Tuesday, November 15, 2016

Untuk Apa Sekadar Berbeza?

Assalamualaikum w.b.t

  1. Pepatah hanya digunakan untuk memudahkan pemahaman tetapi tidak boleh dijadikan prinsip kerana kadang-kala ianya hanya sebagai sesuatu untuk ketuk kotak fikiran kita atau kadang-kala ianya hanya penyedap hawa telinga.
  2. Sekarang zaman generasi Z. Mereka ingin jadi jutawan sebelum umur 30. Ultimate objective mereka berususan setiap hari hanya untuk mereka capai financial freedom. Mereka fokus dan berhempas pulas untuk mendapat apa yang mereka impikan.
  3. Generasi Z mencipta padang permainan mereka sendiri dan mencipta begitu banyak persaingan di padang permainan mereka. Mereka mahukan kesempurnaan.
  4. Mereka mahu menjadi lain daripada yang lain. Mahu kelihatan berbeza dalam masa yang sama up to date.
  5. Tanpa mereka sedar pepatah berani untuk berbeza tidak dicipta supaya kita melakukan sesuatu untuk membezakan diri kita dengan orang lain tetapi ia dicipta supaya kita berani menjadi berbeza jika kita punya susuatu yang berbeza secara fitrahnya. 
  6. Mereka hilang intipati atau maksud kehidupan dan perjuangan. Yang ada pada mereka hanyalah menang atau kalah, kaya atau miskin. 
  7. Mereka terlalu fokus mendapatkan apa yang mereka mimpi sehingga mereka lupa memikirkan apa yang perlu mereka buat setelah mereka terjaga.
  8. Disebabkan itu mereka boleh berbuat apa sahaja biarpun melanggar fitrah seorang manusia. Berbohong, menipu, meniru, ciplak. Namun mereka kata, itulah persaingan yang agresif.
  9. Biarpun mereka memanggil-manggil cabaran datang dalam kehidupan mereka untuk mereka tunjukkan kehebatan mereka, banyak dikalangan mereka jatuh tersungkur dan tak bangun lagi.
  10. Sedikit dikalangan mereka yang berjaya. Dan semua orang tahu senyuman puas mereka palsu. 
Sekian.

Wednesday, September 7, 2016

Orang Melayu Yang Sentimental

Assalamualaikum w.b.t

  1. Bangsa Melayu memang sentimental. Aku dapat rasa feel sentimental tu dalam diri aku sendiri. Aku juga dapat nampak sentimental tu dalam diri bangsa aku sendiri. Orang-orang di sekitar aku sama ada yang berinteraksi secara langsung atau tidak langsung dengan aku.
  2. Tengok sajalah fenomema drama atau filem yang melanda Bangsa Melayu. Zaman aku masih kecil, sekitar tahun 90-an. Orang melayu duk gila menonton filem hindustan. Kalau Shah Rukh Khan menangis maka satu Malaysia akan menangis. Kuch-kuch hota hai. 
  3. Kemudian drama setiap kali musim perayaan. Hari Raya, Deepavali, Chinese New Year, Merdeka, Maal Hijrah. TV akan menayangkan drama-drama sedih menangis, terutama drama Dato' Rosyam Nor, Wan Maimunah, Fauziah Nawawi. Satu Malaysia menangis. 
  4. Kemudian datang pula zaman drama melodrama korea. Aku tak nak sebut nama-nama drama yang femes. Aku pun tak tengok semuanya. 
  5. Bangsa aku juga sangat sensitif dengan barang-barang warisan keturunan. Mereka sanggup bergaduh adik-beradik berebut tanah pusaka sekangkang kera. Bukan kerana nilai tetapi kerana ianya pusaka, wasiat keturunan. 
  6. Waris adalah perkataan keramat dalam bangsa melayu. Mewarisi, pewaris, wasiat dan pusaka. Semua tu sensitif dan keramat. Menaikkan semangat. 
  7. Namun jangan tersilap menafsir makna wasiat. Seseorang boleh mewasiatkan sesuatu yang dia miliki tetapi tidak jika ia bukan milik pewasiat. 
  8. Kita boleh digelar mewarisi atau pewaris jika apa yang kita miliki itu pernah menjadi hak milik pemberi wasiat tersebut. Begitulah sebaliknya kita tidak dinamakan pewaris jika yang kita miliki itu bukanlah harta hak milik pemberi wasiat.
  9. Contohnya, ayah kita boleh wasiat kepada kita rumah miliknya tetapi dia tidak boleh mewasiatkan kereta milik jiran kepada kita. Begitu juga kita tidak dinamakan pewaris kereta ayah kita jika ayah kita tidak pernah memiliki kereta tersebut semasa hayatnya. 
  10. Begitulah juga dengan Ulama yang dikatakan pewaris Nabi SAW. Bagaimana kita boleh katakan dia ulama kalau apa yang dia buat tidak pernah Nabi SAW buat, sedangkan ulama MESTI mewarisi Nabi SAW.
Sekian.

