Assalamualaikum
Sebenarnya ejaan dia bencana. Tapi memang saja aku eja dengan C, H dan A, so nampak cliche kat situ. Abaikan. Sejak aku pindah opis baru nie, setiap pagi sebelum naik opis aku ambil newspaper free. The Sun Daily. Dulu masa dekat tower 1, takda pulak aku rasa nak amik.
Setiap pagi, sebelum memulakan kerja, sementara nak tunggu PC loading apa semua, sempatlah baca-baca dulu apa cerita negara aku hari ini. Apa lagi yang dah naik dan nak naik esok lusa. Setiap hari aku terperasanlah pasal kutipan derma untuk mangsa taufan di Filipina tue. Mengingatkan aku tentang rakyat negara sendiri yang ditimpa musibah banjir. Apalah nasib mereka agaknya. Ramai jugak kawan-kawan aku berasal dari sebelah sana.
Bila orang cakap pasal banjir, yang katanya paling teruk melanda dari Terengganu sampai ke Johor. Apa nilaian kita terhadap takdir Allah ini? Adakah banjir yang datang tue hanya sekadar banjir? Pastinya tidak, sebab semua perkara yang berlaku atas muka bumi ini pasti ada sebab musabab dia. Sunnatullah namanya. Apa kita nak kata banjir yang berlaku sama ada sebagai warning, ujian atau bala daripada Allah?
Ada jugak orang politikkan peristiwa nie. Katanya bala sebab memimpin negeri tidak betul, sebab tue banjir hanya berlaku di negeri-negeri dibawah pimpinan kerajaan pusat. Manusia jenis nie buta hati nama dia. Orang arab tak masuk parti kau pun, tak kena pun banjir. Habis, banjir dekat Kedah masa pemerintahan kerajaan pembangkang tue apa cerita? Jangan sempit sangatlah.
Ada pulak orang cakap, alah masa banjir mana pihak pembangkang? Takda turun pun, batang hidung pun tak nampak. Pulak. Sapa yang bertanggungjawab sekarang nie? Kenapa pulak pembangkang yang tidak mentadbir negeri pulak kena turun tolong rakyat pimpinan kerajaan pusat? Peliklah kerajaan nie pun. Lepas tue masa orang tengah susah banjir. Mereka boleh pulak buat perhimpunan dengan mewah. Then nak kata dekat pembangkang lagi. Boleh blah!
Habis. Stop disini.
Aku ada selidik-selidik cerita orang-orang di kawasan yang dilanda banjir ini. Macam-macamlah cerita aku dengar. Sampaikan kesimpulannya aku buat lepas aku dengar satu ceramah sebelum solat Zohor. Pasal solat. Ustaz yang berceramah adalah antara orang sama-sama joined pasukan bantuan di negeri-negeri dilanda banjir. Ustaz kata, "Saya sampai sana, tanya khabar bukan soalan pertama saya. Soalan pertama saya selepas ucap salam adalah; Abang/Kakak dah solat ke belum?"
Disimpulkan daripada ceramah beliau, bencana yang menimpa adalah disebabkan tidak solat. Aku teringat satu kisah daripada seorang ustaz semasa banjir di Kedah dulu. Beliau ketika itu tiba selepas Zohor untuk bertugas menjaga pusat pengumpulan mangsa banjir. Bila tiba waktu asar, beliau pun naik tingkat atas (Pusat pengumpulan adalah bangunan sekolah) dan azan lah dengan P.A System mengajak semua orang disitu solat Asar.
Namun bayangkan, setelah sejam menunggu, takdak sorang pun yang naik solat asar. Semuanya duk melepak, menyembang di bawah. Lepas beberapa lama adalah sorang pakcik naik dan bersolat berjemaah bersama ustaz tersebut. Bayangkan, sedang ditimpa musibah pun manusia boleh tak ingat Allah lagi. Rumah, kereta, harta benda, sawah bendang, kebun dusun semua tenggelam dek air banjir. Namun boleh lagi manusia lupa pada Allah. Orang yang ramai-ramai dekat pusat pengumpulan banjir tak solat Asar.
Sama jugak apa yang saya dengar daripada pasukan bantuan untuk mangsa banjir pantai timur. Cerita sama saja cuma ditempat yang berlainan. So macam mana Allah tak turunkan bala. Kalau tengah susah pun tak ingat Allah, apatah lagi tengah senang.
Kisah yang sama jugak, masa di Kuala Muda yang dilanda Tsunami suatu ketika dulu. Solat tidak dijaga, dikalangan nelayan main judi, minum arak dah jadi perkara biasa. Bila bencana datang, maknanya Allah marah pada kita. Dan ia adalah peringatan kepada orang lain. Namun perkara ini tidak disebarkan. Tidak diambil pengajaran.
Jangan kata orang yang duduk jauh daripad laut selamat! Kuala Lumpur tue jauh pada laut, insyaAllah la tak kena banjir. Namun tengok penyakit berapa banyak. Denggi la, Malaria la, jerebu la, tanah runtuh dah berapa kali? masuk hospital ja semua. Lepas tue jenayah, rompak, rogol, samun, pecah rumah, culik, bunuh dan lain-lain. Apa semua tue bukan bencana? Bukan bala daripada Allah?
Semua tue bala la tue. Bala turun tak kira siapa. Semua kena, yang patuh dan yang ingkar. Semua kena, sebab yang patuh tidak mengingatkan yang ingkar. Maksiat terus berleluasa. Maka bala akan turun, sebab Allah murka. Tak kira siapa atau penyokong parti mana mahupun kerajaan negeri dibawah pimpinan parti mana.
Kalau takmau bala turun, ingat-mengingatkanlah kawan-kawan kita. Jaga solat, jangan buat maksiat nanti Allah marah.
Sekian.
1 comment:
Allah... thanks.. peringatan untuk saya. . sangat terkesan..
Post a Comment