Tuesday, November 21, 2017

Angkuh

Bismillah 
Assalamualaikum w.b.t

  1. Ini bukanlah luahan perasaan atau kritikan. Ini sebuah nasihat. Anggaplah sebuah nasihat murni daripada seorang yang lebih tua. 
  2. Aku ini bukanlah orang yang banyak ilmu tapi apa yang boleh aku tawarkan hanyalah pengalaman sedekad dua dalam kehidupan. 
  3. Zaman ini orang mula mencari agama. Hari ini ilmu agama tidak datang sekadar ilmu. Ianya datang pakej dengan kuasa, pengaruh, kekayaan dan segala yang dapat menarik dunia bersama dengannya. 
  4. Aku sendiri impressed dengan berapa ramai anak muda diluar sana yang menguasai ilmu agama lebih hebat daripada aku. Mengorbankan dunia mereka untuk jalan dakwah dan agama ini.
  5. Namun aku ada sedikit berbeza sejak datang perangai suka mentahzir orang lain yang berbeza. Aku faham sangat jiwa-jiwa muda yang sedang memberontak, jiwa-jiwa rebelius. Mereka suka nak berkata apa sahaja, dalam semua benda, dan suka dilihat berbeza daripada orang lain.
  6. Disini aku faham kenapa orang-orang tua dahulu suka menasihat kepada orang muda untuk kawal perasaan & darah muda mereka. 
  7. Sebagai penuntut ilmu sepatutnya elakkan daripada sifat suka mengkritik semua perkara sekalipun bukan bidang yang kita tidak tahu, atau mungkin sekadar tahu-tahu daripada pembacaan melalui internet, dengar kawan-kawan bercerita.
  8. Setiap yang kita tulis di laman sosial akan menjadi rekod. 
  9. Seperti mana aku sendiri. Gelak keluar air mata membaca tulisan-tulisan tidak matang aku di laman sosial 5-6 tahun dahulu. 
  10. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita terdahulu.
Sekian. 

Thursday, October 26, 2017

Tayar: Chapter 2

Bismillah
Assalamualaikum w.b.t

Ini kisah pasal tayar kereta aku chapter 2 yang sebenarnya sudah sebulan berlalu daripada tarikh sebenarnya peristiwa ini berlaku. Aku tak sempat nak tulis disebabkan terlalu sibuk dengan hal kerja dan keluarga. Aku jadikan post ini kesinambungan kepada post aku yang lama dulu disini.

Aku perasan, tayar kereta aku yang berbaki dua yang belum lagi ditukar semakin nipis. Boleh dikatakan setiap kali sebelum aku drive kemana-mana. Aku akan check singgat nipis tebal bunga tayar. Maklumlah, golongan miskin bandar macam aku kenalah berjimat. Aku tahan diri untuk tukar tayar yang dua tu selagi kenipisan tayar belum lagi cecah singgat tu.

Nak dijadikan cerita, adik aku nak bertunang pula. Pendek cerita, aku tukar kereta dengan adik ipar aku sebab kereta dia lebih besar. Kereta aku tak muatlah nak bawak segala mak nenek hantaran-hantaran semua tu. Adik ipar aku pulak, dia nak travel jauh pula pada hari yang sama. Nak tak nak, pejam mata aku kena tukar jugaklah tayar kereta aku untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku.

Bermulalah misi research aku. Based on last post aku, ada la discussion pasal tayar jenama Viking. Katanya murah dan berbaloi untuk tayar level orang tiada ada macam aku. Aku tanya kawan-kawan aku yang memang particular pasal kereta & researched kat internet. Hasilnya aku terarah kepada 2 jenama iaitu Bridgestone & GoodYear, tetapi aku masih masukkan Viking dalam list aku.

Bridgestone Ecopia EP150
Viking City Tech 5
Goodyear Assurance Duraplus    

Ikut harga, of course Viking City Tech 5 paling murah. Disebabkan, ada kawan aku suruh baca sendiri apa yang brand tu claim kat website dia. Aku pun mula baca, malangnya Viking hanya ada review untuk City Tech 2. Disebabkan itu aku keluarkan Viking daripada list.

Aku copy paste daripada website:

Bridgestone Ecopia EP150
New ECOPIA tyres offer more fuel savings with uncompromised wet performance and wear life!

ECOPIA tyres are made with the latest technology for reducing rolling resistance which leads to less fuel consumption and less CO2 emissions. ECOPIA tyres also deliver the safety peformance of better braking in the wet and longer wear life.

With 7.1% improvement in fuel efficiency, comparing ECOPIA EP150 to Bridgestone AR10 over 10,00OKM distance travelled. (Size 195/65R15 based on JATA test). Actual savings may vary which depend on proper tyre maintenance, vehicle, driving style and road conditions

Goodyear Assurance Duraplus
Imagine a set of tyres that can take a driver the grueling distance of approximately two and a half times around the world*. The Goodyear Assurance DuraPlus is engineered to let drivers go up to 100,000km* and comes reinforced with DuPont™ Kevlar® for added protection, delivering tremendous value through being a longer lasting and more durable tyre.

Designed for small- to mid-sized passenger vehicles, the Assurance DuraPlus tyre boasts and improved version of the Goodyear’s proprietary TredLife Technology™ with a new enhanced tread compound, combined with DuPont™ Kevlar® reinforcing, which provide drivers with the assurance of a longer lasting, more durable tyre.

TredLife Technology™ increases the usable life of the tyre for longer mileage. In the Assurance DuraPlus, it utilizes a more advanced carbon-based tread compound with higher carbon content than its predecessor, providing higher resistance to road wear and up to 100,000km* of road travel.

The introduction of a DuPont™ Kevlar® overlay into the Assurance DuraPlus also increases the tyre’s durability. Used in military grade equipment, this lightweight material maintains stiffness and strength even under high temperature conditions when the tyre is in motion, giving drivers’ added protection against road hazards.

The Assurance DuraPlus is the tyre to turn to for outstanding mileage and protection.

*Tyre mileage projection as tested by Goodyear Testing Division in size 185/65R14 on roads in Thailand and actual mileage may vary due to state of roads, tyre pressure and maintenance, climate, driving styles and usage patterns etc. Distances between cities are estimates of straight point to point distances in kilometers.   

Aku buat keputusan selepas 2 hari berfikir. Aku beli Goodyear Assurance Duraplus.

Alhamdulillah segalanya selesai.

Sekian.

Tuesday, August 29, 2017

Jangan Terjun Dalam Parit Dengan Orang Ramai!!!

Bismillahi
Assalamualaikum w.b.t
  1. Malu membentuk cara fikir. Sekalipun kurang ilmu, malu mungkin akan menjadi benteng kepada kerja perbuatan melampau atau lalai kita di dunia. Mungkin ia akan jadi penyelamat kita menghadap Allah swt kelak.
  2. Ukur Malu dengan hujah bukan dengan pandangan orang lain. Memang benar, majoriti masyarakat mendefinisikan tahap malu masyarakat itu sendiri. Disebabkan itu, terlalu ramai diantara kita berhujah dengan perbuatan orang lain. "Tu orang lain buat takpa pun." 
  3. al-Imam Malik rhm, Imam ahli sunnah. Imam yang keras berpegang dengan sunnah dalam sejarahnya. Beliau menjadikan Amalan Ahli Madinah sebagai salah satu hujah dalam dalam mazhabnya. Pun begitu, jumhur ilmuan kemudian mengkritik beliau, termasuk anak murid yang dekat dengannya iaitu al-Imam Syafie rhm. 
  4. Sedang Amalan Ahli Madinah. Bumi yang mana dibangun oleh Baginda Rasul saw, bahkan bumi itu juga dikebumikan jasad Baginda yang mulia itu, tidak diterima amalan penduduknya sebagai hujah, inikan pula amalan penduduk Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang atau mana-mana sahaja bumi yang selainnya. 
  5. Kalau ada 10 ribu di suatu tebing parit yang kotor jijik. 9,999 orang terjun. Adakah kita yang seorang perlu ikut sama terjun sedang kita tahu tiada kebaikkan untuk terjun ke dalam parit itu.
  6. Janganlah macam tu.
  7. Tapi susah nak cakap dengan bulu ayam yang duduk serumpun. Kata kurang, salah faham maksud, kata lebih terasa hati pula. Lagi payah kalau takmau dengar kata langsung. Pegang pepatah poket aku poket kau, kubur aku kubur kau.
  8. Lebih baik ada sedikit malu kalau tiada ilmu. Sekurang-kurang tidaklah terjebak dengan perkara yang tidak baik atau amal yang memalukan.
  9. Sekarang. Ilmu takdak malu pun takdak. 
  10. Pemalas pula cari ilmu. Ingat duit boleh bawak masuk kubur. Bini pun tak boleh la.
Sekian. 

Monday, July 31, 2017

Rahmat Tuhan Dan Boss Yang Berkira

 Assalamualaikum w.b.t

  1. Saya unfriend semua boss saya di FB kerana mereka hanya boss saya di office namun ada diantara mereka cuba menjadi boss saya walaupun di FB. Saya pun hampir menyampah untuk mengiyakan semua status dan komen mereka atas alasan mereka adalah boss. 
  2. FB saya hanya untuk manusia biasa yang sedar bahawa diri mereka tidak sempurna. Terbuka untuk perbincangan setuju dan tidak setuju. Terbuka mengkritik dan dikritik. Tidak sama sekali untuk mereka yang berhujah dengan sapa makan garam dulu, hantu-wahabi, tok nenek moyang, analogi ahli falsafah tepi jalan (Cth: geng murtabak) & mangkuk yang suka merewang sampai keluar tajuk (Cth: geng spender). 
  3. Bekerja disebuah syarikat swasta memerlukan setiap pekerja menjaga prestasi masing-masing. Syarikat saya bekerja, memperkenalkan suatu sistem KPI sebagai kayu ukur prestasi pekerja. Untuk ranking pula, syarikat saya bekerja menggunakan teori bell curve. Boss kena fight each other untuk ranking staff mereka di ranking yang baik. 
  4. Antara kayu ukur yang besar dikalangan boss sebelum generasi X (zaman batu) ialah initiatives.  Lagi banyak staff buat initiatives lebih banyak merit untuknya, kerja yang dalam jobscope semua dikira SOP. Dengan pemikiran, sememangnya pekerja dibayar gaji untuk buat kerja SOP. Jadi pekerja yang perlu diberi bonus ialah pekerja yang buat lebih daripada jobscope-nya. Sedang, SOP itulah perkara utama yang menggerakan  - Sebenarnya lebih rumit & complex daripada ini.
  5. Pemikiran ini mendatangkan implikasi yang buruk kepada syarikat dimasa hadapan kerana pekerja akan disibukkan dengan initiatives yang bukan-bukan. Double-triple overlaying system. Fokus pekerja akan terubah daripada kerja asal mereka dan mereka akan menjadi semakin kurang efisyen bila melaksanakan tugas mereka. 
  6. Sistem Islam milik Tuhan yang Maha-Rahmat. Allah SWT juga menjadikan setiap hamba-Nya dengan KPI tertentu dan taqwa sebagai ukuran prestasi.
  7. Dalam sistem Islam, cara fikirnya lain. Allah SWT adalah pemilik segalanya termasuk jasad dan roh kita. Kita tidak membayar apa-apa kepada Allah atas penciptaan diri kita dan semua keperluan jasad dan roh yang turut diciptakan seperti udara, cahaya, tekanan, ruang, masa, geseran dan lain-lain. 
  8. Dalam sistem Islam juga, cara fikirnya, segala amal ibadah hamba tidak menambah sedikit-pun kekuasaan Allah. Dan kalau semua umat dunia berkomplot untuk buat apa maksiat, ia sedikit-pun tidak mengurangkan kekuasaan Allah.
  9. By logic, Allah tidak perlu memberi pahala kepada amal ibadah fardhu ain kita kerana ianya SOP dan sekiranya ia berbayar, ia masih tidak mampu membayar segala yang Allah beri secara percuma tadi. Namun Rahmatnya Allah SWT terhadap hamba, Dia memberikan pahala. Bahkan diganda-gandakan pahala itu pada keadaan-keadaan tertentu seperti bulan Ramadhan.
  10. Bab initiatives dalam agama (ibadah) ni, Allah SWT larang, tak macam boss tempat saya bekerja.
Sekian.

Friday, June 16, 2017

Buat Yang Ma'ruf

Assalamualaikum w.b.t

  1. "Amar Ma'ruf Nahi Munkar". Simpan dulu bahagian Nahi Munkar, kita bicara saja lain kali. Bahagian itu ramai orang nak buat dan suka buat. Pin point kesalahan orang, mana tak bestnya. 
  2. Amar Ma'ruf sebutnya senang. Nasihatkan kepada orang senang. Sendiri nak buat itu sememangnya susah. Nabi SAW pernah bersabda; Jihad yang paling utama adalah seseorang berjihad [berjuang] melawan dirinya dan hawa nafsunya - Hadith dinilai sahih oleh Al-albani.
  3. Namun janganlah kita terlalu jumud melihat Jihad melawan nafsu itu lebih besar nilainya daripada jihad melawan kafir di medan perang. Apa kita fikir mereka yang berjihad di medan perang tidak sekalipun melawan nafsu mereka? setelah mereka tinggalkan harta, kesenangan hidup, isteri dan keluarga untuk Agama mereka.
  4. Sudah tentulah mereka yang berjihad di medan perang itu telah menang berjihad dengan hawa nafsu mereka dan Allah SWT memberikan kekuatan kepada hati mereka. Jika tidak, tentu-tentulah mereka lari lintang pukang bila dibedil musuh. 
  5. Aku pula, hanya pandai buat azam dan perancangan. Susah sangat nak melawan nafsu dan selalu bertangguh. Susah sangat nak buat amal lebih. Mudah berasa selesa dengan keadaan yang ada dan lebih suka bersenang lenang tak berbuat apa-apa. Aku cemburu dengan kawan-kawan yang mereka mendapat apa sahaja yang mereka azamkan. Namun mereka mendapat hasil diatas berkat usaha ikhlas dan kerja keras mereka.
  6. Tak mahulah aku duk cerita aib diri sendiri. Cuma nak mencari-cari jalan dan cara memperbaiki diri. Agama juga larang umatnya cerita aib orang seperti yang yang diriwayatkan di dalam hadis sahih. Maksudnya lebih kurang macam ni, barangsiapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan tutup aibnya di akhirat nanti. Aib orang lain pun tak boleh buka inikan pula aib sendiri. 
  7. Di awal ramadhan hari itu, bukan sahaja hari itu, bahkan aku pernah dengar benda ni sejak dari masa aku masih di sekolah menengah lagi. Aku terbaca tentang sebilangan ustaz melarang umat Islam membeli makanan daripada penjual yang tidak menutup aurat di bazar - Aku tak berapa setuju dengan tindakan sebegini.
  8. Seperti yang aku cakap di awal tadi, Nahi Munkar ni ramai nak buat tapi Amar Ma'aruf tak dak sapa pun sebut. Di masjid pula tak habis-habis nak cerita bab politik dan terus mewahabikan orang yang tak sebulu. Sepatutnya dah alang-alang ada slot tazkirah di Masjid yang buat tarawikh 8 rakaat. (Walhal AJK masjid tu jugaklah sebelum Ramadhan bukan main wahabikan orang yang buat tarawikh 8 rakaat). 
  9. Slot tazkirah perlulah diisi dengan menerapkan perkara-perkara basic dalam Islam. AJK masjid pun dah tau awal-awal lagi, jemaah yang hadir rata-ratanya bulan Ramadhan ni lah baru nampak muka di masjid - tak perlu lagilah duk cerita kelebihan bulan Ramadhan. Kalau orang tak tau kelebihan bulan yang mulia ini takdalah orang datang sampai melimpah-limpah di masjid tu.
  10. Sempena 10 Malam terakhir Ramadhan ini. Aku sekali lagi berazam memperbanyak amal dan memperbaiki prestasi berbanding tahun yang lepas. InsyaAllah. Stop sekejap post status di FB. Kalau baca pun menyakitkan hati lagi adalah. Penuh dengan komen-komen mencarut dan tidak cerdik dari "ahli bid'ah bajet suci". 
Sekian  

Monday, June 5, 2017

Pengalaman Mendekat Agama

Assalamualaikum w.b.t
  1. Sempena ramadhan yang bakal menjelang dan umur yang semakin meningkat naik. Aku melihat kawan-kawan yang dulunya tak banyak ambil tahu akan hal agama mula nak menjengah-jengah dan menyelak-nyelak helaian al-Quran. Membaca ayat dan terjemahannya. Membaca pada naskhah atau pada apps di dalam telefon pintar.
  2. Aku bukanlah baik sangat. Kewajipan ada juga tertinggal-tinggal. Namun, Allah SWT dengan RahmatNya (rasa kesian) menutup aib aku. Teringat kata-kata Imam Ahmad "kalaulah Allah buka aib aku, nescaya kalaian akan tabur pasir atas kepala aku"
  3. Kembali kepada Islam dizaman fitnah ini bukanlah mudah. Jadi, waktu ini aku rasa kita wajib memohon doa supaya Allah menunjukkan kita jalan yang benar & lurus dalam mendalami agama & supaya berjumpa dengan ahli agama yang jujur dan insaf. Berapa ramai orang di luar sana sesat bila mahu berpatah balik kepada Agama. Kononya harta yang ada untuk beli syurga tapi poket ustaz yang penuh.
  4. Aku sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa. Ada orang lain yang pengalamannya lebih hebat daripada aku. Dugaannya lebih besar dan susah payahnya lebih hebat. Namun mereka tetap dengan Sunnah. Benar kata orang-orang lama, benda susah nak dapat susah nak hilang (tinggi nilainya).
  5. Mak aku suka dengar ceramah Ustaz Kazim. Aku disuruh download, masuk dalam pendrive kemudian bawak balik ke mak aku. Disebabkan aku yang download maka aku pun mula dengar. Dato' Ustaz Kazim (DUKE) dia tak sama macam ustaz lain yang mainstream walaupun sekarang dia dilihat agak emotional. Namun itu tidak menjejaskan respek aku kepadanya. DUKE adalah pelopor perubahan pemikiran ilmuan mainstream di Malaysia. Tengok sajalah Pondok Barokah kelolaan beliau. Hebat. Jauh sekali daripada cara orang Melayu kebanyakkannya. Aku ada lebih 10Gb kuliah mp3 DUKE. 
  6. Ceramah agama ni tak semuanya menarik. Kadang-kadang banyak yang membosankan. Mungkin sebab itu ramai yang suka dengan ceramah atau lebih spesifik sesi soal jawab bersama UAI. Aku secara peribadi tidak berapa minat dengan UAI sebab susah nak faham dan terlalu banyak soalan merepek. Aku lebih prefer UAK (Ust. Abdullah Khairi). 
  7. Takkan nak melawak saja. Aku mula mencari kuliah sirah/sejarah sebab lebih mudah untuk difahami. Masa tu Ust. Don tengah femes, aku pun dengar Ust. Don. Cuma setelah beberapa lama aku dapati Ust. Don dia mudah keliru dan tidak dapat ingat fakta dengan betul. Aku memilih pula kuliah Sirah yang lebih serius. Aku mula mendengar kuliah bersiri Ustaz Wadi Anuar, kuliah sirah menggunakan kitab Raheequl Makhtum. 
  8. Selepas pemergian arwah TGNA. Masyarakat Malaysia ditampar dengan wasiat TGNA yang teguh dengan sunnah sehinnga ke liang lahad. Aku mula mendengar Dr. MAZA yang digelar wasabi. Biarlah apa orang nak kata. Aku mula mendengar satu demi satu kuliah beliau. Hebat cara pemikiran beliau, cara dia membahaskan, cara dia menjawab soalan. Sangat dekat dengan rakyat dan dalil sentiasa bermain di bibirnya walaupun adakalanya tersasul perkataan. 
  9. Aku tertarik kerana terlalu banyak soalan yang tidak dapat dijawab ketika aku kecil dulu kini mendapat jawapannya. Kemudian aku mula mendengar lagi. diantara mereka yang lain. Ust Tarmizi Shamsul Ariff, Ust. Ahmad Jailani, Ust. Halim Hasan, Ust. Abdullah Iraqi, Ust. Rizal Azizan, Ust. Adli Saad, Maulana Asri Yusof, Maulana Fakhrulrazi, Dr. Rozaimi, Dr. Zaharudin, Ust Salman Ali, Ust Aizam Mas'ud, Dr. Abdullah Yasin, Sheikh Hussein Yee, Dato' Shamsuri Ahmad.   
  10. Aku mohon supaya Allah tetapkan hati aku atas jalan ini. Kerana setelah aku membuka lapang dadaku untuk menghadiri kesemua kuliah dari banyak aliran dan inilah jalan yang lebih selesa dan lebih mendekat dengan maksud agama. 
Sekian.

Saturday, March 25, 2017

Sakinah - Mawaddah - Rahmah

Assalamualaikum w.b.t

  1. Selamat pengantin baru. Semoga Allah memberkati. Pasangan-pasangan yang menikah di dalam cuti sekolah selama seminggu ini. 
  2. Ucapan/ doa yang Sunnah, diajar oleh Nabi SAW ialah "Barakallahu lakum wa baraka alaikum" yang bermaksud: Mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkahan dan melimpahkan atas kalian keberkahan - Hadis sahih riwayat Ibnu Abi Syaibah. Ucapan yang sama dengan lagu nyanyian Maher Zain. 
  3. Ada juga orang ucap "Semoga menjadi keluarga yang Sakinah, Mawaddah & Rahmah".
  4. Yang tak faham bahasa arab biasanya ucap sekadar dibibir sajalah dengan anggapan ia membawa maksud yang baik. Begitulah orang kita kebanyakkannya. Buat tapi tak faham. Asalkan rasa benda itu baik. 
  5. Pemikiran macam ini membawa impak yang buruk kerana apa kita rasa baik, kebanyakkan tak baik dan apa yang kita rasa tak baik itu sebenarnya baik. 
  6. Sakinah membawa maksud ketenangan. Isteri dan anak-anak adalah sumber ketenangan. Buktinya terdapat di dalam al-Quran dimana Allah SWT menyuruh kita berdoa "Rabbana hab lana min azwajina wa dhurriyatina qurrata a`yunin wa'j`alna li'l muttaqina imama" yang membawa maksud Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (al-Furqan: 74)
  7. Mawaddah bermaksud perasaan cinta. Yang ni tak perlu hurai panjang semua orang tau cerita tentang cinta. Perasaan cinta kurniaan Allah supaya suami cenderung kepada isteri dan isteri cenderung kepada suami.
  8. Rahmah. Ada orang terjemah perasaan kasih-sayang. Tak. Saya terjemah, Rahmah membawa maksud kasihan. Perasaan cinta, kita tau ia tak kekal lama. Didalam perasaan Rahmah lah terdapat setia. Perasaan cinta akan hilang bila usia semakin meningkat. Jadi apa yang mengekalkan rumah tangga ialah Rahmah. Teringat isteri dulu masa muda-muda jaga makan pakai, jaga anak-anak kita. Isteri pula teringat masa suami muda-muda dulu kerja teruk, berpanas-hujan cari rezeki nak bagi makan yang halal kepada keluarga.
  9. Bila kita faham makna perkataan ini. Kita akan bersungguh ucap kepada orang kerana kita faham maknanya. 
  10. Samalah juga seperti solat. Carilah makna setiap bacaan solat. InsyaAllah jika kita tau makna apa yang kita ucap. Kita akan bersungguh dan khusyuk di dalam solat. Allah berjanji, siapa yang khusyuk dalam solat, ia akan berjaya. 
Sekian.

Syurga Yang Diimpi - Dunia Yang Dikejar

Assalamnualaikum w.b.t

  1. Dulu sekitar tahun 2015, aku pernah ikut satu program motivasi kepimpinan di Pantai Merdeka. Dalam salah satu slot motivasi keagaaman, kami peserta ditanya apakah tujuan tertinggi dalam hidup kami? Ada yang jawab itu dan ini sehinggalah salah seorang peserta menjawab SYURGA. 
  2. Ya Syurga yang diceritakan di dalam al-Quran. Keindahan dan kehebatannya tidak akan pernah tercapai oleh akal manusia untuk memikirkannya. Setiap orang yang memasukinya adalah dengan rahmat Tuhan. Mereka juga adalah orang-orang yang diredhai oleh Allah SWT. Dikalangan mereka, para Nabi dan pengikut-pengikutnya. 
  3. Cerita para Nabi dan pengikut-pengikutnya yang setia ada di dalam al-Quran. Sudah tentulah contoh terbaik buat kita umat manusia hari ini adalah Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat RA. Merek telah diredhai Allah dan sudah tentu balasan mereka adalah syurga. Kita boleh semak di dalam al-Quran dan Hadis yang sahih.
  4. Apakah nilai harta dunia di mata mereka? Agama tidak menyuruh kita hidup merempat dan mengemis. Bahkan Agama melarang kita (umat Islam) meminta-minta. 
  5. Tidak dinukilkan didalam Sirah bahawa Nabi SAW hidup meminta-minta kepada para Sahabat RA yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Baginda. Nabi SAW lagi diharamkan untuk menerima sedekah. Nabi SAW memerintah Makkah dan Madinah. Namun, apa harta yang Nabi SAW tinggal setelah Baginda wafat. Begitulah juga Sahabat RA. Kita boleh bilang dengan jari berapa orang sangat Sahabat RA yang kaya. Hanya beberapa orang dikalangan mereka.  
  6. Kita hari ini, susah hati sangat kalau tak kaya. Susah hati sangat kalau tak berduit nak beli itu dan ini, Tak berduit nak melancong kesana-kesini. Tak berduit nak beli kereta mewah. Tak berduit nak beli rumah mewah. Tak berduit nak bergaya macam artis-artis. Tak berduit nak pakai telefon bimbit berteknologi tinggi. 
  7. Bacalah kisah Salman al-Farisi RA yang menangis semasa hendak wafat. Terkenang beliau yang telah mungkir janji dengan Nabi SAW untuk hidup didunia sekadar seorang musafir (ambil bekalan sekadar cukup untuk meneruskan perjalanan). Sedang ketika Salman wafat, beliau hanya meninggalkan beberapa dirham.
  8. Kita hari ini hidup ada tempat berteduh, ada makanan yang kadang-kala sampai berlebih. Cuma kadang-kadang saja makan nasi lauk telur. Ada telefon bimbit walaupun bukan I-Phone. Ada motor kapcai, ada kereta kancil. Belum lagi kita tengok yang ada rumah sampai 6-7 bilik, kereta mewah 2-3 buah, Duit simpanan dan takaful sampai sejuta. 
  9. Itu-pun masih lagi ada rasa cemburu dengan kawan-kawan yang lebih mewah, lebih cantik, lebih kaya, lebih senang. Kawan-kawan ke Jepun, Korea, Australia, Indonesia, Philipina dll. Kita pula terasa sampai berjela-jela tulis penyesalan di FB. Allahuakhbar. Sungguh dunia ini penuh tipu daya dan nafsu ini seperti orang yang tak pernah hilang kehausan.   
  10. Ish-Ish. Kalau fikir balik, malu nak jumpa Nabi SAW dan Sahabat RA kalau dapat masuk syurga sekalipun. Semoga Allah menjaga hati aku dan ahli keluarga aku. Tetapkan kami diatas jalan Nabi SAW dan para Sahabat RA.
Sekian.

Sunday, March 19, 2017

Sarcasm Tak Kena Tempat


Assalamualaikum w.b.t

  1. Secara peribadi aku tak tau salah silah keturunan datangnya perkataan Sarcasm. Aku cuma guna dengan suka duka hati aku dengan prasangka ianya membawa maksud yang sama dengan sindiran.
  2. Sarcasm kini mendapat tempat di hati masyarakat. Ramai orang suka tulis secara sindiran. Masa mula-mula orang ramai menulis secara sarcasm ni, nampak macam impak dia agak kuat. Ada kebarangkali besar boleh jadi peluru yang kuat semasa membalas hujah lawan atau mengkritik idea-idea bodoh.
  3. Baru-baru ini aku masuk satu group membincangkan isu agama, Lama-kelamaan group ni makin popular. Ramai yang masuk dan mula menulis disitu. Ada kawan dan lawan. Menulis menyokong, mengkritik, sindir dan macam-macam lagi.
  4. Cuma baru-baru ini aku terasa macam terlalu ramai orang bodoh mula menulis didalam group tu. Mereka menulis seakan-akan tiada orang bijak yang sedang memerhati dan mentertawakan mereka.
  5. Kata mereka sendiri (hashtag) #biarbodohasalkonfiden. Cakap tak tengok cermin.
  6. Aku bukan stalk. Saya buka tengok profile si penulis. #biarbodohasalkonfiden.
  7. Terbaru ada sorang mamat post buat cerita bodoh. Aku tak pasti apa niat dia untuk mengkritik atau buat lawak sindiran. 
  8. Cuma aku rasa lawak bodoh tu sangat tak proper untuk seorang yang menggelar diri pencinta ulama. Apa jadahnya kalau suka-suka guna nama ulama untuk dibuat lawak bodoh.
  9. Bukan kerana saya terlalu pandai. 
  10. Cuma aku rasa kalau nak jadi bodoh, tolong jangan buat lawak bodoh below normal standard. 
Sekian.

Monday, March 13, 2017

Malu

Assalamualaikum w.b.t

Dari Abu Mas'ud 'Uqbah bin 'Amr al-Anshaari al Badri R.A berkata;

Rasulullah SAW bersabda sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah "Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu."

Hadis sahih riwayat Bukhari.

  1. Disebalik periwayatan hadis ini ada kisah menarik yang telah aku lupa. Aku cuba beberapa kali re-call tetapi langsung aku tak ingat. Masa kuliah, kalau part cerita aku tak catat. Lupalah.
  2. Aku rasa benda tu tak penting walhal cerita-cerita disebalik sesuatu, biasanya mewarnai atau menarik lebih perhatian. 
  3. Aku dan keluarga bercuti ke PD beberapa minggu lepas. Biasa-biasa sahaja. Aku bukan berduit sangat nak keluar negara. 
  4. Cemburu jugaklah melihat kawan-kawan pejabat berjalan kesana-sini. Aku tak tau apa wife aku pun ada rasa yang sama. 
  5. Selepas balik dari PD aku ada rasa sesuatu yang tak kena. Rasa seronok tu memang ada, tapi ada satu perasaan lain yang tersembunyi dibelakang hati.
  6. Malu. Teringat kata-kata ustaz di kuliah. Orang kita ke Paris, ke London, ke Australia, ke NZ, ke Jepun ke Korea. Nabi SAW semasa berdakwah, tak terfikir dan tak sempat pun nak bercuti, bawak keluarga pergi holiday.
  7. Aku menonton drama Omar (BBC). Para Sahabat R.A pun begitu. mereka mengorbankan segalanya. Para sahabat tidak pula kesana-sini berjalan melainkan dengan tujuan menyebarkan Islam, sedangkan di zaman Amirul Mukminin Omar R.A, para sahabat menguasai lebih 1/4 dunia. 
  8. Apa alasan kita ummat kemudian kepada mereka nanti? Malu. Layakkah kita bersama mereka di Syurga. Mereka mengikut jalan Nabi SAW sebenar-benarnya. Kita pula sebaliknya. Malu.
  9. Lalu aku bertekad untuk kumpul duit. Moga Allah murahkan rezeki. Semoga kami sekeluarga boleh menjejak kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Tempat yang sangat sentimental kepada umat Islam.
  10. Aku nak lihat kesan dan peninggalan. Lalu membayangkan kezuhudan mereka dan kesungguhan mereka menjaga agama ini sehinggalah sampai kepada generasi hari ini. Selawat dan Salam kepada Rasulullah, Ahli Keluarga dan Para Sahabat Baginda.
Sekian.

