Monday, June 27, 2011

pemimpin kepala batu dan rakyat tidak berakal

selama ini penulis cuba sedaya upaya untuk menghindarkan post2 yg sebegini. namun keadaan sudah tidak terkawal lagi. post ini bukan untuk mengapi2kan lg api yg sememangnya sudah marak tp untuk memcelikkan semua si buta si buta yang selalu teraniaya dengan kata pemimpin kepala batu mereka.

jelasnya post ini berkaitan dgn isu perhimpunan bersih yg akan diadakan tidak lama lagi.
"ramai orang muda, menyebelah pembangkang kerana orang muda boleh melihat segalanya dari sudut berbeza" kata seorang anak muda yg baru nk fasih berbicara.

pandangan penulis tentang BERSIH:

1. mari kita tgk balik, apa objektif perhimpunan bersih? jelas objektifnya hanya untuk meminta SPR supaya lebih transperansi dalam pilihanraya.

2. mengapa perhimpunan diadakan dan mahu ramai penyokong turut serta? jelas juga mahu menunjukkan kpd kerajaan bahawa memorandum ini disokong oleh ramai rakyat jelata. dan memang tidak patut diambil mudah oleh pihak SPR.

ini adalah antara sebab kenapa perhimpunan ini diadakan.

namun mengapa memilih tempat terbuka seperti:
1. SOGO
2. Masjid Kampung Baru
3. Bangunan DBKL

cuba fikirkan nasib peniaga2 di sekitar dan tarikh 9 july juga merupakan hujung minggu dimana SOGO antara tempat tumpuan ramai. sememangnya perhimpunan bersih ini adalah tidak selari dengan objektif asal lagi melainkan hanya untuk menimbulkan huru hara kepada malaysia yang sudah huru hara ini.

dan imbasan dari perhimpunan bersih lepas. begitu banyak sekali kerosakkan berlaku yang mana antara bukti kukuh perhimpunan ini tidak selari dengan objektif asalnya lagi. ada juga ibu bapa bodoh yang turut mempergunakan anak2 dengan membawa anak2 kecil turut serta bersama.

cadangan:

1. objektif asal perhimpunan bersih adalah jelas dan tidak menyalahi undang2 namun cara ia diadakan tidak menunjukkan niat murni tersebut. jadi penulis memncadangkan perhimpunan ini dibuat di kawasan terbuka dan tidak mengganggu ketenteraman awam. seperti di stadium, atau dataran merdeka atau putrajaya dll.

2. pengurusan perhimpunan bersih tidak sepatutnya mempromosikan perhimpunan ini secara agresif dan sepatutnya dibuat secara mesyuarat dan aman.

3. pengurusan juga perlu bertanggungjawab atas semua kelakuan peserta2 perhimpunan dan bertanggungjawab kepada semua kerosakkan dan kebersihan selepas perhimpunan.

pandangan penulis tentang KERAJAAN:

1. jelas kerajaan cuba membatalkan perhimpunan yang dilihat tidak membawa apa keuntungan kepada mereka dan kroni.

2. namun tindakan kerajaan yang terus mem"PROVOKE" dan menghentam BERSIH di semua media sebenarnya bukanlah menyelesaikan perkara yang dilihat sebagai masalah kepada kerajaan malahan tindakan menghentam secara tidak berhati perut ini hanyalah menyemarakkan lagi rasa tidak puas hati pihak BERSIH kepada kerajaan dan memburukkan lagi keadaan.

3. tindakan kerajaan termasuk perdana menteri, menteri2, blogger2, stundent univerisiti yang menghentam BERSIH dilihat adakah tindakan plg bodoh dan hanya untuk meraih publisiti media semata2.

4. sepatutnya mereka memberikan kelulusan untuk BERSIH membuat perhimpunan mereka di kawasan2 yang mereka canang2kan tidak membawa masalah td. tp kerajaan hanya pandai bercakap. mencadangkan BERSIH diadakan di putrajaya tp tidak memberi kelulusan. maka isu ini ditangani oleh kerajaan secara tidak berhikmah.

cadangan:

1. kerajaan meluluskan perhimpunan ini diadakan di kawasan2 yang tidak melibatkan orang awam.

2. kerajaan sepatutnya menganjurkan pihak SPR untuk menerima memorandum dari BERSIH secara terbuka. dan tidak memperlekehkan BERSIH apabila mencadangkan supaya datang dengan hanya sebiji kereta.

3. orang2 yang tidak berkaitan tidak perlu terlibat sama dalam hal ini. seperti student uitm yang melaporkan hal ini kepada balai polis dengan memakai baju batik mereka.

akibat dari perbalahan antara 2 pemimpin berkepala batu ini:
1. rakyat malaysia telah berpecah belah dengan lebih teruk sehinggakan timbul pergaduhan sehingga ke dalam masjid dan surau2. dimana masjid2 dan surau adalah tempat penyatuan umat islam. ini adalah suatu penghinaan yang lebih hebat dari kes menggantung kepala khinzir di pagar masjid beberapa tahun lalu.

2. rakyat lebih suka mendengar dan membuat semua arahan pemimpin berkepala batu tanpa memikirkan perihal orang lain sedangkan pemimpin hanya bersorak berpuas hati apabila sebilangan rakyat ditangkap dan dibelasah pihak polis. pengurusan perhimpunan pula hanya lari menyelamatkan diri. datang menaiki kereta. sedangkan pemimpin perhimpunan patut berada di barisan hadapan semasa perarakan bukan datang akhir sekali dengan menaiki kereta mahal dengan driver masing2.

penutup:
penulis merasakan pemimpin di malaysia nie hanya pandai bercakap tidak kira dimana2 pihak sekalipun. dan rakyat malaysia pulak hanya mengikut kata hati untuk mementingkan diri sendiri sahaja bukan menggunakan otak dan akal mereka untuk mempertimbangkan orang lain yang juga saudara sebangsa atau saudara seagama.

pihak media pula mengambil kesempatan untuk memburukkan lg keadaan dan berniat hanya untuk meningkatkan rating mereka sahaja.

sekian,
  

Saturday, June 25, 2011

the love chapter

nah, nie sy lukis sendiri
untuk awk
sebab
...

Saya masih suka awak
suka awak
suka awak
suka awak

cubalah kau mengerti
perasaan hatiku
ku cinta kami
hanya itu aku tahu

dan takkan terulang lagi
silapku yang dulu
meninggalkanmu
untuk kedua kali takkan berlaku

aku akan selalu
MENJAGA dan MENCINTAIMU
aku janji padamu
TAKKAN MENDUAKANMU
...
this chapter in my life called
fall in love

Tuesday, June 21, 2011

penat yang terlega

dulu masuk ofis pukul 8 balik kul 6ptg...
then bila dah ada flexi kul 9 sampai 4 wajib ada...
yg lain ikut suka asal ckup 8 jam/hari...

then smenjak tue jgk...
org yg mnulis nie masuk ofis kul 8.30 try untuk kuar kul 6.30
adakalanya terlewat tue pasal bnyak kejalah kn...

kisah perjalanan pagi:
pukul 7.15 bertolak kalo hari yg bnyak kerja n nk kena masuk awal (high motivation)...
pukul 8.15 bertolak (low motivation) liat nk peg keja...
yg plg best btolak pukul 8.15 lah kan...

jalan jalan dan jalan...
melalui sebuah sekolah tadika...
kanak2 berbaju hijau...

dan yg paling best...
pastinya berjumpa dengan 2 org si kecil...
diorg dtg dari LRT...

comelnyaaaaaaa...
si adiknya tue tembam dgn mata kecik dia...
tersenyum sorg2 dalam hati...

mcm nie la lebih kurg muka si adiknya yg comel tue..pipi tembam n matanya sepet hehehe

kisah perjalanan petang:
balik pulak lain cerita...
setelah turun dr LRT...
jalan menuju ke rumah ku...

penatnyer mcm org yg tak tido sminggu...
berjalan menuju ke katil nk menyelam...
laju jalan...

tetiba ada si kecil yg dipimpin ibunya...
yg nie pown comel...
hurmm tgk dia senyum...

terhilanglah penat td...
rasa happy jer nk berjalan ke rumah...
senyum sorg2 tue pasti laa...

baru rasa nk menikmati alam nie...
menikmati bunga2 kuning yg gugur...
dari pokok2 disepanjang jalan ke rumah...

mcm nie lebih kurang muka dia

dan dalam masa 3 minggu lg dah xdpt nk jumpa diorg setiap pg dan ptg...huhu

Wednesday, June 15, 2011

ada orang "tetttt" aku dalam train 2

aku:-
turun. tunggu. bosan. muzik. best. MUH. LRT. naik. masjid jamek. baju. balik. tunggu. lama. muzik. sampai. masuk. sandar. penat. peluh. aircond. sejuk.

dia:-
brenti. pintu. masuk. berdiri. depan. baju kurung. cermin mata. sweater. berdiri rapat. depan.

aku:-
sandar. rapat. jauh. susah.

dia:-
pintu. bukak. orang. masuk. rapat. aku. sandar pintu. depan.

ramai. dia. depan.

aku:-
muzik. MUH. tunggu. rumah.

dia:-
pandang. reflek. cermin.

diam. aku. tetttt. train. lagi.

Saturday, June 4, 2011

manisnya lolipop

org, kalo bercinta..
sguni gula..
manis lg wajah si kekasih dia tue..

cakapnya nyer garang..
mukanya ganas..
tp depan si dia..
bukan pijak semut xmati..
tp semut boleyh angkat dia tue..

senyum sorg2 lepas bca msg kt fon tue biasa la..
sama jgk msa penulis tgk wajah sorg gadis..
yang tersenyum2 masa tgh baca surat cinta yg penulis tulis..

tp malangnya orang lain yg menjadi tuan kepada surat tersebut..
penulis hanya bekerja disebalik tabir..
hanya menulis skrip untuk seorang pelakon..

indah kan?

tp ada masanya..
penulis xfaham..
ada masanya penulis jumpa skrip2 cinta milik rakan2 menulis..
plotnya tertulis..

"adakalanya kehadiran si dia menyusahkan"

andai sudah benar cinta..
kenapa susah itu ada..
pelik..
adakah saling tidak memahami..
atau belom benar2 cinta..

adakah cinta itu wujudkan satu rasa..
untuk mengongkong..
untuk terlalu berhati hati..
dan berjaga jaga..
sampai hilang percaya pada si dia..

jika itulah cinta yg wujud..
maka cinta yg ikhlas itu masih belum wujud..
cinta yg ikhlas akan lahir..

bila wujud percaya..
hilang rasa untuk meminta..
dan muncul rasa untuk terus memberi..
tanpa berkira lagi..
bila dan apa yg akan diterima..

time nie barulah...
dimana saja berada..
si dia tetap bersama..

manisnya lolipop..
manis lg senyumannya..

Thursday, June 2, 2011

Rahsia Inpirasi Arjuna

ini rahsia seorang lelaki yang tidaklah setanding dengan rahsia negara atau mana2 rahsia yang lebih besar dari segala rahsia. Rahsia ini bukanlah rahsia milik penulis dan mungkin rahsia ini dimiliki oleh kebanyakkan arjuna di luar sana.

kisah satu:

A: tue yg kt depan tue awek ko ke?
B: hurmmm...
C: hahahaha...best fren
B: haaaa best fren...
A: dah ada so bila lagi?
B: compicated ckit r...
A: complicated plak...apa citer nie..tgk slalu lepas sama..
B: hahahaha apasal?
B: maybe not as "wife"...
A: aisyehh, pesal?
B: hurmmm..bnayk sngt yg not common..
C: not common camne?
B: hahahaha..biasala..korg nk isteri "mcm tue"..kalo jd pown mybe susah masa depan nnt..

kisah dua:

D: weh bg sorg kt ak...
E: bg apa?
D: awek la, tue ko tgh tagged tue xkan xda kowt..
E: abeh tue, cik "..." ko nk tak mana?
D: tue nak wat isteri..nie just nk kawan2 time kt cnie jer...
E: oih boleyh mcm tue plak?
D: alahh meh la sorg...

kisah tiga:

F: oit lawa2 nie nk keluar mana?
G: KLCC, kungfu panda..
F: sapa? budak opis ko?
G: x ah..ngn "..."
F: "..." sorg jer
G: "..." dia sorg jela kawan ak kt cnie..
F: "..." duk mana?
G: dia duk " --- "
F: sanggup tue..
G: ...
F: amboi midnite ngn "..." tue cik " X " tue xckp ape plak?
G: mana bgtau kt dia pown..
F: kalo dia call?
G: silent jer..balik call la balik..

xtau lah korg yg bca, faham x apa yg penulis nk cuba sampaikan...renung2kan dan selamat beramal
berhati2 dgn cinta..
cinta itu tak buta tapi yang selalunya buta adalah yang mencintai dan yang dicintai...

merisik masak lemak cili api

bermodalkan masak lemak cili api yang sedap, si ibu merisik 6 anak bujang yang menyewa lot hadapan rumahnya. risikan ini adalah kesinambungan dari merisik nasi dagang sebelum ini.

nasi dagang sebelum nie pown terbaik gak makcik, masak lemak smlm perghhhhh mmg terbaik, skali terkena pasti nak lg. selalunya kami terbau ja ikan bilis yg makcik goreng pg2 sblom peg meniaga, masa ktorg kuar nk peg keja. 

kalo time hujan plak, bau ikan masin goreng masuk sampai dalam rumah kami. hahhhhhhh, kalo kena pulut lemak dengan ikan kering time hujan2 mcm nie, pastinya terbaik. tambah pulak sesi makan ditutup dengan hidangan teh o suam di hadapan pintu yang mana angin bertiup2...aduhai...

menu smlm nasi putih bersama masak lemak cili api ikan masin. terbaikk...tq makcik yang sedekah makanan  kt ktorg. mcm paham2 jer org bujang nie malas ckit nk masak. tambah2 time suma org tgh bz kencang skunk.