Wednesday, December 21, 2011

Undang Undang Anak Perempuan

Assalamualaikum,

Ada seseorang mengadu pada saya:

"Kadang-kadang saya fikir kenapa mak dan ayah saya tak macam mak dan ayah orang lain? Saya seperti dikongkong, tak macam kawan kawan saya yang lain. Bebas jer keluar rumah tak macam saya nie.."

"Di dalam rumah ini ada undang undang. Bila menantu makan bapak mertua musti jadi hakim"
- Filem 3 Abdul, 1964 -

Ini bukan cerita "8 Rules for Dating My Daughter" tapi kisah benar dan luahan seorang saudari kepada saya.

Kampung Baru Guar Chempedak,1996

"Bang Chaaqqq, balikkkkk...dah senjaa"

Aku berlari balik ke rumah dari kawasan tanah terbiar dekat rumah aku (kitorang main bola dengan palang gol buluh dekat situ). Kalau lambat nanti kena sebat.

"Cepat cepat mandi, sat gi abah sughuh pi surau"

Aku cepat cepat mandi sebelum abah aku balik. Yelah, kejap lagi abah aku pulak nak mandi lepas dia balik kerja. Kalau masa tue jugaklah aku nak mandi tak pasal pasal kena sebat lagi. 

Aktiviti malam aku setiap hari adalah ke surau yang jugak berdekatan dengan rumah aku. Selepas solat maghrib kalau tidak ada apa program seperti baca kitab (kuliah), bacaan yaasin atau tahlil. Aku akan balik ke rumah sebentar sementara menunggu masuknya waktu Isyak bagi kawasan Kuala Muda Yan dan kawasan kawasan yang sama waktu dengannya.

Nak keluar merayau waktu malam? Jangan mimpilah dengan abah aku tue.
Sorry naik lori, kalau merayau mesti kena sebat. Hukuman sebat adalah satu satunya hukuman yang ada dalam akta kesalahan sahsiah dan disiplin rumah aku.

Sungai Petani, 2005

"Hello, ada kat mana sayangggg?"
"Cek dalam baih (bas) nie..on de way nak balik la nie"
"Haaa cepat, tengok jam dah pukui brapa tue..Sat gi, tidoq luaq"

Sewaktu aku berumur 16 tahun, satu lagi hukuman baru diperkenalkan di dalam akta sahsiah dan disiplin 1996, iaitu "Tidur di luar" jika balik lambat. 

Sampai ja dekat stesen bas Guar Chempedak, terus aku berlari balik rumah. Walaupun aku tidak dikira lewat kerana belum masuk lagi waktu Maghrib bagi kawasan Kuala Muda Yan dan kawasan kawasan yang sama waktu dengannya. Tapi aku masih lagi kena ceramah agama (berleter) dengan Ustazah Aslina Ishak (mak aku).

Undang-Undang ini merangkumi semua ahli keluarga aku kecuali mak dan abah aku. Macam tak adil kan?

Sungai Petani, 2010

Ada panggilan telefon masuk sewaktu aku di rumah Siti Sarah Wozali sedang beraya beramai di sana bersama semua bekas bekas pelajar SMKAY.

"Hello, sayannggg, dah pukui berapa nie? Lupa jalan balik ka?"
"Laaa mak nie, sabaq laa...nie duk tunggu ada lagi kawan tak sampai lagi nie, nak balik macam mana?"
"Haaaa tunggulah nowh..sat gi tak dak sapa nak bukak pintu kat cek nowh"
"Sabaq laaa, bagila cek smayang maghrib dulu, lepaih smayang cek balik laaa"
"Cepat!"

Lepas ja 15 minit masuknya waktu Maghrib bagi kawasan Kuala Muda Yan dan kawasan kawasan yang sama waktu dengannya. Mak aku pulak telefon setiap 15 minit, tanya ada kat mana dan "Lambat lagi ka nak sampai?"

Titi Serong, 2011

"Hello, ada kat mana sayangggg?"
"Ada sekolah lagi nie, cek nak balik la nieee"
"Habeh tue, awat tak balik lagi? Nak balik Nak balik..Bla Bla..Bla Bla.."
"Okay, sat gi oghang sampailah, bukan cek keluaq mai jalan jalan mak, mai sekolah ada program, bagi ilmu.."
"Cepat balik!"

Umur 22 tahun pown masih tak boleh keluar malam, kecuali ke masjid atau surau.

Analisis

Bukan anda sahaja yang rasa macam tue. Sebenarnya ramai lagi yang mengalami situasi yang sama. Walaubagaimanpun, Alhamdulillah kita dikurniakan Ibubapa sebegini yang begitu mengambil berat akan pergaulan sosial seharian dalam hidup kita. 

Aku sendiri (Walaupun seorang lelaki) pernah merasa macam tue, adakala sampai timbul jugak rasa sakit hati. Tapi alhamdulillah, bila umur dah makin meningkat, akhirnya aku dapat memahami kondisi mereka. Apa yang mak ayah fikir tentang kita. Apa yang mereka rasa sebenarnya adalah sayang.

Hari ini, macam macam boleh berlaku diluar kawasan rumah, tambahan di waktu malam. Sebagai seorang ayah atau ibu pastinya mereka akan risaukan keselamatan anak anak mereka.

Tak Percaya?
Anda pernah sayangkan seseorang? (Kekasihlah maksudnya)..bukankah adakalanya kekasih anda sendiri sedikit mengongkong anda ataupun sebaliknya. Adakalanya lebih dari ibu dan ayah anda, sebab apa? Sebab dia juga sayangkan anda dan risaukan keselamatan anda.

Ayah/Kekasih anda bukan tidak percayakan anda tetapi mereka tidak percayakan enviroment dunia nie.

Zaman sekarang nie dah terlalu banyak perkara perkara yang tak elok berlaku dengan perompak, pencuri, perogol dengan pelbagai tipu muslihat. Sebegitu juga dengan keadaan dunia yang membenarkan aktiviti terlarang seperti pergaulan bebas dan yang terkini homoseksual. 

Takut!
Bagaimana nak jaga anak sendiri kelak. Kadang terfikir jugak, apakah strategi terbaik sebagai Ayah (InsyaAllah) di masa hadapan untuk menjaga anak anak, terutamanya anak anak perempuan. Nak sekat sangat pown tak boleh, Nak lepas sangat pown tak boleh.

"Ya, Allah ya Tuhanku. Jadikanlah diriku Pemimpin yang soleh kepada isteriku kepada zuriat-zuriatku yang bertaqwa kepada Mu" 



"Perempuan solehah itu penuh misteri dan kehormatan bagi setiap ajnabi yang melihatnya"
- Syafiq Syahidzat -

Sekian.

P/S I: Post ini mungkin sedikit bosan
P/S II: ek eleh, yang gedik nk post topik skema nie buat apa? Ambil berat la konon..
P/S III: Suka haatii lah..blog aku...huh!

2 comments:

Anonymous said...

such a good boy-NZBA

inspirasi arjuna said...

nie citer pasal laen laaa