 perkara yang selalu bermain difikiran sendiri dan fikiran orang disekeliling untuk mereka bertanya. Satu, soal jodoh dan satu lagi soal kerjaya.

Mana yang remeh dan mana yang tidak remeh. Keduanya sama penting tetapi untuk saat dan ketika ini rasanya jelas! mana lebih penting. Tapi kata kawanku yang lain keduanya penting cuma soal pelajaran perlu diberi keutamaan dan soal jodoh work slowly on it, tak boleh jugak ditinggalkan terus.

Memetik kata Ustaz Don Daniyal, "..kerjaya kita sebenar di bumi Allah ini adalah menjadi dan melahirkan khalifah terbaik iaitu melalui pembentukan keluarga. Kerjaya di office hanyalah pelengkap untuk kita sempurnakan kerjaya kita yang utama tadi". Aku berfikir.

Soal kerjaya InsyaAllah akan aku usahakan demi sumbangan aku terhadap Agamaku, Bangsaku dan Negaraku. Orang yang tiada apa-apa tidak boleh menyumbang apa-apa. Soal jodoh pula aku hanya mampu berdoa sekalipun ia mungkin sudah berada di depan mata, namun apakan daya diri ini masih lagi tidak sempurna. Ini soal cinta dan tanggungjawab, cinta dan kasih sayang mungkin dapat aku beri tak terhingga banyaknya tapi sejuta kasih dan sayang takkan dapat mampu membeli biarpun 1kilo gula di kedai runcit. Apa gunanya? Aku yang kekurangan. Sabarlah "cinta", suatu masa aku akan datang menjemputmu.

Kisah III


Aku yang terus diasak oleh kesibukkan di tahun akhir pembelajaran. Stress cukup kuat namun Alhamdulillah, buat masa nie semua masih dalam kawalan. Kisah semakin stress apabila perubahan tarikh dissertation submition dan viva berubah-ubah. Merunsingkan lagi apabila tarikh itu bersimpang siur dengan plan aku nak balik kampung.

Diasak pula dengan due date submission assignment lain dan tarikh test yang turut juga nak masuk dalam schedule yang dah pack. Dalam keadaan macam nie tiba-tiba aku teringat pula nasihat abang Badrul Hakimi "Tuhan takkan pernah sekalipun aniaya hambaNya. Jadi setiap ketentuan adalah bentuk ujian, kafarah dosa atau pemberian hikmah yang tak pernah kita tahu rahsiaNya". Aku kembali berfikir dan bertenang. Mula menerima dengan redha.

Bila gelisah, aku resah, bukan kerana cinta tapi kerana aku sendiri masih kekurangan. Kekurangan motivasi untuk keluar dari keresahan ini. Aku merasakan bahawa segalanya sangat payah, aku mudah terpedaya dengan gangguan gangguan lain. Infinity Blade II contohnya, dah sampai 12th Rebirth aku main, biarpun aku sedar tiada apa yang aku dapat di penghujungnya. Namun aku kerap tewas dengan bisikan si pemalas dalam diri aku sendiri.

Sekian

Friday, April 6, 2012

Murahan

Assalamualaikum,

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
Inilah moto pentadbiran negara yang merupakan "booster", kononnya melonjak naik prestasi pencapaian dan hasil kerja di setiap peringkat dari pendidikan, perkhidmatan, sosial dan yang paling utama ekonomi. Juga dari perkhidmatan menyambut kelahiran bayi di hospital, perkhidmatan menyekolahkan kanak kanak malaysia hinggalah mereka ditanam di tanah perkuburan selepas meninggal dunia. Peningkatan pencapaian di setiap peringkat masyarakat. Upps! ini bukan realiti, ia hanyalah promosi murahan and its a myth.

Kita masih tidak pernah berlajar apa-apa daripada sejarah.

Murahan, symptom yang semakin merebak dan jelas. Apa yang murah?
Sesuatu yang gah digembar-gemburkan tapi impaknya tidaklah sebesar mana-mana. Contoh:
"Seorang Menteri menderma RM 2K kepada 1000 penduduk miskin di kuala kedah".

Hebat sekali, kadangnya berkali-kali. Ada menteri, ada duit, ada ramai yang dapat duit. Tapi realiti impaknya tidaklah sehebat mana kalau pembaca mahu berfikir. RM 2000 bahagi 1000 orang penduduk, setiap orang hanya menerima RM 2. What the point man!


Sama seperti media Malaysia, terutamanya our newspaper, dah macam lelaki ketandusan idea untuk tackle seorang perempuan idaman melainkan hanya mampu bertanya/mesej "Saya nak berkenalan/berkawan dengan awak boleh tak?" di telefon setelah curi curi mendapatkan nombor telefon dari kawan si gadis. Lebih tiada muka bagi yang face to face tanya soalan tue. Cheap trick man! And its always used by cheap people.


Maaf kalau ada yang tarik muka, muncung mulut dengan ayat-ayat puitis yang aku tulis. Tolonglah, apa guna anda semua fullhouse kat wayang tengok Ombak Rindu, bagi yang tak tengok filem melayu mereka memilih Twillight. Tapi bila nak mengorat anak dara orang, "Saya nak berkenalan dengan awak boleh?" pehhh! rugi tiket wayang jer pergi tengok filem romantik tapi tak dapat apa-apa. Apa lagi kaki tengok filem dan drama bersiri dari Korea. Aku tengok peminat Shah Rukh Khan & Preity Zinta okkay!

Begitulah juga bagaimana media menyuntik antibiotic kepada realiti supaya kita masyarakat Malaysia terus hidup dalam fantasi seperti mana anda menonton dan mengundi peserta pilihan di akademi fantasia. Realitinya apa sangatlah impak yang akademi fantasia beri kepada industri muzik Malaysia. Melainkan hanya mengaut keuntungan persendirian atas kebodohan peminat fanatik lelaki kacak yang beraksi diatas pentas dan kemudian lenyap dalam industri.

Belajarlah daripada sejarah.

Tolonglah Harian Metro, please no more news on sex and no more exaggeration on your news. Apa nie? tolonglah penulis penulis melayu. Ramai anak anak muda Malaysia nak baca akhbar bahasa melayu. Disebabkan akhbar Malaysia yang cabaret and low class, ramai ibu bapa yang sedar tentang hal ini lebih cenderung menggalakkan anak-anak mereka membaca NST atau The Star berbanding Utusan Malaysia, Metro, apa lagi Harakah. Dan hasilnya, anak anak kita tidak lagi puitis dalam berbahasa, pincang budaya. Tiada bahasa tiadalah budi. They talked like Justin Bieber (The Gay One) and they thought they live at Paris even though they're just "coupling" in front of KLCC.


Lebih parah apabila mereka merasakan mereka lebih cool apabila menyebut OMG! berbanding Allahuakhbar.

Astaqhfirullah..
Astaqhfirullah..
Astaqhfirullah..

Bersambung..

Wednesday, April 4, 2012

korsos kahwin

Assalamualaikum,

"Kursus Pra Perkahwinan anjuran Hasani
RM 150
Tempat yang kondusif dan pembelajaran yang efektif"

Aku terlihat poster kertas photostat hitam putih di tiang elektrik itu. Berdekatan dengan rumah aku.

"Mahal jgk, nak pergi belajar pasal kawen pown kena bayar. Dah la orang skunk nie hantaran pown da mahal. Kursus pown kena bayar jgk. Tak kursus tak leh kawen pulak."

"Weh, amik jer kat UTP..UTP buat dalam U, dekat jer. Dah tue RM80 jer"

Aku tunggu di UTP

***
Tidak ada apa apa berita lagi, namun khabar angin dah tersebar di seluruh universiti, kursus kahwin akan diadakan di UTP April ini.

"Kursus Pra-Perkahwinan telah tiba di UTP
RM80
Hanya terhad kepada 100 orang peserta terawal sahaja"


Aku tidak tunggu lama untuk mendaftar bersama ramai lagi kawan2 yang sudah pun menjejaki 23 tahun umur kami tahun ini. Semua sangat excited, walhal baru mendaftar untuk berkursus jer pun, bukannya nak pergi hantar rombongan meminang atau berkahwin esok lusa.

selepas seminggu, keputusan diketahui, email dihantar:

Email dari pihak penganjur

Aku terpilih, Alhamdulillah..
Diterima untuk berkursus, gembira bagaikan pinangan diterima pihak keluarga perempuan.

Kursus Pra Perkahwinan
7 & 8 April 2012
Cerita Lucu Kursus Kahwin
Tengah hari, aku msg mak untuk bgtau aku nak attend kursus kahwin pada 7&8 April 2012. 
"OK" kata mak, bersetuju.

Petang, mak telefon
"Tgh hari td, cakap apa?nak pergi kursus kahwin?"
"A'ah btol, awat mak?"
"Btol ka nie?tak rasa awal sangat ka?baru 23 tahun, aritue ckp ngn mak nak kawen umuq 25"
"Laa awat mak niee..cek pi kursus kawen ja la mak, bukan nak pi kawen"
"Dak la, pi kursus awai2 sangat kowt la nk suquh mak hantaq rombongan lepas grad bulan 9 nie"
"Haish merepek la mak niee..orang baru grad, nak bg anak dara orang makan apa?pasiaq pown kena beli la nie.."
"Saja la mak tanya, kowt dah plan apa2 tak habaq"

Hahahahaha..adoi mak..

Monday, April 2, 2012

Surat Ku Yang Ini - Sudirman

Sayang,
surat ku yang ini,
bukanlah tuk memujuk engkau ke pangkuan ku.

Cuma,
sekadar melahirkan kedinginanku ku terhadap falsafah cintamu,
yang hanya begitu agung dibibir.

Tak sampai menusuk ke sudut hati

Sungguh sayang,
Janjimu bak lautan yang dalam,
tapi, 
tiada bertepi.

Dan,
aku hairan,
mengapa aku sahaja yang derita akhirnya.

Hingga ke saat ini,
kata-kata manismu masih bermain ditelingaku.

Hati kasih sayang
terhimpun seluruhnya bagimu sayang
ingatlah
janjiku ini

Panas hujan angin ribut
tak mungkin memisahkan kau dariku
inilah sumpah setiaku

Sayang,
diriku ini,
mengapalah,
tanpa wujudnya cintamu
amat lemas dan resah.

Tapi,
kau usah bimbang,
bukan simpati yang ku pinta darimu.

Diam senimu membawa satu cerita,
bahasanya hanya aku sahaja yang mengerti

Aku catitkan diatas surat ku yang ini,
kenangan lalu kita dalam restu.

Hati kasih sayang
terhimpun seluruhnya bagimu sayang
ingatlah
janjiku ini.

Panas hujan angin ribut
tak mungkin memisahkan kau dariku
inilah sumpah setiaku