Kegilaan sewaktu muda oleh kebanyakkan lelaki bekerjaya namun bujang tiada tanggungan adalah kelihatan macho di khalayak gadis-gadis remaja walaupun sesaat. Aku adalah list beberapa barang yang akan menambah kemachoan seorang lelaki bekerjaya pada mata seorang lelaki sendiri dan kebanyakkan gadis-gadis tipikal seluruh dunia.
Antara yang menambah kemachoan lelaki pada pikiran lelaki itu sendiri adalah:
1. Warna Hitam Berkilat
Syarat pertama untuk lelaki menambah macho adalah dengan dengan warna hitam berkilat. Semua benda yang dipakai mestilah berwarna hitam sedikit berkilat. Seperti barangan kulit atau kain licin yang sedikit berkilat (aku tak tau apa jenis kainnya).
Jangan over berkilat macam sesetengah lelaki yang pasang apa nama ntah kat baju sampai blinking. Bukan nampak lebih macho tapi lebih poyo.
2. Sut Hitam
Sut biasanya akan membetulkan bentuk badan. Memberi lebih perwatakan lelaki. Biasanya sut hitam akan digayakan dengan baju putih dan tali leher hitam. Namun ada juga pilihan dengan mengenakan baju kemeja hitam sedikit berkilat untuk membezakan warnanya dengan sut hitam di luar.
3. Ray Ban Gelap
Tidak selalu lelaki akan pakai sut hitam. Kalau di Malaysia nie macam poyo sangat sebab iklim panas lembab. Maka lelaki di Malaysia lebih selesa dengan pakaian loose. Tidak sendat seperti sut. Kasual adalah pilhan utama.
4. Wrist Watch
Disebabkan baju kasual lelaki asia kebanyakkannya berlengan pendek. Penggayaan jam adalah sangat perlu supaya lengan tidak kelihatan kosong. Halus mulus seperti lengan seorang perempuan. Jam tangan pula tidaklah boleh main sental je yang mahal. Design adalah paling penting biarpun murah harganya.
5. Shave tak habes
Sememangnya lebih lelaki daripada perempuan adalah adanya misai, janggut, jambang dan seumpamanya. Jadi lelaki janganlah shave sampai licin dan menjambukan wajah anda. Simpanlah sikit untuk tampak lebih lelaki lebih macho.
6. Superbike
Vah vah vah semakin dahsyat. Disinilah main point aku sebenarnya. Memiliki motor berkuasa tinggi akan menambah 237% kemachoan seorang lelaki. Keh keh keh. Tetapi mestilah mematuhi syarat pertama iaitu warna hitam. Dan motor mestilah dengan design sedikit jahat. kan Bad Boy lebih sedikit macho. Hehehehe..
Peribadinya aku suka bunyi motor yang mengaum. Sedap je dengar. Design adalah perkara paling penting. Teringin nak pakai 1000cc keatas. Namun Kawasaki Ninja 250r 2013 terbaru keluar dengan design yang sangat jahat. Aku tertarik.
250cc cukup bukan boleh speed pun, ada AES. then tak payah nk upgrade lesen sebab aku nak amik lesen international lepas nie nak kena bayar lagi. Manalah tahu ada rezeki honeymoon oversea. Boleh drive sendiri.
Pernah aku suarakan hasrat hati kepada abah,
.."Cek ingat nak beli superbike la abah"
.."Mengarut!"
Huerkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkereekkkkkkkkkkkkk
Mati hasrat aku.
8 comments:
keje di KL lebeh elok utk angkat superbike daripada kereta. haha
superbike mmg hensem. teringin dari skolah rendah g hohohohoo
kereta lebih sesuai untuk orang yang tak tahu jalan kL and nak guna GPS. Naik moto tak boleh pakai GPS naik moto kena pakai REDAH.
hensem hanya sesuai untuk LELAKI keh keh keh
"mengarut"----> be practikal la tue kot...ye la.. superbike naik sorng2x memang macho...tp kalu naik dua org jd mcm tak macho...macho lg honda ex5...heheheh...
kalau berdua naik ex5 tue xmacho langsung fuzah..tp romantik habes..hahaha
hahahah..tau takpe..
Post a Comment