Assalamualaikum,
Petang hari bertemankan lagu "love story" nyanyian Taylor Swift yang cantik. What??? fakta, dia cantik. Aku terasa nak menulis pasal PTPTN yang buat ramai mahasiswa buat "kerja gila" kat kL nue.
senang ceritalah, PTPTN nie takkan korang tak tau. Pinjaman pelajaran untuk pelajar malaysia yang nak melanjutkan pelajaran di universiti tapi tak mampu. So kerajaan nak kasi tolonglah anak bangsa.
Isu baru2 nie, geng mahasiswa universiti wat "kerja gila". diorang berhimpun ramai2 berarak pastu mcm2 aksilah dapat disaksikan. tindakan diorang tue serius bodoh. Ini pendapat aku, sbb diorg langsung tak menggambarkan kebijaksanaan tahap pemikiran mereka. itu aku tak kisahlah tp yang paling penting bila semuanya orang melayu Islam yang tak tau hukum bila buat kerja. so tak payah nak bangga sangatlah bila muka masuk paper tue.
Islam tue kan mengajarkan kita untuk berhikmah, so carilah hikmah. Dan seperti mana perhimpunan membatalkan AUKU beberapa bulan dulu, perhimpunan ini pula dilakukan untuk meminta kerajaan memansuhkan PTPTN. Nie semua "talla bacca punya". aku bukan diupah kerajaan untuk menghentam puak puak nie tetapi aku bicara atas pemikiran dan pandangan aku.
kalau PTPTN dah takda, macam mana orang orang miskin macam aku nie nak sambung belajar kat universiti. mungkin ada yang cakap yuran universiti tak mahal pown. yelah tak mahal, tp yang nak makan, nak sewa rumah lagi. tue la aku cakap diorang nie "talla bacca punya".
kalau PTPTN dimansuhkan anak anak orang kaya sajalah yang akan masuk universiti. then hanya orang kaya akan dapat pendidikan, orang miskin akan kekal dalam kemiskinan. Ini dah macam kapitalisme, orang yang ada duit akan menguasai pimpinan dan membuat undang undang untuk kepentingan puak sendiri.
kenapa tak cari punca dulu, kenapa korg nak mansuhkan PTPTN? aku ada pengalaman bersembang dengan peminjam peminjam PTPTN yang dah bekerja di sekitar rumah aku. yelah, aku bukan peminjam PTPTN. diorang cakap, yang diorang tak puas hati bila nak bayar balik. "bunga" mahal, kalau tangguh bayaran lagi duk naik bunga.
ada pulak sorang nie, pinjam RM 2500 jer masa 1st sem then sem seterusnya dia dapat biasiswa kementerian pendidikan masa kat UPSI dulu. bila dah kerja, p la duk bayar sebulan RM100 sebulan. lepas setahun suami dia ajak g check penyata. tengok-tengok RM 2500 tak berkurang pun, selama nie yang duk bayar RM 100 tue dia kira service charge. service charge apa jadahnya? ingat RM100 tue sikit ka?
PTPTN yang asalnya dibuat untuk niat baik, nak bantu orang belajar tapi last last dah macam "ah-long". So yang perlu dimansuhkan bukanlah PTPTN, tetapi service charge dan "bunga" yang mahal.
tuelah aku cakap diorang yang bongok nie bukan tau pun, main nak serbu ja. gila semua nie ada ka nak mansuhkan PTPTN. aku tau la muka muka yang nak mansuhkan PTPTN nie geng geng tak mau bayar hutang la nie. korang dah amik duit kerajaan beli iPhone, berfoya foya pergi tengok lawak ke der kat instana negara pastu nak jalan macam tue ja.
Ustaz aku pernah cakap, orang yang tak langsai hutang, t sangkut kt hari akhirat..tak leh masuk syurga. orang yang berhutang sibuk mencari orang yang beri hutang sebab nak bayar. orang yang beri hutang pulak nak mintak duit, time tue takda dah guna duit. so mintak pahala la..berapa ringgit korang nak jual pahala korang? last-last bankrupt kat akhirat.
jaga-jaga dengan hutang. jangan duk buat main main
No comments:
Post a Comment