Setibanya aku dan saudara Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman di kedai yang kami tuju. Saudara Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman bergegas masuk ke dalam kedai kerana kami sudah kelewatan untuk mengulang kaji. Tepat jam 8 malam nanti, kami akan menghadapi satu ujian matapelajaran "Petroleum Economics". Sementara itu, aku menanti saudara Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman diluar kedai Skynet. Aku memerhati 2 orang pekerja kontrak Indonesia (Mana plak aku tau diorg tue orang Indonesia) sedang menyiapkan salah satu pintu deretan kedai yang sedang dalam pembinaan.
aku terkenang~
Sekitar Mei 2011
Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Aku bersama saudara Afif Ismail (Apit), Ahmad Syafiq (Tokey), dan Mohd Ashraf (Acap EE) keluar merantau sekitar ibu kota Kuala Lumpur di malam minggu. Kononnya untuk melepaskan tekanan kerja 5 hari bekerja yang lalu.
Bangga menaiki sang kancil milik saudara Afif Ismail, kami meneroka hampir seluruh pelosok Kuala Lumpur di malam hari setelah berangkat dari kampung baru selepas makan malam di sana tadi.
Lampu merah! sambil menunggu 75 saat sebelum muncul lampu hijau untuk meneruskan perjalanan. Di depan sana terdapat satu trak DBKL dan 3 orang pekerja Melayu DBKL sedang menukar lampu. Jam sekarang tepat 12.30 tengah malam.
Apit: Acab, kita nie keqha naseb baek la noh..
Acab: ...
Apit: Kalau kita tak masuk UTP. Kita la duk ataih lori tue tukaq lampu jalan tengah2 malam nie.
Tokey: Tu kalo hang dengan acab..nie aku ngn oil mcm mana?
Apit: Tokey nak jugak..okayla tokey, tue ada 3 orang hang ambik yang balance lagi sorg tue. Oil amik driver lori tue.
Lampu Hijau!
Sang Kancil meneruskan perjalanan.
(Pakat gelak)..Hahahahahhahahahahahahaha..
Tamat sesi terkenang~
Memerhati 2 orang pekerja kontrak di projek yang sedang dibangunkan di depan sana. Timbul rasa bersyukur dan 30 saat aku berfikir.
Inilah peluang yang Allah beri untuk aku ubah kehidupan aku. Kenapa aku seperti tidak menghargai peluang takdir aku ini. Tidak aku ditakdirkan hidup dengan cabaran sesusah pekerja pekerja kontrak tersebut.
Aku mula termenung dan menyusun strategi semula
No comments:
Post a Comment