Wednesday, December 25, 2013

Jalanan

Assalamualaikum,

Hari nie hari cuti. Ada banyak pilihan aktiviti untuk aku sebagai orang bujang. Dan aku memiliah jalan yang sihat iaitu menziarahi paksu dan maksu sekeluarga di Bukit Beruntung. Bukankah ziarah menziarahi itu sebahagian daripada sunnah Nabi S.A.W. Keluarga yang diziarah juga Allah tambahkan rezeki atas sebab mereka meraikan tetamu. Pesan Nabi S.A.W juga, setiap tetamu yang datang akan bawa rezeki masuk ke rumah kita. Jadi, alu-alukan dan raikanlah tetamu.

Masa dekat rumah paksu, aku tertengok siaran berita yang melaporkan tentang rancangan perhimpunan menggulingkan negara. Ish ish ish ish. Aku tak tau cerita sangat pasal perhimpunan tue, yang aku tau perhimpunan itu adalah bukan anjuran mana-mana parti. Ia adalah anjuran persatuan bukan kerajaan dan bukan pembangkang. Apa yang bakal berlaku, kita tunggu 31 Disember 2013 nanti.

Pendapat peribadi aku, perhimpunan jalanan bukan lagi satu jalan yang berstrategi untuk rakyat zaman millennium ini. Ia sudah tidak relevan dengan keadaan semasa. Perhimpunan jalanan akan memburukkan lagi nama persatuan atau badan yang menganjur. Rakyat terus akan dapat maklumat yang salah dan tidak betul. Mereka akan terus dihidangkan dengan info-info yang terus diselewengkan oleh media.

Kita tidak dapat berbuat apa, media dipegang secara total oleh kerajaan. Jadi antara penganjur yang bertujuan menyampaikan maklumat dan rakyat yang mencari-cari ada satu halangan utama, iaitu media Malaysia. Berapa sangat sasaran bila perhimpunan jalanan dibuat. Hanya orang yang hadir sajalah. Orang yang tidak hadir bukan sahaja tidak mendapat maklumat bahkan lebih teruk mereka mendapat maklumat yang diselewengkan. Jadi pihak penganjur sepatutnya memikirkan kesan daripada perhimpunan ini.

Memang benar kita pernah merdeka dengan perhimpunan. Tapi itu separuh abad yang lalu. Sudah basi, sudah layu. Aku tak kata perhimpunan jalanan tidak relevan untuk selamanya. Bagi aku perhimpunan jalanan adalah taktik terakhir jika orang yang merancang strategi dengan betul. Untuk perhimpunan jalanan, jika sekadar 10-15 % rakyat yang turut serta apalah sangat impaknya.

Usaha patut dilakukan untuk memberi maklumat supaya orang turun ke perhimpunan jalanan. Aku mensasarkan perhimpunan jalanan akan memberi kesan besar jika lebih 50% jumlah rakyat Malaysia turun. Macam mana nak 50% rakyat turun? Kena susun strategilah. Kena lebih lagi usaha untuk menyebarkan maklumat. Kalau setakat suka-suka post di FB untuk berhimpun memang susah sikitlah.

Sekian.

No comments: