Friday, December 6, 2013

Ustaz 1 Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ini heboh di laman sosial dan media cerita pasal Ustaz Kazim Elias (UKE) yang kononnya macam-macam cerita. Tup-tup masuk UMNO. Dilantik sebagai salah seorang Ahli MT pulak tue. Maka ramailah yang memang tak suka bertambah benci sehingga sanggup menyebarkan fitnah dan memburukkan nama UKE secara melampau-lampau.

Namun aku bukan nak ulas tentang kes UKE nie. Dia pun dah tolak perlantikan tersebut secara baik setelah berbincang dengan PM. Main point aku dalam post ini adalah aku nak persoal dan bincang dimana kedudukan ulama' dan ilmuan seperti UKE sendiri dalam masyarakat. Adakah menjadi hak masyarakat untuk menentukan dimana mereka atau itu adalah hak mereka sendiri untuk memilih jalan dalam perjuangan mereka.

Bukan UKE sahaja yang terlibat dengan perkara semacam ini, ilmuan lain juga sama seperti UAI, UFB, UHB, UZM dan lain-lain lagi ilmuan yang nama singkatan mereka bermula dengan huruf U. Jelas saya nyatakan disini, UKM, USM, UTP, UTHM, UTM dan lain-lain U seangkatan adalah sangat tidak berkaitan.

Kalau kita singkap sejarah politik Malaysia sejak sebelum PRU 13 yang lepas. Malahan jika kita ingat dalam PRU yang sebelum-sebelumnya sudah menjadi kewajiban parti politik Malaysia menggunakan selebriti terkenal dan terkemuka untuk memancing undi. Dimulakan oleh UMNO, dengan menaja beberapa artis ternama untuk turut sama berkempen dan memberi cenderahati kepada yang menyokong. Nak pancing undi lettew.

Kemudian PAS mula mengambil langkah yang sama namun dengan pendekatan mereka sendiri. Ramai selebriti, artis, penyanyi dan pelakon yang secara terbuka mula terlibat, berkempen dengan PAS untuk PRU13 yang lalu. Kebanyakkan artis ini, dilihat sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Namun ini cara PAS saya tak mau komen. Biarlah kedua-dua parti tertua Malaysia ini dengan cara mereka sendiri.

Bila zaman artis mula suram, zaman ustaz dan majlis ilmu melonjak naik sampaikan konsert rock dah takdak orang nak datang, kuliah pula orang parking penuh sampai tutup jalan. Tumpuan kepada artis beralih kepada ustaz-ustaz yang popular ini. Dan keadaan ini dilihat memberi kelebihan kepada PAS kerana tentunya 90% daripada ustaz-ustaz ini berkecenderungan ke pihak PAS.

Untuk survival, UMNO mula pancing ustaz-ustaz seperti UFB, UMI, UJK dan lain-lain, bukan lagi sebagai ahli, tetapi orang berjawatan dalam kerajaan seperti ketua bahagian, senator dan lain-lain. Jadi berebut-rebutlah kedua parti ini untuk pancing ustaz la pulak masuk parti. Parah bila kuliah-kuliah UAI yang melaut orang dilihat berkecenderungan kearah PAS. UMNO resah.

Taktik macam memang berjaya di Tanah Melayu nie sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka. Pendakwah yang datang ke Melaka akan terus berjumpa Sultan. Bila Sultan peluk Islam maka beramai-ramailah rakyat turut sama peluk Islam. Keadaan ini berlaku sampai ke hari ini. Bila orang tertentu membuat pilihan maka semua pengikut-pengikut akan turut sama join sekaki.

Selepas berzaman, kemudian wujudlah pula budaya "Pak Turut", "Taklid Buta" akibat terlalu banyak sangat mengikut-ikut orang,  membuatkan orang Melayu malas berikir. Disebabkan itu juga orang melayu nie macam lalang. Memudahkan orang luar menjajah fikiran mereka hari ini. Sebab ada budaya nie melekat dalam diri orang melayu dimana sahaja mereka berada, sama ada surau, masjid dan sebagainya. Mudahlah parti-parti seperti ini mengambil kesempatan. Pancing ketua dapat anak buahnya.

Dulu ketuanya artis, tak jadi masalah sangat sebab apalah sangat impak pendirian seorang artis. Bila ketuanya ustaz, ilmuan dan pendakwah, ini jadi masalah besar. Pendirian mereka ini berkait rapat dengan agama, akidah dan penyatuan ummah. Sangat kritikal. Jadi dimana mereka patut berada?

Okay, part nie adalah pendapat peribadi aku.

Pendakwah dan ilmuan adalah milik rakyat tanpa kompromi. Walaupun mereka juga adalah manusia biasa namun ilmu yang mereka ada adalah menjadi kewajipan bagi mereka untuk menyampaikan kepada orang ramai tanpa mengira status, pangkat, harta, jantina atau dia sokong parti mana. Sapa sahaja yang takdak ilmu pulak wajib pergi belajar dengan mereka jugak tanpa kompromi status, pangkat, harta, jantina atau ilmuan itu sokong parti mana (namun dalam ideal kes, undi adalah rahsia - tak jadi isu).

Namun keadaan politik negara ini sedikit pelik. Saya rasa kalau ilmuan tersohor seperti UAI dan UKE sepatutnyalah tidak boleh memegang jawatan dalam mana-mana parti biarlah nampak jelas parti mana yang disokong. Memegang jawatan dalam parti, saya lihat lebih banyak keburukkan berbanding baiknya. Masa berdakwah perlu dibahagi-bahagikan. Mesyuarat parti sana sini. Timbul fitnah dan tidak lagi mesra rakyat.

Paling teruk adalah jika ilmuan tersebut hanya menjadi boneka yang akan digunakan oleh pemimpin-pemimpin parti untuk mendapat restu agama. Terdedahnya ilmuan tersebut kepada rasuah, mengeluarkan fatwa dan pendirian yang salah semata-mata untuk meraih sokongan seperti apa yang telah berlaku kepada Mufti Perlis tidak lama dulu.

Pendakwah akan menjadi tempat tumpuan masyarakat memperoleh jalan menyelesaikan perkara-perkara penting, tempat bertanya keraguan dan memperoleh peringatan. Jika pendakwah sudah memegang jawatan parti semestinya semua rakyat tidak lagi mudah nak dekat dengannya. Rakyat daripada parti sebelah sana akan menjauhkan diri dan lebih buruk keadaan ini kan menambah lagi perpecahan umat.

berikutan fungsi ilmuan dan pendakwah salah satunya mennyatukan umat, seperti mana yang Nabi S.A.W buat, dan pendakwah, ilmuan dan ulama' pulak adalah pewaris Nabi S.A.W, jadi tidak sepatunyalah mereka pulak menjadi agen perpecahan.

Jadi memang berpatutanlah pendakwah atau ilmuan tidak memegang jawatan dalam parti, kerana terlalu banyak risiko dan skop dakwah tiba-tiba akan menjadi sangat-sangat kecil. Dimana statu ilmuan di Malaysia? di hati semua rakyat tanpa kompromi status, harta, jantina, pangkat dan parti apa yang disokong.

Semarakkan ilmu dan bersatu demi agama.

Sekian.

No comments: