Assalamualaikum...
Persss...tajuk tak boleh tahan. Tetiba rasa macam jejaka idaman malaya, anuar zain la pulak sambil nyanyi "Lellaki inni yang sellallu mencinta muu, sellallu tanpa raguu". Selamat pagi.
Mengantuk lagi nie. Rasa macam 45% nak tido tapi 55% rasa mcm nak bangun sbb baju tak basuh lg, esk nk peg keje. Report Offshore Hitch ada 2 lg tak buat huhuhu T-T. Bertemankan lagu P. Ramlee "Kalau Jodoh Tak Kemana" aku tulis blog.
Semalam penatlah sangat setelah join CSR di YPC cheras. Balik plak ku redah sahaja panas terik setelah makan tengah hari di Pelita Nasi Kandar dengan engineer-engineer drilling division. Lamanya tak makan nasi kandar. Tapi rasanya belum lagi kaw-kaw. Apa pun kenyang. Alhamdulillah. Habis diet program aku.
Sepetang aku tidur, keletihan. Malamnya pula konon nak buat kerja namun iman tak cukup kuat. Ku habiskan masa dengan perkara merepek. Online FB. Hadduih.
Last-last pukul 11.30 baru nak cucuk hard disk kt TV tengok cerita hindustan. VeerZaara. Shah Rukh Khan dengan Preity Zinta. Menangis aku. Nampaknya ada lagi cerita-cerita hindustan yang lebih romantik dari cerita korea yang telah lama aku tinggalkan.
Sanggup Squadron Leader Kapten Veer Pratap Singh dari India, terpenjara di Pakistan selama 22 tahun tanpa membela diri kerana mahu menyembunyikan kedatangannya bertemu Zaara Hayat Khan. Anak perempuan seorang tokoh politik di Pakistan. Ini kerana veer tidak mahu ada beliau dikaitkan dengan keluarga zaara dan merosakkan maruah keluarga tersebut.
Cinta terhalang oleh ayah kepada zaara dan tunangnya. Sebelum dia berjumpa dan jatuh cinta dengan veer yang telah menyelamatkan nyawanya. Dalam perjalanan zaara ke India untuk menyampaikan hajat penjaganya.
Sepanjang veer di dalam penjara menjalani hukuman yang dirancang oleh tunang zaara yang jahat. Zaara membatalkan perkahwinannya dengan Raza tunangnya itu dan melarikan diri ke India merealisasikan impian veer, membangunkan kampungnya. Setelah zaara mendapat berita bahawa veer sudah mati dalam satu kemalangan.
22 tahun mereka bercinta dengan hanya berbekalkan memori cinta mereka yang hanya berputik dalam masa yang singkat. Kisah cinta yang hebat.
Adakah aku dan cinta sehebat itu. Adakah sanggup cinta menjaga dirinya untuk diriku selama aku tiada. Menjaga cinta dengan hanya berbekalkan memori bersama. Fikiranku melayang.
No comments:
Post a Comment