Friday, January 2, 2015

Menanti Anak Ku

Assalamualaikum

Pertama sekali syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan aku seorang isteri yang baik dan mengizinkan isteri aku untuk mengandungkan anak kami yang pertama. Alhamdulillah, syukur jua aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan kami rezeki sehingga ke hari ini.

Kawan-kawan kerap bertanya tentang persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan masa aku decide untuk melangsungkan majlis perkahwinan dulu dan kini pula mereka masih kerap bertanya mengenai persediaan untuk mempunyai anak sendiri.

Allah! Allah! Aku sendiri pun tak tau macam mana nk explain kat kawan-kawan yang bertanya. Aku pun tak tahu sama ada aku sudah bersedia atau belum. Namun aku sentiasa membuat persediaan menanti kelahiran anak ku yang pertama nanti.

Baby boy atau baby girl? Soalan yang paling popular ketika ini. Isteri aku pun selalu duk tanya, pada firasat aku anak lelaki atau anak perempuan. Secara peribadi aku rasa anak lelaki tetapi ramai yang cakap anak perempuan, termasuk mak dan abah aku sendiri. Isteri aku dah scan tapi tak nampak lagi, nak buat macam mana.

Namun tak mengapalah, sebab barang baby semua dah beli pun. Aku beli saja semuanya tak bertema, lelaki atau perempuan boleh pakai. Jadi, insyaAllah tak menjadi masalah rasanya untuk 6 bulan yang pertama nanti.

Dalam keterujaan, risau pun ada jugak aku rasa. Aku harap semuanya berjalan lancar. Semoga Isteri aku dan anak selamat nanti. Amiinnn.