Assalamualaikum,
Baru balik dari kedai makan, Nasi goreng kampung pedas menjadi menu tetap. Murah dan sedap, tapi malam nie kureng sikit sebab xpedas. Aritue dia buat pedas sekali, memang terbaik lah meleleh air mata aku.
"Cuba kau baca doa Iftitah, aku nak dengar" Kata seorang kawan yang sedang menikmati bihun goreng.
"Nape plak nie, tetiba jer" Balas aku.
"Takda laaaaa..ada orang cakap doa iftitah yang diajar di Malaysia nie salah"
"Pulak? Ada je kau nie..nie tajuk panas nak jual paper k?"
"Betol la, tapi aku tak surela nie aku tanya nie ada bacaan lain ke doa Iftitah?"
"Kau jangan jadi macam ust. yang cakap xda "titian siroth" (titian siirotulmustaqim) tue sebab takda hadis, nak jual paper punya pasal, sanggup jual agama. Kalau dia tak jumpa hadis duduk diam2, orang lain jumpa"
"Nie soal Doa Ifitah la wei"
Percanggahan Doa Iftitah
Doa Iftitah ini bukanlah rukun dalam solat untuk kita nak bergaduh-gaduh, tuduh orang nie baca salah orang nue baca salah.
Doa iftitah nie kategori Ibadah dimana ada bermacam-macam pendapat dan kita patut berlapang dada dalam hal ini, kecualilah dalam bab Akidah, dalam bab akidah kita mesti rigid tidak ada tolak ansur sedikit pown. Bacalah doa Iftitah yang mana satu yang kita suka, jangan sampai maksudnya menyimpang dan menjadi pelik-pelik sudahlah. Ia adalah doa dan setiap doa yang baik adalah amat dialu-alukan oleh Allah S.W.T
"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombong diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!"
(al-Ghafir: 60)
Jadi tidaklah menjadi masalah untuk membaca doa yang bagaimana pun didalam solat selagi perkara tersebut tidak membatalkan solat. Contohnya membaca doa dalam bahasa melayu, tidak bolehlah begitu, batal lah solat.
Jenis Bacaan Iftitah
1. Doa Iftitah yang dimulakan dengan "Allahu akbar kabira" (yang dibaca kebanyakkan orang Islam di Malaysia)
Dari hadis yang bermaksud:
"Meriwayatkan padaku Zuhair bin Harb, meriwayatkan padaku Ismail bin Ulaiyah, mengabarkan padaku al-Hajjaj bin Abi Usman dari Abu az-Zubair dari 'Aun bin Abdillah bin 'Utbah dari Ibnu Umar ia berkata; suatu ketika kami solat bersama Rasulullah S.A.W, tiba-tiba salah seorang lelaki di antara sahabat berkata, "Allahlah Maha Besar, yang sempurna kebesaranNya. Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah di waktu pagi dan petang." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Siapakah yang membaca kalimat begitu dan begitu?" Lelaki tersebut menjawab, "Saya ya Rasulullah" Rasulullah S.A.W bersabda "Aku kagum dengan kalimat tersebut, kerana kalimat tersebut pintu-pintu langit dibuka." Abdullah bin Umar kemudia berkata, "Sejak aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda begitu, aku tidak pernah meninggalkan bacaan kalimat tersebut."
Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Dalam hadis ini, yang bersumber dari Abdullah bin Umar, bacaan doa Iftitah berasal dari salah seorang sahabat Nabi S.A.W dan beliau tidak melarang, Bahkan beliau menunjukkan kekagumannya dan mengabarkan keutamaannya. Bahkan, Abdullah bin Umar menegaskan bahawa sejak Nabi Muhammad S.A.W bersabda seperti itu, beliau tidak pernah meninggalkan bacaan tersebut dalam solatnya.
2. Bacaan Iftitah yang dimulakan dengan "Allahumma baa'id baini wa baina khathayaa"
Dari hadis yang bermaksud:
"Meriwayatkan padaku Musa bin Ismail ia berkata meriwayatkan padaku Abdul Wahid binZiyad ia berkata, meriwayatkan padaku 'Umaroh bin al-Qo'qo' ia berkata, meriwayatkan padaku Abu Zr'ah ia berkata, meriwayatkan padaku Abu Hurairah ia berkata, adalah Rasulullah S.A.W diam sejenak di antara takbir dan bacaan al-Fatihah. Ia berkata, Aku menyangka beliau diam sejenak, Kemudia aku berkata, "Demi bapaku dan ibuku, ya Rasulullah, dalam diam mu antara takbir dan membaca surah al-Fatihah bacaan apa yang engkau baca?" Rasulullah S.A.W menjawab, "Aku membaca Ya Allah jauhkanlah antara aku dan dosa-dosaku sebagaimana engkau menjauhkan antara belahan timur dan barat, Ya Allah bersihkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana pakaian pakaian putih dibersihkan dari kotoran, Ya Allah siramilah dosa dosaku dengan air, salju dan air embun."
Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari
3.Bacaan Iftitah yang dimulakan dengan "Alhamdulillah"
Dari Hadis yang bermaksud:
"Meriwayatkan padaku Zubair bin Harb, meriwayatkan padaku Affan, meriwayatkan padaku Hammad, mengkhabarkan padaku Qotadah, Tsabit dan Humaid dari Anas R.A bahawa sesungguhnya seorang lelaki datang dan masuk ke barisan (orang-orang yang sedang bersolat jamaah) dengan nafas yang sengal-sengal (termengah-mengah), kemudian ia mengucapkan, "Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya yang baik dan diberkati di dalamnya" maka setelah Rasulullah S.A.W menyelesaikan solatnya baginda bersabda, "Siapakah di antara kalian yang mengucapkan beberapa kalimat?" Para sahabat diam. Rasulullah S.A.W bersabda lagi, "Siapa di antara kalian yang mengucapkan kalimat tersebut, sesungguhnya ia tidak mengucapkan kalimat yang membahayakan" Maka berkatalah salah seorang lelaki, "Aku datang dalam keadaan tersengal-sengal nafasku kemudian aku mengucapkan kalimat-kalimat tersebut" Rasulullah S.A.W bersabda, " Sungguh aku melihat dua belas Malaikat bergegas berebutan siapa di antara mereka yang dapat mengangkat kalimat tersebut".
Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Imam Muslim
Kesimpulan
Lihat, disini sahaja sudah ada 3 jenis bacaaan yang berbeza beza, dan semuanya adalah dari hadis yang sahih. Bahkan ada juga bacaan yang dimulakan bacanya oleh sahabat dan Nabi bersetuju dan mengkhabarkan berita gembira dengan bacaan mereka itu.
Doa Iftitah akhirnya adalah doa yang baik dibaca dari jenis mana sekalipun. Jadi tidak boleh kita nak menghukum bacaan orang ini salah, bacaan orang sana salah. Siapa diri kita nak beri pahala pada bacaan solat orang lain. bukankah itu hak Allah? berlapang dada lah dalam perkara perkara furuq.
sekian.
No comments:
Post a Comment