Monday, July 15, 2013

Kisah Cinta Yang...

Assalamualaikum..

Lama tak pernah pos jiwang-jiwangan. Bukan sebab dah tak jiwang tapi romantiknya kurang. Dah terlalu sibuk. Tak terurus. Bilik tak berkemas. Bermalas-malasan.

Tiba-tiba idea datang sewaktu menunggu masuknya waktu Isyak bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.

1. Cinta Tak Berbalas.
Ini masalah biasa dalam arena percintaan. Biasanya ditakuti oleh golongan yang pertama kali nak bercinta. Suka dalam diam-diam. Selalu dah bagi hint sebab takut nak melafazkan cinta. Orang yang dibagi hint pulak bukan tak faham. Tapi buat-buat tak faham. Menguji kesabaran. Ada juga nak kepastian yang nyata. Lafaz yang jelas bukan lagi harap-harap dia juga mempunyai perasaan yang sama.

2. Cinta Buta.
Cinta buta biasanya terkena pada adik-adik yang mula nak bercinta atau orang-orang yang terdesak sebab ingat diri dia dah tak laku. So dia main sebat je bagi hati dan perasaan. Percaya pada orang yang tak sepatutnya. Dia juga cuba pujuk diri dia "mungkin inilah jodoh kurniaan Allah". Cinta jenis ini bahaya. Kelak memakan diri sendiri.

3. Cinta Monyet.
Cinta monyet nie cinta waktu sekolah-sekolah orang cakap. Cinta tanpa memikirkan masa depan bagi aku. Kalau ikut perasaan memang best. Sebab tak matang lagi. Tak fikir bertapa susahnya masa depan nanti. Cinta monyet biasa melanda orang-orang yang selalu tengok drama melayu atau drama bersiri korea. Suka sangat percayakan takdir dan selalu optimis dalam percintaan. Namun cinta monyet nie ada jugak melanda orang dewasa. Jaga-jaga.

4. Cinta Tiga Segi.
Ini terlalu dramatik. Cinta tiga segi melibatkan 3 orang. Sama ada 2 lelaki yang mencintai seorang perempuan atau 2 perempuan yang mencintai seorang lelaki. Biasanya pasangan yang bercinta nie jenis senyap2 menjalinkan hubungan. Orang ketiga biasanya kawan rapat atau sahabat baik yang dikenali. Bahaya nie, kerana cinta putus sahabat.

5. Cinta Bermusim.
Dalam percintaan biasalah. Laut pun tak selalu tenang. Langit tak selalu cerah. Ini adalah biasa. Cinta yang kadang-kadang bosan. Kemudian rindu-rindu balik. Ada yang teruk sikit. Kejap cinta, kejap break-up. Then sambung balik. Then break-up balik. Ini bukan tak cinta tapi kadang-kadang, pasangan tidak mempunyai sistem komunikasi yang betul. Selalu harap si dia nak tahu isi hati kita tanpa kita berkata-kata. Mana boleh. Ini bukan cerita korea. Ini realiti. So beritahulah si dia, agar si dia faham isi hati. Bukan mengharap bulan jatuh ke riba.

Seronok cakap pasal cinta ni. Lagi seronok bercinta itu sendiri. Namun cakap memanglah senang. Masa zaman budak-budak bercinta kemain. Nak sampai ke jinjang pelamin. Dah besar baru aku sedar. Nak kahwin bukan mudah. Merangkak jugak aku mengumpul kemampuan. Dari segi harta, ilmu dan restu keluarga.

So adik-adik masa kecik2. Tak payahlah nak kalut bercinta. Bukan boleh kawin esok lusa. Nue lambat lagi. Belajar rajin2. Nanti kerja elok2. Nak pergi meminang pun senang orang terima. Cepat kumpul duit buat belanja. Tak payah nak puasa-puasa, makan meggi setiap masa.

Fikir-fikirkanlah.