Friday, December 9, 2011

Budak Kampung vs Budak Taman

Sekadar hiasan
sumber gambar: tiblakedah.blogspot.com

1993: Perpindahan
aku dilahirkan di Hospital Besar Alor, Setar. Sebenarnya ejaan dah jadi "Alor Star" tapi aku lebih suka dengan "Setar" sebab disitu ada sejarah dan identiti bandaraya tersebut. Kemudian aku membesar di Gurun, Kedah.

Selama lebih 4 tahun aku menjadi budak paling comel dalam Taman Gurun Jaya, depan sekolah cina tue. Aku ikut abah dan mak berpindah ke Kampung Baru, Guar Chempedak. Takdalah jauh sangat aku pindah, tapi suasananya sangat berbeza.

Di kampung, kami lebih bebas. Nak ke mana? Sawah padi? Sungai? Main bola dekat tanah terbiar? Ladang sayur? Semua kami boleh redah.

Setiap hari, pukul 6.30 petang, mak aku akan jerit dari dapur rumah "Bang Chaaaaaqqq, baliiikkk, dah senjaaa!"

Aku pown berlari balik ke rumah dengan secepat mungkin. Kalau aku terus bermain jugak, siap belakang aku kena hukum sebat dengan mak aku.

1997: Kembar
aku di darjah dua, Ustazah Thohiroh adalah guru kelas aku, kelas 2H. Aku bertemu kembar aku, Ahmad Taufik B Ahmad Sobri. Semua cikgu cakap muka aku sama macam muka dia. Dah tue nama aku pown hampir sama dengan nama dia. Paling menarik dalam peperiksaan pown aku akan bertukar tukar No 1 dan No 2 dengan dia.

Tahun 3 dan tahun 4 merupakan 2 tahun terakhir aku sekelas dan sesekolah dengan Taufik, tapi lepas masuk darjah 3, dia dah tak baik sangat dengan aku sebab dia lebih popular daripada aku walaupun aku lebih hensem daripada dia.

Ramai budak perempuan suka dia, sebab dia hero bola sepak sekolah aku. Biasalah, perempuan kan suka lelaki yang nampak kejantanannya.

2001
Darjah 6 menampakkan penguasaan pelajar perempuan yang sangat hebat di kelas no 1, 6M. Bayangkan budak lelaki hanya 11/47 dari kelas tersebut. So of course la aku Top 10 jejaka pilihan dalam kelas tue. Tapi masa tue aku tak pandai nak riak dan takabbur lagi. So aku low profile~

Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak (Guaq 1) vs Sekolah Kebangsaan Haji Hussin Dol (Guaq 2)
Sekolah aku, Guaq 1 dipelopori oleh budak budak hingusan kampung sekitar manakala Guaq 2 memilih calon pelajar mereka dari Taman taman sekitar Pekan Guar Chempedak. Jika dibandingkan secara zahirnya pelajar Guaq 2 lebih hensem dan lebih kaya dari budak sekolah aku.

Tapi diorang nie poyo, terutama masa peg sembahyang jumaat di Masjid al-Wusta' Guar Chempedak. Bawak Digimon g masjid (Ktorg takde tapi ktorg tak jeles sebab ktorg ada permainan lagi best dan lagi mencabar). Pastu main main, sampai kena marah. hahahahahaha...
Padan muka, kena sebat dengan pakcik penggali kubur yang juga memegang jawatan siak masjid ketika itu.

Chewing Gum menjadi gula-gula yang menampakkan budak lelaki sangat cool ketika itu. Menjadi kebiasaan budak budak poyo nie makan chewing gum di dalam masjid.

Sengal: Selit Chewing Gum
Masa tue budak2 diminta naik untuk sembahyang Jumaat di tingkat dua masjid sebab tingkat 1 selalu penuh. Aku dengan Muhd Irfan Othman pada ketika itu khusyuk mendengar khutbah di belakang sorang budak berkulit putih yang sedang mengunyah chewing gum.

Khutbah dah abes, orang bangun nak mulakan solat.
"Mana nak buang chewing gum dalam mulut nie?"
Dengan Slumber member sebelah dia, keluarkan chewing gum daripada mulut dan selitkan chewing gum tue bawah karpet masjid.
~B**ng**g

Aku rasa, kalau aku peg selak bawah karpet masjid di tempat yang sama, mesti chewing gum dari 2 budak taman tue ada lagi sampai sekarang Tahun 2011 (Kalau masjid tak tukar karpet dekat tingkat 2 tue la)

P/S I: Zaman tue aku mmg stereotype dengan semua bebudak taman, tak kisahlah budak Taman Desa Aman, Taman Desa Aman 2 atau Taman Rashidah Utama 
P/S II: Namun akhirnya aku jatuh hati pada seorang budak yang tinggal dalam taman jgk huhuhu...
P/S III: Namaku Muhammad Syafiq Syahidzat b Sabri
P/S IV: Dalam dunia nie sehingga ke hari ini ada 3 orang sahaja yang panggil aku izat, iaitu Cikgu Hajah Zuraidah (SKGC), Cikgu Shukri (SMKAY) dan Kak Aizah (PCSB).

No comments: