Friday, December 30, 2011

Gadis Flickr

Semalam, masa aku tengah buka email yahoo yang dah lama tak pernah pernah nak buka. Terkejut! ada berpuluh puluh notifications dari flickr. Satu persatu aku buka, baca dan delete.

Tiba tiba!
Ada 1 email dari Flickr yg mcm nie:


Wahhhhh, nie satu penghargaan bila salah satu gambar aku bertajuk "Malay Girls" telah terpilih untuk di upoad sebagai salah satu koleksi dalam group ~The Muslim World~. 

Serius terkejut.

Buat pertama kalinya.

So dengan tak semena mena, model dalam gambar tersebut, adik aku sendiri telah menjadi Gadis Flickr. Hahahahaha.

Sekian.

Wednesday, December 28, 2011

Bila Kau Membenarkan..

Bila kau membenarkan..
rasa curiga di dalam hatiku..
membuat aku rasa terpedaya..
dengan mempercayaimu..

Bila kau membenarkan..
kisah ini dongeng..
kisah ini fantasi..
kerana ia begitu indah..

dan realiti itu..
pedih..

Bila kau membenarkan..
tentang semua itu..

aku kecewa..
aku menangis..
aku sedih..

tolonglah katakan semua ini tidak benar
dan buat aku untuk terus mempercayai

jika benar kau masih cinta

Tuesday, December 27, 2011

Cinta Itu Milik Kita

tidak ku sangka
kau pergi jua
tinggalkan ku sendiri

yang tinggal hanya
serpihan cintamu
ku dakap selamanya

cinta antara
kita terlerai sudah
impian kau dan aku

takdirnya kini
ku terima
cinta itu milik kita

tak bisakah
cintaiku
tak bisakah
sayangiku

kerana kau milikku
kau kekasihku
hanya yang ada
didalam diriku

kerana kau ku sayang
kau kunci cintaku
kau bawaku
ke dalam duniamu

Sekali Lagi OST

ReCharge

Ini kisah perjalanan seorang homesick (akulah tue)

Dulu aku streotype. Homesick ialah sakit dalam hati yang hanya menyerang anak manja,budak perempuan atau lelaki gedik buat buat comel sahaja. Lelaki macho ialah lelaki dengan hati kering, naik moto laju laju, main bola dan memakai deodorant jenama Dashing. 

Kini, populariti lelaki jambu secara drastiknya meningkat akibat taufan drama drama bersiri korea yang hebat melanda gadis gadis melayu, sehinggakan ramai lelaki lelaki macho beralih arah dengan mengenakan aksesori aksesori yang feminin untuk meningkatkan kejambuan mereka.

"Maka Lelaki yang Homesick dianggap Comel"..

***Cerita di seterusnya tidak mempunyai kaitan secara langsung***

Perjalanan yang panjang
Perjalanan aku pulang ke kampung. Serius terseksa! Perjalanan dari Batu Gajah Ke Gurun serius memenatkan dan menambah stress aku.

Kes 1
1. Sepanjang malam aku tak dapat tidur dalam kereta api sebab KTM memang takda light off. 
2. Bila tak da light off, ramai pulak lalu lalang nak ke cafe - beli ape ntah? Aku tengok muka yang sama jer duk lalu lalang dalam koc tue.
3. Yang nie paling sakit hati. Ada plak orang duk bersembang, gelak gelak. Kuat plak sembang, satu koc dengar - citer sal awek dia nama Naimah yang lagi manja dan best dari ex-awek dia dulu.

Kes 2
Sampailah aku ke stesen KTM Ipoh. jeng jeng jeng..Ada sorang brader nie penuhkan seat yang kosong sebelah aku sejak dari stesen Batu Gajah tadi. 

"Abang turun mana?" Dia tanya aku
"Gurun" Aku jawab..
"Owhh saya turun Taiping, nie first time saya naek KTM nie. Sebelum nie drive jer. Saya nak g umh paklong saya, satu family dah tunggu sana....bla...bla...bla...bla...fon saya takda bateri, sy nak wat 1 call ja. Bleyh pinjam fon bang tak?" thats the point.

***
Balik sesudah balik
Perjalanan balik ke UTP lain pulak ceritanya. Kesal dengan KTM yang kurang selesa, bas pulak menjadi pilihan kali ini.

segalanya berjalan lancar. Aku mula mensyukuri nikmat menaiki bas setelah merasa seksanya memilih KTM. Sepanjang perjalanan aku tidur.

Panglima Perang
Setibanya aku di perhentian bas Medan Gopeng, aku terus menuju ke surau memandangkan jam sekarang telah menunjukkan pukul 3 petang.

Surau itu dipenuhi oleh 4 orang lelaki lain, 2 beliau dan 2 warga tua yang sedang bersolat.

Aku bersolat.

Kemudian aku duduk di belakang, berdekatan dengan pintu masuk, memperbetulkan lipatan seluar aku sebelum keluar.

Ada panggilan telefon.

Selepas sahaja menjawab.

"Hoi, nie surau bukan tempat untuk orang berehat! Kalau nak berehat sila keluar, kat sini orang nak bersolat, beribadat..keluar keluar..Jangan ganggu orang nak beribadat"

Aku kena halau kah?

Okay, mungkin aku terkuat suara semasa menjawab telefon sebentar tadi. Aku salah.

Nasib baik pakcik tue sound aku. Kalau dia sound Mr. Singh dalam filem Seniman Bujang Lapok, 1961 mesti dia sudah kena sound balik sama itu Mr. Singh

"Nama saja orang Melayu, tapi sikit hadap pown taktau..orang ada ka panggil hoi hoi hoi..saya nie hapa? batu ke? kayu ke?"

Agaknya semua orang Melayu dah nak jadi panglima perang kowt...

Wednesday, December 21, 2011

Undang Undang Anak Perempuan

Assalamualaikum,

Ada seseorang mengadu pada saya:

"Kadang-kadang saya fikir kenapa mak dan ayah saya tak macam mak dan ayah orang lain? Saya seperti dikongkong, tak macam kawan kawan saya yang lain. Bebas jer keluar rumah tak macam saya nie.."

"Di dalam rumah ini ada undang undang. Bila menantu makan bapak mertua musti jadi hakim"
- Filem 3 Abdul, 1964 -

Ini bukan cerita "8 Rules for Dating My Daughter" tapi kisah benar dan luahan seorang saudari kepada saya.

Kampung Baru Guar Chempedak,1996

"Bang Chaaqqq, balikkkkk...dah senjaa"

Aku berlari balik ke rumah dari kawasan tanah terbiar dekat rumah aku (kitorang main bola dengan palang gol buluh dekat situ). Kalau lambat nanti kena sebat.

"Cepat cepat mandi, sat gi abah sughuh pi surau"

Aku cepat cepat mandi sebelum abah aku balik. Yelah, kejap lagi abah aku pulak nak mandi lepas dia balik kerja. Kalau masa tue jugaklah aku nak mandi tak pasal pasal kena sebat lagi. 

Aktiviti malam aku setiap hari adalah ke surau yang jugak berdekatan dengan rumah aku. Selepas solat maghrib kalau tidak ada apa program seperti baca kitab (kuliah), bacaan yaasin atau tahlil. Aku akan balik ke rumah sebentar sementara menunggu masuknya waktu Isyak bagi kawasan Kuala Muda Yan dan kawasan kawasan yang sama waktu dengannya.

Nak keluar merayau waktu malam? Jangan mimpilah dengan abah aku tue.
Sorry naik lori, kalau merayau mesti kena sebat. Hukuman sebat adalah satu satunya hukuman yang ada dalam akta kesalahan sahsiah dan disiplin rumah aku.

Sungai Petani, 2005

"Hello, ada kat mana sayangggg?"
"Cek dalam baih (bas) nie..on de way nak balik la nie"
"Haaa cepat, tengok jam dah pukui brapa tue..Sat gi, tidoq luaq"

Sewaktu aku berumur 16 tahun, satu lagi hukuman baru diperkenalkan di dalam akta sahsiah dan disiplin 1996, iaitu "Tidur di luar" jika balik lambat. 

Sampai ja dekat stesen bas Guar Chempedak, terus aku berlari balik rumah. Walaupun aku tidak dikira lewat kerana belum masuk lagi waktu Maghrib bagi kawasan Kuala Muda Yan dan kawasan kawasan yang sama waktu dengannya. Tapi aku masih lagi kena ceramah agama (berleter) dengan Ustazah Aslina Ishak (mak aku).

Undang-Undang ini merangkumi semua ahli keluarga aku kecuali mak dan abah aku. Macam tak adil kan?

Sungai Petani, 2010

Ada panggilan telefon masuk sewaktu aku di rumah Siti Sarah Wozali sedang beraya beramai di sana bersama semua bekas bekas pelajar SMKAY.

"Hello, sayannggg, dah pukui berapa nie? Lupa jalan balik ka?"
"Laaa mak nie, sabaq laa...nie duk tunggu ada lagi kawan tak sampai lagi nie, nak balik macam mana?"
"Haaaa tunggulah nowh..sat gi tak dak sapa nak bukak pintu kat cek nowh"
"Sabaq laaa, bagila cek smayang maghrib dulu, lepaih smayang cek balik laaa"
"Cepat!"

