Tuesday, September 22, 2020

Animasi Keluarga

 Assalammualaikum w.b.t

  1. Aku ni suka menonton filem. Boleh dikatakan kaki movie jugaklah. Isteri aku tahulah macam mana aku selalu meneroka internet mencari filem-filem yang menarik untuk ditonton. Tanpa mengira tahun. 
  2. Salah satu perangai aku, bila aku jumpa filem yang menarik untuk ditonton aku biasanya baca review. Boleh dikatakan biasanya walaupun filem itu mendapat rating tinggi. Aku masih mencari-cari review orang ramai sebelum aku menonton. 
  3. Jadi sebelum menonton apa-apa filem biasanya aku dah ada sedikit info mengenai filem tersebut. Info ini membentuk aku punya expectation terhadap filem tersebut. 
  4. Cuma yang menjadi sedikit masalah bila berkeluarga, filem ini sekadar 2-3 jam sekali tonton. Isteri aku tak dapat tonton sekali. Tak seronoklah tak dapat share the experience menonton satu filem yang best kan. Dan nanti aku kena bercerita kepada isteri aku. 
  5. Boleh nak bercerita tu tapi dia tak rasalah macam menonton sendiri.
  6. Filem yang baru kami tonton bersama ialah V for Vandetta itupun sebab aku start tonton selepas waktu Isyak, hari minggu.
  7. Sepanjang minggu lepas tiada filem terbaru yang updated dalam android box aku. Yang latest ada Mulan. Macam bosan jer. Aku layan Anime Boruto daripada mula.
  8. 2-3 episod pertama isteri aku macam buat tak tau jer. Lepas tu dia pun terjebak sama dan melekat depan TV. Siap aku kena cerita asal usul setiap watak itu di zaman Naruto Shippuden.
  9. Aku turun swimming pun dia tak mau ikut. Duk layan anime. Aduh. Tapi layan jer sekurang-kurangnya masa itu lah kita bersembang-sembang diluar forte masing-masing. 
  10. Semalam dan hari ini aku stop sekejap tengok Boruto sebab kerja pejabat yang melambak nak kena hantar. Minggu depan sambung layan lagi insyaallah.

Sekian
--
Pinggiran 
Kuala Lumpur


Thursday, August 13, 2020

Cabaran 25

 Assalamualaikum w.b.t

  1. Harini aku baru mula cabaran 25.
  2. Cabaran 25 kali push up dan 25 kali seat up untuk setiap 3 jam dalam bermula pukul 6 pagi sehingga 6 petang selama satu bulan.
  3. Jam 6 petang sehingga jam 6 pagi adalah waktu pemulihan. Waktu rehat bagi semua otot pulih.
  4. Aku ada buat jadual untuk rekod tarikh, hari, berapa kali aku buat bagi setiap 3 jam dan berat badan aku selepas aku dah buat semua total 100 kali push up dan 100 kali seat up setiap hari. 
  5. Hari pertama, sesi pertama memang macam nak mati. 
  6. Biasalah aku langsung tak pernah bersenam sebelum ini. 
  7. Cabaran ini adalah cabaran yang ramai orang buat di Youtube selepas menonton anime One Punch Man yang jadi Hero paling kuat sebab buat 100 kali push up, 100 kali seat up dan 100km larian setiap hari sehingga rambut dia luruh dan jadi botak.  
  8. Disebabkan berat badan aku yang terlalu berat, aku tak boleh buat larian lagi untuk mengelakkan lutut aku cedera. 
  9. Aku kena kurangkan berat badan sikit dulu baru aku boleh mulakan aktiviti larian. 
  10. Semoga aku dapat hadapi cabaran ini sampai hari ke 30 dan tengok hasilnya. 

Sekian. 

--
Pinggiran
Kuala Lumpur

Wednesday, August 12, 2020

Janggut Sama Panjang

Assalamualaikum w.b.t.

  1. Tulisan terakhir aku di blog ini pada Februari 2018. Lama betul tidak menulis di sini lagi. Selalunya aku menulis di FB. lebih mudah dan cepat. 
  2. Aku ada install apps blog ini dalam telefon tetapi ianya tidak semesra FB.
  3. Nampak blog guru aku tiba-tiba bergerak. Ada satu pos baru. Nampak seakan semangatnya datang untuk kembali menulis di blog. Aku pun tiba-tiba triggered dan bersemangat semula untuk kembali menulis di blog.
  4. Tambahan setiap malam minggu ini aku dan isteri sedang layan drama bersiri Sherlock Holmes lakonan Benedict Cumberbatch.
  5. Aku dan isteri suka filem atau drama berkisar penyiasatan. 
  6. Salah satu wataknya Dr. John Watson lakonan Martin Freeman pun gigih menulis blog dalam cerita ini. Menjadikan mereka, Sherlock Holmes dan Dr. John Watson dikenali ramai sebagai penyiasat terkenal. 
  7. Pagi ini bila aku bukak blog aku. Wah rupanya ada 3 tulisan dalam peringkat draft. Ada 3 kali cubaan aku untuk kembali menulis menghidupkan blog ini tetapi tidak berjaya menghabiskan tulisan dan mati disitu sahaja. 
  8. Dua daripada tiga tulisan tersebut sahaja masih valid dan aku padamkan semuanya. 
  9. Kita mulakan semula fresh. Biar janggut aku sama panjang denagan Dr. Muhaimin Sulam guru ku. 
  10. Semoga aku beristiqomah. Amin. 
Benedict Cumberbatch - Sherlock Holmes on screen - Pictures - CBS News

Sekian. 

--
Pinggiran
Kuala Lumpur