Thursday, August 25, 2016

Orang Melayu Patut Belajar Berniaga Daripada Rakan Cina

Assalamualaikum w.b.t
  1. Hasil perbualan aku dan isteri setelah kami balik daripada kedai tayar (menukar tayar dalam post yang lepas) tentang cara perniagaan dan perbezaan strategi peniaga Melayu dan peniaga Cina.
  2. Aku dan isteri mendapati kebanyakkan strategi yang digunakan oleh peniaga Melayu di sekitar KL adalah sama. Cheap Technique. Orang Melayu kebanyakkan tidak sabar dalam meniaga dan sanggup melakukan apa saja demi meraih keuntungan. 
  3. Cheap Technique yang aku maksudkan. Pertama orang melayu jual barang pada harga yang mahal sebab nak dapat untung banyak. Kemudian dia jual bangsa. Kononnya orang Melayu jangan beli barang daripada orang bukan melayu. Kemudian dia jual agama. Siap ada list senarai peniaga Islam di KL. Kenapa nak jual barang perlu gunakan perkataan Islam?
  4. Berbeza dengan peniaga Cina. Mereka jual dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Mereka tidak kisah untung lebih sedikit asalkan kedai/perniagaan mereka bertahan lama dan logiknya pelanggan mereka akan semakin bertambah kerana harga yang ditawarkan lebih murah.
  5. Berbeza dengan peniaga Cina. Mereka mengisi kedai mereka penuh dengan barang. Dimana kalau kita ke kedai mereka, boleh dikatakan hampir 90% apa yang kita nak beli semuanya ada. Kedai Melayu pula hanya barang-barang utama sahaja yang dijual. Barang yang kecil-kecil, yang untungnya sedikit tidak dijual. Menyebabkan kalau kita ke kedai Melayu, kita perlu ke kedai lain pula untuk mencari barang yang tiada di kedai pertama tadi. 
  6. Berbeza dengan peniaga Cina. Mereka juga lebih mesra pelanggan dan tidak kedekut. Aku pernah dengar satu pengalaman daripada seorang kawan yang dah siap bawa semua dokumen dan duit muka untuk beli superbike. Mula dia ke kedai Melayu. Tepi tuan kedai buat bodoh tak layan, mentang-mentanglah kawan aku ni pakai t-shirt dan seluar buruk. Kawan aku kecewa lalu ke kedai Cina. Tauke Cina tu punya la baik layan, siap bagi try bawak lagi beberapa superbike pusing-pusing depan kedai dia. Gila kawan aku tak beli kat kedai Cina tu. 
  7. Berbeza dengan peniaga Cina. Mereka kerja keras. Buka kedai seawal 8 pagi. Tutup pula selewat 10-11 malam. Pada hujung minggu mereka buka kedai. sedang peniaga Melayu tutup kedai. Hujung minggulah hari orang nak berurusan. Nak servis itu dan ini. Nak tukar itu dan ini. Melayu tutup kedai pula.
  8. Setelah semua-semua perbezaan tadi. Bagaimana peniaga Cina boleh untung? Aku detect satu trick mereka benda ni macam permainan psikologi sikit. Mereka bagi harga murah untuk barang yang kita perlukan (untung mereka sedikit) tapi mereka mulut manis tawarkan kita barang-barang lain. End-up kita membeli beberapa barang lain juga daripada kedai mereka. Itulah untungnya ada banyak barang dalam kedai.
  9. Tak semua peniaga Melayu layu. Ramai antara mereka sudah berubah. Banyak antara mereka sudah pandai meniaga, mencari peluang dan ruang. Namun belum cukup ramai. 
  10. Aku harap masyarakat Melayu sudi dan banyak belajar dengan rakan-rakan Cina.
Sekian.

Monday, August 22, 2016

Tayar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ini aku dapat menyelesaikan satu misi penting, iaitu menukar dua (2) biji tayar kereta. Jadi, tulisan kali ini aku tujukan kepada pemilik-pemilik kereta yang noob sama macam aku jugak. Ini untuk memudahkan mereka-mereka yang mempunyai masalah yang sama macam yang aku alami. Maksud aku dimasa depan.

14 Ogos 2016
Aku pergi hantar adik ipar aku ke KLIA. Beliau nak ke Kazakstan untuk program Student Exchange. Satu (1) jam jugaklah jarak perjalanan dari rumah aku ke KLIA. Dalam perjalanan balik, aku singgah di R&R Awan Besar sebab mengantuk. Maklumlah hujung minggu, bangun awal pulak pergi berjalan. Minggu sebelumnya di pejabat memang sibuk ngalah perdana menteri. Penat.

Dah alang-alang singgah di stesen minyak Petronas, aku berhenti isi angin tayar kereta. Isteri aku sekarang ni rajin pulak di keluar berjalan. Anak aku dah pandai duduk diam dalam kereta, senanglah sikit nak memandu. Taklah bosan sangat isteri aku dirumah. Boleh lah beliau jugak keluar bersosial dengan rakan-rakan beliau. Balik kepada cerita isi angin tayar kereta. Lepas isi angin semua tayar. Aku mendapati sesuatu yang pelik di tayar belakang sebelah kanan kereta.


Tayar merekah

Astaqfirullah. Tayar kereta merekah. Teruk pulak. Nasib baiklah tak meletup dalam perjalanan sebelum-sebelum ni. Macam biasa kalau bab kereta, aku akan suruh isteri aku telefon bapa mertua aku (Ayah). Beliau memang handal dan teliti bab kereta. Bapa aku (Abah) pun tau pasal kereta, tapi sebab kereta ni isteri aku yang punya, jadi ada baiknya aku tanya Ayah kalau apa-apa jadi dengan kereta ini. Memang tak dinasihatkan oleh Ayah untuk terus menggunakan tayar yang merekah tersebut.

15 & 16 Ogos 2016
Aku tunjuk gambar yang sama kepada kawan-kawan aku di pajabat. Balang macam biasa respon dia relak. Zaki pulak "Huish teruk ni". Aku mula Google pasal kes tayar merekah macam yang aku kena ni. Dan aku mula membaca dengan penuh konsentrasi.

Hasilnya:
  1. Kalau nak beli tayar kereta, mesti kita nak check harga semasa supaya kita tak kena tipu. Aku jumpa laman web mytayar.com. Laman web yang bagus untuk semak harga tayar semasa. Sebenarnya kita boleh beli terus tayar daripada laman web ini.
  2. Tayar aku yang merekah tu jenama Silverstone. Tayar jenama ni kualiti dia kurang sedikit sesuai dengan harga jualannya. Aku jumpa banyak kes yang sama melibatkan jenama yang sama. 
  3. Kes tayar merekah yang macam aku kena ni kemungkinan besar disebabkan aku parking lama di tengah panas. Tempat parking kereta dirumah aku takdak bumbung. 
  4. Kedua mungkin sebab aku jarang isi angin tayar kereta. Sebaiknya check pressure tayar kereta sekurang-kurangnya seminggu sekali. Mungkin tayar kempis dan keras disebabkan lama tak bergerak, terdedah pula dengan panas. Bila pergi isi angin retaklah tayar kereta tu seperti retaknya hati aku mengingatkan duit yang perlu aku belanja untuk tukar tayar kali ini.
  5. Dan aku menjumpai lagi, antara tayar yang berkualiti dan mampu dimiliki oleh rakyat marhaen seperti aku ialah GoodYear. Ada beberapa pengalaman yang aku baca di internet, tayar jenama ni ada yang diguna sampai botak. Ada yang sampai lebih kurang tujuh (7) tahun. Pengalaman sorang brader ni.
Sebenarnya lebih kurang satu setengah (1-1/2) tahun yang lalu. Aku dan isteri pilih tayar Silverstone sebab itu tayar yang paling murah. Dan aku pulak kena tukar empat (4) biji sekaligus. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul walaupun isteri aku yang bayar guna duit simpanan dia. 

Kali ini aku plan nak tukar dua (2) dulu. Dan semestinya tayar GoodYear adalah pilihan. Aku semak di mytayar, harga tayar tersebut lebih kurang RM160 sebijik. Dan satu lagi jenama tayar yang boleh dipertimbagkan ialah Falken. Namun hasil pembacaan, aku menjumpai tayar Falken ni dia berdengung bila memandu. Tayar jenama ini dijual dengan harga RM118 (Tulisan di blog) dan RM160 harga di mytayar (Hanya satu kedai offer tayar Falken). 

Satu lagi masalah yang aku hadapi ialan aku tak tau di nak beli tayar di kedai mana. Banyak kot kedai tayar di Kuala Lumpur ni. Sekitar kawasan rumah aku pun ada beberapa kedai tayar. Aku pun terus Google untuk mencari kedai yang bagus. Aku dapat beberapa klu iaitu kawasan sekitar Bandar Sri Permaisuri. Tapi di Bandar Permaisuri pun ada banyak kedai tayar. Yang berkongsi pengalaman di blog pun tidak sebut kedai yang mana satu. Sekadar sebut nama tempat sahaja. 

19 Ogos 2016
Alhamdulillah claim aku pergi Miri hari tu baru masuk. Setelah hampir dua (2) bulan claim tu sangkut di finance department disebabkan masalah GST. Sunnatullah, setiap yang berlaku pasti ada sebab dan musabab tertentu. Ringanlah sedikit beban aku nak tukar tayar baru ni.

20 Ogos 2016
Hari ini aku mengambil sedikit keberanian untuk pergi ke Bandar Sri Permaisuri untuk tukar tayar. Awal pagi tadi aku turun tukar tayar yang merekah tu kepada tayar spare. Bahaya kalau tak tukar, buatnya meletup tengah jalan. Dah la isteri aku nak ikut. 

Aku dan isteri dan set kedai mana untuk tukar tayar. Kedai yang dimiliki oleh seorang Melayu. Dulu masa tayar kereta aku bocor satu (1) hari sebelum nak balik beraya. Di kedai ini lah aku tampal. Layanan yang baik dan brader tu seolah memahami kami takda duit nak tukar tayar malam tu. Masa tu jugak, beliau check semua tayar dan bagitahu yang tayar kereta dah botak. Dia tampal dan siap bagi tips memandu supaya kami dapat sampai kampung dan tukar tayar disana.

