Sunday, May 12, 2013

Mak, Ibu dan Mama Ku

Assalamualaikum..

Hari ibu ka hari ini? Aku tak pernah aware pulak hari-hari seperti ini sebab tak da cuti umum (jujur sangat). Tambahan UAI cakap tak boleh nak sambut hari ibu nie. Jadi post aku hari ini pun bukanlah sebab nak sambut hari ibu cuma sekadar nak mengingat dan mengisahkan sesuatu yang berkaitan.

Mak
Aslina binti Ishak. Ini nama ibu kandung saya. Pasal mak nie banyaklah ceritanya. Sebab 24 tahun dah mak membesarkan aku. Daripada dengan belai manja, sampai ke rotan, sampai ke nasihat melalui panggilan telefon dan mesej sebab dah jauh. Namun semuanya adalah tanda kasih dan sayang mak pada aku. Terima kasih mak kerana telah melahir, membesarkan, mengajar dan mendoakan kejayaan anak sulong mu ini.

Teacher
Pn. Noraini Beejori. Nama ibu angkat aku yang pertama. Pn Noraini adalah orang pertama melamar aku sebagai anak angkat pada tahun 2004. Beliau sangat menginginkan seorang anak lelaki yang besar. Beliau memiliki dua orang anak perempuan dan sorang anak lelaki bongsu. Dulu beliau mengajar di Langkawi dan kini beliau menetap di Singkir Darat bersama suami tercinta.

Pn. Noraini aku tidak panggil beliau dengan gelaran ibu atau mama walaupun beliau pernah suarakan isi hati nak aku panggil dia ummi. Namun masa tue aku rasa segan sangat3 sebab yelah perbezaan darjat keluarga aku dan keluarga dia. Aku tidak mahu dia berharap dan aku pun tak nak menyusahkan beliau. Lebih senang aku panggil teacher. Saya minta maaf teacher.

Walaupun aku panggil teacher, aku selalu anggap teacher seperti ibu aku. Penuh dengan nasihat. Teacher selalu call saya masa di UTP dulu. Dan pesanan kerama dia "Kau kat sana belajar betol2. Kau jangan nak bercinta pulak. Kalau teacher dapat tau kau bercinta, teacher pergi turut kau kat UTP bawak balik Kedah.". Hahahaha..macam mak kan?. Anyway terima kasih teacher kerana mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anak mu ini.

Ibu
Pn. Noor Madiah. Nama ibu angkat saya yang kedua. Pn. Noor Madiah, aku panggil dengan panggilan Ibu. Ibu tinggal di Kampung Chini 4, Felda Chini, Pahang. Aku bertemu Ibu pada tahun 2008 melalui program anak angkat matrikulasi. Ibu adalah seorang ustazah mengajar al-Quran di rumahnya waktu pagi dan mengajar PAFA di sekolah pada waktu petang.

Paling aku ingat adalah kali pertama bertemu Ibu. Kami anak2 angkat duduk dalam dewan dengan nombor di kerusi masing2 menanti ketibaan dan paling penting siapakah ibu dan bapa angkat kami. Kompang dipalu dan semua ibu dan bapa angkat masuk ke dalam dewan. Aku toleh kebelakang memerhati.

Ibu masuk bertudung labuh, dengan baju kurung biru. Kali pertama aku lihat Ibu berjalan masuk dengan wajah yang tenang. Aku harap pada Allah, mohon supaya wanita inilah ibu angkat aku. Ibu datang menghampiri cari nombor di kerusi kami yang sama dengan nombor dalam kadnya. Alhamdulillah nombor kerusi aku sama dengan nombor dalam kad Ibu. Saat pertama bertemu Ibu adalah satu kenangan yang manis bagi aku.

Keluarga Ibu, best. Aku suka tinggal di rumah ibu. Tenang saja rasanya. Ibu pulak lemah lembut. Pagi-pagi Ibu bangun buat kuih sebelum subuh. Sedap. InsyaAllah jika ada kelapangan rumah pertama aku akan tuju dengan kereta yang akan aku beli nanti adalah rumah Ibu. Selama ini aku tak sampai ke rumah Ibu sebab bermacam halangan. Nanti anak Ibu dah boleh drive sendiri ke rumah Ibu insyAllah.

Masa naik bas nak balik matrik. Aku tengok Ibu menangis. Aku pun menangis sama huhuhu. Ibu cakap jangan lupakan Ibu. Aku tak pernah lupakan Ibu. Wajah Ibu selalu dalam ingatan aku. Aku anggap Ibu adalah yang paling dekat sebagai mak kandung aku sendiri. Terima kasih Allah, pertemuan beberapa hari telah menjalinkan ikatan sebegini dan terima kasih ibu keran terus mendoakan kejayaan dan kemajuan salah seorang anak mu yang jauh ini.

Mama
Pn. Salmah. Nama ibu angkat saya yang ketiga. Menetap di felda Ijok. aku panggil Pn. Salmah dengan gelaran mama. Mama masih muda, dalam umur 30-an. Aku bertemu mama melalui program anak angkat di UTP pada tahun 2010. Mama adalah ibu yang baik tapi Mama selalu segan dengan aku dan kawan2 anak angkatnya sebab Mama takut apa yang Mama sediakan kat rumahnya tak cukup selesa untuk kami.

Kat rumah Mama yang paling best adalah mandi. Air kt rumah Mama terus dari bukit agaknya. Setiap masa sejuk. So kalau ke rumah Mama for sure aku mesti mandi. Air yang sejuk tue akan melegakan segala lenguh2 badan. Then terus aku tidur dengan aman kat rumah Mama. Perghhh best sangat3. Mama akan ku kenang sebab Mama ada ramai family di Ijok. Aku Mama sebagai ibu angkat sekali dengan tok, nenek dan maksu serta sepupu angkat sekali. Dalam satu pakej.

Terima kasih kerana menerima aku ke dalam keluarga Mama. Terima kasih juga buat Mama yang sentiasa kenang dan ingat kepada ku.

Inilah semua wanita-wanita yang bergelar Mak, Teacher, Ibu dan Mama kepada seorang anak lelaki. Terima kasih tak terhingga atas doa kalian semua. Tanpa doa kalian mungkin tidak sampai aku ke tahap ini.

Urmmm Ibu Mertua belum lagi, insyaAllah kalau dah official nnt baru masuk dlm list. Terima kasih juga atas doa yang tak putus2 dari mu buat diri ku.

Terima kasih semua. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah. Atas inspirasi kalian akan bersama ku nanti seorang ibu kepada anak2ku dalam keluarga aku sendiri. Dan akan aku didik beliau menjadi seperti kalian. InsyaAllah.

No comments: