Tuesday, December 6, 2011

Panggilan Yang Paling Best Untuk Isteri

koleksi syafiq syahidzat photography 
Pendahuluan
Andai anda miliki isteri, apa panggilan paling best kepada isteri anda? Atau jika anda sendiri seorang isteri, apakah panggilan paling best dari suami yang anda paling suka?

Aku dapat idea nie lepas terbaca post dari FB. Ramai kaum wanita yang memberi reaksi kepada post yang berbentuk soalan itu.

aku pown menghabeskan masa untuk mengira peratusan setiap jawapan yang diberi oleh kaum wanita.

Dan jawapan yang aku terima aku susun ikut ranking dari yang pertama sampai yang terakhir.

Nombor 1: Sayang
Peratusan paling tinggi, bermaksud ramai wanita memilih untuk dipanggil "sayang" oleh suami mereka. kenapa? aku pown tak pasti. Mungkin sebab sayang adalah perkataan yang popular, ringkas, romantis dan penuh makna.

Bagi aku sayang jugak adalah panggilan yang paling senang untuk suami memanggil isteri sebab ianya hanya dua suku kata. Dan takdalah over sangat rasanya kalau panggil sayang dekat isteri sendiri depan orang ramai.

Nombor 2: Awak
Aku tak sangka setelah dikira sebanyak 3 kali, Aku masih mendapat jawapan yang sama. Rupanya ramai jugak perempuan yang prefer mengekalkan gelaran semasa sebelum perkahwinan "Saya - Awak" biarpun selepas perkahwinan. Keputusan yang agak memeranjatkan.

Pendapat peribadi, panggilan nie memanglah biasa digunakan oleh kebanyakkan pasangan sebelum mereka berkahwin, mungkin dah jadi habit yang sukar untuk diubah. Tapi tak best la kan~..lepas kahwin kena la ubah sikit. kalau dulu romantik kena jadi lebih romantiklah. Sapa setuju angkat tangan..0/

Nombor 3: Mama/Ibu/Ummi
Di tangga ketiga adalah gelaran yang biasa kita dengar dan berlaku dalam banyak keluarga di Malaysia. Suami memanggil isterinya dengan gelaran yang sama dengan anaknya.

Dulu aku pernah dengar ceramah kekeluargaan dari seorang pakar motivasi. Beliau tidak menyarankan suami memanggil isteri dengan gelaran sama seperti anaknya contoh: Ummi, mama, atau ibu. Begitu jugaklah sebaliknya (isteri memanggil suami ; ayah, papa, daddy). Alasan beliau, situasi ini akan mengurangkan respect si anak kepada ibu dan ayah.

Dari sudut agama pula, ada sesetengah ulamak tidak menggalakkan si suami menggunakan gelaran tersebut kepada isteri mereka, takut2 berlakunya zihar. Walaupun majoriti ulamak bersetuju tidak jatuh hukum zihar dengan panggilan tersebut jika si suami berniat untuk mengajar anaknya memanggil ibu mereka dengan cara yang betul.

Nombor 4: Humaira
Humaira yang bermaksud kemerah-merahan. Ada juga yang menafsirkan sebagai merah jambu adalah panggilan Rasulullah S.A.W kepada isteri Baginda, Aisyah R.A. Dengan panggilan mesra seperti ini, ia menunjukkan bahawa Rasulullah menganjurkan supaya si suami supaya memanggil isteri dengan panggilan panggila mesra.

Pendapat peribadi, jadi panggilan mesra ini bolehlah disesuaikan dengan keselesaan pasangan masing masing. Terserahlah kepada pasangan itu untuk memanggil si suami atau isteri dengan mana-mana panggilan yang mesra, sunnah tue.


Nombor 5: Singkatan Nama
Boleh dikatakan hampir keseluruhan ibu dan ayah kita menggunakan gelaran ini. Nampaknya wanita zaman ini telah berubah. Ya lah, menurut kiraan aku, hanya terdapat beberapa orang wanita sahaja yang tak kisah dipanggil oleh suami dengan nama sendiri yang disingkatkan contoh: Nur, Ina, Su, Mah, Siti dll.

Mungkin zaman ayah dan mak kita dulu tak sempat pulak diorang nak pikir nak panggil apa kan? yelah diorang bukan macam zaman sekarang. Sebelum kahwin dah 80% kenal masing masing. Zaman mak dan ayah kita dulu. Lepas nikah baru nak belajar kenal pasangan mereka.

Penutup
panggilan kepada isteri itu penting. Biasanya orang lelaki tidak pandai menunjukkan kasih sayang mereka kepada wanita yang mereka cintai. Mungkin dengan panggilan mesra sebegini isteri akan tahu mereka selalu dan akan selamanya disayangi.

2 comments:

OnENIq said...

salam..mintak share ye survey y awk buat ni

inspirasi arjuna said...

waalaikumsalam...silakan..