Tuesday, April 10, 2012

Yang Terkurang

Assalamualaikum,

"Ya Allah, ampunilah diriku dan jadikanlah aku dari kalangan hamba-hambaMu yang bersyukur."

Kisah I


Hari ini bertarikh 10 April 2012, baru 10 hari dalam bulan April berlalu tetapi duit aku untuk bulan April sudah kering. Kemana menghilang RM500 yang PETRONAS pinjamkan kepada aku untuk kegunaan dalam masa lebih kurang 30 atau 31 hari?

Aku pun pening kepala memikirkan perkara ini. So aku dah start bajet, ikat perut (not literally) sebab dan overspend duit aku untuk bulan ini. Memikirkan aku perlu keluar duit lagi di minggu minggu hadapan untuk kegunaan belajar seperti membeli buku Engineers in Society dan photostat nota Islamic Knowledge and Science atas sebab keperluan membuat aku bertambah tambah pening.

Duit Owh~ Duit

Bila bicara soal duit, aku memang tidak pandai berjimat cermat. Bila bicara pula dengan rakan lain pasal soal duit, kata kami dulu RM10 pun dah rasa banyak tapi sekarang RM100 mudah sahaja dikeluarkan untuk hanya sekali membeli belah barang barang makanan dan keperluan lain di pasaraya pasaraya terutamanya Tesco. Adakah nilai duit kita berkurangan? Jawapannya memanglah ya bila kami bicara soal duit dengan hanya menilai diri kami yang berada di dalam bakul yang sama.

Dek buku buku yang pernah aku baca dan dari ceramah ceramah yang pernah aku dengar, terfikir pula di dalam kepala aku. Adakah memang nilai duit menjadi kecil? akibat pembangunan ekonomi, atau sudah terjadi sepertimana yang paling aku risaukan iaitu "sudah hilang keberkatan dalam hidup?". Kerana tanda-tanda orang yang tiada berkat dalam hidupnya ialah sering merasa tidak cukup dengan rezeki yang diterima. Aku menyuarakan idea. Perbualan kami terhenti seketika dan kami berfikir sejenak.

Kisah II


Tahun ini, umur pun dah mencapai 23 tahun. Dan diumur begini, aku mula berfikir seperti orang orang tua. Mula mengasingkan mana perkara yang remeh dan mana perkara yang besar. Mula berfikir lebih efisyen, terutamanya bila nak menilik masa depan yang siapa pun tak tahu. Dalam umur begini ada 2 perkara yang selalu bermain difikiran sendiri dan fikiran orang disekeliling untuk mereka bertanya. Satu, soal jodoh dan satu lagi soal kerjaya.

Mana yang remeh dan mana yang tidak remeh. Keduanya sama penting tetapi untuk saat dan ketika ini rasanya jelas! mana lebih penting. Tapi kata kawanku yang lain keduanya penting cuma soal pelajaran perlu diberi keutamaan dan soal jodoh work slowly on it, tak boleh jugak ditinggalkan terus.

Memetik kata Ustaz Don Daniyal, "..kerjaya kita sebenar di bumi Allah ini adalah menjadi dan melahirkan khalifah terbaik iaitu melalui pembentukan keluarga. Kerjaya di office hanyalah pelengkap untuk kita sempurnakan kerjaya kita yang utama tadi". Aku berfikir.

Soal kerjaya InsyaAllah akan aku usahakan demi sumbangan aku terhadap Agamaku, Bangsaku dan Negaraku. Orang yang tiada apa-apa tidak boleh menyumbang apa-apa. Soal jodoh pula aku hanya mampu berdoa sekalipun ia mungkin sudah berada di depan mata, namun apakan daya diri ini masih lagi tidak sempurna. Ini soal cinta dan tanggungjawab, cinta dan kasih sayang mungkin dapat aku beri tak terhingga banyaknya tapi sejuta kasih dan sayang takkan dapat mampu membeli biarpun 1kilo gula di kedai runcit. Apa gunanya? Aku yang kekurangan. Sabarlah "cinta", suatu masa aku akan datang menjemputmu.

Kisah III


Aku yang terus diasak oleh kesibukkan di tahun akhir pembelajaran. Stress cukup kuat namun Alhamdulillah, buat masa nie semua masih dalam kawalan. Kisah semakin stress apabila perubahan tarikh dissertation submition dan viva berubah-ubah. Merunsingkan lagi apabila tarikh itu bersimpang siur dengan plan aku nak balik kampung.

Diasak pula dengan due date submission assignment lain dan tarikh test yang turut juga nak masuk dalam schedule yang dah pack. Dalam keadaan macam nie tiba-tiba aku teringat pula nasihat abang Badrul Hakimi "Tuhan takkan pernah sekalipun aniaya hambaNya. Jadi setiap ketentuan adalah bentuk ujian, kafarah dosa atau pemberian hikmah yang tak pernah kita tahu rahsiaNya". Aku kembali berfikir dan bertenang. Mula menerima dengan redha.

Bila gelisah, aku resah, bukan kerana cinta tapi kerana aku sendiri masih kekurangan. Kekurangan motivasi untuk keluar dari keresahan ini. Aku merasakan bahawa segalanya sangat payah, aku mudah terpedaya dengan gangguan gangguan lain. Infinity Blade II contohnya, dah sampai 12th Rebirth aku main, biarpun aku sedar tiada apa yang aku dapat di penghujungnya. Namun aku kerap tewas dengan bisikan si pemalas dalam diri aku sendiri.

Sekian

No comments: