Tuesday, January 25, 2011

jangan ulangi kesilapan dulu...

lkhmasa kt sek dlue kta ada blajar dlm subjek sejarah form 2 kowt...pendidikan negara terbahagi kepada 2, formal dan tidak formal (btol k?, kalo xsilap la..) pendidikan tidak formal adalah pendidikan org dulu2 yg belajar melalui keturunan dan xda silibus yg tersusun seperti si anak belajar menangkap ikan di laut dgn bapaknya atau si anak belajar menjahit dan mereka mengaplikasikan apa yg mereka belajar untuk menyara hidup seharian.

kemudian zaman terus berevolusi dimana pendidikan secara formal muncul dalam bentuk pelajar diajar di dalam kelas mengikut had umur dan mempunyai silibus tertentu dan pelajar diuji melalui peperiksaan yg dirancang. sejak munculnya pendidikan formal, pandangan org melayu berubah, mereka mula memandang tinggi pada pendidikan formal kerana sesiapa yg melalui pendidikan formal dgn berjaya, dia akan hidup senang.

kerana kesusahan mereka dimasa lampau mereka menekankan pendidikan formal kpd anak2 mereka. dan bermulalah era kejayaan seorang anak belasan tahun diukur melalui keputusan peperiksaan, sehingga sekarang dimana kita melihat ibu bapa sememangnya mmg pentingkan pendidikan formal anak2. sbb itu mereka selalu impikan anak2 mereka dpt belajar di sek yg hebat2. pmr 8A/9A, spm 10A/12A.

disinilah bermulanya arena pendidikan melaysia yg berorientasikan peperiksaan. semua orang menjadikan pemenang2 pingat emas upsr, pmr dan spm sbg tumpuan utama. meraikan kejayaan mereka bukanlah isu utama tp perhatian untuk mereka di tahun peperiksaan menjadi tanda tnya..

jika benar kerajaan mahu hapuskan pendidikan berorientasikan peperiksaan...
1)mengapa guru2 yg cemerlang di universiti ditempatkan di sek2 bandar?
2)mengapa sek sibuk2 memberi keutamaan guru2 pakar mengajar tahun atau tingkatan yg akn mengambil peperiksaan ?(e.g.: tahun 6, ting 3, ting 5...)
3)mengapa sudah menjadi adat pihak sek mengadakan bacaan yaasin beramai2 hanya untuk pelajar2 yg akan mengambil peperiksaan sahaja?
4)mengapa pihak sek mengharamkan pelajar di tahun peperiksaan terlibat dgn semua aktiviti kokurikulum?
5)mengapa mengapa dan mengapa...???

penulis melihat sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan bukan dilihat bermasalah kerana terlalu bnyak peperiksaan...tp salah sendiri yg mngutamakan peperiksaan..setiap tahun selepas keluar sahaja keputusan, pasti media akan mengumumkan peratus kenaikkan dan penurunan setiap subjek. hahahaha...kenapa nk mansuhkan pmr dan upsr yg menjadi tempat pelajar2 kita menilai kesilapan lalu..

jadi pemansuhan pmr dan upsr adalah sngt tidak relevan atas alasan pemansuhan pendidikan berorientasikan peperiksaan..

cadangan penulis...
1) kerajaan perlu tempatkan guru paling bertauliah dan cemerlang untuk mengajar di sekolah2 tadika atau pra sekolah...kerana pendidikan awal adalah sngt2 penting berbanding pendidikan di tahap lain..
2) penekanan pendidikan awal di kawasan luar bandar perlu ditingkatkan
3) selain biasiswa untuk pelajar yg cemerlang akademik, kerajaan perlu menawarkan biasiswa atas kecemerlangan lain, contoh sukan, muzik, programming, seni halus dll yg relevan mengikut demand. (penyanyi xpayah, dah berlambak walaupun demand sikit)
4) kurangkan rancangan reliti berbentuk pertandingan nyanyian, banyak sngt dh, buang duit jer bg hadiah...lepas menang senyap..banyakkan game realiti berbentuk minda dan fizikal (bukan quiz, zaman dah berubah) cnth: inventor, iron man, or mcm kickstart nescafe tue...
5) nie plg penting, semasa di tadika - hapuskan silibus yg ajar nyanyi n menari2 tue..ajarkan doa, hukum hakam yg ringan2 (penekanan dlm aspek agama)
6) raikan guru2 di tadika dan sek rendah - dlm hari guru kebangsaan..pada penulis mereka adalah guru paling berjasa selepas ibu bapa sendiri..

sekian...fikir2kan..

