Tuesday, December 11, 2012

Mak selalu ada..

Assalamualaikum w.b.t

Mak selalu ada..
Aku yang lupa pasal dia..
Yang selalu ada..

Mak selalu ada..
Bila-bila masa..
Sedar atau tidak..

Mak selalu ada..
Walau aku menduakan kasih kepadanya..
Walau aku tersalah cinta..

Mak selalu ada..
Menunggu aku selamanya..
Berharap aku menoleh walau seketika..

Mak selalu ada..
Untuk aku yang terlalu mengagung cinta pada si dia..
walau berkali aku kecewa..

Mak selalu ada..
Muncul ketika dalam kelam taufan dan ribut..
Selamatkan aku yang terkapai hanyut..

Mak akan selalu ada..
Maafkan aku mak..
Aku lupa..

Mampukah aku ada untuk mak jua?

Sunday, December 2, 2012

Pengajaran dari hujan

Assalamualaikum w.b.t

Aku ke Cheras Baru berjumpa nenda. Mohon restu sebelum pertama kali masuk ke episod baru dalam cerita hidup aku esok. Alhamdulillah beliau sihat. Dapat 9 biji buah mangga bekalan balik. 3 aku sedekah pada yang istimewa untuk merasa. Jam 3.30 ptg aku pulang ke Wangsa Maju. KCK 263 merah.

Hujan rintik. Aku redah jua hampir tiba di Ampang. Hujan makin lebat. Penglihatan makin kabur. Aku berhenti di Shell. berdekatan. Sertai mereka yang tidak berbumbung senasib dengan aku. Kawasaki, Honda, Yamaha. Mahal atau murah. Namun yang mahal mampu keluar ke jalan lebih awal apabila hujan sedikit reda. Tinggallah kami kami yang rendah cc.

Hujan reda dan lebat berganti-ganti. Sudah hampir satu jam aku disini. Azan asar sudah 30 minit berlalu. Namun stesen minyak ini tiada pula menyediakan tempat untuk orang bersolat. Mungkin arkiteknya ketika itu tidak menitik beratkan perkara seperti ini. Kami masih lagi menunggu.

Mungkin Allah sedang menguji aku. Hujan masid tidak reda. Sudah pukul 5ptg. Aku melihat ragam mereka yang singgah. Mengisi minyak dan membeli barang-barang makanan dan minuman. Rokok tidak ketinggalan.

Kiamat sudah dekat. Yang berpakaian seperti tidak berpakaian. Berbaju nampak apa saja apa ada di dalam. Berseluar hanya di atas, putih,gebu. Yang dogol dan yang berkopiah tidak terlepas menjeling. Melayu, Cina, India sama. Sehati sejiwa kan? tiada perbezaan. Baru 1 Malaysia.

Bunyi hon tidak henti. Kereta besar, tp otak yang memandu di dalam kecik. Parking sekat jalan. Kereta nak keluar sesak dalam stesen minyak. Orang belakang menunggu memasuki petak isi minyak. Patutlah orang kL lebih suka bercakap dengan isyarat hon. kL kL.

1 jam 30 minit. Hujan masih rintik. Langit sudah cerah. Tiba masa. Aku nekad. Redah saja. Tiba di Ampang hujan lebat secara tiba-tiba. Kuyup. Lekoih kata orang Kedah. Aku redah saja. Hujan berenti di setapak. Aku tiba di wangsa maju 5.45ptg. Memikirkan esok bagaimana. Tawakkal saja. Allah kan ada =)

Dalam Hati Ada Taman

Assalamualaikum w.b.t

Malam ini untuk orkid. Teringat kisah, pada suatu ketika itu. Aku memuji bunga yang dibawa oleh staff asrama SMKAY, kak timah.


"Subhanallah..lawa bunga nie kak timah"
"Hai, suka bunga ka?"
"Takda la suka, just sedap mata memandang..hahaha" Cover

Mat Bunga
Dulu masa kt sekolah pernah juga aku digelar mat bunga. Aku tak tau kat mana bunga kat muka aku. Walhal dari sejarah yang benar. Tak pernah pula aku bagi bunga-bunga kepada sesiapa pun sepanjang persekolahan aku. Atau jual bunga. Dan jauh sekali mandi bunga.

Setelah lama aku meninggalkan alam persekolahan. Merisik berita-berita lama apabila berkumpul bersama kawan-kawan sekolah. Ceh, propaganda yang ditimbulkan oleh gadis-gadis yang tak dapat nak tackle aku. Hahaha perasan. Tapi memang benar. Cerita dari seorang kawan perempuan.

Bunga-Bunga Cinta
Lagu yang dinyanyikan oleh Misha Omar. Lagu ini adalah lagu letup dimana dengan lagu ini nama Misha Omar yang ketika itu baru sahaja bergelar penyanyi melonjak naik. Seiring dengan Dato Siti Nurhaliza ketika itu.

Pada aku lagu nie memang best. Aku simpan sampai sekarang bila aku gatal telinga nak dengar suara Misha Omar. Actually, aku lebih suka Misha Omar daripada Dato siti. Hehehehe. Kini Misha Omar kembali selepas beberapa tahun menyepi. Aku menunggu lagu baru beliau.


Bunga Orkid
Gambar kat atas nie adalah gambar orkid yang aku snap masa aku di MAHA. Selama nie, walaupun orkid nie popular. Tapi aku tak pernah tertarik pada orkid sebab tak pernah aku jumpa yang lawa. Yang nie berbeza. Lawa. Comel.

Kalau ada peluang nak ku tanam bunga orkid pulak. Mencuba hobi baru. "Baik tanam pisang, boleh jugak makan" Kata mak aku..huhuhuhuhu

Thursday, November 29, 2012

Berbaring dan Menulis

Assalamualaikum w.b.t

Aku sedang bayangkan. Malam hari. Duduk di kerusi rotan. Menulis blog ini. Sebuah meja. Di depan sebuah tingkap yang terbuka. Angin malam yang dingin. Lampu-lampu KLCC yang bersinar di tengah kota. Secawan teh oren dari Cameron Highland. Sepiring biskut Hap Seng (entah btol idak ejaan namanya). Vaah vaah vaah vaaahhh. So beautiful. Tambah diiringi lagu yang mendayu-dayu. Zikir terapi Hafiz Hamidun mungkin. Sedikit ubat untuk hati yang berdosa di pinggir kota. Emm mungkin sedikit lagu hindustan sekadar mewarna suasana malam (Heh heh heh).

Menulis idea-idea dari buah fikiran yang mungkin boleh dipertimbangkan. Walau ku tahu tak ramai yang membaca atau lebih tepat mungkin tiada yang membaca. Tidak mengapa. Sekadar mengekspresi perasaan suka dan luka. Orang cakap luka yang disimpan, nanti busuk sendiri. Aku menulis.

Malam ini tidak ada apa yang ingin aku tulis kerana aku sudah ketandusan idea di dalam sebuah rumah ini. Otakku beku. Tiada masalah, tiada kerja, tiada daya, tiada perkembangan. Ini membuat aku tidak sabar menunggu esok. Masuk rumah baru. Vista Wira Wangsa Maju. Semoga memuaskan hati.

Sekian

Aku yang tiada idea untuk menulis malam ini. 

Keterujaan Yang Kian Malap

Assalamualaikum w.b.t

Teruja.

Sebulan yang lalu ak menerima mail arahan untuk melakukan medical checkup. Mail daripada HR PETRONAS itu amat mengujakan. Pelbagai cabaran aku tempuh, dengan Dr. panel tak mau buat checkup dan macam2 lagi kerenah manusia yang nak mudah kerja mereka tanpa belas ehsan kepada aku yang belum pun mula bekerja.

Kini sudah hampir 2 minggu aku di kL menanti tarikh lapor diri di menara megah di tengah-tengah kL. Executive (Drilling Engineering), Technology&Engineering Dept, Drilling Division, PCSB. Kebanyakkan misi 2 minggu aku di kL sudah selesai termasuk beberapa misi ad-hoc di Tesco Extra Cheras, tolong izham buat blog di kfc depan HUKM dan jugak misi terjauh setakat ini sampai ke Negeri Sembilan. Aduhh jatuh saham menantu ini.

Motor pagi ini aku terima dengan pelbagai cabaran. Mulanya perlu ambil di Cheras sahaja tapi Allah lebih mengetahui yang terbaik. Sampai ke Chow Kit aku meredah subuh hari. Semua lorong aku terjah dengan paktam. Mencari lori 8108 yang membawa motor aku ke kL. Jalan Raja Alang yang sibuk, Jalan Raja Laut tempat orang turun barang, Lorong Haji Taib yang terkenal dengan nyah.

Keterujaan yang semakin malap kini sedikit bersinar dengan tibanya KCK 263. Rasanya hendak meredah ke Desa Baiduri tengah hari nanti. Mencari jalan ke rumah sedara sendiri. Agar aku tidak tersesat di kemudian hari. Jadual Jumaat dan Sabtu telah tersusun rapi. Ahad ke sungai buloh rasanya berjumpa nenda. Meminta restu sebelum masuk ke alam pekerjaan.

Bab baru kehidupan ini, aku tidak jangkakan lebih. Cukup hanya dengan permulaan yang perlahan. Slow and steady winning the race kata Sherlock Holmes.

Sekian.

Tuesday, November 27, 2012

Allah kan ada!

Assalamualaikum w.b.t

Kisah hidup kita. Ada suka ada duka. Ada pahala ada dosa. Kadang kita mencari. Mencari sesuatu. Suatu ketenangan abadi. Kita cari ramai kawan untuk bicara hilangkan bosan. Kita cari gadget penuh teknologi, 24 jam online menyibukkan diri. 

Masa berlalu. Hati kita masih gersang. Kawan tidak kekal. Harta benda lebih menyusahkan hati. Baru kita sedar. Bukan semua itu yang kita cari. Kita ke masjid. Rasa tenang disana. Baru kita sedar. Ini yang kita cari. Ketenangan Abadi. Hati kita mahu Allah. Kembali kepada fitrah.

Dr Ibnu 'Abbas R.A, sabda Rasulullah S.A.W:

"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan kejahatan"

Kita lalai. Tertunduk oleh syaitan. Saat kita marah. Saat kita sedih. Saat kita gembira. Saat kita bersama ramai orang. Saat kita keseorangan.

Kita lupa bahawa Allah S.W.T selalu ada. Sedangkan Allah sudah berpesan dalam surah an-Nas:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku mohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara manusia. Yang menguasai manusia. Dari kejahatan (syaitan) pembisik yang datang dan menghilang. Yang membisik (kejahatan) di dalam manusia. Iaitu dari (syaitan) jin dan manusia."

(an-Nas: 1-6)

Dari segala bentuk hasutan kejahatan kita mohon perlindungan. Kita berusaha melindungi diri dan yakin bahawa Allah jua mampu memberi ketenangan dan perlindungan.


"Sesungguhnya (terhadap) hamba-hamba-Ku engkau(iblis) tidaklah dapat berkuasa atas mereka, Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga"

(al-Isra': 65)

Saturday, November 24, 2012

Kipas dan Booo Orang Melayu


Assalamualaikum w.b.t

MAHA - Malaysian Agriculture Horticulture Agrotourism. Aku ke sana hari ini. Lenguh di kaki masih lg terasa. Hampir 12 jam disana. Bunga, binatang, makanan, rempah ratus, mesin pertanian dan perladangan dan macam-macam lagilah. Dari seluruh negara dan beberapa negara luar. Pakat beramai-ramai kesana sapa-sapa yang belum berkesempatan. Banyak perkara menarik.

Yang menarik korang boleh tengok liputan di TV. Yang aku nak cerita nie pasal satu insiden yang berlaku disana. Sedang aku menjamah nasi briyani ayam merah.

Kipas Jatuh!

Khemah tempat makan sangat-sangat besar. Menyajikan makanan-makanan popular dari seluruh negara dikategorikan berdasarkan negeri-negeri di Malaysia. Sambil makan, aimed cendol pulut. Hajat tak kesampaian. Khemah dengan puluhan kipas gantung tue kecoh. Salah satu kipas berdekatan dengan meja makan aku tercabut dari tangkainya dan terkulai. Masih lagi berpusing. Tinggal wayar-wayar sahaja yang memegang kipas tue kat atas.

Orang ramai bertemperian lari. Aku dengan nasi briyani ayam merah dan keropok, beg dan kamera Canon aku mencari meja lain yang lebih jauh. Nasib baik aku tak beli lagi cendol pulut songkok tinggi di gerai berdekatan. Haishh

Selamat aku!

Kipas masih duk pusing lagi. Agaknya urusetia tengah cari suis kot. Banyak kipas bawah khemah tue. 4 baris pulak tue. Satu baris mau ada 100 kipas jugak rasanya. Melayu melayu bawah khemas tue mula buat perangai toya depa.

Boooooooo..Oooooooo..Oooooooo..

Urusetia tutup semua suis. Gelap..

Ramai-ramai pakat tepuk tangan. Tepuk pasai apa, aku tak tau. Salah sorang duk meja depan aku dengan awek dia. Toya.

Booooooo..Ooooooooo..Oooooooo..

Kedengaran lagi. Pelik betol. Apa yang nak di boonya. Rilexla brader.

Friday, November 23, 2012

Media Pecahkan Umat

Assalamualaikum w.b.t

Serius, aku tengok media malaysia hari ini semakin hari semakin berperanan besar dalam memecah belahkan umat Islam. Penat ustaz-ustaz dan para ulama' memperbetulkan kepincangan ini supaya semua umat Islam bersatu mengembeleng tenaga supaya Islam semakin kuat.

Tapi payahnya media semakin jahat, menjadi batu api untuk mempolitikkan segala macam isu di negara ini. Baru sahaja umat Islam digemparkan dengan isu Palestin dan baru sahaja aku tengok kita-kita ini nak bersatu tanpa topi warna bendera. Berita di auta, supaya ada parti dilihat mulia dan ada parti dilihat terkutuk kerana perkara-perkara yang kecil.

Aku secara peribadi merasakan media yang bermuka-muka ini berpewatakan seperti tidak ada Iman kerana tidakkah mereka memikirkan dosa akibat mereka tindakan mereka yang menyiarkan berita-berita yang boleh menimbulkan perpecahan.

Tidak ada perinsip. Aku benci menulis dengan perasaan ini.

Sampai bila?

Patutlah ada orang doakan kehancuran mereka. Amiiinnn.

Thursday, November 22, 2012

Faham Yang Dipersalahkan

Assalamualaikum w.b.t

Teringat..
Masa tue aku baru balik shooping raya. Macam biasa masuk ja dalam rumah, semua excitedlah nak tengok hasil pembelian. Kami bukan keluarga yang berada jadi lawa atau tidak baju raya diimbangi dengan cerita tawar-menawar atau berapa harga kami boleh dapat.

Jubah?

Mak dan abah aku terkejut. Masa itu masih lagi zaman jubah hanya dipakai oleh ustaz-ustaz, tok imam dan budak sekolah tahfiz. Namun ak berbangga dapat pakai jubah. Aku suka sangat jubah hitam, dikenakan dengan kopiah putih kedah sejahtera. Memang cun, meletop. Pakai ke masjid.

"Satgi depa suruh hang jadi imam"

Salah faham.

Faham jugak yang dipersalahkan.

Jubah, serban, celak mata, tasbih semua tue adalah sunnah. Adakah sunnah itu milik tok-tok imam dan ustaz-ustaz sahaja? Jenuh la macam tue, orang lain tak mau kumpul pahala? tak mau masuk syurga?

Tak lama kemudian muncul pulak isu, pakai jubah bukan sunnah. Nie pun haghu jugak. La nie macam nie lah. Yang nie kategori terlebih faham la pulak. Depa kata Nabi S.A.W pakai jubah dan serban sebab Nabi S.A.W orang arab.

Menjawab isu memakai jubah dan serban itu bukan sunnah:

"La nie macam nie lah, sapa nak pakai sila pakai. Hang tak mau pakai, hang jangan larang orang lain nak pakai."

Daripada kuliah Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Dalam isu serban dan jubah, kita boleh ambil 2 perkara iaitu jubah dan serban secara terus atau pengajaran disebalik jubah dan serban.

Memakai jubah dan serban adalah sunnah, kerana banyak hadis-hadis menggambarkan Nabi S.A.W secara peribadi memang suka berjubah dan memang suka berserban. Ada antara hadis yang menceritakan Nabi S.A.W memiliki jubah yang cantik cantik.

Atau kita boleh ambil pengajaran disebalik jubah dan serban seperti sentiasa menjaga bahagian kepala kita, sentiasa berpakaian menutup aurat, tidak ketat dan tidak nipis. Pengajaran seperti ini pun boleh kita guna pakai dalam adab-adab berpakaian kita seharian.

Jadi, sentiasalah melihat Islam, jangan melihat pada yang tak boleh. Tapi lihat pada yang boleh =)

Tuesday, November 20, 2012

Doa Untuk Kehancuran..Boleh?

Assalamualaikum w.b.t

Di celah-celah kisah keperitan penduduk Gaza, Palestin yang sedang bermati-matian di atas tanah sendiri. Media negara kita pula sibuk nak pertikai isu doa untuk kehancuran.

Mungkin sebab itu ramai orang kita dah terpacak depan McD awal-awal buta untuk dapatkan burger percuma sedangkan ramai orang-orang luar negara awal-awal buta dah terpacak depan McD di negara mereka untuk berhimpun,membantah dan memboikot restoran makanan segera tersebut.

Bertalu-talu soalan di peti masuk laman sosial facebook, mohon pencerahan isu yang dibesar-besarkan media Malaysia hari ini. Isu doa memohon kehancuran oleh satu parti politik kepada parti politik yang lain. Isu tersebut diperhangatkan lagi dengan pandangan-pandangan beberapa orang ustaz yang dikenali.

Walaupun dengan pandangan ustaz-ustaz tersebut, saya masih melihat isu ini adalah isu politik semata-mata. Melalui pemilihan ustaz yang menjawab persoalan ini sudah jelas, bahawa isu ini dipolitikkan dengan berselindung disebalik moral keagamaan dan pada masa yang sama menutup isu yang lebih berat.

Jika kita merujuk kepada perkara asas dalam Islam dan melihat perkaitan isu-isu yang dimainkan media. Isu doa untuk kehancuran tidaklah sebesar mana. Bahkan merujuk kitab-kitab perbahasan syarak, diharuskan untuk berdoa memohon kehancuran oleh orang-orang yang teraniaya kepada orang orang yang menganiayai mereka. Hukum diqiyaskan dengan hukum harus mengumpat orang-orang yang zalim untuk menjatuhkan mereka.

Jika diamati hak berdoa pula adalah hak perbadi individu. Kerana sudah menjadi kebiasaan kita semua pasti memohon doa keburukan kepada mereka yang menganiayai kita. Contoh kita memaki, atau hanya terdetik dalam hati kata-kata kesat kepada mesin air tin yang telan duit. Normalnya sedangkan dengan mesin pun kita boleh mendoakan kehancuran inikan pula manusia.

Jadi Doa untuk kehancuran bukanlah isu yang perlu dipandang besar kerana tidak jatuh hukum haram, berbanding membuka aurat, menindas, rasuah, menolak al-Quran dan sebagainya. Meskipun perbuatan berdoa tersebut dilakukan oleh ustaz-ustaz sendiri. Mereka juga manusia biasa yang boleh melakukan kesalahan, mereka juga punyai perasaan dan boleh melenting apabila diberi tekanan dengan pelbagai isu-isu penindasan dan penipuan yang berlaku di negeri mereka.

Jika kehancuran yang dipinta berlaku itu ada baiknya pada penilaian Allah. Maka siapa kita untuk menafikannya daripada menjadi realiti. Jika sebaliknya berlaku maka pasti ada sesuatu yang Allah aturkan untuk kita semua.

Marilah sama-sama kita melihat isu ini sebagai satu insiden untuk kita lebih mendalami Islam. Janganlah kita bercerai-berai kerana hal yang remeh. Buka mata, buka minda, buka hati. In syaa Allah keterbukaan kita akan mendatangkan manfaat yang tidak ternilai.

Sekian

Monday, November 19, 2012

Biar Ku Pujuk Sendiri Hati Ini

Assalamualaikum w.b.t

Biar ku pujuk sendiri hati ini..

Resah, Gundah, Gelisah
Biasalah hati manusia
Berbolak balik

Allah kan ada..

Biar ku pujuk sendiri hati ini..

Dalam setiap bicara
Aku mencuba
Sembunyi luka dengan ketawa

Allah kan ada..

Biar ku pujuk sendiri hati ini..

Jangan lagi menunding jari
Akui semuanya dariku sendiri
Agar dia tak salahkan diri

Allah kan ada..

Biar ku pujuk sendiri hati ini..

Aku hanya merancang
Bukan ku tahu apa yang terbaik
Kadang aku terlepas pandang

Allah kan ada..

Biar ku pujuk sendiri hari ini..

Allah akan ada sampai bila-bila


Saturday, November 17, 2012

Palestin sudah lama menangis

Assalamualaikum w.b.t.

Kita tidak berada disana!

Sedar atau tidak, pada 1 Muharram beberapa hari yang lalu, umat Islam seluruhnya telah digemparkan dengan serangan keatas Gaza, Palestin oleh rejim zionis. Pada hari yang mulia bagi umat Islam seluruh dunia itu, yahudi Laknatullah itu seolah-olah sedang berpesta dengan kematian orang-orang Islam di Palestin

Kita masih lemah!

Sebagai orang Islam apa yang kita buat?!Kita lemah, kita pernah kuat dahulu tapi kini kita semua telah buta dengan kenikmatan yang kita peroleh. Bahkan kita semakin hari semakin lemah. Tenggelam dengan sifat nafsi-nafsi yang sudah lama melekat di dalam otak kita sejak kita dijajah dahulu.

Kita boikot!

Berapa ramai sangat?Berapa lama sangat? Pemboikotan ini sudah lama dijalankan, sejak belum lahirnya myspace, belum lahirnya friendster dan kini sudah sampai ke zaman twitter, namun masih belum ada 1 premis pun tutup kerana boikot yang kita buat. Kita sudah bergantung kepada mereka, bahkan anak-anak kita juga bekerja di premis mereka. Apalah sangat boikot kita?

Kita Tunjuk Perasaan!

Sudah berapa lama isu palestin ini? Palestin dijajah berkurun lamanya. Bukan sahaja isu palestin, kita sudah menunjuk perasaan sejak lama dahulu, sejak isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W oleh pelukis Denmark, kemudian datang isu Bosnia, kemudian Afghanistan, kemudian Iraq, kemudian Lubnan dan baru-baru ini isu video di youtube yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. Kita tunjuk perasaan. Tapi apa yang berlaku? adakah si pembuat filem murahan itu dihukum? tidak! isu itu berlalu dengan masa. Kita kembali leka.

Mereka Sudah Terlalu Berani!

Ya mereka sangat berani kerana mereka tahu kita tidak mampu berbuat apa-apa. Sekadar boikot yang tak seberapa, sekadar tunjuk perasaan, sekadar serah memorandum. Itulah realiti kita yang sebenarnya yang sangat-sangat lemah. Tarbiyyah kita goyah.

Kita wajib susun balik strategi!

Kita ramai, orang Islam sahaja telah mempelopori 2/3 bumi. Kenapa kita tidak mampu berbuat apa-apa? Kerana kita tidak bersatu. Kita tidak pernah bersatu. Kita tidak akan menang selagi kita tidak bersatu. Dahulunya kita mampu mengalahkan ribuan tentera musyrikin walaupun bilangan kita tidak seberapa. Kita perlu duduk dan berfikir kenapa kini segalanya sudah berubah.

Di Malaysia sendiri, kita bercerai kerana politik. Kita lebih berbangga dengan warna dan bendera politik kita berbanding Iman kita. Besar sangat monopoli politik kita sedangkan isu penyatuan umat Islam lebih penting. Isu strategi menaikkan Islam lebih penting. Isu pengukuhan Islam lebih penting. Kita ikut sama bertelagah hanya kerna warna bendera kita tidak sama.

Kita wajib kuasai ekonomi!

Kita sibuk nak monopoli politik sedangkan kita ketinggalan dalam ekonomi. Sekarang dimana kita? Bagaimana kita nak boikot McD sedangkan kita tidak dapat, gagal memberi alternatif lain? membuka syarikat makanan segera sendiri pun kita tidak mampu. Bukan itu sahaja, mee kuning yang kita makan pun, berapa sangat kilang orang Islam yang menghasilkannya? Sudahlah kita sudah hilang kuasa membeli.

Kita wajib kuasai ekonomi. Dengan ekonomi yang kita pegang, kita dapat kuasai aliran kewangan, strategi kita dapat dijalankan. Macam-macam kita boleh buat. Kita boleh buat senjata sendiri. Kita boleh pegang sesebuah negara kerana negara-negara lain akan bergantung kepada negara yang hebat ekonominya. Kita tidak lagi bergantung kepada amerika syarikat.

Kita Wajib kuasai ilmu!

Orang kita jauh dengan ilmu, sbb itu kita jauh dengan Allah. Ramai antara kita tidak kenal Allah. Jadi dengan jumlah yang ramai kita ibarat buih-buih di lautan. Banyak tetapi tidak dapat memberi apa-apa manfaat. Majlis ilmu kita terlalu sedikit yang datang. Kita lebih agresif nak menguasai hiburan, nyanyian, tarian dan politik. Kuasai ilmu, Iman kita akan bertambah kukuh.

Doa akan tetap terus berdoa!

Doa kita pada Palestin perlu diteruskan, perlu istiqamah. Sudah sampai masanya kita bersatu. Tidak boleh lagi kita berpecah-pecahan. Sudah sampai masanya kita bersolat hajat serentak seluruh Malaysia, seluruh Dunia. Bukan lagi kita masanya kita berdoa sembunyi-sembunyi. Bukan masanya lagi untuk kita terus duduk di belakang. Kini kita wajib bangun dan kedepan dalam Ibadah Umum dan Ibadah Khusus.

Palestin sudah lama menangis!

Mungkin selama ini kita buta, selama ini kita pekak, selama ini kita lena, tetapi kalau hari ini kita dapat lihat, kita dapat dengar, kita dapat rasa tangisan Palestin. Itu maknanya kita terpilih, dipanggil Allah untuk berjihad membantu agamaNya. Medan jihad kita mungkin bukan di tanah palestin tetapi medan jihad kita, ada di depan mata kita.

Menang di medan Jihad kita, InsyaAllah satu hari nanti kita akan bebaskan Palestin.

Thursday, November 15, 2012

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah 1434H

Sudah 1434 tahun Nabi Muhammad berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah sebagai suatu transformasi di dalam Islam. Dan peristiwa hijrah ini menjadi satu titik tolak contoh kepada semua orang Islam untuk mencari alternatif dalam menyebarkan Islam di muka bumi.

"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" merupakan tema yang dipilih dalam sambutan maal hijrah tahun ini. secara peribadinya tema tahun ini amat memberi impak kepada diri aku sendiri kerana ia sedap didengar dan sangat kreatif dan terlebih penting daripada itu adalah maknanya yang ringkas, tepat dan sangat mendalam.

Wasatiyyah dalam erti kata yang mudah ialah besederhana dalam semua urusan. Namun sederhana yang ditonjolkan dalam unsur wasatiyyah dan pemahaman seorang muslim bukanlah bermaksud separuh sepertimana yang difahami oleh kebanyakkan orang Islam.

Contohnya tidak perlulah berusaha sehabis baik dalam melakukan kerja, cukuplah sekadar apa yang ada kerana bersederhana. Cukuplah melakukan amalan wajib, tidak perlu amalan sunat kerana beserderhana. Fahaman seperti ini adalah salah lagi dipersalahkan.

Wasatiyyah atau bersederhana dalam tema maal hijrah dan sepatutnya difahami oleh semua orang Islam adalah menyeimbangkan antara dunia dan akhirat bahkan lebih baik jika amalan dunia dijadikan bekal menuju ke alam Akhirat.

Dunia dan akhirat sebenarnya tidak boleh dipisahkan kerana menurut pegangan Ahli Sunnah, segala yang dilakukakan diatas muka bumi adalah ibadat, bermakna ibadat dan pahala bukanlah sahaja spesifik kepada ibadah-ibadah khusus yang disebut di dalam al-Quran seperti solat, puasa dan zakat. Namun ibadah umum meliputi semua aspek dan ia sangat luas. Contohnya sehinggakan menaiki kereta pun dikira ibadah jika kita menaiki kereta untuk perkara kebaikkan, lebih spesifik menaiki kereta membawa keluarga menziarahi ahli keluarga (merapatkan silaturrahim) atau melancong (berbakti kepada keluarga).

Dengan penetapan tema wasatiyyah ini bermakna, kita sebagai umat Islam wajib melakukan yang terbaik dalam segala urusan kebaikkan dan langsung meninggalkan urusan yang buruk. Semoga pada tahun ini kita semua akan dapat mencapai tahap wasatiyyah yang tinggi dan pencerahan ilmu ini akan lebih meluas sehingga semua orang Islam tidak lagi prejudis kepada agama mereka sendiri.

Salam Maal Hijrah 1434H
Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Monday, November 12, 2012

Rumah orang kaya Rumah orang miskin

Assalamualaikum w.b.t

semalam aku sembang - sembang dengan mak. memang mak sengaja cari point untuk bukak topik hot nie. aku layan saja, sambil makan meggi. hujan lebat kowt. sejuk. angin bertiup masuk ikot tingkap direct kena muka. perghhhhh sedap sungguh meggi kari, telur, dan ayam goreng.

peringatan: perbincangan ini mungkin akan dipandang sebagai stereotype tp bukan, sekadar peringatan masa depan untuk aku. so yang membaca, atas diri sendirilah anda nak lihat macam mana.

maaflah aku adalah jenis seorang pemerhati dan dengan teliti.

sesetengah rumah bila kita pergi, rumah itu seakan tidak mesra. seperti ambil mudah apabila menerima tetamu.

kisahnya. aku ke sebuah rumah. sampai masuk. alhamdulillah dapat duduk. kusyennya empuk. kipas, pintu, tingkapnya semuanya cantik belaka. apa yang tak cantik adalah hanya secawan air ais diatas meja. bersembang dan minum sampai habis secawan dan tuan rumah tak pulak offer tambah air k. so habis segelas air, maknanya yang paling tepat disebalik segelas air adalah tetamu kena cepat-cepat balik.

kisah lain di sebuah rumah lagi. simple. kusyen rotan lama. dinding papan sahaja. kipas putih biasa tiada berbunga. mainan mata. yang ada atas meja depan aku. kuih muih, segelas air ais ditemani 1 jug lagi didalam talam. meriah. tengah bersembang ditambah lagi keropok lekor yang baru digoreng. terbaiklah.

bezakan?

dirumah besar tinggalnya orang yang miskin. dirumah kecil dan usang tinggal pula orang kaya.


Untuk siapa?

assalamualaikum w.b.t

aku tengah makan tengah hari, bukan hari ini tetapi satu ketika tidak lama dahulu. sebuah kedai kecil di pantai murni. ayam masak merah, taugeh dan sambal belacan. angin sepoi bahasa. angin dari pantai. sedap.

dengan tak semena-mena langit jadi gelap, awan bergerak laju sangat. dengan aku ada kamera kesayangan. nak aku snap gambar tp tripod aku tak bawak. kebetulan tengah makan pulak dengan orang yang tidak sebaya dan tidak sekepala. satgi depa kata aku gila. bukan gila sakit mental tue tapi kerja gila.

hujan lebat. angin bertambah kencang, sambal belacan ditambah. semakin sedap menikmati juadah. sejuk2 pulak nie. makin pedas makin sedap. mengadap laut dan ombak yang bergelora.

nak dijadikan cerita, aku nampak satu kelibat di tengah laut. manusia. mungkin lelaki, mungkin perempuan. kebarangkalian besar adalah lelaki. dia berdiri atas sampan kecil, pakai baju hujan warna hitam rasanya. baju hujan motor. terumbang ambing berdiri atas sampan seorang diri dibadai ombak. dia nak buat apa pi ke laut tengah-tengah hujan nie?

semakin lama makin ke tengah laut kelibat manusia yang berdiri atas sampan beliau. dia kayuh sampan dia tengah2 hujan lebat nie pi kat satu tempat tengah laut. lepas tue dia bongkok dan tarik sesuatu dari dalam laut.

owh tarik pukat yang dia pasang rupanya.
persoalannya, apakah yang membisik di telinga, menghasut hatinya untuk turun ke laut. hujan lebat, ombak besar nie. sampan dia bukan besaq mana pun. risiko tinggi. aku memang tak sanggup.

bermain dalam kepala aku satu cerita.
mungkin...

beberapa hari lalu si nelayan nie tanya anak dia.

"hang nak periksa SPM, pensel, pen, pembaris, pemadam semua ada dah?" sambil duduk bersila di depan tangga rumah menghisap rokok daun.

"ada dah abah" menjawab si anak sambil membelek-belek buku kimia spm.

"banyak mana?cukup ka?" tanya nelayan lagi.

"cukup. pen. adala sebatang. cukup kot" jawab anak.

nelayan diam dan menghabiskan rokok daun yang dia balut tadi. beransur anaknya masuk ke dalam bilik. dia turun rumah, naik moto pi kedai cina kat pekan yan.

"pen ada pen?"

"macam mana mau?" tanya tokey cina.

"anak aku nak pakai SPM. bagi hak elok la"

"Ooo..SPM. Ini bagus, faber castle. tahan lama. dakwat cantik."

"Berapa sebatang?"

"RM1.40, murah saja"

Nelayan menyeluk poket baju kemeja lusuhnya. Ada laa dua ringgit.

"Mai satu"

"Satu saja?"

"Satu dulu. Ni pun belum tentu habis nie. Hang kata tadi tahan lama"

"Haaa banyak betoi"

Nelayan sampai di rumah. berduka. hanya sebatang pen mampu dia beli.

"takpala tengah hari satlagi aku pi tengok pukat, kot ada ikan petang nie boleh la beli sebatang lagi" dalam hati sambil dia letak pen faber castle tadi atas meja tulis anak dia di ruang tamu.

***Pengajaran adalah apa kita rasa dalam hati bukan apa yang kita sebut dengan mulut

Wednesday, October 17, 2012

Drama Swasta Manis Berdusta


Assalamualaikum w.b.t

Lama dah tak tulis. hasil penulisan malam ini mungkin sedikit panjang. tp letz make it simple.

**kritikan filem**

Ini kisah filem tempatan lagi. "aku terima nikahnya" macam berkualiti tp sebenarnya tidak. aku akui mmg aku tak tengok lagi cerita nie tp dari segi plot dan jalan cerita, tidak apa yang dapat diambil melainkan hanyalah pengajaran-pengajaran biasa yang kita akan dapat dari filem-filem tipikal percintaan melayu yang lain.

Menurut trailer filem ini kisah percintaan rumah tangga adalah terjemahan atau trend baru dalam industri perfileman melayu setelah kejayaan drama nur kasih dan filem ombak rindu. Dan dalam realiti hidup suami isteri, masalah yang wujud adalah perkara biasa.

Namun timbal balik (hikmah) musibah yang diselitkan dalam filem terbaru "aku terima nikahnya" adalah sangat tidak relevan. Apa yang ditonjolkan dalam filem tersebut lebih kepada takdir yang tidak menyebelahi mereka yang sepatutnya ia dilihat sebagai dugaan atau musibah kepada suami isteri yang tidak mengikut syariat Allah S.W.T. Isterinya tidak bertudung, tiada solat berjamaah dalam keluarga, suami dan isteri hanya berseronok, langsung tiada scene yang menunjuk mereka hidup sebagai suami isteri yang mencari keredhaan Allah.

trend pasangan hilang ingatan setelah berlaku kemalangan adalah idea lapuk yang diguna pakai daripada filem-filem luar negara seperti filem korea "a moment to remember" dan filem inggeris "the vow".

**kritikan idea**

Ideologi memberi kefahaman bahawa nikah adalah perkara yang sangat berat semakin berleluasa. Dengan tersebarnya status status FB yang memberi gambaran yang salah mengenai lafaz "aku terima nikahnya" (contohnya ia bermakna: aku akan menanggung dosa isteri..bla..bla..bla..bla). kenapa? sekadar peringatan mungkin. kata mereka.

salah! lagi dipersalahkan!

kenapa mahu wujudkan ideologi sebegitu. sepatutnya dalam keadaan ramai yang tidak gemar dan menjauhi perkahwinan ini, kita perlu sebarkan bahawa nikah itu indah dan banyak memberi kebaikkan, bukan sebaliknya. ideologi menakut-nakutkan orang yang mahu menikah adalah sangat busuk.

sepatutnya diberitahu bertapa indahnya nikah. bayangkan si suami akan mendapat pahala mudah dengan hanya memandang isterinya, belum lagi dipuji, belum lagi dipegang, belum lagi dicium. itu yang sepatutnya diberitahu kepada masyarakat.

**manis tapi keliru**

Penulis buku nikah dan cinta. Cukup-cukuplah mengelirukan anak muda kita. mereka mencari jawapan yang objektif bukan subjektif seperti tatabahasa dalam tulisan anda. beri mereka bimbingan bukan syarat dan peraturan.

tulis secara objektif bukan awang-awangan. dalil dan nas perlu diceritakan secara jelas dan terang bukan disimpulkan dalam bahasa bunga-bunga anda.

**cahaya ilmu menerangi kegelapan hati**

anak muda, tuntutlah ilmu..jangan hanya menunggu. ilmu tidak memilih orang tetapi kita yang memilih ilmu. biarkan kita lebih terbuka, tak perlu segan tak perlu malu. kita perlu berani kerana masa depan kita bukan atas usaha kawan-kawan yang selalu gelakkan kita. tapi atas pilihan dan usaha kita sendiri.

carilah ilmu

Monday, September 10, 2012

Aku Graduan Jual Anggur

Assalamualaikum w.b.t

blog ini mungkin akan kembali aktif, kerana anak muda ini akan pulang ke Negeri Kedah Hijau, sejuk mata memandang.

InsyaAllah esok pagi, aku akan pulang ke pangkuan keluarga di sebuah kampung kecil, pekan kecil, negeri yang tak berapa luas tapi miliki ramai rakyat berjiwa besar. Rakyat yang tak pernah merasa negeri itu terlalu kecil untuk mereka menguji potensi diri mereka. (Sudah2 la puji orang kampung)

Hari-hari terakhir aku di UTP. Alhamdulillah haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh! akhirnya selesai 4 tahun pengajian disini. Penat dah rasanya jadi pelajar nie. Nak balik rumah berehat, sambung sapu cat, pergi pekan rabu beli barang dapur dengan mak, naik basikal sampai pantai murni dll.

Tapi sayang seribu kali sayang, kamera aku rosak pulak huhhuhuhuhuuhuhu...itulah masalah yang spoil graduation moment aku. aku nak amik banyak gambar tapi tak boleh huhuhhuhuhuhuhuhu...time2 mcm nie la dia nk rosak. hurmm positive dengan Allah (kata Encik Ismadi). Mungkin dugaan kesabaran atau penghapus dosa2 dahulu.

gembira bercampur sedih
Terima kasih kepada semua yang membantu aku melalui 4 tahun disini.

Terima kasih kepada mak yang selalu call aku setiap minggu kalau aku tak call ke rumah. Mak yang pasti call tanya nak makan apa bila aku nak balik rumah. Mak yang bangun awal pagi masak apa saja yang aku minta, bungkus dan bawak bekal balik ke Ipoh walaupun boleh saja aku beli makan di mana-mana.

Terima kasih kepada abah yang selalu sponsor tiket bas balik perak, walaupun aku dah ada scholar tp abah masih bayarkan tiket bas aku balik Ipoh. Abah masih tanya, ada duit tak nak belanja. Kalau aku diam, abah hulur jugak walaupun itu jer duit yang tinggal dalam wallet dia.

Terima kasih kepada Kengkawan yang susah senang bersama (dalam kata lain, bg copy assignment hahahahaha...aku tak buat mcm tue la, sikit-sikit adala). Terima kasih, terutama kepada Hikayaterz yang happening. (Qusyei, Syahir, Ben, Daus, Remi, Afiq, Zul, Razmi, Acap dan Redha). Terakhir semua kawan-kawan PE dan UTP.

Sepanjang menunggu Keputusan SI dan Offer kerja. Aku akan sibukkan diri aku dengan beberapa events. Plan besar aku sepanjang cuti menunggu nanti:
1) Bangun pagi, Berbasikal dari Guaq Chempedak sampai Pantai Murni - Nak tengok laut, awal pagi and kuruskan badan sebelum konvo.
2) Kemas Kini Fail Alumni dan All out untuk event Alumni
3) Aktif Menulis di syafiqsyahidzat.blogspot.com , stick kepada konsep, just meriahkan lagi.
4) Buat Gambar Hiasan Dinding kat rumah (Task mak bagi aku masa raya puasa lepas, tapi tak sempat buat)
5) Kalo boring2 cari keja la, petrol pump ke apa k (Boleh jgk isi minyak moto ngan topup)
6) &Kembali kepada Allah S.W.T

Kalau ada rasa tak sedap hati, Perlulah aku keluar menjual kemahiran aku di Kuala Lumpur. Bukan kerana kedah tidak menguji aku tapi aku terlalu selamat di Kedah. Takpelah benda nie lambat lagi.

Last, terima kasih kepada semua.

P/S: tak ada apa yang saya nak cakap kt awak, di malam2 terakhir di utp nie dalam keadaan macam nie..hurmmmmmmmmmmm....

Monday, September 3, 2012

Perutusan Syafiq Syahidzat

Assalamualaikum,

Gambar Terbaru (2/9/2012)
sudah gemuk kerana terlalu bahagia, akhir2 ini hehehehehe

lama xberucap nie, ketaq jgk lutut...sabaq la nowh, nerves biasa la..satg dia okay la sendiri nie...

pertama sekali, alhamdulillah pada tarikh hari ini, 3/9..pada 23 tahun lepas, saya telah dilahirkan ke dunia. Terima kasih mak saya Aslina binti Ishak yang telah melahirkan saya. terima kasih jgk untuk abah saya Sabri bin Hj Nan kerana telah berusaha keras menyara kami sekeluarga sehingga ke hari ini.

mak cakap, aku lahir pukul 2-3 pagi. Act aku yang lupa, mak ada bgtau ak lahir pukul brapa dulu. xkisahlah tapi yang pasti awal pagi. Mak kata masa aku lahir, aku tak nangis hahaha Heroic tak?hahahah relax jer tak takut pun kat doktor yang pakai mask macam ninja masa tue.

Pastu doktor tampar2 punggung aku, apa la doktor nie. Mak aku risau dah, dah merah dah punggung tapi tak nangis jugak. Lepas tue nurse ambik bawak g mandi. Masa tue barulah nangis. Agaknya aku nie jenis takut air kowt Hahahahaha.

***

Terima kasih jugak buat My Sleeping Beauty Princess yang excited sangat nak wish birthday. 2 hari sebelom lagi dah excited. Terima kasih banyak2 semoga Allah merahmati kita.

***

Terima kasih jgk kepada kawan2 yang ucap selamat di facebook. Semoga Allah merahmati kita semua.

***

Nie mana Muharam, Safar dengan Syawal. Korang bawak hadiah apa untuk aku tahun nie?

Sunday, August 5, 2012

Yeahh !!!

Assalamualaikum

Hari nie 5hb Ogos 2012. Bila tengok kalendar jer, Geli hati pun ada, Nervous pun ada, Excited pun ada. Tengok duit dalam account. Aduhh banyak berdoa. InsyaAllah sempat sampai rumah hujung semester nanti.

Citer pasal hujung semester pulak, tue lagilah excited. Nielah semester terakhir dah nak abes belajar. Macam nak terjun back flip kat air terjun pun ada. Macam nak jerit kuat-kuat pun ada. Hahahahaha.

Tapi ada perkara yang merisaukan aku. Convocation approval kat UTP nie. Senyap jer staff UTP nie, takda plak nak mintak isi borang pape, takda plak nak panggil briefing ke apa. Haish, bukan nak gelut ke apa tapi aku dengar dengar citer daripada budak-budak MARA, diorang kena aniaya dengan finance UTP.

Tiba-tiba ada tonggakan bayaran RM 2 ribu lebih masa tahun 1 yang diorang kena bayar, dari mana datang tonggakan tue diorang pun taktau, semua dah setel. Kalo ada tonggakan macam mana pulak semester lepas diorang boleh je check result.

Lagi 1 cerita aku dengar, UTP lambat inform MARA untuk student tajaan batch aku yang diwajibkan tambah 1 semester lagi. so duit elaun diorang sudah stop bulan Jun lepas. So sekarang diorang tengah kopak.

Atas pengalaman macam nie aku sedikit stereotype dengan staff UTP nie. Aku dah kawan-kawan lain pernah jugak kena kes aniaya nie masa kami baru balik Intern dulu. Report yang nak dihantar tue ditulis hanya perlu signature supervisor sahaja. Tapi bila sudah sampai UTP, dah kena cop pulak. Siot jer.

Tue suma pengalaman yang tak best la dekat UTP. Nie tak termasuk lagi, citer kenangan pahit FYP aku. Tapi yang tue lain kali lah citer. Malas nak taip banyak-banyak.

Ada lagi benda yang tak buat lagi sepanjang di UTP nie. Antaranya:

1. Kad Raya Hikayaterz Custom Made.

2. Video Hikayaterz UTP Life (Macam video akustkima KMPh dulu).

3. Photoshoot di Taman Negara Gunung Liang - orang cakap tempat dia cantik, siap boleh naik bot lagi.

4. Photoshoot di Pantai Perak (teluk batik/teluk senangin)

5. Jalan-jalan cari makan seharian di Lumut.

Semoga dapat la buat semua nie, masa yang tinggal pun dah tak banyak, lepas raya ada 3 minggu jer lagi.

"Letz create thousand more memories"

Sekian.

Konspirasi ke Pemikian sendiri?

Assalamualaikum

meh meh meh, nak citer sal konspirasi. Konspirasi tue apa?

Menurut cik googley (google) konspirasi itu adalah satu plan rahsia untuk melakukan kerja jahat atau melanggar peraturan. Dirancang oleh satu kumpulan/pertubuhan, dimana semua mereka mempunyai tugas masing-masing yang penting.

Pendapat peribadi, konspirasi tue kira mcm plan besar yang dirancang untuk mencapai objektif tertentu yang sangat rahsia. Ia memerlukan masa yang panjang dan mempergunakan ramai kelompok manusia tanpa mereka sedar. Sumber: Pengalaman menonton filem (Heh heh heh)

Baru-baru nie, muncul lah satu konspirasi besar yang seakan dibongkar. Konspirasi Dajal dan Sukan Olimpik London 2012. Tersebar penuh di facebook dan blog-blog seantero Malaysia. Sekali aku baca, kira tinggi jugak imiginasi rakyat Malaysia nie. Tapi yang pelik apesal skrip filem-filem Malaysia nie sampah. Sepatutnya penulis penulis blog nie la yang tulis skrip filem, baru box office america citer melayu.



Kritikan:

1. Dalam semua yang aku baca, hampir kesemua penulisan ini dibuat berdasarkan pemerhatian dan assumption saja. Kesemua assumption pulak hanyalah berdasarkan apa yang jelas di mata menggunakan teknik persamaan bentuk-bentuk yang digunakan,dan significant persembahan pembukaan majlis Olimpik. Tiada fakta-fakta yang jelas dari semua penulisan ini.

2. Hampir semua bloggers hanya copy paste hasil penulisan blogger lain tanpa letak back link ke blog yang dia cilok. Mungin sekadar suka-suka nak bagi rating blog dia naik. Atau mungkin dia nak kumpul 1 juta pembaca nak compete dengan blog serius dan blog aku stress giler.

3. Bloggers ini semua hanya menulis sesedap hati tanpa memikirkan masa depan. Tiada hasil pemikiran yang aku lihat dalam tulisan konspirasi Olimpik London 2012. Semuanya hanyalah tuduhan buta berdasarkan persamaan bentuk-bentuk.

4. Paling menyedihkan, kebanyakkan blogger tulis bagai nak rak pasal konspirasi yahudi ini tetapi dihujung cerita dia sendiri meragui penulisannya dalam ayat-ayat seperti "Ini hanyalah pemerhatian, nak percaya ke tidak tue terserahlah". Apa jadah tulis panjang last bagi ayat macam nie, buang masa jer baca. Takda pendirian, bayangkan satu hari cikgu matematik ajar kita 1 + 1 = 2. Then, cikgu cakap "tp cikgu  tak sure la betol ke idok jawapan dia 2. Ikut kamulah, kamu nak percaya ke tak nak". WTH

5. Terakhir, dalam penulisan tersebut kebanyakkan blogger seakan menyarankan pembaca-pembaca memboikot sukan olimpik 2012. Tapi bila Baskin Robin nak bagi aiskrim percuma untuk pingat emas Malaysia yang pertama, blogger tulis macam lain plak. Haish pening aku

Pujian:

1. Menariknya, di Malaysia ramai blogger-blogger yang sensitif kepada isu-isu besar macam nie. Kalo takda diorang nie, orang yang jarang baca news macam aku nie tak tau pape. At least buka FB ada la info baru. Cuma jangan percaya sangat, selidik dulu.

2. Isu konspirasi macam nie wajar disebarkan. Baguslah kepada mereka yang rajin menulis pasal benda-benda macam nie. Tapi please be more empathy to the reader, letakkan tempat anda sebagai membaca. Apa perasaan anda. Yes, thats your blog but please respect others.

Kesimpulan:

Menulis tue bagus, berdasarkan hasil tulisan dan cara pemikiran si penulis. Isu konspirasi yahudi sudah banyak ditulis. Takda ke orang yang nak tulis pasal pembunuhan orang Rohingya di Myanmar dan siasat kes pembunuhan kejam tersebut.


Share di FB, tulislah perkara yang menaikkan semangat jihad. Buka jihad untuk pergi berperang tapi jihad yang strategis supaya orang Islam Malaysia nie tidak lagi tidur lena dibuai mimpi indah.

Saturday, August 4, 2012

Ramadhan Yang Tersenyum Sendiri

Assalamualaikum,

lama giler aku xupdate blog, bukan xda benda nak tulis. cuma xda masa nak tulis.
"Ceh xda masa k? bukan tetiap hari ko tengok movie k?untuk buang masa"

Okay, kadang nak tulis tp mood xsampai, tak sampai seru orang cakap. 

Apasal plak ramadhan nak senyum sorang sorang nie? Ada yang menarik dalam bulan ramadhan, ramadhan tak senyum tapi kadang aku la yang tersenyum sorang sorang =) hehehehe

alah korang pun mesti senyum sorang sorang jugak bila:

1. Seminggu korang pegi bazaar ramadhan, korang beli sayur RM2 seciput jer dapat. Tetiba time berbuka kawan korang beli sayur penuh 1 plastik. korang tanya dia beli mana. Dengan selamber dia jawab beli kt kafe bawah Sehinggit jer.

2. Korang pergi masjid nak smayang terawikh. Pastu korang parking kete sebelah keta aweks ramai2 pakai telekung solat. Sejuk hati, lawanya, boleh buat calon isteri nie. terdetik dalam hati korang. pastu waktu balik terawikh korang cepat2 pergi kat kereta sbb nk tgk muka aweks tadi dengan lebih jelas. Pastu tak semena2 dia panggil nama korang. Mesti korang suka kan? rupanya dia budak kelas korang yang xda pun dalam list calon korang.



3. Korang balik terawikh di hari yang lain, tengah drive nak kuar masjid. Korang nampak ramai2 gadis bertelekung berjalan keluar. Korang pun drive laju cikit. Cilok mencilok untuk bagi salam dekat gadis2 yang tengah berjalan tue. Tapi bila dah sampai korang malu nak mampus dan tak jadi cakap sebab korang baru sedar korang pakai jubah dengan kopiah putih dan korang ada kat depan masjid. takkan nak ayat awek depan masjid kowt.

4. Ada kawan korang, dia selalu citer kt korang time korang lepak makan ramai2. Dia cakap dia xda duit so dia nak berjimat cermatlah dah alang-alang bulan puasa nie. So korang pun wat la jadual makan yang saving giler untuk menolong dan menghormati beliau. Tp bila peg bazaar dia borong sakan macam tak makan setahun. Tak pun dia tak pernah berbuka dengan korang sebab dia selalu pergi berbuka dekat hotel menu buffet. 

Dan yang paling nak tergelak sekali

5. Bulan2 puasa nie korang register la Baitul Muslim untuk mencari jodoh. Yela korang pun, umur dah meningkat. Puasa pun dah tak dapat membendung korang. So kalo register dalam bulan puasa nie manalah tau rahmat Allah bulan2 puasa nie, jumpa jodoh korang. Lepas 2,3 hari korang register, ada sorang gadis "kirim salam" kat korang. Lepas tue, korang excited sangat sampai korang demam. Tak pasal kena gelak, Sbb Tuhan dah tunjukkan korg rahmatNya, "Awek korang yang selalu duk msg malam2 tue nak g buang kat mana?". Gatal nak cari lain.

Sekian,

Janganlah kerajinan kita merebut pahala bulan ramadhan ini menjadi adat. Dimana bila Ramadhan pergi, ia menghilang bersama-sama kerajinan beribadah dan taqwa kita pada Allah. 

Dan bila kita tidak mahukan ia menjadi adat tidaklah pula kita perlu meninggalkan kesemua amalan-amalan tersebut kerana kita akan tergolong dalam golongan yang rugi. 

Teruskan amalan-amalan solat sunat, tadarus al-Quran dan Qiamullail juga dibulan2 lain. Jika tidak banyak cukuplah sekadar termampu, jangan ditinggal terus.

Dalam satu hadis, Malaikat Jibril berkata celakalah pada orang yang dia bertemu Ramadhan tetapi sesudah Ramadhan pergi, Allah tidak sedikit pun mengampunkan dosa-dosanya. Lebih berat lagi Nabi Muhammad S.A.W turut meng"amin"kan kata-kata Malaikat Jibril itu. Janganlah kita menjadi orang yang celaka.

Sunday, July 15, 2012

Juvana

Assalamualaikum,

first, aku ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak menjejak jari disini. maaf kerana aku tersangatlah sibuk dengan agenda kehidupan yang semakin mendesak, harap2 jangan sampai ku tersedak.

Short Story #1
"Ini kisah yang lucu", tetiba nak mula cerita teringat pulak lagu mat disko nyanyian allahyarham sudirman haji arhad.

pada 10-12 Julai yang lepas aku telah menjadi fasilitator atau sebutan pendeknya "fesi" di Kem Bina Jati Diri dengan tema "Beris Exploration" di D' Puncak Lake Resort, Empangan Beris, Kedah. kem kali ini lebih tough kerana budak-budak yang aku handle bukanlah budak biasa yang terpelajar yang selalunya aku handle dalam program kem motivasi.

Peserta kali ini adalah terdiri daripada budak budak seliaan JKM dan seliaan IPD. Apa kejadah "budak seliaan nie"? Diorang ini adalah pesalah-pesalah juvana atas beberapa jenis kes criminal yang telah diorang buat. Haaaa macam2 la makngah. Dari kes curi, cabul, rogol, bergaduh, dadah dan sebagainya. Pengalaman yang baru, menarik dan hebat.

Nak citer kt sini payah la cikit, sbb ini ruang untuk short story jer. dan eden maleh nk crito panjang2. Biar gambar jelah yang cerita kerana adakalanya gambar lebih pandai menyusun kata dari lidah yang tidak bertulang ini.
Aktiviti Rakit

Bergambar bersama rakit dahulu

berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian

Dalam bot menuju ke salah satu pulau untuk aktiviti survival

Pulau Raja Sakti

Geng Fesi

Menaiki Cruise balik ke kem selepas aktiviti

Macam biasa, Media Fesi

Gambar bersama Wak dari acheh, baik orangnya

fesi dan urusetia bergambar bersama Pengarah JKM Negeri Kedah

Aktiviti sebenarnya 3 hari 2 malam. dan gambar para peserta tidak ditunjukkan kerana ia adalah hakcipta terpelihara serta sangat confidential demi menjaga maruah dan harga diri

Apa pun, program ini sangat best. Push to the limit.

Sekian

Wednesday, July 4, 2012

Harga Sebuah Syurga

Assalamualaikum,

Lama sudah tidak menulis dek kesibukkan belajar, gara-gara test dan presentation yang tidak berkesudahan. Ditambah pula aktiviti-aktiviti luar yang berpusu nak ambik port dalam jadual nie. Namun tak mengapalah, begitulah nasib seorang pelajar, tak susah tak belajarlah namanya. Yang susah itulah belajar, kemudian jadi senang. Kalau dah senang buat apa berlajar lagi?
Malam ini malam Nisfu Syaaban. 

Nyaman, sejuk, damai. Rasa macam dibuai-buai oleh tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Wah wah dah lama tak guna "Angin sepoi-sepoi bahasa". Mengantuk rasa macam nak tidur jer sepanjang malam. Indahnya hidup dalam ketenangan malam yang barakah ini. Mana datang keberkahan ini? Boleh merujuk kepada beberapa hadis yang dibincangkan oleh ulama' tentang puasa sunat yang Nabi Muhammad S.A.W perbanyakkan di bulan ini.

Ternyata Syaaban ini, ada sesuatu di dalamnya yang perlu kita selongkar. Mungkin di malam ini terdapat sesuatu yang dapat melembutkan hati, hidayah yang bertaburan di muka bumi, atau keberkatan yang lebih banyak untuk lebih ramai hamba-hambaNya. Siapa tahu? Maka tak perlulah kita nak mencari apa kelebihan malam ini kerana melakukan sesuatu untuk mendapatkannya lebih utama. Kelebihan sudah pasti ada.

"Ramai orang lebih suka menghabiskan duit untuk masuk neraka sedangkan langsung tidak hirau pada syurga yang free"

Dialog dari filem Jalan Kembali: Bohsia II, baru sudah aku tonton petang tadi sekadar menghabiskan waktu lewat petang. Alhamdulillah, rasanya filem melayu sudah selangkah kehadapan. Melalui hasil karya anak muda ini, aku lihat penceritaan dalam filem sudah kurang tipikal dari kebanyakkan filem-filem satu genre dengannya. 

Tipikal filem genre begini, biasanya segala kenegatifan watak dan kehidupannya,aksinya diperlihat dan diteliti sehabis baik sepanjang filem, sedangkan turning point watak untuk berubah menjadi baik hanyalah 5 minit terakhir dari filem filem tersebut. Filem arahan anak muda ini, secara beraninya mengheret mode keinsafan yang bermula dari pertengahan cerita lagi. Bagus, ada peningkatan.

Walaupun keinsafan watak utama tidaklah diteliti jalan penceritaannya tetapi sekurang-kurangnya filem ini menghapuskan pemikiran yang menjadi baik itu semudah 5 minit dalam filem. Menjadi baik itu semudah memakai serban dan jubah kemudian berjalan ke masjid. Ia mengetengahkan bahawa untuk menjadi baik, banyak halangan. Walaupun ringan, tetapi sekurang-kurangnya ada.

Bukan hendak memuji berlebih-lebih tetapi sekadar memberi kesedaran supaya kita tidak menonton filem hanya untuk keseronokkan seperti orang-orang kebanyakkan.

Harga tiket ke syurga, Berapa ya agaknya?

Adakah percuma? Tidaklah percuma, tetapi tawarannya lebih murah dan lebih berbaloi dari tiket ke neraka. Bagaimana? Tidakkah lebih mudah untuk bersolat dalam setiap waktu berbanding menari, berjoget dan berdansa di kelab-kelab malam? Pernah kita masuk masjid kena bayar? Pernah kita diminta bayar untuk ambil wuduk di masjid? Pernah kita diminta bayaran untuk membaca al-Quran?

Jadi tidakkah tawaran ke syurga lebih menguntungkan dari tawaran ke neraka?

Thursday, June 14, 2012

Kopiah IV

Assalamualaikum

"Orang nak bas, kena ikut timing bas, bukan bas ikut timing hampa"

Aku menjenguk. Lelaki berkopiah putih dengan kemeja berkolar berbisik kepada pemandu bas.

"Takdak takdak, saya nak jalan dah nie. Saya kena sampai Ipoh pukul 1.30 petang. Saya nak drive sampai Tangkak nie tau dak?"

Lelaki itu membongkok dan berbisik sesuatu lagi kepada pemandu bas tersebut.

"Telepon kawan kamu cepat, dia mai ka dak, lagi 10 minit saya jalan"

Rupanya dia dan isteri duduk bersebelahan seat aku dalam bas cepat ekspress yang akan sentiasa cepat walaupun lambat.

Lelaki berkopiah putih tadi mengeluarkan wallet dan mula mengira semua duit dan memeriksa semua resit resit yang terselit.

Mulut isterinya terkumat-kamit. Entah apa yang disebut.

"Owh zikir" aku nampak tangannya sedang memegang timer elektronik

Aku tertanya-tanya kenapa lelaki tadi bergaduh dengan si pemandu bas. Kedengaran seperti ada saudara atau kawannya yang lambat datang ke stesen bas. Mungkin sudah terlepas bas kerana hanya mereka berdua yang naik bas tersebut di Sungai Petani pagi tadi.

Memikirkan mereka aku menggeleng kepala.

Mengapakah imej lelaki berkopiah dirosakkan dengan sebuah pertelingkahan riuh sehingga mengundang perhatian semua penumpang?

Adakah sudah terpinggir nilai-bilai murni dari Islam?

Adakah umat Islam memandang Islam itu hanya ada pada Solat, Puasa, Ramadhan dan sambutan sambutan yang sinonim dengan Islam?

Teringat pada sebuah kisah dalam Beduk Di Ketuk. Syukur oleh kebanyakkan mualaf kerana mereka mengenal Islam terlebih dahulu daripada mereka mengenal umat Islam.

Teringat pula pada pencuri berjubah putih. Kisah daripada Tokwan aku di kampung. Pencuri yang memakai jubah dan serban berjalan berseorangan di kampung dan singgah ke salah sebuah rumah jiran Tokwan. Termengah-mengah beliau ingin meminjam motorsikal. Katanya untuk mengambil wallet yang tertinggal di masjid sewaktu solat asar sebentar tadi.

Motorsikal yang dipinjam lesap begitu sahaja. Yang tinggal hanyalah sebuah beg bimbit yang penuh dengan surat khabar lama.

Motorsikal hilang, Agama terjual

Saturday, June 9, 2012

Kopiah III

Assalamualaikum,

Aku ke pasar malam. tidak berkopiah. sekadar t-shirt dan seluar tracksuit. sekadar membeli murtabak ayam. sekadar membeli rojak pasembor. sekadar mencari inspirasi tulisan baru. sekadar menjenguk tabung kutipan rumah anak-anak yatim. sekadar berfikir tentang bangsaku dan apa nasib mereka esok.

Namun apa yang aku ingin kisahkan bukan sekadar kadar-kadar.

Aku masih dalam perjalanan menghabiskan "Beduk di Ketuk". Karya Ust Mohd Pahrol Mohd Juoi. karyanya luas. tulisannya benar. maksudnya sampai ke hati.

Aku lihat di pasar malam ini. betapa ramainya orang yang masih di takuk lama Iman mereka.

berapa ramai penjual-penjual CD cetak rompak biarpun ia CD ceramah agama dan lagu lagu nasyid.

berapa ramai lagi akak-akak dan makcik-makcik yang sekadar mengenakan tudung sebagai lesen besar syarat mereka menutup aurat.

berapa ramai jugak pengunjung-pengunjung bertudung tetapi berlengan pendek, bertudung tapi baju dan seluarnya ketat, bertudung tetapi nampak lehernya.

Adakah masih belum sampai Islam ke pintu rumah mereka? Atau mereka yang menutup pintu dengan sengaja supaya Islam tidak dapat masuk ke rumah mereka?

Sedangkan K-POP dapat tembusi otak-otak mereka biarpun ke hulu mereka tinggal, ke hilir apatah lagi. Kenapa tiada ruang untuk agama sendiri?

Atau mereka sebenarnya sudah merasa cukup, atau sudahlah sekadar bersederhana, atau penilaian yg paling baik adalah mereka sebenarnya tiada ilmu.

Tanggungjawab siapa semua ini?

Ustaz?

Tepuk kepala tanya otak.

Wednesday, June 6, 2012

Kopiah II

Assalamualaikum,

aku masih berkopiah.

"Ishhhhhh dulu tamau ambik tau, skunk baru sibuk nak control control orang" rengek seorang gadis.

"Nie awat nie" Soal aku.

Dia mula bercerita tentang tekanan dihadapinya apabila menerima bertalu talu mesej dan panggilan dari ayahnya yang bertanya khabarnya.

"Dulu ayah aku tak macam nie, aku nak pi mana pun dia tak pernah nak kisah. Semuanya okay saja, yang selalu dirisaukan adalah adik adik dan kakak aku sebab diorang sekolah biasa sedangkan hanya aku yang bersekolah asrama."

"Baguslah macam tue. Dulu dia tak ambik berat, sekarang sudah ambil berat" balas ku.

"Aku tak suka la, aku lebih suka macam nie. Aku nak kemana pun takda sapa nak halang, aku bebas nak berjalan dengan siapa, nak keluar lepak bila bila masa. Takda yang banyak menyoal"

"Kau suka begitu?" aku menduga.

"Suka"

"Kalau kau ditempat mereka, kau akan buat macam tue jugak?" menduga lagi.

Dia diam memikir. Aku terus meyambung.

"Berilah mereka peluang, mungkin masa lalu itu kesilapan mereka. Kini mereka mahu tebus semuanya. Siapa tahu petang tadi mereka menonton al-Kuliyyah ke? Allah beri hidayah pada hati mereka" Perlahan aku memujuk

"Tamau, aku tak suka. Lebih baik macam nie. Aku bebas" Dia ingin meloloskan diri

"Sampai bila?" sedikit keras.

"Sampai bila bila" Selamba.

"Tak kowt" Mengusik pemikirannya.

"Kenapa?" Dia tertarik.

"Bila kau dah kahwin nanti, kau ingat suami kau beri kebebasan yang macam nie? Kau boleh kemana-mana tanpa beritahu dia? Kau boleh keluar lepak dan ajak sesiapa lepak dengan kau? Kebebasan ini akan hilang suatu hari nanti kerana kita manusia tidak pernah bebas seluruhnya"

"Tak pernah bebas, habis nie sekarang nie apa, dulu tue apa?" Dia membidas.

"Sekarang nie kau bukan bebas, tapi kau membebaskan diri kau yang pada hakikatnya tidak." Bidas aku.

"Aku tak faham"

Umpanku mengena.

"Sebelum lahir lagi kita sudah berjanji pada Allah yang kita akan bersujud hanya padanya dan menjadi khalifah di muka bumi, sedar atau tidak. Dan untuk bahagia di dunia perlu ambil tanggungjawab, jangan takut untuk hilang kebebasan. Mungkin sedikit kebebasan akan terbatas tetapi bahagia yang menanti lebih nikmat"

Dia masih tak faham

"Seperti kita sendiri perlu ambil tanggungjawab untuk merasa nikmatnya. Seperti kita menjaga seekor kucing, kita mandikan, kita beri makan, kita belai, kita perhatikan dia 24 jam. Itu tangunggjawab kan?"

"Tak itu kita sayang"

"Sayang itu nikmat yang kita rasa, tapi yang kita buat itu adalah tanggungjawab seperi beri makan, mandikan, bermain-main dengan si kucing kadangkala kita jauh lebih bertanggungjawab, kita beli makanan yang mahal-mahal lagi untuknya"

Dia seperti masih kebingungan.

"Jika tidak mahu ambil tanggungjawab kita takkan merasa nikmatnya. Contoh beli rumah, perlu dikemas, berkahwin pun perlu tanggungjawab, mempunyai anak dan lain lain lagi. Tapi kita tak pernah ungkit kerana nikmat yang kita rasa sangat bernilai kerana hati kita ikhlas dan rela untuk beri lebih"

"Begitu juga kau, relakan hati kau untuk ayah kau betulkan kesilapan dia. Beri dia peluang. Suatu hari nanti kau juga akan rasa nikmatnya. Tak perlu kau paksa hati kau untuk faham dia kerana kau tidak akan faham sampai kau di tempat dia. Cuma beri dia sedikit peluang"

Dia mengangguk.

Monday, June 4, 2012

Kopiah I

Assalamualaikum,

***Muqhaddimah***

Costume aku untuk pergi kenduri adalah baju kemeja lengan pendek, seluar slack, sandal dan yang paling penting adalah kopiah putih.

Costume? ye, boleh aku katakan costume sebab sejak dari sekolah menengah lagi aku dilatih oleh ibu kesayangan aku untuk berpakaian begitu ke kenduri kahwin. Berpakaian begitulah aku menuju ke sebuah kenduri perkahwinan di Titi Gantong semalam.

Kami mungkin sampai sedikit lewat kerana kelihatan jemputan di bawah khemah kenduri sudah pun surut dan kelihatan juga pengantin sudah keluar untuk bersalam salaman dengan jemputan yang ingin pulang. Panas terik tengah hari kat sini. Effect global warming semakin dirasai mungkin suhu dunia sudah naik lagi beberapa darjah Celsius.

Setelah selesai bergambar bersama pengatin, kami pulang. Singgah sebentar berehat di restoran Roti Segar Ayer Tawar. Alhamdulillah, restoran tue ada penghawa dingin, kurang-kurang dapat jugak kami bersejuk sejuk di dalam restoran. Nak makan, masih kenyang. Minum sajalah.

Dragon Fruit Blended + Lychee Kang menjadi pilihan untuk menyejuk badan.

***Kisah***

Aku masih berkopiah putih. Suasana dan pandangan orang terhadap aku terasa sedikit berlainan, ramai orang yang senyum kepada aku. pelik!

Belum pernah setiap orang yang bersemuka dengan aku senyum setiap kali bersemuka. pelik!

"Bila saya menutup aurat, semua orang menghormati saya.." di dalam lamunan dengan kata-kata Irma (pelakon yang kini bertudung).

Mungkin inilah yang dirasai oleh perempuan yang bertudung sempurna. Setiap orang yang melihat akan positif dengan kita yang berpakaian dengan identiti Islam. Bukanlah bermaksud, aku berkopiah untuk dihormati. Tetapi anggapan masyarakat pada orang yang berkopiah di tahap yang tinggi.

"mungkin ustaz, mungkin cikgu, mungkin anak tok guru, mungkin imam..tak kisahlah yang penting dia mesti ada ilmu dan dia seorang yang baik" Mungkin itu tanggapan masyarakat pada si pemakai kopiah.

***Sebaliknya***

Teringat kisah seorang Ulama dengan serban besar.

Seorang Ulama tersohor masuk ke sebuah negeri dengan menaiki seekor keldai. Ramai peniaga peniaga dan rakyat di negeri tersebut tersenyum dan bersorak gembira kerana menganggap seorang ulama telah datang ke negeri mereka.

Berpusu-pusu orang datang bersalam, menyapa, ada juga ingin memberi hadiah dan semuanya menggelar Ulama tersebut dengan panggilan Tuan.

Ulama tersebut bertanya "Mengapa kamu semua sangat mengalu-alukan kedatangan aku?"

"Kerana tuan adalah seorang Ulama yang sangat berilmu"

"Bagaimana kamu tahu aku seorang Ulama?"

"Kerana tuan memakai serban yang besar di kepala"

Ulama tersebut lantas menanggalkan serbanya dan meletakkan ia diatas kepala keldai tunggangannya.

"Huh, kini keldai aku yang memakai serban yang besar, Jadi kamu raikanlah kedatangan ia"

Friday, June 1, 2012

Gambar awek

"Keburukkan manusia itu adalah pada sifat ia selalu lupa pada apa yang dimilikinya dan selalu ingat pada apa yang dimiliki orang lain"
-Pujangga-

assalamualaikum,

Aku menonton sebuah siri televisyen yang ditayangkan di United Kingdom, bukan kerana aku sudah menjejak kaki di tanah tumpah Sir Gerald Walter Robert Templer itu. Hanya ke internet.

Bukankah dunia kini dihujung jari? Hanya perlu berlayar ke internet sahaja. Semudah 1,2 dan 3.

Sebuah rancangan reality TV iaitu program "Make Me a Muslim" yang dikelolakan oleh seorang pendakwah yang dikenali sebagai Imam Ajmal dan beliau di bantu oleh 3 orang pendakwah lain.

Rancangan ini mengetengahkan 5 orang rakyat Britain yang tak pernah mengenali Islam dan cara mereka hidup jauh menyimpang dari cara hidup Islam. Mereka dipilih dan diberi pilihan sukarela untuk hidup dengan cara hidup Islam selama 3 Minggu.

Peserta terdiri daripada:
1. Seorang arkitek lelaki yang hidup dengan teman wanitanya tanpa berkahwin
2. Seorang pekerja salon perempuan yang kuat berpegang kepada ajaran christian
3. Seorang pemandu teksi yang kuat minum arak dan makan daging babi
4. Seorang jurumekap yang gay
5/ Seorang perempuan yang bekerja sebagai model majalah lucah

Mereka perlu meninggalkan semua tabiat dan cara hidup mereka yang lama dan hidup dengan cara hidup Islam selama 3 minggu. Pelbagai perkara berlaku dalam episod pertama. Aku melihat bagaimana 4 orang pendakwah ini berhadapan dengan bermacam-macam perkara.

Dan konklusinya benar kata Allah, mencari dan mempercayai pada Tuhan yang satu itu adalah fitrah manusia. Semakin mereka memberontak untuk menolak semakin dekat kebenaran menghampiri hati mereka.

Aku tertarik pada satu scene dimana peserta yang bekerja sebagai model tersebut diajar untuk berpakaian menutup aurat. Dia menyoal dan diberi jawapan.

"This is for our own safety, and this is especially to protect our body and our pride. I cover my body and I will not let any other mans enjoy me except my lovely husband"

Aku terfikir juga pada suatu kisah lama dulu. Pernah berada di zaman percintaan yang cetek. Gambar aku dan si dia dijadikan wallpaper telefon bimbit kami berdua.

Alhamdulillah kemudian aku tersedar. Even Allah sendiri menjaga maruah mereka dengan hijab untuk kaum perempuan dan aku yang berkeinginan untuk menjadi penjaga mereka menjatuhkan maruah mereka di khalayak ramai dengan sekeping gambar. Aku menginsafi,"awak,saya minta maaf".

Carilah peringatan kepada Allah biarpun sepatutnya sudah cukup kota diingatkan kepada Allah 5 kali sehari. Namun dengan cabaran dan hati yang tidak faham konsep Islam, Iman dan Ehsan ini kita buta tentang perkaitan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Kita menganggap solat, puasa, zikir, doa dan sebagainya adalah semata mata Ibadat dan tidak lebih daripada itu. Kita salah!

Cari kebenaran, kerana ia hanya berada dekat dengan kita, cuma kita sahaja yang buta.

Thursday, May 31, 2012

Berpeluh V

Berpeluh-peluh aku berlari ke blok 16 jam 3 petang tadi.

"saya nak antar certification approval untuk Dr. @%&#@! sign"
"owh okay"
"But possible tak saya nak ambik petang nie?"
"Boleh2, bagi no telefon nnti akak call awak"

Aku berlari pulak balik ke bilik. Kini aku masih menunggu panggilan daripada kak Hidayah assistant admin blok 16 agar dapat aku berlari semula ke blok 16 untuk ku kutip balik certification approval tersebut.

Sementara menunggu, aku terlihat bertapa lajunya awan di langit bergerak, seakan masa sangat cepat berlalu macam dalam filem. Tetapi dingin angin yang bertiup tak dapat aku bayangkan. sangat best.

sejukkkkkk jer..

dah pukul brapa nie...
nape akak hidayah tak call lagi?
takkan Dr. @%&#@! xsign lg...hurmmm

owhhh ada call dari office block 16....
dah sign nie..
jom3 p ambik...yeahhhh

Thursday, May 10, 2012

sayang sangat ke? menyampah!!!

assalamualaikum,

semalam, aku bersama kawan dari bilik bersebelahan kepada bilik aku, iaitu kawan bilik sebelah, atau nama sebenar beliau firdaus. apa kami buat? kami berjalan menuju ke kafe untuk men"tapaw" makan malam. Kedai biasa yang menjadi pilihan, tidak lain dan tidak bukan kafe al-Quds. Hidangan nasi lemak kukus dan ayam goreng merupakan lauk common kepada orang2 poket nipis seperti aku.

Harganya murah dan memuaskan hati.

tapi semasa dalam line, memilih2 lauk ada yang tidak memuaskan hati aku. malah hati aku naik menyampah. apa yang menyampah?

ada la sorang mamat (refer kepada lelaki) dan sorang minah (hanya refer kepada perempuan dengan pakaian common style turun kafe). couple mouple lah kowt berdua nie. Amboi amboi amboi romantik menyampahnya mak ngah.

berjuta orang (exaggeration untuk menggambarkan ramai), beratur kat belakang diorang nak ambil ayam goreng panas2 yang baru di top up sebentar td, diorang boleh pulak duk berdrama swasta dekat depan tray ayam tue.

"urmm awak nak ayam nie? tak nak? yang nie ke? tak nak jgk, nak besar ckit ye..jap sy cari ye. yang nie boleh?" si minah tersebut memilih ayam untuk di letakkan dalam pinggan kekasih hatinya.

buta hati agaknya dua ekor nie? orang lain ramai kowt beratur kat belakang.

bukan di depan tray ayam jer, dah lepas tray ayam. depan bekas sambal plak.

"meh sini pinggan awk, sy nak letak sambal..urmmm cukup?tambah lg?sikit ke banyak?" masih lagi si perempuan itu menunjukkan bertapa sweetnya hubungan mereka, sedangkan orang belakang sweating menunggu diorang.

dan sampai depan kaunter bayaran, dia mintak plak telur dadar, maka menunggulah mereka di tepan kaunter. ke tepi aku nak membayar.

"eeeiiii panaslah," kata si perempuan.

yang kau duk gedik gedik tadi tak panas plak dengan "pakaian macam Malaysia nie tengah winter pada suhu di bawah paras beku" (utp gurl common style turun cafe beli makan).

Wednesday, May 9, 2012

diorang sedih

assalamualaikum,

Ada orang sedih sebab tak diberitahu bahawa hati aku sudah dimiliki...hurmm?

Laaaa nak sedih buat apa?

bukannya kami buat kenduri lagi...

Nanti dah siap kad jemputan..

ktorg jemput la kenduri

lambat lagi nuhhh


Tuesday, May 8, 2012

owh bulan

assalamualaikum

Gambar: Bulan 6 Mei 2012

Pada bulan yang ku lihat
ku puisikan sebuah lagu indah
dibawah sinarannya

untuk ku lamar hati si dia
yang tersipu malu

petikan guitar akustik
lagu bidadari

"Hadirmu bagaikan bidadari..
..melengkapkan langkah ku yang terhenti"

menyatakan bahawa
sedikit demi sedikit
aku sedang jatuh cinta
pada dirinya

walaupun aku tidak sempurna
walaupun aku tak punya harta
walaupun aku tiada rupa
walaupun aku bukan siapa siapa

hanya
setia ikhlas dan percaya
aku janji

Monday, May 7, 2012

berpeluh IV

assalamualaikum,

pagi nie belum berpeluh. dah sejuk2 pagi nie hujan pulak kan..mmg tak berpeluh langsung la. apa la aku buat berjaga sorang? sedang semua orang sedap tido menikmati dinginnya pagi hari.

skunk nie tgh exam fever dan ak tak banyak keluar, aku tak banyak melihat dan aku tak banyak mengambil iktibar. yang ada hanyalah aku, buku, nota, rumus, formula, seorang kekasih hati, seorang ibu dan yang pasti akan selalu ada iaitu Allah.

namun aku masih mampu melihat dari tingkapku. aku masih mampu menyaksikan kehebatanNya.

mengambil kebijaksanaan dari sebuah tingkap
mereka hanya melihat kejadian malam 5 Mei dan menamakannya supermoon
tetapi mereka tidak melihat Super yang menciptakan supermoon ini

Subhanallah.

Saturday, May 5, 2012

berpeluh III

assalamualaikum,

tak larat nak berpeluh dah..tapi kata nabil "awak peluh2 pun saya suke". Ngade ko nabil...

berpeluh aku, nervous! dia dah sampai ke belum nie..awal pagi nie orang sejuk aku berpeluh. Dalam kereta (perjalanan) tadi sempat aku sembang2 dengan Afiq dan Razmi. Pasal possible soalan yang mungkin ditanya dalam majlis nanti. Kalau aku tak dapat jawab malu aku. dengan nervous lagi, jantung berdegup kencang. harap2 seluruh lafaz aku diterimalah dan berharap juga dia tak tanya soalan yang susah susah..

afiq dah park kereta, aku lantas keluar. Mulut masih lagi terkumat kamit membaca bismillah dan segala bacaan-bacaan yang aku ingat untuk menenangkan hati. berjalan menuju ke tempat majlis. Amin dah sampai dengan kereta viva hitam, menunggu dan berjalan sekali mengiringi aku. sambil berjalan diselak2 segala surat2 penting takut ada yang tertinggal. sia-sia pulak aku wat preparation semalam.

lalu dekat cermin pulak, check baju, kemas xkemas, cermin muka seraya berkata "InsyaaAllah semuanya akan selamat"..Aal iz well. sambil tangan tangan mengusap-usap dada.

menaiki tangga dengan perlahan, diperhatikan segala yang ada di sekeliling, kehijauan alam dalam dingin kabus pagi. Mengaut segala keyakinan. masih belum bertenang hati ini. Ainin pun dah sampai.

aku menolak pintu masuk, sejuk. tiada siapa lagi yang sampai.

aku menunggu..

alhamdulillah segalanya berjalan lancar
Viva FYP telah tamat
maka berakhirlah zaman kegelisahan FYP

Friday, May 4, 2012

Jangan Amalkan Makan Panadol Ketika Sakit Kepala


assalamualaikum,

Jom kita baca kisah yang telah di share oleh seorang blogger..

Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa demam atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.

"Suami saya bekerja sebagai jurutera IT di sebuah hospital, dimana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat seorang doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya mereka akan mencari ubatan herba China atau mencari alternatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan oragan hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialysis) setiap bulan.

Alternative Treatment (Tips)
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepada disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besen yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "pain killer", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meninggkat. Untuk wanita mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalu proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerluka ubat yang lebih kuat untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah hidup anda. Fikir sebelum memasukkan ubat yang "biasa" ini kedalam mulut anda."

sumber:  http://akustressgiler.blogspot.com/2012/05/info-jangan-amalkan-makan-panadol-jika.html

Thursday, May 3, 2012

berpeluh II

Assalamualaikum,

Hari ini aku tak keluar mana-mana, study mode. paling jauh aku keluar  dari bilik adalah tangga untuk amik angin pukul 11 malam. Itupun setelah mendapat nasihat daripada tok nujum pak belalang kerana menurutnya aku terkena penyakit angau. Gurau~

Berpeluh lagi aku hari ini, aiisshh duk dalam bilik pown berpeluh? mestilah! dah hari nie panas teruk nie. kata oghang utagha, panaih lit lit. bayangkan pukul 6 ptg pown, masih lagi cerah, terang benderang macam pukul 2 ptg.

Aku yang dalam study mode nie, semakin longlai la disejat cuaca panas menuju ke ptg hari. disebabkan mengantuk dan panas yang tersangat menyejat kering otak aku. aku perlukan otak yang lancar macam enjin kereta yang menggunakan Primax 95 Extra untuk pergi lebih jauh, lebih kilometer.

Jam pukul 4 petang, mata semakin berat dan suhu badan meningkat tinggi. beberapa kali aku ulang minum secawan air masak yang aku ambil dari jug Nik Mohd Qusyairi dan bekas air Muhammad Afiq. terima kasih. Aku berbaring. Mata terpejam, jantung berdegup perlahan dan tenang. otak mula berkhayal. hilang dalam angan-angan.

"nokia ring tone"

sapa pulak call niee...

Wednesday, May 2, 2012

berpeluh

assalamualaikum,

Ptg tadi pergi menjengah ke pasar malam, lama jgk ak tak menjejak kaki ke pasar malam, berpeluh jugak dahi aku berjalan jalan kt sana, mcm2 ada, mcm2 yang terpampang depan mata, kang tak tengok membazir plak..astaqfirullahal'azim.astaqfirullahal'azim..astaqfirullahal'azim..

Perjalanan aku bertujuan mencari sebakul epal fuji berharga RM5. Setibanya di kedai uncle cina, tempat biasa aku membeli epal, sambutannya suram, sambutan meriah di ruang menjual mempelam(mangga). mempelam kuning2 lemak fuhhhhhhhh telan air liur aku.

Tapi memikirkan malas nak kupas dan takda tempat nak simpan (peti sejuk tidak kondusif), maka hasrat dilupakan. Kalau kat rumah sure aku dah beli, sebab mak ada nak tolong kupas kerana sememangnya aku sangatlah fail dalam arena kupas mengupas buah ini.

Confident
"Nak cantik kena la sakit" kata salah seorang rakan opis aku masa intern kat klcc dulu. Dan keluarnya aku ke pasar malam hari ini membuatkan aku menukilkan lagi satu kenyataan berbunyi
"Nak cantik kena la confident"

serius mereka sangat confident untuk berpakaian seperti "itu" ketika berjalan jalan di pasar malam.

Jual Apa?
orang lelaki haram menyerupai perempuan. Jaga-jaga abang abang hak duk jual barang orang perempuan kat pasar malam tuh. Tak kiralah, abang jual tudung ke jual rantai ke jual gelang ke. Jangan duk pakai barang barang yang abang jual tue, HARAM.

Makan
macam aku cakap tadi, aku mencari epal tapi lain yang aku beli. Mee kari dekat pakcik simpang tiga sudah ku beli pada 1st round perjalanan dan aku terus berjalan lagi mencari tau fu fa. Tapi aku ternampak pulak murtabak yang tebal. haishhhhh.

"nafsu tue nafsu" kata duwe

malangnya aku mendengar kata nafsu bukan cakap duwe. Lalu 1 murtabak daging telah ku pegang, dan bawa bersama dengan muka lapar berjalan pulang ke kereta. Setibanya, aku.

Betul! ini nafsu. Perut aku penuh huhuhu