Wednesday, September 25, 2013

Telaga Berkuah

Assalamualaikum..

"Tengok belakang dia..berkuah"
"Apa? Apa?"
"Berkuah belakang dia.."
"Apa? Apa?"
"Berkuah."
"Apa tue?"
"Berkuah laa, berpeluh."

Mana ntah datangnya penggunaan perkataan BERKUAH kepada orang untuk menggambarkan orang tue berpeluh dan peluh tue nampak basah di baju. Aku baru dengar tadi. Hurmm macam-macam bahasa orang kita nie.

5-6 tahun lepas,  masa aku join PLKN. Oh! salah, masa aku diwajibkan menyertai PLKN oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, dalam kompeni Delta tue adalah sorang budak lelaki yang di gelar "Pak Cat". Nama penuh dia aku langsung tak ingat, dan tak dapat nk recap pun.

Pak Cat nie punyai tubuh besar, gemuk, tinggi. Dah dia bersaiz yg paling besar dalam kompeni Delta so for sure dia akan duduk barisan ke tiga dan lajur last sekali. Kalau dia berdiri kat tengah2 maka barisan tue akan jadi tak lurus sebab dia akan menolak orang di kiri dan kanan terkeluar daripada kedudukan mereka yang sebenar untuk memuatkan badan dia dalam barisan tersebut.

Bila dah nama PLKN nie, lapor diri dalam barisan kawad adalah perkara wajib yang kami buat setiap kali sebelum memulakan aktiviti, termasuk aktiviti lepas zohor dibawah terik mentari, diatas tar yang membahang kami macam ayam bakar bazaar ramadhan, yang sedang dipanaskan sementara menunggu pelanggan datang membeli. Apa nasib pak cat?

Pak Cat pun apa lagi, berpeluh basah kuyuplah cerita dia. Sampai basah baju loreng dia yang tebal tue. Kompeni Delta nie pulak banyak budak separuh mental, jenis gila2 nie. Depa (mereka) nielah yang gelar Pak Cat dengan nama "Telaga".

"Sarjan! cepat sikit..Telaga dan melimpah penuh dah nie.."
"Hahahahahahaha.." geng Delta gelak sepuas hati. Sementara budak2 kompeni lain pikir apa yang lawak sangat sampai depa duk gelak sakan. Depa bahan (perli) kami ka - Lepas tue mula nak gaduh. Biasalah budak2 muda di PLKN semuanya nak tunjuk hero.

Hero kem tue semuanya ntah kemana la nie, aku sendiri pun tak tau. Cuma beberapa orang sahaja yang masih contact dengan aku sampai sekarang. Depa pun macam2 cerita aku dengar sejak depa keluar dari PLKN. Semoga mereka semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah. Amiiinnn..

Tuesday, September 24, 2013

Mengata Dulang Paku Serpih

Assalamualaikum..

Di masjid semasa solat jumaat:

Ramai gila orang keluar masjid lepas bagi salam, tak sempat baca doa lagi. Langkah melangkah bahu nie biasalah. Aku pernah jugak terfikir, orang kita nie mai semayang jumaat sebab apa?sebab dah maklum semua orang lelaki kena mai semayang jumaat ja kot. Kalau semayang jumaat xpayah jemaah, for sure ramai la yang miss macam semayang waktu yang lain. Tue pun ada jugak geng2 yg relax buat muka selamber ayam lintas kt MRR 2 makan, minum n sembang2 kat opis time orang tengah semayang jumaat kt masjid.

Yang tak pi semayang jumaat, kita tinggalkan depa sat. Nie cerita hak pi semayang jumaat dulu. Macam aku cakap tadilah. Ramai yang blah balik lepas orang bagi salam. Habes semua tak kira engineer, doktor, blogger, ahli politik, penulis novel mahupun penjual air soya ais selepas solat jumaat. Pelik!

Tak pelik ka?

"Mengata Dulang Paku Serpih.."

Orang melayu kita nie, ambik mana yang untung depa dan tolak mana yang rugi depa. Takda pendirian yang tetap. Contohnya: Kalau hampa baca kat blog, twitter dan macam2 lagi jenis laman sosial. Ramai orang marah bila Wahbi/Salafi tak baca doa lepas semayang. Bermacam-macam hujah tak berbalas dilontarkan kepada kumpulan tersebut. Tapi bila hari Jumaat, lepas semayang jumaat ahli hujah tadi pun blah sama saja. Masa nie dia tak kata dia wahbi/salafi pulak sebab lepas semayang jumaat tak baca doa. Blah macam tue saja. Masuk opis, pi makan dan sebagainya. Dalam konteks negeri yang bekerja pada hari Jumaat.

Tak Wahbi/Salafi pulak kiter tue ye?

***

Materialistik

Apa yang hampa faham pasal materialistik. Nafsu yang meliar terhadap kebendaan yang mewah dan mahal? pandangan seseorang yang terlalu mengukur seseorang yang lain hanya berdasarkan kebendaan semata-mata?..hampa definisikan sendiri. Yang aku pasti, hampir semua orang melihat materialistik dari sisi pandangan yang sama. Metarialistik = Sifat Negatif, atau sifat mazmumah dalam bahasa arab.

Materialistik menjadi sesuatu yang semakin lazim pada zaman ini. Tak percaya? di umur aku ini, baya-baya 20-an. Pernikahan/Perkahwinan adalah topik bualan yang paling popular. Boleh dibicarakan dimana sahaja tanpa jemu dan habis idea.

Antara perkara yang terlibat adalah dulang hantaran perkahwinan. Apa yang materialistik dalam dulang hantaran? Aku tengok secara peribadinya semua orang nak buat benda yang menguntungkan diri sendiri. Majlis kesyukuran yang asalnya berkonsep "memberi/sedekah/menjamu orang/membuat orang gembira" bertukar kepada konsep "buat apa pun biar aku sendiri yang untung". Tengoklah dulang hantaran penuh dengan barangan mahal untuk persendirian. Paling jelas bila pasangan pakat beli barang untuk diri sendiri sampai cukup bilangan dulang yang ditetapkan kemudian, tukar sahaja. "Apa nak kisah beli mahal2 pun untuk diri sendiri jugak" kan? 

Hampa nampak tak apa yang aku nk sampaikan nie? ka hampa semua pakat blur? (apa yang mamat nie merepek nie..) 

Ada yang aku tengok di antara kawan-kawan/sedara sendiri yang beli benda sampai merepek-repek untuk diletakkan atas dulang hantaran macam PS4, Laptop, Handphone, Robot Gundam pun ada. Serius tak bohong. Satu soalan aku nak tanya. Adakah benda-benda macam nie, menampakkan yang anda bersyukur dalam majlis kesyukuran yang hampa buat? Adakah benda-benda macam nie mengingatkan orang kepada Allah bila depa tengok? Allah akan tanya kita di akhirat nanti sebab apa kita buat benda nie semua? Hampa nak jawab apa? 

Pembaziran yang sangat-sangat merugikan. Bayangkan sebuah majlis perkahwinan yang penuh dengan pembaziran ini, hampa rasa-rasa ada berkat tak? Ingat majlis ini adalah permulaan kepada rumah tangga. Permulaan kepada keluarga. Hampa rasa-rasa ada keberkatan yang masih tinggal bila hampa balik rumah untuk memulakan keluarga? Nie tak kira karaoke, tangkap gambar cium-cium depan bukan mahram, tetamu yang hadir tidak disambut dengan baik (pengantin takdak, pi outdoor photoshoot).

Maka akan bermulah keluarga yang pincang sebab permulaan keluarga yang hilang berkat. Kita akan jumpa kes cerai berai, anak buangan, kes juvana dan kes rumah tangga yang membawa kepada masalah sosial yang berlarutan sehingga mengerutkan dahi orang-orang pejabat agama, jkkk masjid, polis dan lain-lain pihak yang berkawal tentang masalah sosial ini.

(hang tau mana takda berkat? Berkat tue hak Allah..) untuk orang yang pikiaq macam nie; baguihlah..takpalah, silalah buat kemaksiatan sebab btoi syurga tue jugak hak Allah. Kalau dia pikiaq Allah tue tokwan dia, lepas buat jahat senang-senang nak bagi masuk syurga. 

Jadi kepada kawan-kawan yang akan mengadakan majlis pertunangan dan perkahwinan, Aku cadangkan daripada kita berfikir kita buat majlis ini untuk diri kita sendiri, la nie kita ubah mindset. Kita buat kenduri ini untuk meraikan semua orang, semua tetamu yang hadir. InsyaAllah, pembaziran dapat dikurangkan, berkat akan berkekalan. Sediakan makanan yang sedap, jamu seramai orang yang termampu, layan tetamu dengan baik. InsyaAllah esk Allah tanya di akhirat at least kita dah bnda nk jawab.

Sekian, Selamat beramal.

Untuk aku juga, Jangan "Mengata Dulang, Paku Serpih.." sebab aku juga bakal buat majlis suatu hari nanti..InsyaAllah kita sama-sama ingat-mengingati.

Assalamualaikum.. 

Monday, September 16, 2013

Sabar Orang Lelaki

Assalamualaikum w.b.t

Di awal pagi yang sejuk dan hening ini, mengantuk sangat tapi aku tak boleh tido sebab duk basuh baju tak abes lagi. Memanglah esok aku cuti tapi kalau tak basuh dan sidai malam nie, makanya lusa tak sempat keringlah nak pakai gi keja.

Dikesempatan menunggu mesin tue berputar2, aku ingin menulis tentang pengalaman 2,3 hari lepas. Orang cakap kalau nak tengok lelaki nie jenis sabar ke tidak. Haaa tengok masa dia drive. Aku sedikit ralat dengan penyataan tersebut sampailah sendiri terjadi kepada aku.

Memandu dari Wangsa Maju ke Cheras ikut MRR2 yang biasanya 30 minit atau hanya 15 minit kalau naik motor. Aku drive petang jumaat lepas 2 jam. Hoooo hangin satu badan macam masuk hantu. Ditambah pulak adanya 'pelesit kota' yang menyusup laju macam adegan Batman dengan motonya cilok celah-celah kereta dalam filem Batman: The Dark Knight. Aku nak tukar lane pun susah. Kang terlanggar aku pulak yang disalahkan. Biasalah kalau accident moto dengan kereta nie, 90% kebarangkalian pemilik kereta akan dipersalahkan.

Bukan korang tak tau, bbudak moto nie brotherhood kuat. Walaupun tadi pakat laju atas jalan sambil bersaing skill masing-masing, kalau ttiba bila sorg jatuh accident dengan automatik mat moto lain akan brenti dan jadi geng ngan moto yang jatuh tadi walaupun tak kenal sepatah habuk pun. Tengok We're Malaysian. Lagi otai brader-brader moto td kalau yang drive tue akak/adik perempuan.

Adalah satu kejadian Jumaat, 13 september yang lalu. Aku stuck dalam traffic jam lah menuju ke Cheras yang mengambil masa 2 jam tue. Lalu kt flyover Ukay Perdana tue. Tiba-tiba ada lampu torchlight suluh kiri kanan. Accident la tue, dalam hati aku. Sah la, accident bila aku lalu, dekat lane paling kanan ada nampak serpihan-serpihan plastik pecah, terburai. Ada sebijik sorang brader moto terduduk sandar dekat divider jalan. Helmet tak buka, dikelilingi orang yang tunduk, maybe tengah cakap dengan dia. Ada pulak 3,4 biji motor parking sekeliling tempat kejadian.

Depan lagi pulak, ada sebji kereta kancil melintang jalan menghadap ke divider jalan tue, sebelah kereta kancil tue ada sorang awek (gadis) sedang duduk menutup muka dengan tangan. Macam tengah nangis ja. Aku tak taulah apa cerita kemalangan tersebut. Namum Brotherhood brader-bradaer motor memang nampak terselah disitu. Aku meneruskan perjalanan dalam traffic jam tersebut.

At least kejadian sebentar tadi melembutkan sedikit hati aku, kembali ingat kepada Allah. Habes lari jin-jin yang merasuk badan dalam kereta sorang-sorang tadi.

Sampai saja dekat Petron, sebelum simpang masuk ke Jalan Kuari tue. Aku singgah sebentar nak ke toilet n solat maghrib. Menunggu di toilet pun ada kisah yang memanaskan hati aku. Namun cerita-cerita toilet nie tak payah la cerita kat sini.

Di surau kecil Petron pun ada kisahnya jugak. Aku siap ambil wuduk untuk bersolat. Ada sorang bangla sedang cuci laluan air dekat tempat ambil wuduk diluar surau. Bagus bangla nie. Melayu ada? Jangan stereotype dengan bangla. Even mereka hanya pengisi minyak di stesen minyak atau guard apartment. Kebanyakkan diorang lebih bagus daripada guard-guard melayu yang muka tak malu kacau gadis yang lalu lalang depan pondok tempat mereka berjaga.

Sambung cerita solat maghrib di surau Petron. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Waktu Maghrib pun dah hujung-hujung. Lebih kurang 10 orang menunggu diluar surau hendak menunaikan solat, gara-gara ada Imam kat dalam yang berwirid dan berdoa panjang lebar macam solat dekat masjid/surau kawasan rumah sendiri. Ini lagi satu benda yang boleh menimbulkan kemarahan dalam hati orang dan boleh menimbulkan fitnah kepada Islam dan akhirnya memecah belahkan umat Islam sendiri.

"Yang hang duk berwirid, berdoa apa panjang-panjang. Tak nampak ka jam pukul berapa dah? Tak nampak ka orang tengah beratur punyala ramai kat pintu surau tunggu nak solat jugak? Apa punya orang Islam." - dalam hati aku.

Berdoa dan berwirid itu bukan wajib. Bukan rukun solat. Jadi, saya ingin berpesan kepada semua orang Islam yang ingin menunaikan solat di RnR atau surau-surau stesen minyak, stesen bas atau pasaraya. Tolonglah buka mata, pandang-pandang kiri dan kanan. Kalau sembahyang maghrib tue, tak perlulah berwirid dan berdoa panjang-panjang. Orang lain tengah beratur panjang nak solat pulak. Nak tunjuk rajin, mai surau SMKAY, kita qiyamullail start pukul 4.30 pagi sampai subuh. Ada bran!?

Kesimpulannya, post kali ini takda kesimpulan. Yang aku nak pesan ialah, marilah kita sama-sama mengamalkan Islam secara indah supaya apa yang kita buat tidak menjadi fitnah di mata orang lain. Fitnah kepada agama dan bangsa kita sendiri.

"Aku bukanlah Ostat, Aku pun baru nak Start" 

Assalamulaikum.