Sunday, January 23, 2011

lelaki idaman Vs lelaki pilihan

apakah ciri2 fizikal lelaki idaman bg seorang gadis melayu? hurmm rumit giler kalo pikir pasal nie..fenin fenin. logiknya kalo difikirkan gadis2 melayu masa kini pastinya akan mengejar jejaka2 dengan ciri2 :
  1. berkulit cerah
  2. tinggi
  3. berbadan sasa atau BMInya dlm range ideal
  4. kalo muka jambu2 dan clean mcm hero2 dlm citer korea tue
  5. dan segala2 yg sempurnalah kan..

penulis katakan semua itu adalah mimpi sebab ciri kt atas adalah berbeza dengan hasil kajian dan juga pesan2 pakar2 motivasi dan ahli kaji sains sosial. menurut mereka ciri lelaki yg sepatutnya di idam2kan oleh seorang gadis melayu dan mmg menjadi pilihan hampir 80% gadis melayu berumur 18 - 44 tahun:
  1. berkulit sedikit gelap - tanda macho dan indipendent
  2. botak - tanda penyayang
  3. makan banyak - tanda romantik dan penyayang
  4. gemuk/berisi - kelakar
  5. berjanggut atau bermisai - korg google pasal nie, bnyak gila kajian membuktikan perempuan prefer lelaki berjangut sbg pasangan hidup
hurmm..kpd wanita2 diluar sana fikir2kan dan pertimbangkan balik pilihan anda

Thursday, January 20, 2011

merajuk terluka

bila mana hati merajuk..
ia perlu dipujuk..
dan pemujuk terbaik org yg bertanggungjawab..
kedua, masa..

hati yg merajuk itu adakalanya tak rasional..
antara dua..
mahu dipujuk..
atau malaslah nak layan..

hati yg merajuk..
ubat yang mujarab adalah kejutan..
xbrapa terkejut pun xpe..
asalkan bnda tue bkn kebiasaan..

org yg merajuk..
xkn ckp, sy merajuklah..
melainkan ckpnya berulang kali..
dia mmg maksudkannya..

merajuk yg lebih cool..
bila terus berhenti dan minx diri secara mendadak..
hati tue tengah merajuk..
itu perlu difahami..

cara memujuk..
xda formula..
xda petunjuk..
pejam mata dan fikirlah..

Wednesday, January 19, 2011

1 bulan 1 minggu 5 hari 19jam 2 minit 49 saat


sudah sekian lama penulis berada di meja workstation nie..lama ke? lama la jgk kn..bersama2 jgk dengan housemate2 baru yang masih tidak dapat menandingi geng hikayaterz iaitu housemate2 lama yg mmg happening. soryla housemate baru yer..korg happening jgk cuma masih amatur hehehehe...

citer sal housemate baru, haaa ni la nk stoly moly kt engkauworang niee..

ok, kita mula dgn roomate sendiri la senang sikit. A Samad Acap, gelaran terbaik untuk dia..urmm (fikir) .."Dr. Ir." walopun ada cita2 nk jadi lubricant engineer berdasarkan tempat intership skunk nie namun beliau on-call 24 jam mcm sorg Dr. kt hospital pakar. beliau yg juga merupakan salah sorg hikayaterz yg tidak menunjukkan belangnya ketika bergelar hikayaterz dulu kini menampakkan lifestyle seakan Dr. urmm (fikir) .."Dr. cinta"

(mcm mana la saudara zul bleyh melayan Dr. A Samad Acap nie sehari hari dlue)

next, bilik sebelah,

bilik nie extreem sbb diorg penggemar sukan2 extreem, tokey atau nama sebenar Ahmad Shafiq..mcm mana nk ckp arh..urmm (fikir) .."chef"..selain meminati sukan extreem dan berminda terbuka hasil pembacaan yg banyak beliau juga pandai dan rajin memasak. masakan kampung antara yg plg hebat oleh beliau ialah lempeng, dan segala cucur2 untuk minum petang.

next, roomatenyer,

yg sorg nie..gelaran terbaik untuknya..urmm (xpayah fikir) .."information center", penulis cabar korg list 10n perkara yg korg baca dalam internet yg saudara azri tak tau. beliau juga merupakan GPRS terbaik untuk ktorg pusing2 kL selain catalog harga untuk semua barang2 hardware dan gadget2 yg nak dibeli. banyak kelebihan sorg nie sbb beliau jga menjaga perbendaharaan rumah ini sebelum memberi kepercayaan kepada roomatenya sebelum beliau berangkat ke Labuan selama 2 bulan.

next, master room,

bilik plg besar dalam rumah ini dan mempunyai tandas sendiri di dalam bilik, salah seorangnya adalah orang utara, merangkap "hang 5 bersaudara" dalam filem magika yang loghat utaranya pekat. beliau amat sesuai memakai gelaran..urmm (fikir) .."workaholic". beliau mula menggantikan saudara azri sejak keberangkatan azri ke labuan, menjadi org paling lewat sampai ke rumah. kira2 pukul 9 mlm, tue plg awal. selain itu, beliau juga suka ke opis pada hujung ming sama ada sabtu atau ahad dan pulang pada pukul 11 malam. selalunya ada saja kerja yang dibawa balik ke rumah. banyak sungguh kerja dia.

next, roomatenyer,

roomate kpd workaholic nie, gelarannya..urm..(fikir) "misunderstood", slalu "laaa ak ingt..". hurm tue la ayat yg selalu sngt dia guna. selain tue beliau juga jenis relax dan sungguh demand untuk mengisi perutnya. dan beliau nie sungguh susah untuk difahami. penulis pun payah sikit nk faham.

ok, stakat nie dlue...jumpa ag nnt..
bubye

Saturday, January 15, 2011

Factory Aceptance Test di Shah Alam

khamis 13 january 2011, penulis brsama office mates beramai ramai (xda la ramai mana pun) join trip ke Solar Alert Shah Alam untuk menyaksikan sendiri sesi Factory Acceptance Test (FAT) untuk wellhead dan Christmas Tree.

jom tgk apa yg terjadi kt sana:

first, nie leyh consider main base la diorg nie wat keja...


nie antara wellhead (B section) yang sudah siap dan dicat warna PETRONAS...


nie plak christmas tree yang ada kt sini jgk dicat dgn warna PETRONAS...


nie staffs baru yg ikut sekali (dari kiri: hafizi, naga, ainul)


nie well head milik RESAK laa..yg nk di test tue...


jga2 bang nmpk diorg dah angkat christmas tree kt blakang tue...


skunk nie kta angkat wellhead nie..


pastue kta letak kat atas wellhead nie...



ok baik2...bg balance, jgn sampai rosak tau...


ok ckit lagi ckit lagi...


skunk kta plug lubang nie...t masuk air, pressurize...kta tgk ada leak x...


skunk nie kta angkat n masuk dlm pool untuk gas test...


ada buih x? xda kan...ok xda leak, barang baik punyer...



aduhh, penat btol mnunggu...tido lg best..hehehehe

dah...sekian, tu jer gambr sempat amik, t kta citer sal bnda lain plak...basically oil and gas industry amat menarik untuk diterokai...

Tuesday, January 11, 2011

ada sesapa TAK PUAS HATI kat sini?

dah beberapa hari berlalu anugerah juara lagu 25. tp media xabes2 ag citer sal keputusan yg dianggap tak adil oleh rakyat malaysia. semua xpuas hati apabila trofi dan wang hadiah utama menjadi milik seorang penyanyi cantik dan berfalsafah, ana rafali.


kn penulis dah ckp dah rakyat malaysia nie jgn dilayan sngt, diorg suma selebriti oriented. menilai kualiti pada selebriti bukan pada hasil seni. nyanyilah lagu yg boleh menang world award atau mtv award skali pun, kalo yg nyanyi tue bukan si penyanyi popular. minx maap la de. rakyat malaysia xpilih punyer. sbb tue la kebanyakkan artis hasil rancangan realiti xleyh tahan lama kecuali mereka2 yg muka boleh jual album or slalu dgn kontroversi2 yg meletup. namun begitu situasi mcm nie menjadi satu cabaran besar kepada artis2 yg xbrapa hensem dan xda kontroversi. mereka perlu tingkatkan usaha untuk menghasilkan produk yg bgus.

keputusan tetap keputusan. ana rafali dan menang pown. apa nk heboh? bukan kita dpt duit pown kalo komplen2 kt media n sbagainya. better kta teruskan hidup dan pikir mcm mana nk tingkatkan kualiti hidup untuk dunia dan akhirat.

Monday, January 10, 2011

kala malam bulan mengambang

nie bukan citer seram jembalang dgn serigala jadian yg mana heronya adlah hero malaya; rosyam nor. owh tidak. apa kaitan tajuk kali nie dgn yg nk ditulis kali nie. xda idea plak...

kala, apa maksud kala nie? kalo org utara, "kala" tue sama la ngn colour..btoi dak org kedah, penang dan perlis? hehehe...tp kalo kala jengking jd binatang la plak, berbisa tue. kalo english dr seekor serangga berbisa dh transform jd kumpulan rock popular yg menyengat...

malam, sapa xtau malam. ada je malam yg cerah, malam pesta muda mudi. haaa yg tue lagu. malam tido xlena tue jenis penyakit. kalo malam menanti siang tue pun lagu jugak. serunai malam plak nama kump dikir barat smkay dlu.

bulan, bulan pown femes jgk. plg femes dikalangan penyair2, bulan dipagar bintang tue plak peribahsa. bulan jatuh je riba plak peribahasa, untuk org yg dpt untung serta merta, mmg puas hati la.

mengambang, mengambang ada bezanya dgn berjambang. mengambang tue indah berjambang tue plak. mybe indah=)...ye la sama mcm org gemuk ngn org kurus. ada org suka org gemuk ada org suka org kurus. so payah la nk cakap. hehehehe...

ape2 pun penulis still xtau knapa perlu tulis psl nie...ada sesapa leyh bg jawapan...

Friday, January 7, 2011

muka tandas

walopun tandas merupakan tempat yg dikenali sbg tmpat yg kotor namun xsemestinya semua tandas kena kotor. geram owh~ geram...muka tandaslah bg mereka2 yg mengotorkan tandas. biar mereka mengotorkan muka mereka sendiri. nie satu lg tabiat xelok rakyat malaysia; pentingkan diri dan pengotor.

btol xsemua, tp xtau zaman maju2 mcm nie pun masih ada org yg malas nk tarik flush kt toilet tue. geram owh~ geram. mmg mnyakitkan hati. jenuh educate la camnie..

korg tau tandas tue mmg penting. pentingnya tandas tue mcm muka kita. "muka tandas". apa gelak2? btol la. kalo korg g rumah member2. korg nk tau family tue jenis mcm mana, cuba g tndas dia. nie my lovely mum la yg ckp. kalo lantai tandas tue berlumut jer. minx maafla, next time mmg xjejak dah umh tue. xkisah la umh besar k kaya k xkaya k. even kalo tandas kt luar n mcm nk roboh sekalipun kalo bersih. mmg okkeyyy sngt. sbb kebersihan tue bukan milik org kaya. tua, muda, kaya, miskin, melayu, cina, india, khadazan, org kurg upaya dan perdana menteri sekalipun. sumernyer mstilah menjaga kebersihan tandas.

ingt tue jagalah tandas. terutama sekali kepada family yg menyambut menantu, atau menyambut bakal besan. krg sbb tandas kotor, xpasal2 xjd plak kenduri. tp kan ingt, tandas bersih bukanlah bermakna kna ada marmar putih, berkilat, lampu candle light, cermin besar dll. tnadas bersih cukuplah sekadar tidak berbau, tidak ada sisa sisa ***tetttt di dalam, lantai bersih. tak gelilah kaki nk pijak...camtue la lebih kurg..

so jagalah tndas anda, kerana ia lambang muka anda. muka apa?





pandai....

Thursday, January 6, 2011

tips menjadi pengkritik filem yang berwawasan

korg suka tgk muvie kan? mstla terutama kaki2 cinema yg sngt3la rajin berjalan dan beratur membeli tiket wayang. ada jgk yg men download jer n tgk sorg2 kt dpn pc, ada jgk yg tgk ramai2. xkisahlah la mcm mana and dimana korg tgk.

dah tue tgk munie nk tgk citer apa? depend on personality org tue la. ada org suka tgk citer english sbb lifestyle diorg yg open. ada org suka tgk citer melayu sbb kdg2 sinis dgn lifestyle sndiri, ada jgk tgk citer korea sbb hero hensem n heroin cute pastu ada la asian taste ckit. ada jgk yg bolywood slamanya hehehehe...sbb hero mst menang punyalah hehehe...

so kalo tgk citer tue mst la kte kasi komen ckit walaopun kta nie bukan lah professional sngt pun. namun ramai rakyat malaysia nie masih lg bias bila komen atau nk stuju atau xstuju komen org lain. sbb most of us are selebrity oriented. kta minat citer tue sbb pelakon dia, kta minat muzik sbb penyanyinya n kta berpusu2 ke panggung sbb filem tue diarahkan oleh ssorg yg kta suka. sbb tue malaysia wat filem berpuluh juta sbb bayar artis popular untuk belakon dlm citer yg langsung xbest.

so mcm mana nk ubah mind set kta n xbias dlm mengkritik filem nie?
ada caranya. nie cara yg penulis wat la...nk kta pro tue x la tp skurang2nya xbias la kn...ok
tips:

1. baca sinopsis dr akhbar2 atau media lain (blog, tv dll) - comment dr pengarah n pelakon tue penting jgk (nk tgk stakat mana pelakon malaysia nie kuat menipu n masuk bakul angkat sendiri). bca sinopsis nie penting untuk bina kta punya expectation kpd filem tue. so bila bca tue kt dah letak takat mana expectation kta. jgn main peg tgk jer.

2. td dh tgk kn sinopsis. skunk classified filem tue jenis apa. action k, melodrama k or kekeluargaan k. hurm barulah xlari dr tajuk nk komen t.

3. tgk plak sapa pengarah citer tue. n cek balik filem2 yg penah dia arah sblom nie. nie nk wat comparison nnt bila dah abes tgk citer baru nie.

4. tgk plak senarai nama sume plakon yg menjayakan filem tue. then ingt balik watak2 yg dia penah blakon sblom nie. nie pun nk wat comaprison jgk.

5. urmmm skunk nie barulah peg tgk citer..msa tgk nie layan jer citer nie sampai abes. kalo citer dia merepek k ape k, refer balik kt sinopsis n komen2 yg kta bca awal td. sama xm, jujurkah ke'best'an filem itu sperti yg dikatakan atau mereke menipu untuk memujuk kta peg tgk ramai2.

6. then compare hasil kerja pengarah citer

7. compare cara lakonan pelakon.

8. usah btol2 prob2 yg digunakan dan cara kamera shoot, angel n suma aspek.

9. summaies plot citer tue, bleyh ramal k, simple sngt k, wat filem mcm xnk wat k...n suma2 bnda la psl jalan citer tue...

nie haaa yg last nie plot adalah plg39 penting bila nk komen filem. jalan citer mesti best. jgn kata citer tue best smata2 pelakon2 yg meletup jer blakon. atau pengarah2 terkenal yg arah. kalo rkyat malaysia truskn budaya selebriti oriented nie mcm mana pengarah2 baru nk tunjukkn skil diorg dlm membudayakan rakyat malaysia melalui filem?

fikir2kanlah

Monday, January 3, 2011

kekasih berhati permata

aku telah lama menyukai dirinya
dan bermula detik itulah aku kecundang
apabila memiliki menjadi makna cinta sejati
aku lupa kepada memberi

saat itu juga
aku mula memilih untuk sempurnakan dia
tanpa aku tahu isi hati dan kemahuannya.
sedangkan aku miliki segala kelemahan

hatinya terluka
kerna aku yang selalu inginkan kesempurnaan

sehingga dia tidak mampu menitiskan airmata
menafi segala cinta beralas derita
cuba untuk gembira
untuk seorang kekasih berhati permata

segalanya sempurna pada mataku
namun tidak pada hatinya

hari ini aku merasa dia terluka
membawa diri mengubati sengsara

tiada janji dapat ku ucap lagi
dalam keresahan hati
menjadi kekasih berhati permata

P/s: namun aku masih berharap masih ada ruang untukku dalam hatimu..aku akan terus menunggu...