Lepas ja 15 minit masuknya waktu Maghrib bagi kawasan Kuala Muda Yan dan kawasan kawasan yang sama waktu dengannya. Mak aku pulak telefon setiap 15 minit, tanya ada kat mana dan "Lambat lagi ka nak sampai?"

Titi Serong, 2011

"Hello, ada kat mana sayangggg?"
"Ada sekolah lagi nie, cek nak balik la nieee"
"Habeh tue, awat tak balik lagi? Nak balik Nak balik..Bla Bla..Bla Bla.."
"Okay, sat gi oghang sampailah, bukan cek keluaq mai jalan jalan mak, mai sekolah ada program, bagi ilmu.."
"Cepat balik!"

Umur 22 tahun pown masih tak boleh keluar malam, kecuali ke masjid atau surau.

Analisis

Bukan anda sahaja yang rasa macam tue. Sebenarnya ramai lagi yang mengalami situasi yang sama. Walaubagaimanpun, Alhamdulillah kita dikurniakan Ibubapa sebegini yang begitu mengambil berat akan pergaulan sosial seharian dalam hidup kita. 

Aku sendiri (Walaupun seorang lelaki) pernah merasa macam tue, adakala sampai timbul jugak rasa sakit hati. Tapi alhamdulillah, bila umur dah makin meningkat, akhirnya aku dapat memahami kondisi mereka. Apa yang mak ayah fikir tentang kita. Apa yang mereka rasa sebenarnya adalah sayang.

Hari ini, macam macam boleh berlaku diluar kawasan rumah, tambahan di waktu malam. Sebagai seorang ayah atau ibu pastinya mereka akan risaukan keselamatan anak anak mereka.

Tak Percaya?
Anda pernah sayangkan seseorang? (Kekasihlah maksudnya)..bukankah adakalanya kekasih anda sendiri sedikit mengongkong anda ataupun sebaliknya. Adakalanya lebih dari ibu dan ayah anda, sebab apa? Sebab dia juga sayangkan anda dan risaukan keselamatan anda.

Ayah/Kekasih anda bukan tidak percayakan anda tetapi mereka tidak percayakan enviroment dunia nie.

Zaman sekarang nie dah terlalu banyak perkara perkara yang tak elok berlaku dengan perompak, pencuri, perogol dengan pelbagai tipu muslihat. Sebegitu juga dengan keadaan dunia yang membenarkan aktiviti terlarang seperti pergaulan bebas dan yang terkini homoseksual. 

Takut!
Bagaimana nak jaga anak sendiri kelak. Kadang terfikir jugak, apakah strategi terbaik sebagai Ayah (InsyaAllah) di masa hadapan untuk menjaga anak anak, terutamanya anak anak perempuan. Nak sekat sangat pown tak boleh, Nak lepas sangat pown tak boleh.

"Ya, Allah ya Tuhanku. Jadikanlah diriku Pemimpin yang soleh kepada isteriku kepada zuriat-zuriatku yang bertaqwa kepada Mu" 



"Perempuan solehah itu penuh misteri dan kehormatan bagi setiap ajnabi yang melihatnya"
- Syafiq Syahidzat -

Sekian.

P/S I: Post ini mungkin sedikit bosan
P/S II: ek eleh, yang gedik nk post topik skema nie buat apa? Ambil berat la konon..
P/S III: Suka haatii lah..blog aku...huh!

Tuesday, December 20, 2011

The Malaysia Forgotten Hero: Haji Abdul Majid Salleh

Assalamualaikum,

Tinta ini ku tulis utamanya sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan kepada Allahyarham Haji Abdul Majid Salleh. Semoga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang soleh.

Aku mengenali beliau melalui seorang pensyarahku, cuma sekadar nama dan foto foto yang seringkali dipamerkan di dalam kelas. Aku mula terfikir..Siapa Pak Majid? Hebatkah dia? Sampai pensyarahku sendiri mengiktiraf beliau sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar. Aku mula menyimpan niat untuk selongkar selidik siapakah beliau.

Namun hajat aku tidak kesampaian. Selang beberapa minggu selepas aku mengenali nama beliau, aku mendapat berita kematian beliau dari pensyarah yang sama. al-Fatihah.

Aku mula menyelongkar dunia internet mencari siapakah Abdul Majid Salleh?

Jumpa!
Sebuah buku hasil tulisan beliau, mungkin yang terakhir. "Memoir Abdul Majid Salleh: Dalam PKMM dan Kesatuan Buruh"

Bermula muka surat pertama aku meneliti, perkataan demi perkataan bertemankan instrumental violin klasik dari Joshua Bell. Makin jauh aku kedalam, makin kuat karya ini menarikku.

Hebat!
Gambaran paling tepat untuk pejuang Pak Majid.

Apa yang membuat aku terharu adalah keterbukaan minda dan cara berfikir Pak Majid yang boleh ku katakan bagai telah jauh kedepan meninggalkan orang melayu yang hidup di zaman beliau. Mungkin kerana beliau selalu bersama-sama orang yang juga hebat dalam kehidupan mereka. Umpamanya Dr. Burhanuddin al-Helmy, Pak sako dan pejuang pejuang PKMM yang lain.

Aku diceritakan siapakah PKMM? Apakah matlamat mereka? Apakah dasar perjuangan mereka?

Mungkin akan ada sesetengah orang akan berkata bahawa aku telah di "Brain Wash" oleh karya Pak Majid.
Tidak!

Pak Majid tidak mengajarku untuk membenci pejuang kemerdekaan yang lain, yang ada hanyalah, belajar dari kesilapan yang lalu, mengenali lebih dekat tentang bangsaku dan pemikiran mereka di zaman dahulu.

Memerhati bangsaku sekarang, aku merasa pemikiran Pak Majid telah jauh di depan meninggalkan kita semua.

Telah jauh kedepan meninggalkan kita yang hanya jaguh kampung di depan bangsa sendiri yang lemah, jauh lagi meninggalkan kita yang suka mengampu, jauh lagi meninggalkan kita yang cepat merasa selesa dan takut untuk berubah, jauh lagi meninggalkan kita yang hanya nak bergantung dan berharap kepada orang, jauh meninggalkan kita yang masih lagi suka untuk memandang tinggi pada bangsa lain tetapi bangsa sendiri terhina.

Allahyarham Pak Majid menyertai PKMM semasa umur beliau belum lagi mencapai 22 tahun dan bergelar ketua bahagian PKMM negeri Johor dan Kesatuan Buruh di usia 23 Tahun. Semangatnya kental dan tidak goyah walaupun bermacam macam cara orang inggeris buat untuk lunturkan beliau.

PKMM yang memulakan langkah untuk menuntut kemerdekaan tetapi ia diperoleh oleh PEKEMBAR. Pak Majid tidak gusar, tidak menyimpan dendam sedikitpun walaupun akhirnya PKMM hanya dikenali oleh seluruh anak anak merdeka sebagai komunis, sebagai penderhaka. Apa yang penting, kita sudah merdeka.

Aku terharu dengan Pak Majid yang berjuang untuk orang Melayu kembali menjadi tuan di tanah dan di air ini. Ditahan di penjara selama 7 tahun. Hanya air dan sayur rebus sebagai santapan, tiada roti tiada nasi. Bila Malaya sudah merdeka beliau tidak miliki sekeping tanah pun.

Tidak mengapa, asalkan anak anak merdeka dapat merasa. Menjadi "Tuan di negeri sendiri.

Terima kasih Pak Majid.
Kerana membuka mindaku agar aku tahu bagaimana untuk menjadi Melayu yang hebat, Melayu yang tinggi maruah dan peribadi dan Melayu yang jauh kedepan terbuka dan gagah dalam segala hal.

Terima Kasih.

P/S I: Maaf kawan kawan, terlalu banyak untuk aku ceritakan - aku terpaksa ringkaskan
P/S II: Marilah kita cuba untuk berubah, jangan kita takut untuk berjuang kerana Tuan kita, yang beri rezeki untuk kita, yang beri keamanan untuk kita, bukan pemimpin parti politik tetapi Allah S.W.T

MELAYU

Cukuplah MELAYU
Jangan kau bikin malu lagi

Monday, December 19, 2011

Pensyarah Terbaik Semester Ini

Assalamualaikum

Aku tau skunk nie ramai bbudak universiti
tengah gelut
kelam kabut

sebab

demam peperiksaan
dah sampai

sebagai penghargaan kepada pensyarah anda
apa kata anda semua
amik award
yang aku baru jer siap design tadi:


then hadiahkan kepada pensyarah terbaik anda semester ini

caranya:
1. Buat satu post bertajuk "Tahniah Cikgu, Anda Terbaek!!!"
2. Letakkan gambar award kat atas tue
3. Tulis sedikit latar belakang pensyarah tersebut beserta nama penuh beliau
4. Senaraikan 5 sebab beliau dipilih
5. Letakkan gambar beliau jika ada (Optional)

***Anda boleyh jugak bertindak dengan lebih kreatif dengan mengadakan undian (letak poll) dekat blog.

sekian.

"Tahniah Cikgu, Anda Terbaek!!!"

P/S I: Letakkan link blog anda di bahagian komen.

Apa aku buat disini?

Beberapa hari ini aku dilamun beberapa mimpi yang tak berkesudahan...
ada sesiapa boleyh tolong tafsirkan mimpi? arhhhh ia hanya mainan tidur dikala keletihan mengejar impian..

Assalamualaikum.

alhamdulillah, aku masih mampu bangun dikala pagi ini menjelma lagi. Sejenak aku berfikir - "Apa aku buat disini?"

Tak ramai anak pesawah, tak ramai anak penoreh, tak ramai anak peniaga-peniaga kecil dapat peluang disini - "Apa aku buat disini?"

Memang benar kata Pak Majid, kita sudah disuntik idealism Kapitalis. Mudah saja bagi siapa siapa yang kaya dan orang orang yang menyokong mereka tapi derita untuk si miskin yang lahir terhina - "Apa aku buat disini?"

Ayah dan ibu siang malam berdoa untukku semoga selesa dan elok elok belajar di sini tapi sekali lagi - "Apa aku buat disini?"

Untuk siapa aku disini?
Untuk apa aku disini?

Tuhan berikan ku mimpi
yang bisa aku jadikan ia realiti

agar bisa ku ubah diri
agar bisa ku ubah duniaku

semoga ia menjadi
tempat yang indah

untuk semua yang menghuni~

karya
Inspirasi Arjuna

Sunday, December 18, 2011

Ludah Mahasiswa?

Sudahlah pak tua pak tua yang hanya menjadi "jantan" si jaguh kampung.

Tadi, ada aku terbuka fb. Kemudian aku baca pasal ada perhimpunan oleh mahasiswa yang berlaku semalam. Korang baca kat sini: http://gazebodaily.net/2011/12/17/mahasiswa-sudah-bangkit/

Mahasiswa buat perhimpunan untuk menuntut kebebasan berpolitik. Bila dah ramai ramai berkumpul nie, for surelah ada yang seronok lebih. Adalah sorang mamat nie turunkan bendera Pak Najib pastu gantikan dengan bendera "Academic Freedom". Pastue ada pakcik pakcik yang kononnya pahlawan melayu, panglima perang nak emo.

Tak percaya tengok sini: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Ytpt_ykk5Z8

Jelik!

Mentality orang melayu masih tak berubah. Kalau macam tuelah lagak orang orang tua yang kononnya lebih dulu makan garam. Memang benarlah pepatah melayu, "Bapak kencing berdiri, Anak Kencing berlari".

Apa yang pakcik pacik nak emo? macam pakcik tak pernah bakar mercun dalam stadium masa tengok bola sepak. Panglima perang la sangat, Jangan malukan nama Melayu la.

Bukan saya nak kurang ajar, tapi adakalanya kurang ajar itu perlu bila kena tempatnya. Kata Sasterawan Negara (SN) Usman Awang, kurang ajar itu perlu.

Kenapa? Bila kerajaan dibangkang. Orang cakap, puak tue orang dari parti pembangkang.
macam pakcik pakcik dalam video tue. Berulang kali cakap "Keldai Anuar". Adakah hanya orang PR sahaja yang membangkang kerajaan?

Owwh, kalau saya bangkang BN, saya orang PAS la, saya orang Keadilan la? macam tue?
Sudah sudahlah dengan sikap stereotype melayu lama tue. Bila bangsa kita nak maju kalau malu nak berdepan dengan kelemahan. Kalau saya bangkang, saya protest itu hanya bermakna saya tak suka. Bukan saya dari parti lawan.

Macamlah pakcik tak pernah bangkang Ong Kim Swee, bila dia turunkan Fakri Saarani masa final sukan sea Malaysia lwn Indonesia yang lepas. Ye tak? Bila pakcik mencarut carut kat kedai mamak (Depan Mahasiswa) bila Ong Kim Swee bawak masuk Fakri Saarani, adakah bermakna pakcik nie orang Indonesia?

Huh, orang Melayu. Tak sudah sudah dengan simple minded.

Dihujung video, lepas pakcik cakap bukan bukan. Nak ludah muka orang sesuka hati, Nak penampar muka orang sesuka hati. Sepatutnya bukan "Allahuakhbar" yang pakcik laungkan. Pakcik Pakcik patut cakap "Astaqfirullah al-Azim". Dah pakcik bagi perspektif buruk pada bangsa Melayu, tak cukup dengan tue, pakcik nak burukkan agama pulak?

Sekali lagi, saya bukan kurang ajar. Tapi belajarlah untuk terima kelemahan.

Pakcik suka suka hati nak ludah muka anak orang, bila dalam video dekat youtube. Tapi pakcik tak pernah pulak berani nak tegur anak anak jiran pakcik yang be"romance" dekat taman permainan kanak di taman pakcik lepas waktu maghrib.

Panglima sangatlah tue?

P/S I: Panglima sebenar adalah Si jebat, bukan kerana berani menderhaka Sultan, tapi berani tuntut hak dan keadilan.
P/S II: Adakah orang melayu dah lupa adab kesopanan - biarpun untuk menegur anak2 sendiri.
P/S III: Bila anak orang buat kerja tak elok, punyalah nak tunjuk sensitiviti kepada masayarakat, ambil berat sampai buat video masuk youtube. Bila anak sendiri tak pergi sembahyang. Ada kita buat macam tue?

Tronoh Theater Shop: Maharaja Beruk

Entah betol entah tidak aku eja TTS tue?

Assalamualaikum (lama dah xbagi salam dekat blog - mula arinie kena bagilah..proud to appear as a muslim)

Dah pukul berapa nieh? Urmmm 1.26 pagi..oklah aku pown dah ngantuk, citer sesikit je lah yer?

okkay,
Tadi dalam pukul 9 malam macam tue, aku bersama Muhammad Afiq Rahim - budak Rembau, Benjamin Jacob Adillah - budak Bukit Sentosa dan Muhammad Raimi Johari - budak Ampang pergi ke MPH UTP menonton teater bertajuk Maharaja Beruk yang diproduksikan oleh  UTP Tronoh Theater Shop. Di MPH aku terjumpa Muhammad Ridhwan Othman - budak Kepong. Maaf budak Keramat takda dalam post nie, ini bukan kisah budak budak band rock.

Sinopsis
Cerita nie mengisahkan seorang maharaja yang disumpah menjadi beruk - aku tak tau kenapa dia kna sumpah jadi beruk sebab aku masuk lambat. Masa aku sampai pown, teater dah start.

walaupun dah kena sumpah jadi beruk, dia masih lagi menjadi seorang pemerintah yang kejam. Maharaja beruk ingin mengekalkan tahta beliau, tapi yang aku tak paham apa ntah syarat dia kena "dara" apa ntah - tue la aku dah cakap aku masuk lewat.

So, apa kata korg jer g tgk sendiri kt MPH esok jam 9 malam - tiket RM5 (berbaloi-baloi)

Nak komen ke?
Aku bukanlah orang yang arif nak komen pasal teater nie, aku bukan orang seni..
Nak komen jugak?

okaylah okaylah~

Komen
Plot teater nie menarik - jalan citer dia lah, cukup manis, masam, pedas dan masin.

Sikitlah aku bagi korg tengok trailer teater nie dan pelakon pelakon dia:

 Acap (duduk), ko pegang watak apa acap? Aku lupa plak - Acap kira senior la dlm TTS, so bakat dia aku tak yah cakap, mmg dah lama terbukti.
Amar (berdiri) menampakkan kematangan lakonan beliau dengan watak Pak Dara. Masa mula2 aku tengok amar di pentas TTS dia agak terlebih lebih aksinya. Kini lakonan dia dah bertambah baik, dia tahu mana nak sesuaikan yang lawak, yang serius dan yang sinis.



Nie pemegang watak Dara, aku tak tau nama sebenar dia. Aku tak berapa perasan sangat kehadiran dia dalam keluarga TTS sebelum nie, mungkin dia pelakon baru. Apapun tahniah, lakonan anda baik dan usaha lagi.



Daus, housemate aku diberi tanggungjawab membawa watak Pendita. Masa aku dapat tau TTS akan adakan persembahan aku tanya Daus.
"Loco (nama manja..hehehehe), ko pegang watak apa dalam MB?" - MB tue Maharaja Beruk.

"Macam biasa r, watak orang tua tua"
"Apa nie..bila Dr.Shark nak bagi ko watak hero?"
"Macam biasa r, kalo watak watak orang orang tua tue aku r dapat"

Tapi malam nie aku sedar, Daus memang sesuai dengan watak tua sebab suara dia memang seakan akan orang tua di pentas.  Apapun, Syabbas Bhete, Syabbas...



 Nie watak Wira, watak hampir hero yang kena bunuh masa dekat hujung hujung cerita. Dalam MB, Wira adalah watak pilihan aku. Aku tak ingat nama pelakon dia, tapi serius aku suka suara dia yang seakan akan pelakon Razali Hussain yang popular dalam teater Uda dan Dara. Aku rasa dia nie pown baru jgk kowt dalam TTS, tak pernah nampak sblom nie. 



Maharani, aku lupa jugak nama pelakon dia - ternyata aku bukan pemberita yang baik. Pelakon nie memenuhi semua taste sebagai watak antagonist.   



Watak Baim (Kiri) - antara watak lawak yang menghiasi teater MB malam nie. Hebat! watak baim nie muncul sekali dua jer dalam teater nie tapi sangat significant. 



Maharaja Beruk yang dipertanggungjawabkan kepada Nik. Memang terbaekkk! Kehebatan Nik memang tak dapat disangkal lagilah. Memang sesuai sangatlah, memang hiduplah teater nie dek watak utamanya yang hebat.



 Bergambar dengan Maharaja Beruk

Sikitlah, kat scene hujung masa nak abes citer tue macam kureng sikitlah. Tak brapa dramatik sangat tapi xdalah teruk. Aku still suka sbb masih boleh diklasifikasikan penutup yang kreatif.

Setakat ini sajalah sedikit review untuk produsksi MB kali nie. Tahniah TTS, Tahniah..
Semester depan ramai budak available kat UTP. Dr Shark bawak ramai lagi pelakon naik pentas macam Asylum dan Tuah Hang Jebat. Baru gegar!


Keseluruhan untuk Maharaja Beruk. Aku bagi 8/10 kepada TTS - Tepuk sikit tepuk sikit..

P/S I: Aku tak pernah menonton filem diwayang kerana bagi aku ia cara paling teruk untuk membuang masa (produksi abeskan berjuta-juta untuk mesej yang kecil -  baik jadi mat luthfi, modal kamera ngan idea jer), tapi Teater ternyata sangat berbeza.
P/S II: Kepada yang berada di kampung sedang bercuti - have fun..serius awak telah buat saya risau sepanjang hari.
P/S III: Mak, kisah cinta cek bukan macam cerekarama atau samarinda dekat TV3 laaaa....

Saturday, December 17, 2011

Teh tarik untuk kita semua


Segelas teh tarik penuh nikmat
kita rasai bersama
walaupun harimu menempuh duka
dan siangku diulit ceria

Apa dikira aku cukup anggota
dan dirimu kurang upaya
keran tiada beza antara kita
engkau dan aku masih bisa bersama
mencicip teh tarik seenak rasa

Syukurlah
nikmat yang masih kita ada
nikmat yang sering kita lupa
lantaran terlalu leka mengira
siapa kaya siapa papa
siapa derita siapa bahagia
siapa cacat siapa sempurna
kita semua sama
kerana masing masing mampu merasa
keenakan teh tarik untuk kita semua

karya budiman
Nasron Sira Ibrahim
Shah Alam, Selangor
dari 

Friday, December 16, 2011

Perjuangan Sebuah Report

Setelah hampir setahun lebih, Setelah lama aku tinggalkan gelaran si pelajar. Malam semalam, aku tersengat oleh semangat pahlawan melayu yang telah lama tidur dalam jiwa dan darahku. Si pahlawan terjaga dan darahku membuak panas akibat maruah aku dicabar.

Aku mula menulis report final year project aku dengan semangat berkobar kobar pada jam 9.30 malam semalam. Serius, dengan berbekalkan semangat untuk memerdekakan diri aku serta menyucikan kembali maruahku. Bagai sang belang mengamuk dalam hutan, aku bagai menjadi seorang yang lain dari diriku pada kebiasaannya..

apa aku merepek nie?
sudahlah~

semalam aku tak tau pasai apa, tiba tiba aku ghasa bersemangat waja. Maybe, btoi kata kebanyakkan gadis blogger.

"Lelaki nie, egonya tinggi - darah si jebat"

so lepaih beberapa malam lepaih dimana aku seakan di"moral down"kan oleh insan yang...ntah, aku pun tak suka sangat kt dia tue..

mula mula aku memang moral down, orang kata tak baik kalau kita selalu sangat nak salahkan orang. tapi kejadian malam tue memang aku xpuaih hati.

"takpa hari nie hari hang, esok hari aku pulak"

so aku buatlah report final year project aku tue dengan sepenuh hati aku, dari pukul 9.30 malam semalam sampai la 7 pagi tadi.

masa tengah2 jalan tue, aku rasa macam dah moral down dah sebenaqnya,  pukul 3-4 pagi mcm tue...haaalaaa pagi pagi buta macam tue, aku soghang2 duk mengadap laptop nie. dengan rumate aku sedaaaapppp jaa dia tidoq...ingat aku tak tension ka..

tengok dalam cermin, mata putih aku dah ber urat merah..

tapi demi maruah, air muka punya pasal - aku terus menulis, membaca, menganalisis dan kembali menulis.

dan aku sengaja, sejuk2 pagi tue. aku p mandi sebelum nak smayang subuh..(kantoi sebelum nie xmandi sebelum smayang subuh). sejuk kowt!

lepaih smayang aku sambung kerja. Jam dah pukul 7 mcm tue..kalau aku sambung, ini kerja gila..boleh berdarah hidung aku 24 jam tak tidoq.

so aku pown mesej Benjamin Jacob Adillah  (maaf kalau salah eja nama ayah hang Ben), orang selangor dan Nik Mohd Qusyairi Mohd Zulkifli, orang terengganu.

"Aku baru nak tido, skunk pukul 7..tolong kejutkan aku pukul 10.30 ak nk touch up ckit lagi interim report then nak antr" lebih kurang mcm nie lah ayat aku...then aku tidoq.

pukul 10 - ada mesej masuk fon aku, aku tersedaq terus terjaga...ada orang antr gmbaq..aku terlupa sesuatu, aku terus call seseorang.

sekali msg aku pg tadi, rupanya aku tsalah antq, kena bebel dgn "orang rumah" sbb tak jaga tidoq..upppsss "orang rumah" atau "orang di rumah"..

then aku tak dapat tidoq dah - terus sambung buat kerja

terima kasih kepada Mohd Razmi Ziqri kerana meminjamkan motosikal beliau kepada aku untuk aku p hantaq report aku.

Sekian

bestnya baby nie tidoq
malam nie aku nak qada jugak

xyah bayang2
aku tak tidoq macam nie

P/S I : Post kali nie xda point.
P/S II: Apa point2? suka hati aku lah blog aku.
P/S III: Astaqfirullah...

Thursday, December 15, 2011

al-Fatihah untuk seorang pejuang: Abdul Majid Saleh

dengan ini dimaklumkan
Pak Majid
atau nama sebenar beliau
Abdul Majid Salleh
antara hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara kita
telah kembali ke rahmatullah 
pada 14 Disember 2011 (semalam)

marilah kita sama sama
sedekahkan sekalung al-Fatihah
buat Pak Majid
sang pejuang
untuk kebebasan
Bumi yang kita pijak
Langit yang kita junjung

"Semoga roh beliau dicucuri rahmat
dan
ditempatkan bersama orang orang yang soleh"

***
telah pergi sebutir permata
yang ditinggalkan oleh bangsa yang lupa
lupa pada asal mereka
lupa siapa diri mereka

tanah dan air milik kita
akan terus kekalkah
menjadi milik kita?

P/S : Nantikan The Forgotten Heroes: Pak Majid Dalam Kenangan sebagai satu pengiktirafan kepada Pak Majid.

Wednesday, December 14, 2011

Doktor jangan cabar saya

Anak muda ini
pantang dicabar
Darahnya cepat membuak

Keturunan
Datuk Merong
Lagenda laut dan darat

Sedangkan gajah di hutan
Lagi ku jinakkan
Inikan pula report tidak bernyawa

Apa kau kira aku selemah itu?

Gunung yang tinggi
akan aku rata
Lautan dalam akan ku timba

Maruah ku
sehebat si Jebat
Matinya terus diingat

***

Aku telah dicabar

Tunggulah

Tuesday, December 13, 2011

Cerita Hantu

menyahut seruan cerita hantu dari bro zulfikar hazri

Aku menulis cerita hantu ini selepas balik dari kelas Advanced Drilling Engineering.

Kisah ini berlaku dikampung mak aku sewaktu mak aku masih lagi ber"title" gadis. Apa yer nama kampung mak aku tue. Aku pun dah lupa, ia berdekatan dengan Pekan Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman. Takpe nanti aku ingat aku bagitau.

Selasa malam rabu.
Seperti biasa, Aku, mak, dan adik adik aku akan layan drama melayu "Jangan Pandang Belakang" di TV2 lakonan Ashraf Muslim.

Lepas jer drama tue abes, mak aku pun mulakan cerita dalam keadaan bersantai dan kami semua memang plan nak tido depan TV (biasalah, cuti sekolah).

Arwah tokwan aku rajin ke masjid (tidak seperti cucunya ini huhuhu), menaiki basikal tua miliknya. Jarak rumah dan masjid tidaklah jauh. Barangkali dalam 500-700meter macam tue.

Tapi ada pagi tue, entah macam mana arwah tok wan aku hanya berjalan kaki pergi ke masjid untuk solat subuh. Mungkin sebab nk jalan balik ramai ramai kowt lepas solat subuh nanti, boleh singgah kedai kopi sembang sembang rakyat.

Lepas setel suma, maka beramai ramailah orang keluar masjid menuju ke rumah masing masing, termasuk arwah tokwan aku. Relax, sembang sembang, santai gitulah dengan beberapa orang jiran yang melalui jalan yang sama untuk pulang ke rumah. Langit pun masa tue gelap lagi, dengan angin yang sejuk nie, pekena kopi panas nie..memang terbaekkk..

tetiba,

"Shuhh! Shuhh! Shuhh!.." Diorang terdengar ada macam ada suara perempuan tua sedang menghalau ayam.

Bunyi tue pulak datang dari dalam hutan kecil sebelah jalan yang diselaputi oleh batu batu carbonate putih. Apalagi, berbekalkan semangat kejiranan yang tinggi arwah tokwan aku bersama beberapa orang rakannya simpan kopiah lebai, selak kain pelikat, masuklah dalam hutan kecil tue mencari. Bunyi apa tue agaknya yer?

Kumpulan mencari ini diketuai oleh Pak Man, tak silap aku. Merangkap JKKK kampung tersebut dan jugak popular dengan gelaran pendekar parang terbang, dia la lead group mencari nie. Segala semak semak tue diorang redah. Sampailah ke hujung sebelah sana hutan tue yang berdekatan dengan sawah padi.

"Allahuakhbar!" Jerit si pendekar parang terbang. Korang tau apa diorang nampak?

Che Tom kowt namanya, ehh bukan Che Tom, tapi kepala Che Tom dengan segala isi perut dia yang terjuntai dari leher dia, tersangkut kat ranting ranting kayu. dekat semak tue.

Korang mesti nak tergelakkan. Kurang ajar, biar aku abeskan cerita dulu.

Che Tom tue tengah halau ayam yang duk patuk2 isi perut dia yang sangkut kat ranting semak tue. Tapi orang zaman tue rata-rata miliki ilmu kebatinan yang tinggi. So diorang pown dengan beraninya pergi goncang semak tue supaya Che Tom terlepas.

Gambar sekadar hiasan: Hantu Penanggal

Lepas kejadian tue, riuhla kampung dengan cerita Che Tom mengamalkan ilmu sesat dan dia sebenarnya Hantu Penanggal.

Hari tue jugak, orang kampung pergi ke rumah Che Tom di hujung kampung sana. Namun Che Tom takda, yang ada hanyalah suami dia. Diorang bagitau suami dia, tapi mati mati suami Che Tom tak percaya.

"Kalau hang tak pecaya! malam nie lepas bini hang tidoq, hang alih badan dia bagi meneghap, tengok dia bangun dak esok pagi" Arwah tok wan aku bersuara. Kemudian diorang pun baliklah rumah masing masing meninggalkan suami Che Tom tue.

Diceritakan,
Malam tue memang lepas tidur, suami Che Tom alihkan badan dia supaya meniarap. Dan keesokkannya memang Che Tom tak bangun dari tidur. Ada yang cakap, keesokkannya suami dia tengok badan Che Tom takda kepala dan for sure la tak bangun.

Suami Che Tom lari menghilangkan diri dari kampung tue. Takda sapa yang tahu kemana dia pergi.

Lama selepas tue,
Sebelum keluarga arwah tokwan aku berpindah ke Kampung Kuala Sala, Paksu, Paklang dan Mak aku pergi ke rumah Che Tom jenguk jenguk tengok, untuk make sure, btol ke cerita orang kampung nie.

Memang rumah tue ditinggalkan, sunyi dan usang. Mak aku cakap diorang adalah jugak intai intai celah dinding papan rumah tue yang dah reput. Tak nampak pape, gelap.

Tetiba ada suara perempuan gelak mengilai

Apalagi, berlari la Mak aku dengan adik adiknya balik ke rumah.

P/S I: Segala nama dalam cerita nie, maybe salah sebab aku pun tak ingat sangat nama nama yang mak aku cerita tue.
P/S II: Seram tak?
P/S III: Kalau rajin sila post pengalaman cerita hantu korang yang meremangkan bulu tengkuk korang.

Salahkah untuk percaya?

Pernah kena tipu?

Selalunya kita akan cakap kita nie ditipu, dianiaya tapi sebenarnya tak. Barangkali kita hanya merasa tertipu.

Ada beza ke?

Situasi 1: Pasar Malam

Hussin: Kak, tengok seluar tue.

Kak: Yang mana dik? Yang nie semua baru baru lagi. RM25 sehelai. Akak bg RM23 lah sebab kedai pun dah nak tutup dah nie.

Hussin: Mahalnya kak. Seluar tracksuit jer pown. RM20 boleh la kak..Akak pown dah nak tutup kedai nie. Saya last customer, boleh la RM20 sehelai. Saya nak beli banyak helai nie.

Kak: Maaf la memang tak boleh la. Akak tak berani nak bagi kurang lagi sebab boss akak takda nie. RM23 jer akak boleh bagi. Kalo nak tengok pattern lain akak boleh amikkan.

Hussin: Boleh jgk. Hurmmmm, memang RM20 tak boleh ye kak?

Kak: Tak boleh dik. RM23 jer.

Hussin: Takpelah saya amik sehelai jer lah. Yang nie.

Selepas selesai membayar Hussin berjalan melalui kedai kedai seterusnya

Peniaga kedai seterus terusnya: Lelong! Lelong! Seluar tracksuit baru sampai RM23 boleh kurang lagi. Takda hal punya.

-Seluar tracksuit yang sama-

Hussin: Cesss aku kena tipu

Situasi 2: Assignment

Syukor: Min! ko dah siap ke report? ko wat brapa page?

Min: Dah, tapi aku tak brapa sure la, sebab dia nak 7 page kan..aku rasa macam banyak giler benda aku tak masuk dalam report tue

Syukor: Abes camne? Aku dah pening kepala dah nie camner nk wat report 7 page dengan segala mak nenek info.

Min: Kita antar jer, dah dia nak 7 page sangat kan.

Syukor: A'ah antar je la ye..

Selepas beberapa minggu report dihantar.

Lect: Syukor, awak nie bahaya nie. Report apa awak tulis nie, saya tak nampak apa apa benda baru pown dalam report nie. Macam takda pape pown. Sikit sangat awak tulis nie.

Syukor: Maaf Prof. saya terpaksa simpan banyak info sebab format dia 7 page jer kan.

Lect: Saya tengok awak sorang jer wat 7 page nie. Orang lain suma buat berbelas belas. Nie haa paling smart, Min punya 28 pages. Kalau saya bagi "A" dekat Min, awak rasa saya nak bagi apa dekat awak? Awak fikir la sendiri. Saya rasa awak dah boleh tau jawapan dia. Bukan sayan tak nak bagi "A" tapi tak adil la saya nak bagi "A" jgk dekat awak dengan report macam nie..

Syukor: Cisss (Dalam hati)

Bezanya?
Sinis

Inspirasi dari secawan teh
(takda kaitan tapi aku nak letak jugak)

P/S I: Tak berdosa untuk percaya tapi menipu dan menganiaya sudah pasti berdosa.
P/S II: Penggunaan "Cis" diajar semasa matapelajaran karangan di sekolah kebangsaan.
P/S III: Sudah lah aku tak mood nak tulis.
P/S IV: Dah habes tulis baru kau takda mood, suuuuudaahhlaaaa!!!!!

Saturday, December 10, 2011

Majlis Intai Jodoh

2002: Market Jodoh
Maksu Nasriwati, kahwin. Kenduri maksu aku biasalah ikut cara kampung. Sudah jadi kebiasaan orang kedah untuk berkahwin tanpa pelamin masa tue. Apa yang ada hanyalah meja makan beradab yang dihias dengan sangat kreatif dan lawa. 

Kebetulan kenduri di kampung tok wan aku, Sungai Limau tue dihadiri oleh beberapa orang senior sekolah aku. Jadi terlihatlah mereka akan kaum kerabat sebelah abah aku, dengan segala sepupu aku dan pak pak dan mak mak sedara aku.

Berapa banyak "dan" lah!

"Apa nama sedara hang yang duk kat pintu tue" Menunjuk kepada salah seorang sepupu aku yang dikatakan iras Siti Nurhaliza yang tengah meletup dengan lagu "Nirmala" pada ketika itu.

boom!
Meletuplah aku minggu depan bila balik asrama. Tak sudah sudah, ada jer senior suruh aku mintak no telefon sepupu aku tue bagi kat diorang.

"Minta maaflah bang, saya tak nak lah bersaudara dengan abang abang nie" Dalam hati je lah.

2008: Cari Jodoh
Kak Nurul, anak mak ngah aku kahwin. Masa tue tahun pertama aku di UTP. Berbekalkan popularity PETRONAS dan kemanchungan hidung aku hasil genetik keturunan mamak muslim sebelah abah aku, aku diperkenalkan oleh tok dan mak aku kepada semua sanak saudara jauh yang aku pun tak pernah kenal diorang dan tak tahu nak panggil dengan gelaran apa. 

Jauh sangat sampai sepupu abah aku, ada yang dua pupu dan ada jugak tok saudara dan sebagainya. Tapi takpe, kata tok aku; "kalau hilang segala harta, sanak saudaralah harta terakhir yang kita ada"

Blushing aku, kena puji dengan saudara saudara jauh yang tak pernah aku kenal. Habes kembanglah hahahaha

"Tudia..hensem kaaa anak hang inaaa"
"Oooo mak lang wak sembunyi nowh anak dia hak segak"
"Hidung tue macam hero hindustan, ikut abah dia"

antara komen yang lekat dalam otak aku sampai ke saat tengah tulis blog nie.

2011: Perkenalan
Sama jugak hari nie, aku bersama Mohd Ridhwan Othman, Muhammad Afiq Rahim diajak oleh Muhammad Raimi Johari ke kenduri sedara beliau di Teluk Intan. 

Ziarah mewakili keluarga si Raimi yang tak dapat hadir menjadi matlamat kami menuju ke Teluk Intan, selain si Raimi mempromosikan 2 orang sepupunya yang dikatakan cun. Manalah tau boleh dikenal-kenalkan kepada dua orang bujang yang masih dalam pencarian dalam rombongan kami berempat nie.

Akhirnya berjumpalah, nak komen lawa ke tak tue, susah sikit. Lain orang lain pandangan dia. Average. Cuba tanya kawan kami yang 2 orang tue macam mana? Hehehe

Sebelum balik, singgah dulu ke Menara Condong Teluk Intan:




P/S I: Mesti korang kecewa kan, sebab at last aku letak gambar aku, bukan 2 orang gadis yang aku cerita dalam blog nie.
P/S II: Ceritanya, aku sedang berlajar setia - lirik dalam lagu milik aliff satar
P/S III: Rajin rajinlah ikut mak dan abah korang peg keduri lepas nie ok.

Cinta Sang Pencipta

Production Technolofy Department PCSB, 2011
"Kalau kita kejar cinta makhluk nescaya kita akan dapat cinta makhluk, tapi kalau kita kejar cinta Allah maka kita akan dapat Cinta Allah dan Cinta dari semua hamba-hambanya"

Mohd Nazeer B  Mohd Ismail

Aku teringat kata daripada mulut mamu nie, walau kata kata ini diungkapkan secara bersahaja tapi memberi makna yang sangat mendalam.

Terima kasih si jantung hati, kerana dengan mudah kau memahami. Ia mudah apabila kita hidup di dunia yang sama, aku rasa.

Ya Allah, kami bersalah. Terima kasih kerana melapangkan dada kami untuk terima kenyataan ini. 

Semoga Insan lain jugak turut berlapang dada dan kau permudahkan segala urusan kami di dunia dan akhirat milikMu.

"Sudah terhantuk baru terngadah" lebih baik dari tidak pernah terhantuk langsung. Orang yang tak pernah buat salah akan terus merasa dia sempurna tapi insan yang buat salah akan terus maju kedepan dengan lipatan pengalaman dan ilmu penuh di dada.

Sekian.

P/S I: xda P/S kali nie

Friday, December 9, 2011

Budak Kampung vs Budak Taman

Sekadar hiasan
sumber gambar: tiblakedah.blogspot.com

1993: Perpindahan
aku dilahirkan di Hospital Besar Alor, Setar. Sebenarnya ejaan dah jadi "Alor Star" tapi aku lebih suka dengan "Setar" sebab disitu ada sejarah dan identiti bandaraya tersebut. Kemudian aku membesar di Gurun, Kedah.

Selama lebih 4 tahun aku menjadi budak paling comel dalam Taman Gurun Jaya, depan sekolah cina tue. Aku ikut abah dan mak berpindah ke Kampung Baru, Guar Chempedak. Takdalah jauh sangat aku pindah, tapi suasananya sangat berbeza.

Di kampung, kami lebih bebas. Nak ke mana? Sawah padi? Sungai? Main bola dekat tanah terbiar? Ladang sayur? Semua kami boleh redah.

Setiap hari, pukul 6.30 petang, mak aku akan jerit dari dapur rumah "Bang Chaaaaaqqq, baliiikkk, dah senjaaa!"

Aku pown berlari balik ke rumah dengan secepat mungkin. Kalau aku terus bermain jugak, siap belakang aku kena hukum sebat dengan mak aku.

1997: Kembar
aku di darjah dua, Ustazah Thohiroh adalah guru kelas aku, kelas 2H. Aku bertemu kembar aku, Ahmad Taufik B Ahmad Sobri. Semua cikgu cakap muka aku sama macam muka dia. Dah tue nama aku pown hampir sama dengan nama dia. Paling menarik dalam peperiksaan pown aku akan bertukar tukar No 1 dan No 2 dengan dia.

Tahun 3 dan tahun 4 merupakan 2 tahun terakhir aku sekelas dan sesekolah dengan Taufik, tapi lepas masuk darjah 3, dia dah tak baik sangat dengan aku sebab dia lebih popular daripada aku walaupun aku lebih hensem daripada dia.

Ramai budak perempuan suka dia, sebab dia hero bola sepak sekolah aku. Biasalah, perempuan kan suka lelaki yang nampak kejantanannya.

2001
Darjah 6 menampakkan penguasaan pelajar perempuan yang sangat hebat di kelas no 1, 6M. Bayangkan budak lelaki hanya 11/47 dari kelas tersebut. So of course la aku Top 10 jejaka pilihan dalam kelas tue. Tapi masa tue aku tak pandai nak riak dan takabbur lagi. So aku low profile~

Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak (Guaq 1) vs Sekolah Kebangsaan Haji Hussin Dol (Guaq 2)
Sekolah aku, Guaq 1 dipelopori oleh budak budak hingusan kampung sekitar manakala Guaq 2 memilih calon pelajar mereka dari Taman taman sekitar Pekan Guar Chempedak. Jika dibandingkan secara zahirnya pelajar Guaq 2 lebih hensem dan lebih kaya dari budak sekolah aku.

Tapi diorang nie poyo, terutama masa peg sembahyang jumaat di Masjid al-Wusta' Guar Chempedak. Bawak Digimon g masjid (Ktorg takde tapi ktorg tak jeles sebab ktorg ada permainan lagi best dan lagi mencabar). Pastu main main, sampai kena marah. hahahahahaha...
Padan muka, kena sebat dengan pakcik penggali kubur yang juga memegang jawatan siak masjid ketika itu.

Chewing Gum menjadi gula-gula yang menampakkan budak lelaki sangat cool ketika itu. Menjadi kebiasaan budak budak poyo nie makan chewing gum di dalam masjid.

Sengal: Selit Chewing Gum
Masa tue budak2 diminta naik untuk sembahyang Jumaat di tingkat dua masjid sebab tingkat 1 selalu penuh. Aku dengan Muhd Irfan Othman pada ketika itu khusyuk mendengar khutbah di belakang sorang budak berkulit putih yang sedang mengunyah chewing gum.

Khutbah dah abes, orang bangun nak mulakan solat.
"Mana nak buang chewing gum dalam mulut nie?"
Dengan Slumber member sebelah dia, keluarkan chewing gum daripada mulut dan selitkan chewing gum tue bawah karpet masjid.
~B**ng**g

Aku rasa, kalau aku peg selak bawah karpet masjid di tempat yang sama, mesti chewing gum dari 2 budak taman tue ada lagi sampai sekarang Tahun 2011 (Kalau masjid tak tukar karpet dekat tingkat 2 tue la)

P/S I: Zaman tue aku mmg stereotype dengan semua bebudak taman, tak kisahlah budak Taman Desa Aman, Taman Desa Aman 2 atau Taman Rashidah Utama 
P/S II: Namun akhirnya aku jatuh hati pada seorang budak yang tinggal dalam taman jgk huhuhu...
P/S III: Namaku Muhammad Syafiq Syahidzat b Sabri
P/S IV: Dalam dunia nie sehingga ke hari ini ada 3 orang sahaja yang panggil aku izat, iaitu Cikgu Hajah Zuraidah (SKGC), Cikgu Shukri (SMKAY) dan Kak Aizah (PCSB).

Bila Si Bujangs Makan Malam...

Hidup Bujang tidaklah sesusah mana, tapi pastinya orang sudah beristeri lebih mudah. Hidup terurus!
Si bujang selalu dikaitkan dengan "Masak dan Makan". Berjimat kate kok! 

Malam nie 3 Bujang Pingitan sekali lagi test power diorang dalam arena masak memasak. Ala2 Chef Wan gituuu haaaa..(aku pulak yang mcam Chef Wan). 

Antara bujang yang terlibat adalah Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman, Muhammad Afiq Rahim dan aku sendiri.

Menu Pertama: Kari Daging

Taanangenaaaaaaaa..
ada macam kari kedai nasi kandar tak?

Menu Kedua: Ayam Goreng Berempah

ayam goreng! ayam goreng!
Terliur korang..
hahahahaha
Ayam goreng nie resepi turun temurun dari mak aku
amacam?

Menu Ketiga: Sayur Perpaduan

Nama tue aku bagi jer
sayur goreng la
ok aku terkurang satu benda
Cili Merah
Ok fine..
Next time aku letak

Overall
Bujangs berpuas hati
next time
kita try masak lemak cili api

P/S I: Carilah suami yang pandai dan rajin memasak.
P/S II: Aku maksudkan diri aku pada yang tak faham.
P/S III: Suami yang pandai menyanyi, bergurau dan berbadan sasa tidak mengenyangkan!
P/S IV: Okkay, aku merepek jer.

Thursday, December 8, 2011

Sekolah cinta: saya suka awak

Sekolah Tadika: Cinta tanpa syarat
Kita suka dia!
kita suka dia sebab dia cantik

kita tetap suka dia walau kita tak penah tahu nama penuh dia. Apalagi nak tahu nama bapak dia, nama mak dia lagilaa kita tak tahu. Hobi dia? Kesukaan dia? Kita tak tahu. Rumah dia pown kita tak tahu kat mana. Tapi, takpe sebab tiap-tiap hari kita boleh tengok dia kat sekolah.

Dah tue, dalam kelas, dia sebelah kita oooo...

Setiap hari kita akan bawak bekal sedap-sedap untuk makan waktu rehat nanti, sebab dia tak suka bekal yang dia bawak. Dia cakap tak sedap, kita tukarla bekal kita dengan dia. Dia makan nasi kita sampai haaabesss. Takpe, kita tak kisah asal setiap hari kita dapat duduk sebelah dia.

Kita suka dia walau kita tak pernah fikir pown dia pernah tak suka kat kita.

Sekolah Kebangsaan: Cinta kerna budi
Kita suka dia!
kali pertama kita jumpa dia masa kita pergi perpustakaan. Kita nak pinjam buku, kita kena jumpa dia sebab dia pengawas perpustakaan. Dia lawa!

Kita suka dia sebab dia baik, cakap pown lembut. Sekali masa kita masuk darjah empat. Dia masuk kelas kita. Duduk belakang kita. Dia baik, selalu pinjamkan pemadam dekat kita. Pemadam kita pulak selalu hilang sebab main lawan baling baling pemadam.

Kita tak rasa malu pun sebab kita selalu takda pemadam sebab dia tak pernah cakap apa-apa bila kita nak pinjam pemadam dia.

Rumah dia dekat dengan rumah kita. Yang lagi best tarikh lahir dia sama bulan dengan tarikh lahir kita.

Sekolah Menengah Kebangsaan: Cinta disebalik tabir
Aku suka dia..(Macho)
Tapi tak payahlah nak terhegeh-hegeh tunjuk muka aku suka dia. Dia patut tahu yang aku suka dia dari cara aku tengok dia. Dia patut dah sedar.

Sebab?
Dia lembut, dan tak gedik dengan budak laki. Dia pandai jaga diri dia. Dia pandai, mungkin tak sepadan dengan aku. So, aku tak payah sangat la nak harap dia suka kat aku yang serba kekurangan nie. Kalau aku anak orang kaya, adalah jugak satu point dia nak suka dekat aku.

Dia?
Aku tau bukan setakat nama penuh dia, nama penuh ayah dia, mak dia, dan semua adik beradik dia. Alamat dia ada dalam simpanan aku, membolehkan aku mengutus kad raya setiap tahun tanpa aku tinggalkan nota siapa pengutusnya. "Secret Admire".

Kenapa aku berlindung?
Sebab aku sedar aku tak sepadan dengan dia.

Universiti: Cinta di bumi yang nyata
xpayah sebut..korg dah tahu aku suka dia.
bukan sebab cantik, bukan sebab lembut, bukan sebab pandai ambil hati. Itu pakej yang aku dapat. Aku cuma intai si dia dan terus jatuh hati. Aku luahkan isi hati dengan 1 utusan email. Dia tersenyum tanda sudi menerimanya.

Status?
tak perlu, dia dah sedia terima aku seadanya seperti mana aku terima dia.

Dia ada banyak persamaa dengan aku. Pandangan tentang sesuatu, kecintaan kepada alam semula jadi, suka kepada kanak2 dan cara kami berfikir.

Perbezaan?
Aku tak kisah, perbezaan itu adalah satu nikmat. Perbezaan itu yang mewarnai kehidupan aku, memberi aku ruang untuk berfikir dengan lebih terbuka.

Dunia Kerjaya: Takdir Cinta
Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor.
Kita hanya merancang Tuhan jua berkuasa menentukan.
Tapi Allah takkan aniayai usaha gigih hambaNya
berdoalah.

P/S I: apasal yang aku p cerita jiwang jiwang nie? gatai nak kawen dah ka?
P/S II: asalnya aku nak tulis citer lawak tapi dia jadi serius bila qusyei masuk bilik aku.
P/S III: Nanti aku ganti balik citer lawak.

Tuesday, December 6, 2011

Panggilan Yang Paling Best Untuk Isteri

koleksi syafiq syahidzat photography 
Pendahuluan
Andai anda miliki isteri, apa panggilan paling best kepada isteri anda? Atau jika anda sendiri seorang isteri, apakah panggilan paling best dari suami yang anda paling suka?

Aku dapat idea nie lepas terbaca post dari FB. Ramai kaum wanita yang memberi reaksi kepada post yang berbentuk soalan itu.

aku pown menghabeskan masa untuk mengira peratusan setiap jawapan yang diberi oleh kaum wanita.

Dan jawapan yang aku terima aku susun ikut ranking dari yang pertama sampai yang terakhir.

Nombor 1: Sayang
Peratusan paling tinggi, bermaksud ramai wanita memilih untuk dipanggil "sayang" oleh suami mereka. kenapa? aku pown tak pasti. Mungkin sebab sayang adalah perkataan yang popular, ringkas, romantis dan penuh makna.

Bagi aku sayang jugak adalah panggilan yang paling senang untuk suami memanggil isteri sebab ianya hanya dua suku kata. Dan takdalah over sangat rasanya kalau panggil sayang dekat isteri sendiri depan orang ramai.

Nombor 2: Awak
Aku tak sangka setelah dikira sebanyak 3 kali, Aku masih mendapat jawapan yang sama. Rupanya ramai jugak perempuan yang prefer mengekalkan gelaran semasa sebelum perkahwinan "Saya - Awak" biarpun selepas perkahwinan. Keputusan yang agak memeranjatkan.

Pendapat peribadi, panggilan nie memanglah biasa digunakan oleh kebanyakkan pasangan sebelum mereka berkahwin, mungkin dah jadi habit yang sukar untuk diubah. Tapi tak best la kan~..lepas kahwin kena la ubah sikit. kalau dulu romantik kena jadi lebih romantiklah. Sapa setuju angkat tangan..0/

Nombor 3: Mama/Ibu/Ummi
Di tangga ketiga adalah gelaran yang biasa kita dengar dan berlaku dalam banyak keluarga di Malaysia. Suami memanggil isterinya dengan gelaran yang sama dengan anaknya.

Dulu aku pernah dengar ceramah kekeluargaan dari seorang pakar motivasi. Beliau tidak menyarankan suami memanggil isteri dengan gelaran sama seperti anaknya contoh: Ummi, mama, atau ibu. Begitu jugaklah sebaliknya (isteri memanggil suami ; ayah, papa, daddy). Alasan beliau, situasi ini akan mengurangkan respect si anak kepada ibu dan ayah.

Dari sudut agama pula, ada sesetengah ulamak tidak menggalakkan si suami menggunakan gelaran tersebut kepada isteri mereka, takut2 berlakunya zihar. Walaupun majoriti ulamak bersetuju tidak jatuh hukum zihar dengan panggilan tersebut jika si suami berniat untuk mengajar anaknya memanggil ibu mereka dengan cara yang betul.

Nombor 4: Humaira
Humaira yang bermaksud kemerah-merahan. Ada juga yang menafsirkan sebagai merah jambu adalah panggilan Rasulullah S.A.W kepada isteri Baginda, Aisyah R.A. Dengan panggilan mesra seperti ini, ia menunjukkan bahawa Rasulullah menganjurkan supaya si suami supaya memanggil isteri dengan panggilan panggila mesra.

Pendapat peribadi, jadi panggilan mesra ini bolehlah disesuaikan dengan keselesaan pasangan masing masing. Terserahlah kepada pasangan itu untuk memanggil si suami atau isteri dengan mana-mana panggilan yang mesra, sunnah tue.


Nombor 5: Singkatan Nama
Boleh dikatakan hampir keseluruhan ibu dan ayah kita menggunakan gelaran ini. Nampaknya wanita zaman ini telah berubah. Ya lah, menurut kiraan aku, hanya terdapat beberapa orang wanita sahaja yang tak kisah dipanggil oleh suami dengan nama sendiri yang disingkatkan contoh: Nur, Ina, Su, Mah, Siti dll.

Mungkin zaman ayah dan mak kita dulu tak sempat pulak diorang nak pikir nak panggil apa kan? yelah diorang bukan macam zaman sekarang. Sebelum kahwin dah 80% kenal masing masing. Zaman mak dan ayah kita dulu. Lepas nikah baru nak belajar kenal pasangan mereka.

Penutup
panggilan kepada isteri itu penting. Biasanya orang lelaki tidak pandai menunjukkan kasih sayang mereka kepada wanita yang mereka cintai. Mungkin dengan panggilan mesra sebegini isteri akan tahu mereka selalu dan akan selamanya disayangi.

Monday, December 5, 2011

Menyesali dan Menyusun Strategi

Petang tadi, aku ikut kawanku, Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman ke salah satu pusat pengeposan Skynet cawangan Seri Iskandar.

Setibanya aku dan saudara Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman di kedai yang kami tuju. Saudara Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman bergegas masuk ke dalam kedai kerana kami sudah kelewatan untuk mengulang kaji. Tepat jam 8 malam nanti, kami akan menghadapi satu ujian matapelajaran "Petroleum Economics". Sementara itu, aku menanti saudara Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman diluar kedai Skynet. Aku memerhati 2 orang pekerja kontrak Indonesia (Mana plak aku tau diorg tue orang Indonesia) sedang menyiapkan salah satu pintu deretan kedai yang sedang dalam pembinaan.

aku terkenang~

Sekitar Mei 2011
Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Aku bersama saudara Afif Ismail (Apit), Ahmad Syafiq (Tokey), dan Mohd Ashraf (Acap EE) keluar merantau sekitar ibu kota Kuala Lumpur di malam minggu. Kononnya untuk melepaskan tekanan kerja 5 hari bekerja yang lalu. 

Bangga menaiki sang kancil milik saudara Afif Ismail, kami meneroka hampir seluruh pelosok Kuala Lumpur di malam hari setelah berangkat dari kampung baru selepas makan malam di sana tadi. 

Lampu merah! sambil menunggu 75 saat sebelum muncul lampu hijau untuk meneruskan perjalanan. Di depan sana terdapat satu trak DBKL dan 3 orang pekerja Melayu DBKL sedang menukar lampu. Jam sekarang tepat 12.30 tengah malam.

Apit: Acab, kita nie keqha naseb baek la noh..
Acab: ...
Apit: Kalau kita tak masuk UTP. Kita la duk ataih lori tue tukaq lampu jalan tengah2 malam nie.
Tokey: Tu kalo hang dengan acab..nie aku ngn oil mcm mana?
Apit: Tokey nak jugak..okayla tokey, tue ada 3 orang hang ambik yang balance lagi sorg tue. Oil amik driver lori tue.

Lampu Hijau!
Sang Kancil meneruskan perjalanan.

(Pakat gelak)..Hahahahahhahahahahahahaha..

Tamat sesi terkenang~

Memerhati 2 orang pekerja kontrak di projek yang sedang dibangunkan di depan sana. Timbul rasa bersyukur dan 30 saat aku berfikir.

Inilah peluang yang Allah beri untuk aku ubah kehidupan aku. Kenapa aku seperti tidak menghargai peluang takdir aku ini. Tidak aku ditakdirkan hidup dengan cabaran sesusah pekerja pekerja kontrak tersebut.

Aku mula termenung dan menyusun strategi semula

Friday, December 2, 2011

Sejarah Internet & Syafiq Syahidzat

internet penting orr..ada orang boleh gila bila dia xguna internet dalam masa 24jam. aku pown sama jgk, terdiri dari kategori orang yg wajib guna internet dalam kehidupan harian.

tapi, aku rasa aku boleh lg kowt hidup kalo 24jam xbukak internet. sminggu sekali tue wajib..kalo xbukak bukan lah sampai tahap boleh gila. tp ada rasa xsenang hatilah sikit.

bila aku online, apa yg aku selalu bukak?
urmmmm nk kna bgtau jgk ke?hahahaha
1. Email
2. Facebook - memandangkan notification fb tidak lg masuk email, kna bukak jgkla fb nie
3. Blogspot

3 nie wajiblah setiap kali aku ngadap PC. dan aku cuba untuk wajibkan diri aku untuk buka 1 lg website iaitu: Crude Oil Price, menarik

Sejarah aku sendiri dengan internet bermula sejak,

2003
email pertama aku, syafiq89@yahoo.com.my - email nie kawan aku, Suhazly Su'aini yang buat masa aku form 2. dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada beliau yang telah melangsungkan perkahwinan minggu lepas.

"sorry wei! aku xleyh p kenduri hang..sbb aku ada test Advance Drilling Engineering hari tue."

selepas email tue diaktifkan, entah mcm mana aku boleyh lupa plak passwordnya..so email tue xpenah aku bukan sampai la nie.

pada tahun yang sama jugak, aku dibantu oleh sahabat aku, sedara Kamarul Ariff Kamarul Zaman untuk buat email baru. gearfighter@yahoo.com (punya la budak2, nama email pown budak2..) xmature lg masa tue..kejadian sama dengan email yg lalu..bila aku kluar saja dari pusat internet, aku lupa p/w email tue dan ak xpenah bukak sampai skunk nie. aku mmg cepat lupa laaaa..

2003-2006
masa nie form 4, almaklumlah..sekolah aku nie hulu sikit so kami kurg diberi pendedahan mengenai internet. so masa nie aku dah kurg menggunakan internet. kalau peg cc pown sekadar untuk cari maklumat wat folio sejarah atau geografi.

xpown main MiRC, untuk abeskan masa yang dah dibayar..masa nie MiRC tgh femes..ASL?
Age?Sex?Location?

gila kentang, bnda nie pown aku belajar dari sorg yang kononya gadis dari pahang. ieka nama dia, sbb aku masih baru.

bila aku on9 ja, dia terus "ASL?"..aku tnya jawab "kedah" (budak2 lagi - jujur)..dia tnya lg "ASL"..aku tnya dia maksudkan apa? then dia citerlah apa maksudnya ASL tue.

30 minit aku bersembang2 dengan dia. aku dah xingt sembang apa. yang aku masih ingat dia lebih tua dari aku. kalau aku kena tipu xtaulah hahahaha..maklumlaa bukan kita tau pown. tp MiRC bukanlah type aku, bosan. stakat tue saja aku dan MiRC.

2007
dah lepas spm, haaaa terbukak sikit minda aku nie dengan internet. plus zaman tue friendster tgh femes. aku pown ada page friendster sebab nk berhubung dengan kawan2 PLKN. yelah lepas abes PLKN tue, bukannya rajin sngt aku nk call atau msg diorg. so friendster sbg medium plg efficient dah murah untuk update pasal kawan2 yg jauh.

dekat FS nie org suka upload gambar2, paling xleyh blah - kuar jalan2, jumpa keta ferari then amik gambar posing dpn keta ferari dengan kamera phone VGA mcm abah aku punya keta then post kt friendster. pastu kawan pakat tnya "keta kau ke?". kurang bijak kawan aku pown, mcm la xtau tue bukan keta aku. hampeh ~

Mei 2007
masuk KMPh, zaman friendster belum ag berakhir. kemahiran berfriendster bertambah advance bila aku mula belajar HTML language ngn Jawa, kawan aku atau nama sebenar beliau, Jasmadi Syah (nama ayah beliau aku lupa).

pastue, apa lagi! ubah mengubah layout freindster guna CSS edit tue jadi kegilaan terbaru. hampir setiap minggu layout friendster aku ubah. dahsyat btol, bnyak plak idea dan masa aku masa tue.

July 2008 - 
Utp, memulakan pengembaraan aku dalam dunia internet yang lebih matang. aku masih lg dgn frenster aku, tapi dunia internet semakin cepat berlalu.

frenster mula hilang sengat, facebook pulak menjadi kegilaan.

2009
Fb dan Blogging sama2 menempatkan ruang dalam diri aku. kalau nk lebih tepat, aku rasa aku mula bblog awal 3 bulan kowt dari Fb.

syafiqsyahidzat.blogspot.com
blog pertama aku, dengan nama sendiri. aku tak expect pown berjuta org nk baca blog aku. cuma masa tue tulisan aku cuma sekadar seperti diari kehidupan harian aku. punya la otak budak2 masa tue..suma bnda aku nk crita.

tapi lama-kelamaan, aku mula sedar, aahhhh xmatured langsung tulis pasal diri sendiri..aku mula tulis pasal orang lain tp dengan pandangan aku sendiri. apa yang lalu depan mata aku dan apa yang otak aku tafsirkan, aku blog.

selepas hampir 2 tahun, aku rasa aku belom cukup matang untuk menulis. dan aku masih belum berpuas hati dengan tulisan aku. aku belum ada identiti sendiri dalam bblog.

so aku tinggalkan syafiqsyahidzat.blogspot.com dan mulakan episod kedua blog aku disini untuk mencari identiti penulisan blog aku. aku nk tulis dengan gaya aku sendiri. bila aku dah dapat identiti aku, aku akan kembali ke syafiqsyahidzat.blogspot.com dengan identiti sendiri dan gaya tulisan yang lebih menarik. wish me luck.

komen pasal yang lain:
Flickr - personally aku suka flickr, sbb aku suka photography. kt flickr jgk aku slalu dapat idea baru hasil inovasi dari karya orang lain.
Twitter - Bonkkk! twitter sngt3 bosan.

P/S: aku ingin berpesan kepada semua, jagalah adap berinternet, xperlu nk cerita semua bnda kt Fb, Blog dll. bila kita strt cerita privasi sendiri di internet maka ruang privasi kita akan menjadi sempit. kita akn sukar untuk menghadapi orang ramai kelak.

bila kita susah hati...

susah hati?
bila?
pernah rasa?
sbb apa?

hehehehe
banyak sangat soalan

yg paling penting
bila kita susah hati
apa yg patut kita buat?

dulu bila aku susah hati
aku akan cari sorg kawan yang nk dengar cerita aku

orang lain?
urmmmm
ikut cara org tue kowt

boss masa intern (Tn. Hj. Ismadi Ismail) ckp
kita mesti positive dengan Allah
...
sangat sangat
memberi erti pada aku

so 
sejak tue
aku suka inspire orang
supaya diorg pun berfikir mcm tue

letz be positive with Allah
anything can happen
tapi Allah takkn sesekali aniayai hambaNya

then
sejak tue jgklah
bila aku susah hati
aku masih boleh tersenyum

sbb aku tahu
Allah nk uji hati aku
bila Allah nak uji aku
maknanya dalam ribuan juta hamba2Nya
Allah ingat jgk pada aku

Dia sentiasa ada dengan aku

dengan rasa rendah diri dan penuh harapan
aku menadah tangan memohon pada Allah

supaya
diampuni segala dosa2ku
dosa2 ibu bapaku
dosa2 kaum keluargaku
dosa guru2ku
dosa rakan2ku
dan dosa seluruh umat Islam

ku memohon juga
agar

dikuatkan hati aku
dipermudahkan segala urusan aku
dimurahkan rezeki aku
dipanjangkan umurku dalam berkatMu
dijodohkan dengan pilihanMu
dan
diberi syurgaMu

ku memohon lagi
supaya Engkau

berikan juga segala rahmat ini
kepada insan2 yang aku sayangi
dan
menyayangi diriku

berikanlah aku petunjuk dan hidayah
serta
perkenankanlah doaku ini

amiiin
sumber gambar: budakbotak.com