Aku pun ke kedai tu. Park jauh sikit nak tanya harga dulu. Nampaknya harga yang dia tawar mahal. Tayar Hankook RM160 sebijik. Aku check di mytayar RM137 kot sebijik. Aku pun ke satu lagi kedai (Back-up Plan). Kedai Cina. Uncle Cina pun baik, dulu masak aku nak tampal tayar aku datang tanya ke kedai beliau. Beliau cakap, kedainya tak buat tampal dalam. Dia suggest aku pergi ke kedai tayar di Bandar Tun Razak.  

Beliau tawar tayar Falken RM130 sebijik. Kalau nak lagi kualiti Toyo RM150 sebijik dan GoodYear RM150 sebijik. Terbaik. Aku pun cerita kan Uncle tu semua. Dan dia pun tukar tayar kereta as per instruction. Aku berpuas hati. Ahh!  nama kedai tersebut ialah Popular Auto Service Center. Terletak berhadapan dengan kedai dobi Smart. 



Kedai dobi Smart tu pula dimiliki oleh seorang Melayu. Seorang pak cik yang baik hati, tutur kata dan peramah. Murah pun murah kalau ada sesiapa nak basuh toto dan selimut. 

Lagi satu masa aku tukar tayar tadi. Kebetulan ada seorang kakak ni, dia pun datang tukar tayar jugak kereta Alza. Kes sama macam aku juga. Tayar merekah selepas satu (1) tahun lebih pakai. Dia cakap nak buat macam mana. Masa beli kereta dia bagi tayar Silverstone. Tayar kereta kakak tu punya merekah lagi teruk daripada tayar kereta aku. 

Dua (2) daripada tayar ni milik aku. Lagi dua (2) tayar kereta kakak Alza tu

Bagitulah lebih kurang cerita aku kali ni. Ada lagi aku nak tulis tapi post yang lain pula. Sekian

Wednesday, July 27, 2016

Sufi ka?

Assalamualaikum w.b.t
  1. Dah lama aku kenal perkataan sufi. Kawan aku sendiri pun ramai yang nama mereka sufi. Cuma dihadapan nama ada Ahmad atau Muhammad. Kalau tak silap aku ada kumpulan rock cintan zaman 80/90-an pun ada menyanyikan lagu bertajuk sufi. 
  2. Dulu masa aku kecil, orang-orang yang selalu duk sebut sufi-sufi ni selalu cuba mengaitkan sufi dengan perkataan zuhud. Hidup miskin, duduk hujung-hujung kampung, harta apa pun takdak.
  3. Satu lagi perkataan yang selalu dikaitkan dengan sufi di alam melayu adalah wali. tok wali sesetengah orang melayu panggil. Dan kalau sebut wali dalam alam melayu ni macam-macam cerita pelik lah mai. Tok wali boleh ada di dua tempat berbeza dalam masa yang sama, tok wali boleh bergerak dengan pantas dari satu tempat ke tempat yang lain. Tak kurang juga yang boleh terbang dan jalan atas air.
  4. Bila nak beri gambaran fizikal, sufi selalu juga digambarkan orang tua yang duduk dalam rumah usang, bercakap benda yang orang tak faham (kalau orang biasa-biasa, dengar macam merepek - kata orang sufi lah)
  5. Sufi satu lagi pada zaman ini aku tengok, selalu dikaitkan dengan tariqat, zikir tak hengat, lupa diri, duk bergendang menyanyi qasidah, pakai celak, pakai selempang, boh gelaran al-, al- kat belakang nama.
  6. Tapi ada satu sufi lain yang aku kenal. Dimana aku mendapat rasa dan maksud sebenar sufi (atau apa sahaja perkataan yang nak digunakan selain sufi). Sufi dimana akhirat adalah tujuan dan dunia adalah tempat persinggahan.
  7. Sufi yang aku kenal melalui kitab-kitab sirah yang muktabar, bukan cerita-cerita yang dibawa penceramah upah-upahan, yang ramai nak bersorak 'Allah allah allah' diatas setiap perkataan yang keluar dari mulut mereka. 
  8. Sufi yang aku kenal ada Abu Dzar al-Ghiffar R.A, Umar al-Faruq R.A, Abu Ubaidah al-Jarrah R.A dan para sahabat R.A. Pemimpin Islam yang hebat seperti Umar Abd Aziz rahimahumullah. 
  9. Aku tak perlu kisah-kisah yang tak diketahui asal. Manalah nak terbayang Nabi Adam A.S turun di gunung jerai, Saidina Uthman R.A dok mai meniaga di Yan, Orang melayu Bani Tamim dan keturunan Nabi Ibrahim A.S. 
  10. Namun tak tak maulah kondem mereka yang percaya, kerana dikalangan kami juga ada pentaksub. Sekarang aku cuma mahu buat kerja aku tanpa mengira apa orang nak kata. Aku mengambil ilmu dan memerhati.

Thursday, July 21, 2016

Cinta 'Islamik'?

Assalamualaikum w.b.t

  1. Dulu aku sekolah agama. Of Course la agama Islam. Jahat sapa-sapa yang dok ejek 'agama yan' tu agama apa. Ada 2 benda yang paling femes dan meletop yang melibatkan sekolah agama. Dan keduanya sudah di popularkan kedalam industri seni tanah air. 
  2. Pertama, Kisah hantu. Kedua, Kisah Cinta Islamik. Aku pun tak tau kenapa kalau sekolah agama saja mesti banyak cerita-cerita hantu. Tak kurang juga surat-surat cinta dengan tulisan khat, kata-kata pujangga dihiasi syair cinta ulama-ulama berbangsa arab. Paling 'legend' saya pernah jumpa surat cinta dalam bahasa arab. 
  3. Ramai orang yang salah faham tentang perkataan cinta Islamik. Termasuk para pelajar sekolah agama dan even para penuntut di universiti dengan label agama pun banyaknya kurang faham dan masih keliru.
  4. Cinta Islamik ni selalu dikaitkan dengan ustaz, niqobis, bercinta selepas kahwin, kelas mengaji agama, usrah dan macam-macam lagi. Dan selalunya sampai melampau. Contohnya tidak melihat wajah bakal isteri sebelum berkahwin. Ini adalah suatu sangkaan orang ramai kononnya perbuatan ini sangat Islamik. Hanya tawakal kepada Allah dan redha.  
  5. Rasulullah SAW larang kita kahwin dengan seorang wanita tanpa kita melihat wajahnya, bahkan Nabi SAW menyuruh kita melihat wajah perempuan tersebut sebelum kita mengahwininya. 
  6. Boleh rujuk riwayat Imam Bukhari (Rahimahumullah) dan Imam Muslim (Rahimahumullah) dalam sahih mereka. Jadi berkahwin secara begini yang disangkakan Islamik, sebenarnya langsung tidak Islamik bahkan dilarang. 
  7. Dalam urusan agama, kita selalu sangat membuat sangkaan sedangkan Islam mengiktiraf fitrah manusia untuk merasa tertarik dengan kecantikan. Dan kecantikan yang saya maksudkan berbeza mengikut citarasa masing-masing. 
  8. Saya terbaca beberapa artikel tentang perkahwinan dengan niqobis yang dibuat tanpa melihat wajah mereka. Kemudian si suami kecewa setelah melihat wajah sebenar isteri mereka disebalik niqob. 
  9. Ini memburukkan imej Islam. Walaupun mereka yang berkahwin tidak melabel diri mereka sebagai Islamik. Namun itu yang masyarakat nampak daripada mereka. Maka orang-orang yang judgemental mula menjauhi Islam dan memandang rendah kepada orang lain yang membawa mesej Islam.
  10. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan pembaca. Kita perlu tahu dan faham setiap amalan yang nak kita amalkan. Islamik atau tidak bukan pada sangkaan kita tetapi pada dalil al-Quran dan Hadis.
Sekian

P/S I: Yang dapat wahyu bukan kita, tapi Rasulullah SAW. Mari mulakan dengan membaca sahih Bukhari dan Muslim.

P/S II: Nak dapatkan buku-buku berkualiti sila ke link sini: https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=1062

Wednesday, July 20, 2016

Wahabi ka?

Assalamualaikum w.b.t

  1. Beberapa hari lalu aku menulis di Wall FB aku. Pandangan aku tentang 'orang agama' yang selalu nak label orang lain dan cuba menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat. Khususnya, label yang tengah panas sekarang ini. Wahabi.
  2. Aku mengikuti beberapa siri kuliah dan ceramah 'orang agama' yang mereka ini cuba tunjuk professional dengan membuat list ciri-ciri wahabi. Pendapat aku ianya okay sebab mereka juga ada hak untuk didengari hujah mereka. 
  3. Mereka ini menyenaraikan lebih 30 lebih ciri-ciri orang yang patut dilabel wahabi. Dan kesimpulan yang ingin mereka buat setelah menghujah setiap ciri dalam senarai tersebut adalah wahabi ini akhirnya akan mengkafirkan orang lain dan menghalalkan darah orang yang dikafirkan untuk dibunuh. 
  4. Pening dan mengelirukan. Bagaimana pula ciri-ciri yang lebih 30 ini yang berkaitan dengan ibadah boleh membuat seseorang menjadi ganas. Bagaimana ciri-ciri seperti 'sembahyang kangkang' (merekalah tulis), tidak membaca doa qunut ketika subuh boleh membawa seseorang menjadi seorang pengganas. 
  5. Benda-benda macam ini, sangat-sangat mengelirukan orang ramai. Tambahan pula memang kena sangat, rata-rata ahli masyarakat melayu khususnya memang malas berfikir. Terima saja.
  6. Berbeza dengan bangsa lain. Dengan sebab itu juga, ramai orang bukan melayu yang menjadi mualaf di Malaysia khususnya, mereka lebih cemerlang. Mereka lebih cepat mendalami dan memahami Islam. Dan aku dapati, selepas mereka memeluk Islam, agama ini menambah baik hidup mereka dengan impak yang hebat. 
  7. Dari segi kekuatan semangat, merubah pandangan, kebergantungan kepada Allah. Aku sangat terharu dengan kata-kata yang keluar daripada mulut mereka. Allah sentiasa di bibir mereka.
  8. Lain pula yang aku dapat 'orang agama' yang suka sangat nak label orang wahabi ini. Baru kena ujian sikit 'maki berkapiaq' (longhat orang utara). Kuliah dan ceramah mereka sendiri kasar, bahasa kesat, lucah, tiada isi yang kritikal. 
  9. Kalau diletakkan mereka dengan orang yang mereka tuduh wahabi, nescaya mereka akan dilihat lebih wahabi dari orang yang mereka label.
  10. Mungkin ini balasan Allah kalau kita kuat sangat nak hukum dan tuduh orang lain.
Sekian.

P/S: Kebarangkalian, selepas post ini. Ramai yang akan label aku wahabi.