Thursday, February 2, 2017

Biarlah Tuhan Mengurus Hidup Kita

Assalamualaikum w.b.t

"Ya Allah, hanya rahmat-Mu yang aku harapkan, maka janganlah Engkau menyerahkan aku kepada diriku sendiri meski hanya sekejap mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tiada Ilah Yang berhak disembah selain Engkau." (HR. Abu Dawud no. 5090, Ahmad no. 27898 Ibnu Hibban. Dihassankan oleh Syaikh Syuaib Al-Arnauth dan Al-Albani dalam Shahih al-Jami' no. 3388)
  1. Aku seringkali merasa, alangkah baik jika aku memilih itu daripada ini. Alangkah bagusnya jika aku memilih yang lain dari yang ini. Mungkin aku sedikit cemburu dengan kawan-kawan yang aku rasakan membuat pilihan yang lebih baik daripada aku walaupun kami semua diberi pilhan yang sama. Ini tentang kerja aku.
  2. Kawan-kawan aku sebulan kerja, sebulan cuti. Kawan-kawan aku rezekinya murah daripada aku. Kawan-kawan aku berpindah sedang aku masih disini. Segalanya mereka lebih tetapi aku masih sama, masih disini. Itulah yang bermain dalam fikiran aku seminggu dua ini.
  3. Aku pun berangan-angan kalaulah aku memilih ruler yang sama dengan kawan-kawan aku, pasti aku berasa lebih baik daripada sekarang. Gaji pun lebih baik. Cuti pun lebih banyak, boleh buat kerja lain semasa cuti. Tak perlulah aku menetap di KL yang semuanya mahal dan tak berkualiti. Tak perlu nak hadap jalan yang sesak dan masyarakat yang penuh dengan masalah.
  4. Namun Allah memberi jawapan. Tiba-tiba aku tersentak dan berfikir. Astaqfirullah, kenapalah aku melupakan nikmat terbesar Tuhan. Nikmat yang tiada tolok bandingnya. Nikmat yang mengubah pandangan aku terhadap dunia dan akhirat, prinsip dan pegangan serta cara berfikir.
  5. Disini tanpa siapa-siapa yang membuka jalan, aku mengenal manhaj sunnah. Aku nampak jalan mencintai Allah dan Rasul. Aku jumpa kawan-kawan dalam manhaj sunnah. Aku dengan dengan banyak tempat pengajian sunnah. 
  6. Di Kuala Lumpur aku temui tokoh-tokoh sunnah. Aku mengenal Perlis dikala aku berjarak lebih kurang 400km darinya. Sedangkan semasa aku di Kedah yang hanya sekadar beberapa puluh km, Jangankan muftinya, negeri Perlis itu sendiri tak aku jejak kaki.
  7. Kalau aku masih di Kedah sudah tentu aku masih di takuk lama, pergi menyanyi sambil melambai-lambai. Ikut-ikutan orang awam yang terus ditipu lebai. Taksub.
  8. Alhamdulillah, Menetap di Kuala Lumpur bukanlah teruk sangat. Mungkin ada bahagian tertentu yang aku ketinggalan daripada kawan-kawan aku. Mungkin mereka lebih kaya daripada aku. Tapi adakah aku rela ketinggalan dalam bab Iman dan Taqwa?
  9. Sekali lagi aku berdoa: "Ya Allah, hanya rahmat-Mu yang aku harapkan, maka janganlah Engkau menyerahkan aku kepada diriku sendiri meski hanya sekejap mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tiada Ilah Yang berhak disembah selain Engkau."
  10. Begitulah Tuhan mengatur hidup kita. Barangkali sesuatu perkara itu kita suka tetapi buruk untuk kita, barangkali sesuatu perkara itu kita tidak suka tetapi ia baik untuk kita. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Sekian.

Monday, January 16, 2017

Rumah Yang Selamat


Assalamualaikum w.b.t

  1. Saya diperkenalkan kepada Baitusalam oleh seorang SDE (senior drilling engineer) di tempat saya bekerja sekitar tahun 2014. Saya kira pada masa itu Baitusalam masih belum ditubuhkan. Pada masa itu saya diajak oleh beliau untuk ke kuliah di Masjid Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang.
  2. Namun atas sebab-sebab tertentu, jamaah yang sama telah berpindah dan menubuhkan Baitusalam yang beroperasi di Tingkat-1, Bangunan MCOBA, Jalan Syed Putra, Taman Persiaran Desa, Kuala Lumpur.
  3. Sedih meninggalkan Masjid Mustaqim yang penuh nostalgia. Port baik pula tu. Saya kalau ke sana, Nasi Lemak Royale depan masjid tu kedai wajib untuk melepaskan rindu kepada negeri kelahiran saya. 
  4. Apa yang best sangat di Baitusalam? Setiap hari ada kuliah sunnah disana. Kuliah sunnah yang saya maksudkan ialah kuliah mendalami ilmu sunnah. Memehami dan menghargainya. 
  5. Baitusalam ialah tempat belajar agama yang baik kerana manhajnya dan fasilitinya memang baik, selesa dan kondusif untuk belajar. Inilah tempat belajar yang maju seiring zaman.
  6. Program kuliah disusun menepati timing kerja pejabat dimana kelas bermula pukul 9.30 p.m. setiap malam untuk memberi ruang supaya kita sempat balik dari kerja & berehat bersama keluarga sebelum hadir ke kuliah. 
  7. Parking kereta yang lebih banyak dan selamat sebab MCOBA dipagar dan ada guard yang menjaga di pintu masuk.
  8. Selain daripada kelas pengajian kitab yang yang berbeza berlangsung setiap malam. Hujung minggu pula diisi oleh daurah-daurah khas untuk menjawab segala kesulitan dan masalah semasa.
  9. Jangan risau kalau tak bawa kitab. Kitab dan pelbagai lagi buku dijual disana di dalam kedai buku amal akhirat. Saya kalau ke sana memang ada saja buku yang dibeli kerana buku yang dijual memang buku yang menarik.
  10. Semoga Allah, merahmati perjuangan mereka yang menghidupkan Baitusalam. Dan kita yang pergi kesana bukan sahaja boleh support dari segi perjuangan dan kewangan namun kita akan bawak balik ilmu yang bermanfaat. Datanglah beramai-ramai. Search page Baitusalam di FB, dan ikuti jadual kuliah disana.
Sekian.  

Wednesday, January 11, 2017

Cara Fikir Puak So Called "Wahabi"

Assalamulaikum w.b.t

  1. Aku di office memang digelar wahabi oleh sebahagian rakan pejabat. Aku malas nak bergaduh panjang lalu aku ia kan sahaja. Aku berdoa dia menemui jawapan yang lebih tepat. 
  2. Satu hari ketika kami sedang buat lawak tentang wahabi ni. Ada seorang rakan pejabat aku yang lain tanya wahabi tu apa? Jadi kawan aku yang suka gelar aku wahabi tu pun memulakan bicara menerangkan apa itu wahabi berdasarkan sedikit yang dia tahu. As simple as "wahabi claim untuk 100% mengikut Nabi, apa yang Nabi tidak buat mereka tak buat. Masalahnya kereta, komputer tidak ada dizaman Nabi, kenapa mereka menggunakannya?"
  3. Meh sini aku explain cara fikir sebenar seorang yang digelar wahabi di Malaysia. Aku ringkaskan untuk orang mudah faham. 
  4. Puak yang digelar wahabi di Malaysia, mereka diberi gelaran tersebut kerana kononnya mereka mengikut Syeikh Muhammad B Abdul Wahab, seorang tokoh reformis agama di semasa pembentukan negara Saudi.
  5. Salah banyak sebenarnya tu, golongan ini sebenarnya mengikut Syeikh Muhammad Abduh tokoh reformis di Mesir. Ramai orang Melayu Islam yang balik daripada Mesir ketika itu membentuk satu golongan agama yang menyeru kepada kemerdekaan Negara. Mereka, pada masa itu digelar Kaum Muda (Ada dalam buku sejarah kita). Dan kemudian atas dasar berbeza pandangan politik dan saling jatuh menjatuhkan mereka digelar pula Wahabi oleh lawan.
  6. Allah SWT menurunkan al-Quran dan mengiktiraf ianya sebagai sumber agama tertinggi di dalam Islam. Sumber kedua pula ialah hadis. Hadis pula dimaksudkan dengan perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi SAW (kaedahnya Nabi SAW tidak akan mendiamkan perkara yang salah dalam agama)
  7. Ijmak dan Qiyas (teknik mencari hukum feqah seterusnya selepas daripada al-Quran dan Hadis) dikira termasuk di dalam al-Quran dan Hadis kerana nak Ijmak dan Qiyas mestilah juga berdalil daripada al-Quran dan Hadis.
  8. Nabi SAW diturunkan sebagai contoh paling utama di dalam Islam untuk mengajarkan agama. Dan Nabi SAW juga mengisyaratkan bahawa dikalangan manusia, Bagindalah yang paling bertaqwa. Atas alasan ini puak so called "wahabi" mempunyai pemikiran "Di dalam ISU AGAMA SAHAJA - merangkumi Akidah dan Ibadah, perbuatan Nabi SAW adalah yang paling baik. Tidak ada apa lagi perbuatan orang lain sama ada wali, ulama atau sesiapa sahaja yang boleh challenge kebaikkan amalan Nabi SAW. 
  9. Kemudian Nabi SAW mengiktiraf para Sahabat R.A sebagai umat yang terbaik dan paling faham Islam selepas Baginda SAW. (Allah juga mengiktiraf mereka di dalam al-Quran). Merekalah yang paling berusaha untuk melakukan segala amalan baik di dalam Islam walaupun selepas Nabi SAW wafat.  
  10. Bagitulah cara fikir mereka yang digelar "wahabi" di Malaysia. Di dalam agenda agama, al-Quran adalah sumber pertama, Hadis Rasulullah SAW yang sahih adalah sumber kedua, cara Sahabat R.A memahami agama dilihat sebagai contoh. Cara fikir begini mencetuskan motivasi untuk menghidupkan sunnah Nabi SAW.
Sekian