Monday, July 4, 2016

Non-Productive Days Menanti Raya

Assalamualaikum w.b.t

  1. Harini, Isnin dan kemungkinan besar hari esok juga (Selasa) akan menjadi hari yang paling tidak produktif dalam tahun ini (2016). 
  2. Jalan-raya dah hampir kosong, Pejabat dah hampir kosong. Ramai antara kami sudah pun berada di kampung halaman untuk persiapan menyambut Hari Raya. 
  3. Aku masih disini untuk hari ini dan separuh hari esok. Insya-Allah. 
  4. Mujur aku balik ke kampung tahun ini dengan ETS. Kalau drive sendiri, mau tengah hari ini sudah sampai di Ipoh menuju Kedah Darul Aman. 
  5. Kereta (wife aku punya) sudah awal lagi dihantar pulang ke kampung untuk diketuk pulihkan kemek akibat dilanggar lari semasa parking. Sedar-sedar siangnya sudah kemek. Itupun sedar sebab abang servis Perodua yang bagitau. 
  6. Malam ni kena mengemas rumah, membasuh baju dan persiap beg untuk balik esok. 
  7. Surau yang aku selalu solat terawikh itu ada pulak dibuat tahlil lepas Isyak. Memang lambatlah aku sampai biasanya. Sempatlah aku buang semua baju ke dalam mesin sebelum keluar ke surau. 
  8. Memang selalu aku pergi lambat. Sempat aku habiskan solat Isyak dan solat sunnat selepasnya sementara mereka menghabiskan tahlil. 
  9. Selepas 4 rakaat terawikh mereka buat pula tazkirah, tak diduga kadang lama, kadang sekejap pula. Aku ke belakang dan sambung selebihnya sebelum bergegas pulang. 
  10. Aku lebih prefer solat terawikh dulu sampai habis. 

Wednesday, June 29, 2016

Senyum Sambil Menulis

Assalamualaikum w.b.t

  1. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat. Kita sudah didalam fasa 10 hari terakhir. Dimana kita sangat sangat digalakan supaya menambah mempertingkatkan amalan biarpun sekecil-kecil amalan. Yang penting sahih. 
  2. Aku minta maaf kerana lama sudah tidak menulis di dalam blog ni. Dah lupa pasal blog ni. Sibuk dengan kehidupan seharian. Hari ini kehidupan lebih mencabar daripada hari-hari sebelumnya. Pelbagai cabaran di tempat kerja dan dirumah. Juga tak lupa cabaran-cabaran yang bakal dihadapi di masa depan.
  3. Negara kita dilanda bermacam-macam isu. Malas aku nak ulas satu persatu walaupun aku adalah follow sikit-sikit isu-isu tersebut.
  4. Malang sekali orang bukan sahaja bertelagah dalam isu politik semata-semata. Nampaknya orang lebih hebat bertelagah dalam isu Agama. Para ilmuan berpecah belah lalu membentuk kumpulan kumpulan tertentu. Menuduh, melabel dan paling teruk mengkafirkan antara satu sama lain. Nama Ahli Sunnah Wal Jamaah digunapakai sesuka hati untuk mengelirukan orang lain. 
  5. Aku hanya mampu berdoa lebih ramai rakyat Malaysia diberi hidayah. Paling penting aku mohon semoga Allah S.W.T melindungi ahli keluarga aku daripada fitnah ini. 
  6. Macam biasa dekat-dekat nak raya, takda apa sangat pun persiapan raya dibuat tahun ini. Cuma isteri aku sangat teruja membuat kuih raya berbalang-balang bersama ibu mertuanya (mak aku ler tu).
  7. Alhamdulillah raya tahun ini, aku dapat raya dengan tenang sebab tak terlibat dengan offshore operation. Banyak plan yang nak dijalankan.
  8. Di bulan yang mulia ini isteri dan aku founded satu company yang diberi nama Ilham Resources. Kami masih build up company ini. Masih menyusun strategi. Masih memikir idea-idea bernas. Idea asal, kami akan membekal makanan pencuci mulut berupa aiskrim malaysia, puding dan dadih. Namun semalam aku terpikir untuk membawa nama Ilham Resources bersama sebagai co-founder ke program motivasi atau ceramah-ceramah seminar. Sekarang malam-malam sebelum tidur, sibuk siapkan presentation pack untuk program motivasi. Harap semunya berjalan lancar.
  9. Akhir sekali, sempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Nak tengok gambar? tunggu lepas raya nanti.
  10. Memperkenalkan Logo Ilham Resources: