Tuesday, December 31, 2013

Jangan Jadi Pemalas

Assalamualaikum.

Hari terakhir tahun 2013 nie tak sepatutnya aku tulis pasal benda nie. Tapi pengalaman pagi-pagi aku ke tempat kerja membuatkan aku dah tak boleh tahan. Bukan sebab aku judge mereka, namun mereka terlalu tidak boleh difahami.

Teknologi yang sangat pantas masa kini sangat membantu, namun bila teknologi terlalu membantu, manusia jadi terlalu bergantung kepada teknologi. Kadang-kadang kebergantungan kepadanya sampai menjelikkan orang yang melihat. Manusia terlalu mahu mudah dalam segala hal. Kalau boleh semua kerja nak dilakukan di dalam rumah, atas katil, sambil baring, mata pejam atau sambil tidur dibuai mimpi.

Aku dah terlalu jauh.

Pagi-pagi bila aku datang kerja. Pelik. Ramai orang menunggu depan lift. Rasanya lift KLCC lah yang paling laju setakat yang aku pernah naik. Siap ada 6 pintu lift setiap floor. Apesal ramai-ramai tunggu depan pintu lift 1 dan 2 je. Sedangkan pintu lift 5 lampunya sedang menyala menunggu orang masuk.

Damn!

Pemalas nak jalan rupanya ramai-ramai orang dekat situ. Tunggu lift yang paling dekat dengan dorang sampai. Walhal jarak lift 5 tak sampai 10 meter pun dari tempat ramai-ramai orang berkumpul. Patutla masing-masing buat-buat baca newspaper apa bagai.

Paling best. Lift 5 dah tutup. Sebab tadi pakat-pakat buat baca newspaper kononnya. Semua tak tekan butang lift. Tunggulah sampai kiamat!

Sekian.

Thursday, December 26, 2013

Tidak Asing Lagi

Assalamualaikum

Tengah hari tadi, aku turun ke Suria KLCC tue. Jalan ke mesin ATM. Nak transfer duit, bayar hutang credit card yang bertimbun. Minyak, topup dan barang-barang persediaan nanti. Singgah jugak deposit duit ke Maybank, order barang online. Cerita macam banyak je aku shopping kan? Takdalah nie barang-barang keperluan dan dah sampai masa nak beli.

Cukuplah tue muqaddimah sikit-sikit. Kalau panjang-panjang nanti menyampah pulak orang baca. Dah la muqaddimah selalu topik lain, isi pulak topik lain.

Sepanjang aku berjalan lintas centre court KLCC tadi, aku nampak lah suasana yang sama macam hujung tahun lepas. Dekat centre court tue adalah stage besar gedabak untuk sambutan hari krimas. Adalah santa claus duduk dekat atas stage tue melayan budak-budak yang excited sangat nak amik gambar dengan dia. Hurmh kalau santa claus tue hensem takpalah jugak.

Apa yang lebih menarik perhatian aku adalah orang yang lalu lalang di kawasan centre court tue. Semua pakat bawak keluar phone, ambil gambar dan record video. Yang guna DSLR pun ada. Perghh bersungguh. Meriah la orang penuh bersesak-sesak depan stage tue. Sampaikan aku terpaksa mencelah-celah untuk melepaskan diri daripada kumpulan orang ramai-ramai depan stage tue.

Sambil menggeleng kepala aku memerhatikan jugak ibu-bapa yang beragama Islam yang turut sama bersesak-sesak depan stage tue nak tengok santa claus. Apalah yang dorang pikir agaknya. Ada jugak yang suruh anak-anak naik atas stage peluk-peluk dengan santa claus, dorang pulak ambil gambar dari bawah. Orang-orang nie tak tau hukum ke macam mana?

Bukankah kita orang Islam, hanya dianjurkan untuk sekadar mengucapkan tahniah, bukan kita pulak excited memeriahkan dengan ambil gambar, berpeluk-peluk dengan santa, pakai topi merah berbulu putih tue. Apa benda nie?

Anak kecil-kecil tuelah kita kena jaga akidah dia. Bila parents mula compromise benda-benda macam nie. Akibatnya bila besar nanti parents terpaksa compromise dengan benda yang lebih hebat lagi. Takut parents tak termampu saja. Dan masa tue mulalah nak salahkan anak, salahkan kawan-kawan anak, salahkan guru di sekolah, salahkan ustazah di kelas fardhu ain.

Masa tue mungkin dah terlambat. Perkara akidah bukan boleh dibuat main-main. Dan akidah nie bukanlah bermula bila anak-anak dah besar. Akidah nie bermula sejak dalam perut ibu lagi. Sebab akidah ini perlu kita terapkan sebagai cara hidup bukan dalam bentuk rules and regulations.

Fikir-fikirkanlah.

Sekian.

Wednesday, December 25, 2013

Jalanan

Assalamualaikum,

Hari nie hari cuti. Ada banyak pilihan aktiviti untuk aku sebagai orang bujang. Dan aku memiliah jalan yang sihat iaitu menziarahi paksu dan maksu sekeluarga di Bukit Beruntung. Bukankah ziarah menziarahi itu sebahagian daripada sunnah Nabi S.A.W. Keluarga yang diziarah juga Allah tambahkan rezeki atas sebab mereka meraikan tetamu. Pesan Nabi S.A.W juga, setiap tetamu yang datang akan bawa rezeki masuk ke rumah kita. Jadi, alu-alukan dan raikanlah tetamu.

Masa dekat rumah paksu, aku tertengok siaran berita yang melaporkan tentang rancangan perhimpunan menggulingkan negara. Ish ish ish ish. Aku tak tau cerita sangat pasal perhimpunan tue, yang aku tau perhimpunan itu adalah bukan anjuran mana-mana parti. Ia adalah anjuran persatuan bukan kerajaan dan bukan pembangkang. Apa yang bakal berlaku, kita tunggu 31 Disember 2013 nanti.

Pendapat peribadi aku, perhimpunan jalanan bukan lagi satu jalan yang berstrategi untuk rakyat zaman millennium ini. Ia sudah tidak relevan dengan keadaan semasa. Perhimpunan jalanan akan memburukkan lagi nama persatuan atau badan yang menganjur. Rakyat terus akan dapat maklumat yang salah dan tidak betul. Mereka akan terus dihidangkan dengan info-info yang terus diselewengkan oleh media.

Kita tidak dapat berbuat apa, media dipegang secara total oleh kerajaan. Jadi antara penganjur yang bertujuan menyampaikan maklumat dan rakyat yang mencari-cari ada satu halangan utama, iaitu media Malaysia. Berapa sangat sasaran bila perhimpunan jalanan dibuat. Hanya orang yang hadir sajalah. Orang yang tidak hadir bukan sahaja tidak mendapat maklumat bahkan lebih teruk mereka mendapat maklumat yang diselewengkan. Jadi pihak penganjur sepatutnya memikirkan kesan daripada perhimpunan ini.

Memang benar kita pernah merdeka dengan perhimpunan. Tapi itu separuh abad yang lalu. Sudah basi, sudah layu. Aku tak kata perhimpunan jalanan tidak relevan untuk selamanya. Bagi aku perhimpunan jalanan adalah taktik terakhir jika orang yang merancang strategi dengan betul. Untuk perhimpunan jalanan, jika sekadar 10-15 % rakyat yang turut serta apalah sangat impaknya.

Usaha patut dilakukan untuk memberi maklumat supaya orang turun ke perhimpunan jalanan. Aku mensasarkan perhimpunan jalanan akan memberi kesan besar jika lebih 50% jumlah rakyat Malaysia turun. Macam mana nak 50% rakyat turun? Kena susun strategilah. Kena lebih lagi usaha untuk menyebarkan maklumat. Kalau setakat suka-suka post di FB untuk berhimpun memang susah sikitlah.

Sekian.

Benchana

Assalamualaikum

Sebenarnya ejaan dia bencana. Tapi memang saja aku eja dengan C, H dan A, so nampak cliche kat situ. Abaikan. Sejak aku pindah opis baru nie, setiap pagi sebelum naik opis aku ambil newspaper free. The Sun Daily. Dulu masa dekat tower 1, takda pulak aku rasa nak amik.

Setiap pagi, sebelum memulakan kerja, sementara nak tunggu PC loading apa semua, sempatlah baca-baca dulu apa cerita negara aku hari ini. Apa lagi yang dah naik dan nak naik esok lusa. Setiap hari aku terperasanlah pasal kutipan derma untuk mangsa taufan di Filipina tue. Mengingatkan aku tentang rakyat negara sendiri yang ditimpa musibah banjir. Apalah nasib mereka agaknya. Ramai jugak kawan-kawan aku berasal dari sebelah sana.

Bila orang cakap pasal banjir, yang katanya paling teruk melanda dari Terengganu sampai ke Johor. Apa nilaian kita terhadap takdir Allah ini? Adakah banjir yang datang tue hanya sekadar banjir? Pastinya tidak, sebab semua perkara yang berlaku atas muka bumi ini pasti ada sebab musabab dia. Sunnatullah namanya. Apa kita nak kata banjir yang berlaku sama ada sebagai warning, ujian atau bala daripada Allah?

Ada jugak orang politikkan peristiwa nie. Katanya bala sebab memimpin negeri tidak betul, sebab tue banjir hanya berlaku di negeri-negeri dibawah pimpinan kerajaan pusat. Manusia jenis nie buta hati nama dia. Orang arab tak masuk parti kau pun, tak kena pun banjir. Habis, banjir dekat Kedah masa pemerintahan kerajaan pembangkang tue apa cerita? Jangan sempit sangatlah.

Ada pulak orang cakap, alah masa banjir mana pihak pembangkang? Takda turun pun, batang hidung pun tak nampak. Pulak. Sapa yang bertanggungjawab sekarang nie? Kenapa pulak pembangkang yang tidak mentadbir negeri pulak kena turun tolong rakyat pimpinan kerajaan pusat? Peliklah kerajaan nie pun. Lepas tue masa orang tengah susah banjir. Mereka boleh pulak buat perhimpunan dengan mewah. Then nak kata dekat pembangkang lagi. Boleh blah!

Habis. Stop disini.

Aku ada selidik-selidik cerita orang-orang di kawasan yang dilanda banjir ini. Macam-macamlah cerita aku dengar. Sampaikan kesimpulannya aku buat lepas aku dengar satu ceramah sebelum solat Zohor. Pasal solat. Ustaz yang berceramah adalah antara orang sama-sama joined pasukan bantuan di negeri-negeri dilanda banjir. Ustaz kata, "Saya sampai sana, tanya khabar bukan soalan pertama saya. Soalan pertama saya selepas ucap salam adalah; Abang/Kakak dah solat ke belum?"

Disimpulkan daripada ceramah beliau, bencana yang menimpa adalah disebabkan tidak solat. Aku teringat satu kisah daripada seorang ustaz semasa banjir di Kedah dulu. Beliau ketika itu tiba selepas Zohor untuk bertugas menjaga pusat pengumpulan mangsa banjir. Bila tiba waktu asar, beliau pun naik tingkat atas (Pusat pengumpulan adalah bangunan sekolah) dan azan lah dengan P.A System mengajak semua orang disitu solat Asar.

Namun bayangkan, setelah sejam menunggu, takdak sorang pun yang naik solat asar. Semuanya duk melepak, menyembang di bawah. Lepas beberapa lama adalah sorang pakcik naik dan bersolat berjemaah bersama ustaz tersebut. Bayangkan, sedang ditimpa musibah pun manusia boleh tak ingat Allah lagi. Rumah, kereta, harta benda, sawah bendang, kebun dusun semua tenggelam dek air banjir. Namun boleh lagi manusia lupa pada Allah. Orang yang ramai-ramai dekat pusat pengumpulan banjir tak solat Asar.

Sama jugak apa yang saya dengar daripada pasukan bantuan untuk mangsa banjir pantai timur. Cerita sama saja cuma ditempat yang berlainan. So macam mana Allah tak turunkan bala. Kalau tengah susah pun tak ingat Allah, apatah lagi tengah senang.

Kisah yang sama jugak, masa di Kuala Muda yang dilanda Tsunami suatu ketika dulu. Solat tidak dijaga, dikalangan nelayan main judi, minum arak dah jadi perkara biasa. Bila bencana datang, maknanya Allah marah pada kita. Dan ia adalah peringatan kepada orang lain. Namun perkara ini tidak disebarkan. Tidak diambil pengajaran.

Jangan kata orang yang duduk jauh daripad laut selamat! Kuala Lumpur tue jauh pada laut, insyaAllah la tak kena banjir. Namun tengok penyakit berapa banyak. Denggi la, Malaria la, jerebu la, tanah runtuh dah berapa kali? masuk hospital ja semua. Lepas tue jenayah, rompak, rogol, samun, pecah rumah, culik, bunuh dan lain-lain. Apa semua tue bukan bencana? Bukan bala daripada Allah?

Semua tue bala la tue. Bala turun tak kira siapa. Semua kena, yang patuh dan yang ingkar. Semua kena, sebab yang patuh tidak mengingatkan yang ingkar. Maksiat terus berleluasa. Maka bala akan turun, sebab Allah murka. Tak kira siapa atau penyokong parti mana mahupun kerajaan negeri dibawah pimpinan parti mana.

Kalau takmau bala turun, ingat-mengingatkanlah kawan-kawan kita. Jaga solat, jangan buat maksiat nanti Allah marah.

Sekian.

Tuesday, December 24, 2013

The Lovely Memories Eh?

Assalamualaikum,

Dari penulis, Honk! If you're Malaysian. Bagus untuk pembacaan. At the end of the story korang boleh tahu yang korang nie cukup husnu zhon (bersangka baik) atau tidak. Nasihat saya, jangan judge. Hehehehe, happy reading!.. 



Sekian. 

Sunday, December 22, 2013

Memori

Assalamualaikum

Satu nikmat Allah dalam semua nikmatNya yang tak terbilang adalah memori. Memori yang menyimpan semua perkara bukan sahaja dalam bentuk maklumat. Apa yang hebat pasal memori adalah memori dapat simpan emosi. Gembira, sedih, suka, sayang, rindu, takut dan sebagainya.

Dimana memori tersimpan? senang orang cakap, dalam otak. Ya memang dalam otak tapi dekat mana secara spesifik? kalau setakat jawapan dalam otak mungkin orang akan rasa biasa. Takda apa yang special pun.

Memori tersimpan dalam satu bahagian kecil otak. Namanya aku pun tak ingat, something dengan perkataan "Lobe". Mungkin "Frontal Lobe". Ia terletak di tengah-tengah bahagian otak. Dekat situlah kita menyimpan memori yang paling kuat tentang seseorang dalam hidup kita. Sebenarnya secara teknikal ia menyimpan emosi yang paling kuat pernah kita rasa sepanjang hidup sama ada yang baik atau yang buruk. Kebiasaannya emosi paling kuat adalah perasaan sayang, jadi ia biasanya menyimpan maklumat tentang orang yang paling kita sayang.

Kenapa ia disimpan berasingan daripada yang lain-lain? Maklumat dalam bentuk emosi tadi sebenarnya akan digunakan sebagai perangsang untuk badan kita menzahirkan emosi-emosi lain. Contoh, bila kita nak senyum. Bahagian otak tersebut akan recall emosi yang pernah buat kita senyum dulu, emosi yang diambil dari bahagian otak tersebut tanpa kita sedar. Kemudian memberi arahan kepada otak-otot muka kita untuk senyum secara semula jadi.

Begitu juga dengan emosi-emosi lain. Otak kita akan recall emosi daripada maklumat tersebut untuk zahirkan apa sahaja perbuatan atau mimik muka sebagai respon kepada emosi yang datang dari luar. Walaupun peristiwa yang kita tengah tengok atau buat tidak langsung ada kena mengena dengan peristiwa yang otak kita recall. Otak tidak recall peristiwa tapi hanya emosi sahaja. Dengan itu, otak tak perlu lagi kerja kuat untuk membuat arahan senyuman setiap kali kita nak senyum. Effisien bukan?

Main point aku dekat sini, disebabkan proses otak yang sebeginilah membuatkan kita selalu teringatkan orang yang paling kita sayang, dalam apa sahaja emosi yang kita nak zahirkan. Atau orang-orang biasa cakap, Angau. Satu lagi, bila kita bergaduh atau bertengkar dengan orang yang kita sayang, mesti tak lama. Kejap je dah berbaik kalau takda ego lah, sebab semua emosi yang kita nak zahirkan adalah emosi yang di recall daripada peristiwa dengan dia. That is the best part.

Namun tak semestinya sayang, kalau benci adalah emosi yang paling memberi impak kepada kita maka bencilah yang akan duduk dalam frontal lobe.

Otak kita recall emosi bila kita ada dengan dia, atau emosi disebabkan dia. Dan yang paling penting, memori di bahagian ini dikatakan takkan hilang lagi sampai bila-bila melainkan ada peristiwa yang memberi lebih impak emosi terhadap kita. Senang cakap, kalau kita bunuh orang. Bunuh orang akan bagi kita emosi yang cukup kuat untuk remove emosi yang sedia ada dalam bahagian otak tadi.

Disebabkan itu juga, dikatakan orang yang dah bunuh, atau selalu bunuh orang takkan dapat senyum secara semula jadi lagi. Sebab setiap kali dia nak senyum, otak dia akan kerja keras untuk zahirkan senyuman tersebut secara paksa. Takda emosi sayang, atau gembira untuk otak nak recall.

Memori adalah kurniaan Allah yang tak terhingga. Secanggih mana pun komputer, telefon atau sistem penyimpanan. Ia takkan dapat tandingi kurniaan Allah yang kecil dalam otak kita yang mampu simpan emosi boleh dikatakan memberi impaks yang besar dalam hidup kita.

Jadi, nak remove orang yang kita sayang daripada hidup kita adalah perkara yang sangat-sangat susah. So, hargailah orang yang kita sayang dan sayangkan kita. Sebab ayat cinta, "dialah yang akan buat anda senyum, ketawa atau menangis" bukan lagi kata-kata indah untuk sedapkan telinga. Ia ada penjelasan saintifik.

Alhamdulillah.

Sekian.

Saturday, December 21, 2013

Kawan Saya Berpesan Pada Hati

Assalamualaikum.

Bila kita sedang marah, jangan pendam sorang-sorang. Takut nanti kita lagi-lagi marah atau kita akan frust sorang-sorang. Marah dan sakit hati adalah benda yang paling tak disukai oleh manusia. Namun bukan senang kita nak tau apa yang kita sebut apa yang kita buat boleh buat orang marah atau tidak. Perasaan seseorang adalah sangat subjektif.

Orang cakap, ada orang biasa-biasa, ada orang sensitif dan ada orang yang langsung takda perasaan. Salah tue, sebenarnya semua orang rasa marah, cuma setakat mana dia boleh kumpul perasaan marah tue daripada ditonjolkan dalam bentuk fizikal (mimik muka atau perbuatan). Analoginya, hati kita nie macam ada bakul untuk kumpul perasaan marah. Orang yang sensitif tue bakul dia kecik, orang yang kita cakap takda perasaan tue bakul marah dia besar.

Bakul kecil walaupun banyak kali buang(cepat penuh), tapi kuantiti dia kecil setiap kali buang perasaan marah, kalau bakul besar lambat nak penuh tapi sekali buang, banyak. Sebab tue kita tengok orang yang jarang-jarang marah, yang kononnya takda perasaan pada mata kita tue, sekali dia marah abes semua kena lambung. Ada orang sampai tahap hilang kawalan diri. Semuanya sebab lama sangat dan banyak sangat simpan.

Secara peribadi, aku kalau ada perasaan marah, ada orang yang akan aku call, jumpa dan aku cerita. Bukan nak lepaskan kemarahan. Salah tanggapan tue, sebenarnya sekadar nal cerita untuk hilangkan beban. Tak perlu komen balas, tak perlu cadangan bernas. Yang perlu hanya seseorang untuk mendengar. Namun orang yang nak mendengar ini pula perlulah orang tertentu, bukan main cerita ja kat semua orang. Kalau boleh kawan yang kenal lama tapi duduk jauh. Sebabnya kita tak perlu dia faham, cuma sekadar dengar.

Ada sekali, tak lama dulu, aku tengah marah la nie. Aku call lah kawan aku nie, kita bagi nama "L" lah. Dan korang xpayah nak teka nama dia, sebab L bukan huruf mula nama dia. Aku just random picked. aku ceritalah dekat L nie apa yang aku tak puas hati. Tapi L akan selalu cakap, "apa? marah macam tak marah pun, boleh gelak-gelak pulak."

Yelah, macam aku cerita masa mula-mula tadi, aku bukan nak lepaskan kemarahan cuma nak ringankan beban. Buat apa aku nak marah dekat L, sebab dia takda kena mengena dengan cerita marah aku nie. Cerita maca biasalah, apa yang kelakar, kita gelak je. Takda masalah.

Namun sempat jugak L selitkan 1 cerita. Kita nie kalau marah-marah, boleh, tak da masalah, tapi jangan sampai dah hilang perasaan nak hargai, lupa habes semua kebaikkan lalu yang orang tue buat dekat kita sebab satu kelemahan yang ada dekat dia. Kelemahan yang buat kita marah.

Diceritakan sebuah nasihat daripada kawannya kepada aku. Ayah kepada kawan kepada L selalu pesan dekat kawan dia tue. Nafsu manusia nie memanglah tak pernah puas dengan apa yang kita dapat. Kita akan exicted, suka, sayang benda-benda yang belum lagi jadi milik kita. Bila dah dapat kita mula pikir kali kedua tentang benda tue. Reevaluation bermula, hati kita mula nak berubah. Jaga-jaga, tue ujian Allah.

Contoh macam kita nak sangat beli 1 jenis smartphone, sebelum beli kita dah research semua kelebihan dan kekurangan. Even kita dah tanya semua kawan yang pernah guna phone tue. Lebih lagi, kita dah pernah try pegang-pegang, guna phone tue yang kawan kita punya. Then kita decide nak beli. Lepas beli mulalah, sikit kekurangan macam lagging, slow dan lain-lain akan buat kita berubah hati walhal kita dah expect daripada review kawan-kawan dan internet. Rasa sesal tue datang. Ujian lah tue. Kalau kita lepas daripada fasa sesalan tue, insyaAllah kita akan okay.

Sama juga macam orang bertunang. Lepas bertunang tue, sikit-sikit yang terkurang dengan pasangan buat kita berfikir kali kedua. Kadang-kadang ujian lebih getir, macam sebelum bertunang takda pulak orang datang mengorat, tanya-tanya kot-kot single lagi. Elok dah bertunang, ramai pulak yang datang duk tanya. nak datang meminang apa bagai. Tue ujian jugak ujian Allah.

Lebih dahsyat perasaan dan ujian macam nie datang jugak kepada orang yang baru lepas kahwin. Sebelum kahwin bukan tak kenal, even tak kenal pun takda masalah. Jodoh adalah aturan Allah, ujian Allah lah tue untuk tengok sejauh mana kita beryukur dan percaya pada takdir Allah. Mata manusia takkan dapat tahu apa yang terbaik untuk diri manusia itu sendiri sebab manusia lebih cenderung untuk menilai daripada luaran.

Kawan saya pesan lagi, banyakkan sabar bila perasaan macam nie datang. Itu semua bisikan-bisikan syaitan yang datang. Rasa was-was dan tak pasti. Allah tak suka. Banyakkan berdoa dan yakin dengan apa yang dah datang.

Dan kalau-kalau kita sendiri yang buatkan pasangan kita terfikir macam tue, cepat-cepatlah pujuk, bantu dia untuk keluar daripada perasaan macam tue.  Buat dia kembali yakin dengan keputusan dia, dia tak minta lebih. Dia sekadar perlu sokongan untuk keputusan dia. Apa guna kita sebagai orang yang ingin berkongsi susah dan senang, tak dapat nak handle benda-benda macam nie. Renung-renungkan.

Sekian.

Friday, December 20, 2013

Musim

Assalamualaikum.

Ada orang tanya, "awat (dia nie orang utara) dekat blog hang, ada tulih Season 3?"
.."Apa beza season 1, season 2 and season 3?".."Macam mana mula and ending setiap season?"

Okaylah, aku ceritala..

..actually sejarah asal blog nie, aku buat setelah aku mendapat inspirasi daripada drama bersiri "bloggerboy" lama dlu. Masa tue aku masih belajar di UTP kalau tak silap. Kalau blog nak guna nama sendiri memang cool. Tapi aku rasa tak best sebab nanti takut popular sangat pulak. Ahakss!

Tak habes aku tengok drama bloggerboy tue, bila balik rumah nak tengok dah habes rupanya. Tapi selang beberapa lama kemudian, season 2 ada ditayangkan. Aku sambung tengok walaupun tak sempat tengok habes jugak season 2. Maklumlah bukan duk rumah nak tengok tv setiap hari, tapi dari situ aku dapat idea, untuk seasonkan jugak blog aku nie.

Ok serius. Aku start labelkan blog aku bermula season 2. Dimana ketika itu aku rasa perlu ada perubahan dalam menulis blog ini. Daripada blog yang lebih berbentuk diari, aku rasa lebih cool kalau blog ini bukan cerita pasal apa yang aku setiap hari. Masa zaman tue ramailah penulis blog wanita yang femes walaupun tulis diari dalam blog. Sebab dorang cun.

Aku mula tuliskan benda-benda mengikut peredaran zaman. Apa yang tengoh panas ketika itu aku tulis. Pasal politik, hiburan, agama dan lain-lain. Aku tak menulis pasal sukan, sebab aku tak minat bola sepak. Lama season 2 aku tulis.

Sampailah satu detik, aku tak ingat masa tue ada kejadian apa. Tapi satu kejadian yang menyedihkan seingat aku. Dan kejadian tue terus merubah persepsi aku untuk menulis buat kesekian kalinya lagi. Daripada aku menyibuk dengan hal-hal yang tengah panas. Lebih dari wartawan melodi aku rasa. Aku mengambil langkah untuk menjauhkan diri daripada semua-semua tue.

Bermulalah season 3, dimana aku mula menulis tentang idea, kenapa, mengapa sesuatu berlaku dan hikmah atau pengajaran daripada sesuatu. Tue niat aku. Namun adakalanya aku tulis pandangan yang menarik tentang sesuatu. Mungkin dari pandangan yang berbeza.

Aku mula rasa lebih terbuka, tidak rigid, lebih harmoni. Aku boleh terima dan memberi pandangan daripada pembacaan, kritikan dan pujian. Macam takda kaitan kan?hahahaha. Masa season 3 bermula aku mula menaruh minat pada buku. Aku dah mula selak buku, baca bermula helaian paling depan sampai helaian terakhir. Aku rasa akibatnya. Idea mencurah-curah untuk bersembang dengan orang. Aku tak lagi cerita pasal diri sendiri mahupun orang lain. Aku rasa sangat cool.

Namun ada orang tak suka dengar aku bercakap. Mereka tak boleh nak terima. Aku pun tak tau kenapa. Aku tulislah kalau-kalau ada orang nak baca. Namun apa yang mereka baca mungkin tak sampai sebab aku bukan pandai menulis pun.

"Season 4 bila pulak?"

Aku jangka bulan June 2014 nanti insyaAllah, setelah aku nak menamatkan musim  dan ia akan berakhir. Satu lagi episod atau bab dalam hidup aku akan bermula insyaAllah. Mohon Allah permudahkan urusan.

Sekian. 

Syukur Si Miskin

Assalamualaikum

Betul kebanyakkan orang cakap, manusia ini hanya ingat Tuhan bila dia dalam kesusahan. Bagi seorang lelaki bekerjaya dan mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga seperti aku dan rakan-rakan diperingkat umur aku. Masalah yang selalu datang menimpa adalah "overbudget" di pertengahan bulan. Bila dah hujung bulan, sempit lah.

Dulu masa belajar, masa ada, tenaga ada, duit takdak. Masa kerja nie, duit adala sikit-sikit alhamdulillah, tenaga ada (motivation nak berjalan) tapi masa pulak lokek. Jadi, bila ada saja masa terluang mula lah nak spend duit macam orang kaya yang tak dak waris. Selalunya duit taklah habis sebab beli barang. Biasanya budget untuk barang dan ready awal, calculated. Yang boleh jadi overspend nie sebab travel dan makan.

Kalau masuk bulan nie, dah 2 bulan aku terover spend di pertengahan bulan dan akibatnya minggu terakhir sebelum gaji menjadi sangat kritikal. Sempit. Namun apa yang aku nak cerita ini adalah pengalaman bukan nak cakap aku bagus tapi nikmat Allah tue tak terhingga luasnya. Masa 1st month aku terover spend sebab travelling. 2,3 kali aku berulang balik Kedah bulan tue.

Namun alhamdulillah, aku tak tau mana datang lebihan duit dari bulan lepas. Lepas aku segregate duit aku, tengok2 ada lagi lebih. cukuplah buat bekal makan dan transport ke opis selama seminggu. Bulan berikutnya pulak, sama jugak. Terover spend lagi, kali nie sebab bahagia sangat nak beli barang-barang. Macam aku cakap tadi, budget untuk barang dah ada. Namun budget travel, minyak kereta tol, makan lagi. Semuanya aku tak konsider awal.

Apa lagi, merana la hujung bulan nie. Tapi takpa, alhamdulillah lagi sekali. Aku kena pergi offshore, at least selama seminggu aku takyah spend duit. Tapi, ada jugak tapinya, kena pinjam duit simpanan lah kejap. Travelling, makan semua pay and claim. Balik je darat, aku dah prepare mentally and physically untuk hadapi minggu ini, dengan duit hanya cukup2 dan berhutang lagi kepada akaun simpanan aku.

Alhamdulillah, Tuhan tolong aku. Terima kasih Allah. Project aku hujung-hujung tahun nie, buat makan-makan. Setiap hari, aku dapat breakfast dan lunch lebih daripada apa yang aku selalu makan pun. Kalau belanja duit sendiri, pilih salah satu antara lunch atau breakfast. Tapi rezeki project team buat makan-makan. Setiap hari dapat dua2 sekali.

Jadi, cerita dia, aku hanya spend RM2 untuk parking setiap hari. RM6 untuk minyak sepanjang minggu ini dan hanya beberapa RM untuk makan malam yang aku beli ikut mood aku. Disebabkan makan di opis dah mewah, plus aku baru turun offshore. Aku jadi tak tertarik untuk makan nasi lagi waktu malam. Roti, sup, biskut lebih menarik untuk makan sambil layan movie. Tak da lah aku berlapar (amboi teruk benar, bunyi ayat last nie.)

Bila difikirkan balik, apa ja kebaikkan yang aku buat sampai Allah tolong aku macam nie?huhuhuhu..
..(terhina lalu insaf)

Syukur, alhamdulillah.

Friday, December 6, 2013

Ustaz 1 Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ini heboh di laman sosial dan media cerita pasal Ustaz Kazim Elias (UKE) yang kononnya macam-macam cerita. Tup-tup masuk UMNO. Dilantik sebagai salah seorang Ahli MT pulak tue. Maka ramailah yang memang tak suka bertambah benci sehingga sanggup menyebarkan fitnah dan memburukkan nama UKE secara melampau-lampau.

Namun aku bukan nak ulas tentang kes UKE nie. Dia pun dah tolak perlantikan tersebut secara baik setelah berbincang dengan PM. Main point aku dalam post ini adalah aku nak persoal dan bincang dimana kedudukan ulama' dan ilmuan seperti UKE sendiri dalam masyarakat. Adakah menjadi hak masyarakat untuk menentukan dimana mereka atau itu adalah hak mereka sendiri untuk memilih jalan dalam perjuangan mereka.

Bukan UKE sahaja yang terlibat dengan perkara semacam ini, ilmuan lain juga sama seperti UAI, UFB, UHB, UZM dan lain-lain lagi ilmuan yang nama singkatan mereka bermula dengan huruf U. Jelas saya nyatakan disini, UKM, USM, UTP, UTHM, UTM dan lain-lain U seangkatan adalah sangat tidak berkaitan.

Kalau kita singkap sejarah politik Malaysia sejak sebelum PRU 13 yang lepas. Malahan jika kita ingat dalam PRU yang sebelum-sebelumnya sudah menjadi kewajiban parti politik Malaysia menggunakan selebriti terkenal dan terkemuka untuk memancing undi. Dimulakan oleh UMNO, dengan menaja beberapa artis ternama untuk turut sama berkempen dan memberi cenderahati kepada yang menyokong. Nak pancing undi lettew.

Kemudian PAS mula mengambil langkah yang sama namun dengan pendekatan mereka sendiri. Ramai selebriti, artis, penyanyi dan pelakon yang secara terbuka mula terlibat, berkempen dengan PAS untuk PRU13 yang lalu. Kebanyakkan artis ini, dilihat sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Namun ini cara PAS saya tak mau komen. Biarlah kedua-dua parti tertua Malaysia ini dengan cara mereka sendiri.

Bila zaman artis mula suram, zaman ustaz dan majlis ilmu melonjak naik sampaikan konsert rock dah takdak orang nak datang, kuliah pula orang parking penuh sampai tutup jalan. Tumpuan kepada artis beralih kepada ustaz-ustaz yang popular ini. Dan keadaan ini dilihat memberi kelebihan kepada PAS kerana tentunya 90% daripada ustaz-ustaz ini berkecenderungan ke pihak PAS.

Untuk survival, UMNO mula pancing ustaz-ustaz seperti UFB, UMI, UJK dan lain-lain, bukan lagi sebagai ahli, tetapi orang berjawatan dalam kerajaan seperti ketua bahagian, senator dan lain-lain. Jadi berebut-rebutlah kedua parti ini untuk pancing ustaz la pulak masuk parti. Parah bila kuliah-kuliah UAI yang melaut orang dilihat berkecenderungan kearah PAS. UMNO resah.

Taktik macam memang berjaya di Tanah Melayu nie sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka. Pendakwah yang datang ke Melaka akan terus berjumpa Sultan. Bila Sultan peluk Islam maka beramai-ramailah rakyat turut sama peluk Islam. Keadaan ini berlaku sampai ke hari ini. Bila orang tertentu membuat pilihan maka semua pengikut-pengikut akan turut sama join sekaki.

Selepas berzaman, kemudian wujudlah pula budaya "Pak Turut", "Taklid Buta" akibat terlalu banyak sangat mengikut-ikut orang,  membuatkan orang Melayu malas berikir. Disebabkan itu juga orang melayu nie macam lalang. Memudahkan orang luar menjajah fikiran mereka hari ini. Sebab ada budaya nie melekat dalam diri orang melayu dimana sahaja mereka berada, sama ada surau, masjid dan sebagainya. Mudahlah parti-parti seperti ini mengambil kesempatan. Pancing ketua dapat anak buahnya.

Dulu ketuanya artis, tak jadi masalah sangat sebab apalah sangat impak pendirian seorang artis. Bila ketuanya ustaz, ilmuan dan pendakwah, ini jadi masalah besar. Pendirian mereka ini berkait rapat dengan agama, akidah dan penyatuan ummah. Sangat kritikal. Jadi dimana mereka patut berada?

Okay, part nie adalah pendapat peribadi aku.

Pendakwah dan ilmuan adalah milik rakyat tanpa kompromi. Walaupun mereka juga adalah manusia biasa namun ilmu yang mereka ada adalah menjadi kewajipan bagi mereka untuk menyampaikan kepada orang ramai tanpa mengira status, pangkat, harta, jantina atau dia sokong parti mana. Sapa sahaja yang takdak ilmu pulak wajib pergi belajar dengan mereka jugak tanpa kompromi status, pangkat, harta, jantina atau ilmuan itu sokong parti mana (namun dalam ideal kes, undi adalah rahsia - tak jadi isu).

Namun keadaan politik negara ini sedikit pelik. Saya rasa kalau ilmuan tersohor seperti UAI dan UKE sepatutnyalah tidak boleh memegang jawatan dalam mana-mana parti biarlah nampak jelas parti mana yang disokong. Memegang jawatan dalam parti, saya lihat lebih banyak keburukkan berbanding baiknya. Masa berdakwah perlu dibahagi-bahagikan. Mesyuarat parti sana sini. Timbul fitnah dan tidak lagi mesra rakyat.

Paling teruk adalah jika ilmuan tersebut hanya menjadi boneka yang akan digunakan oleh pemimpin-pemimpin parti untuk mendapat restu agama. Terdedahnya ilmuan tersebut kepada rasuah, mengeluarkan fatwa dan pendirian yang salah semata-mata untuk meraih sokongan seperti apa yang telah berlaku kepada Mufti Perlis tidak lama dulu.

Pendakwah akan menjadi tempat tumpuan masyarakat memperoleh jalan menyelesaikan perkara-perkara penting, tempat bertanya keraguan dan memperoleh peringatan. Jika pendakwah sudah memegang jawatan parti semestinya semua rakyat tidak lagi mudah nak dekat dengannya. Rakyat daripada parti sebelah sana akan menjauhkan diri dan lebih buruk keadaan ini kan menambah lagi perpecahan umat.

berikutan fungsi ilmuan dan pendakwah salah satunya mennyatukan umat, seperti mana yang Nabi S.A.W buat, dan pendakwah, ilmuan dan ulama' pulak adalah pewaris Nabi S.A.W, jadi tidak sepatunyalah mereka pulak menjadi agen perpecahan.

Jadi memang berpatutanlah pendakwah atau ilmuan tidak memegang jawatan dalam parti, kerana terlalu banyak risiko dan skop dakwah tiba-tiba akan menjadi sangat-sangat kecil. Dimana statu ilmuan di Malaysia? di hati semua rakyat tanpa kompromi status, harta, jantina, pangkat dan parti apa yang disokong.

Semarakkan ilmu dan bersatu demi agama.

Sekian.

Tuesday, November 26, 2013

Tarbiah

Assalamualaikum.

Tajuk nie boringgggg. Sebab apa?

Sebab selalu dibincangkan secara membosankan. Tapi kali nie anda tak perlu tahu maksud tarbiah dari segi bahasa atau istilah. Sebab bukan itu yang aku nak cerita.

Awalut Tarbiah
Istilah "Tarbiah" aku mula-mula dengar masa aku masuk SMKAY. Namun aku diperkenalkan kepada tarbiah dengan makna yang berbeza dan mungkin sedikit pelik kepada orang yang tak pernah masuk SMKA/SMA.

Tarbiah lebih tepat didefinisikan oleh senior-senior kepada junior secara FIZIKAL. Nak mudahkan cerita kalau budak-budak MRSM atau sekolah sains, depa panggil "Ragging". Pada pandangan cikgu-cikgu pulak, depa panggil "Buli".

Tarbiah senior-senior SMKAY/SMA secara luaran memang dilihat sama saja dengan mana-mana senior sekolah bukan SMKA/SMA mahupun pihak PIBG sekolah. Apalagi guru disiplin. Tarbiah di SMKA/SMA ini sudah dikaji dan silibusnya sudah diyakini hampir 89% akan memberikan kesan yang baik kepada junior yang bermasalah, Jenis hak tak makan saman dengan cikgu disiplin atau PK HEM atau yang jenis muka jambu mat bunga, baik kat sekolah balik asrama dialah hantu.

Serius, aku tengok ramai kawan-kawan, junior mahupun senior yang di tarbiah oleh senior-senior sebelumnya insaf. In a split of second. Secara drastiknya. Menjadi. Kalau buat hal, senior panggil peg dorm dorg malam-malam. "Kelebak-kelebuk" dengar bunyi sampai dorm sebelah.

Esoknya si junior yang kena tarbiah tue tetiba jadi macam adik kesayangan senior-senior yang tarbiah dia. Depa belanja dia makan, depa perati dia dalam surau/asrama ataupun atleast depa bagi dia meggi free setiap kali lepas suruh dia ambilkan air panas dekat surau. Dan dia ttiba diwajibkan solat sunat qabliah, pakai serban dan menghafal surah-surah al-Quran tertentu, kena tasmiaq hujung minggu.

Kalau kita buat comparison, apa yang dibuat dalam tarbiah ini sama macam interrogation polis dalam filem orang putih. Teknik Good Cop Bad Cop kot dia panggil. Alah aku tak tengok CSI pun aku tau teknik nie. Memang berjayalah.

Namun semakin aku membesar di SMKA. Tarbiah sudah disalahertikan oleh beberapa generasi yang tak bertanggungjawab. Ada 2,3 senior batch atas aku yang poyo nak tarbiah jugak walhal dia yang patut kena tarbiah. Termasuk jugak yang baru pindah dari sekolah lain lepas tue duk buat otai kat sekolah aku, eloklah tue ada pulak budak-budak sekolah aku hak bodoh jadi pengikut. Kononnya pindah sebab kes-kes berat. Hahahaha, kena kencing. Padahal kawan tue kena tangkap bawak handphone ke sekolah. Gengster ke bawak phone ke sekolah?

Dan generasi demi generasi tarbiah sudah jauh menyimpang daripada silibusnya. Dikotori oleh idea-idea baru yang melampau-lampau. Korupsi. Kroni. Zalim. Dan benda ini lesap bersama-sama dengan namanya. Sekarang tidak wujud lagi perkataan tarbiah di asrama-asrama SMKA/SMA. Yang tinggal hanyalah Ragging di mulut pelajar dan Buli di mata guru.

5 tahun aku melihat zaman berubah. Tarbiah dikotori zaman. Selamat tinggal tarbiah.

Masihkah lagi hidup tarbiah dalam diri aku? Aku mencari.

Wednesday, November 20, 2013

Sejarah Mungkin Berulang III

Assalamualaikum

Minta maaf ter"emo" di penulisan yang lepas. Sebenarnya itu adalah luahan rasa kecewa terhadap institusi yang menggunakan nama Islam dan kononnya mempromosikan Islam tetapi GAGAL.  Banyak lagi perniagaan dan perkhidmatan yang menggunakan nama tersebut namun juga GAGAL.

Tujuan aku tulis benda nie bukan nak cari salah siapa. Kalau kita sibuk nak cari salah siapa memang sampai bila pun masalah ini takkan selesai dan kita akan selalu ketinggalan. Mari kita renung apa yang patut kita buat? Apa peranan dan strategi kita untuk mengatasi masalah ini?

Aku membuat pemerhatian dan comparison dengan masalah ini. Aku melihat perkara ini sama dan berlaku dalam apa sahaja institusi yang menggunakan nama Islam atau dasar Islam sepanjang yang aku jumpa lah. Memang kita takkan sempurna sebab Allah jua yang Maha Sempurna. Namun kenapa orang lain yang tak guna nama Islam boleh buat, Orang yang bukan Islam boleh buat?

Masalah utama orang kopiah putih dalam perkara ini, antaranya tidak memahami Islam secara syumul, aice sekali bahasa arab la pulak. Syumul atau menyeluruh, tengok sajalah dimana-mana pun persatuan Islam sama ada di sekolah, univesiti mahupun persatuan bukan kerajaan. Sama saja masalahnya, sama ada pelajar sekolah, universiti atau yang bekerja. Dan masalah ini hanya berlaku di Malaysia sahaja. Pelik!

Semuanya dibahaskan dalam blog "Aku Melayu Di Kota Inggeris." - Cronyism. Orang kita banyak sangat menilai orang melalui luaran. Dah biasa sangat. Kau nie pakai songkok ke kopiah putih? Dulu sekolah agama atau MRSM? Uni Islam atau Uni lain? Belajar di Mesir atau di US? Kau ustaz ke bukan Ustaz?

Apa semua budak sekolah agama tue baik-baik? Pakai songko hitam tak sah sembahyang? Dekat US takda orang Islam? Kolot sangat.

Cubalah kita jangan judge orang berdasarkan perkara luaran. Kalau macam nie sampai bila-bila kita takkan maju.

Aku tengok masalah nie sama saja dari sekolah aku dulu SMKAY. Nak pilih ahli BADAR, tak kira pelajar mahupun ustaz. Suka sangat judge orang. Last-last nak pilih budak surau jugak. Kalau bagus buat kerja tak apa. Dia rajin pergi surau hanya bermakna dia layak menjadi contoh yang baik kepada pelajar lain. Bukan bermakna dia boleh memimpin, rajin, boleh buat kerja lain, kreatif dan kritis. Namun rajin pergi surau tue adalah kelebihan diatas semua requirement sebagai pemimpin dan bukan core value sebagai pemimpin.

Di KMPh pun sama saja. Budak surau nak kawan dengan budak-budak surau saja. Pilih JPP pun budak surau semuanya. Last-last apa jadi kat depa? Lecturer duk sumpah seranah sebab kerja kemana, cakap saja pandai. Buat event sampai 300 orang AJK tapi event ke laut. Aku lah MC last minute malam anugerah event depa sebab MC depa lari balik kampung.

UTP lagilah obvious, RM? Hmmmm..bukan nak katalaa..bagus wujud persatuan macam nie, namun orang dalam RM nie banyak sangat jenis jaguh kampung. Ada beberapa orang sahaja yang aku lihat sangat berhikmah, aku respect. Tapi takda sapa pun yang pandang depa dalam RM sebab depa tak pakai jubah, tak pakai kopiah putih. Aku ditarik masuk RM pun sebab aku ex-SMKA. Ada ka macam tue?

Dalam parti tak yah cakap lah. Memang kena baca blog Dr. Muhaimin Sulam. Kalau betul senyum saja jangan kata apa. Hahahahahaha. Memang tak menang lah. Kita bangkang-bangkang, depa kata kita pembangkang. Kita bukan bangkang kita bincang. Kata-kata, pemintaan dan idea pemimpin tue bukan semuanya mesti betul. Gunalah otak logik sikit. Apa semua dan nak jadi syiah? Apa yang keluar daripada mulut pemimpin tue Ayatullah? Tak boleh nak bangkang. Kena ikut semua?

Nabi S.A.W ada ka buat macam hampa? - Then hampa kata hampa sayang Nabi.

What?????

Sekian

Tuesday, November 19, 2013

Sejarah Mungkin Berulang II

Assalamualaikum

Rasanya dah pernah guna tajuk nie, sebab tue aku letak 2 roman (II).

Sejarah bukan "mungkin berulang" tapi pasti berulang kepada semua orang, kaum atau masyarakat yang tak pernah nak ambil pengajaran daripada sejarah dah berlalu. Sejarah juga pasti berulang kepada individu atau kumpulan manusia yang selalu lupa tentang sejarah.

Bagaimana kita belajar daripada sejarah?Di sekolah tue bukan kita belajar daripada sejarah, tue namanya hafal sejarah. Bukan sebab nak ambil pengajaran tetapi nak lulus periksa. Takpa aku pun buat macam tue dulu. Aku juga produk gagal sistem pendidikan negara ini dalam mempelajari hikmah daripada sejarah.

Sekarang kita dalam bulan Muharram, apa yang femes dalam bulan Muharram? Mestilah awal Muharram atau Maal Hijrah, yang kita sambut saban tahun. Dan negara ini, tetiap tahun bagi hadiah tokoh Maal Hijrah kepada insan-insan yang bertuah, sebagai tanda pemimpin negara ini mempertahankan keislaman negara ini. What???

Tipikal bukan? Sebab kita tak pernah belajar daripada sejarah. Sejarah penghijrahan Nabi S.A.W itu sendiri tidak dikupas dengan baik. Ustaz-ustaz kita selalu berceramah tentang kesusahan Baginda Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Hijrah tapi terlupa dan tak pernah cerita tentang Kebijaksanaan, Tarbiah Allah, Perpaduan umat Islam, Kasih Sayang dll mutiara hikmah yang terdapat dalam peristiwa hijrah.

Aku bukanlah ustaz.

Satu hikmah, bekerjasama, belajar dan memperbaiki kelemahan dengan mencontohi yang baik-baik daripada orang kafir.

Macam nak buat isu ja aku nie. Memang aku nak buat isu sebab orang melayu kita nie pandai bermain dengan kata-kata.

Kenapa orang yang bawa nama Islam takut sangat nak bekerjasama dengan orang kafir untuk kebaikkan? Dan kalau ada pun kerjasama yang disalah ertikan.

Contohnya, cubalah tengok orang yang bawa nama Islam dalam perniagaan macam bank, kedai pajak gadai, restoran makanan, penjual barang kegunaa peribadi dan lain-lain. Customer Service diorang, memang gagal tahap dewa.

Contoh, aku sebut teruslah ye. Mohon terasa.

Pengalaman service tak professional di Radix FC. Mula-mula memang bagus, lepas 1,2 bulan femes. Mula buat hal. Cashier yang amik order bagi baki tak cukup, kemudian hampir bergaduh dengan aku. Dia kata aku pulak yang silap tengok duit yang aku bagi. Walhal terlekat dekat dinding muka dia la perkerja terbaik bulan lepas. Macam manalah hampa evaluate. Dah la masa aku sampai takda tanya apa, senyap ja tunggu aku order. Aku rasa kalau setahun aku duk pilih menu, setahun jugaklah dia senyap tunggu. KFC ada macam tue?

Seterusnya, pinggan dengan tulang ayam penuh atas meja, bukan satu meja tapi beberapa meja. Lalat dah buat port kat area meja-meja tue. Macam mana aku nak makan. Aku tengok pekerja dia 4,5 orang duk bergurau senda dalam bilik rehat depa kot. Ada cermin lutsinar okey. Customer boleh nampak hampa duk buat apa dalam bilik tue. McD ada macam nie?

Pengalaman seterusnya, Ar Rahnu. Lepas aku belajar tentang pajak gadai Islam daripada Ustazah Sopiah dalam kelas syariah. Aku pun suggestla dekat mak aku kalau nak pajak gadai emas ka apa, pi la Ar-Rahnu. Lebih untung kalau ikut daripada apa yang aku belajar dalam kelas. Last-last mak aku complain, dah la upah mahal. Banyak kos tersembunyi. Customer tidak diberikan informasi yang cukup tentang urusan. Dan tak mesra pelanggan. What the heck? Pajak gadai kedai cina ada macam hampa?

Pengalaman lagi. Aku nak buat kad kredit Islamik. Pilihan yang ada adalah, Maybank Ikhwan. Mudahnya aku buat kat Maybank Islamik Seri Rampai. Dekat dengan rumah. Dan staff dia memang langsung tak professional langsung.

Masa aku buat kad ini, aku cuti. So aku pakai seluar slack hitam dengan t-shirt round neck, selipar dan galas beg. Macam mat bangla ka kalau pakai macam nie. Staff yang layan aku tue, ada janggut panjang macam ustaz, siap pakai kopiah putih lagi. Relax ja dia panggil aku "Bro". Aku cakap nak buat kad kredit Ikhwan dia sibuk nak suruh aku buat loan. Dia kata lagi untung la apa la, dia ingat aku nie pokok taugey dia nak kencing aku.

Lepas dia tengok aku respon dan dia tak berjaya pujuk aku buat loan baru dia keluarkan surat list bermacam-macam benda untuk buat kredit kad. Dengan EPF la apa bagai. Aku tanya berapa lama boleh dapat? Dia cakap sebulan. Gila!

CIMB boleh bagi kredit kad kat aku dalam masa sejam kot. Aku cakap kat dia aku nak travel tgh hari nie. Dia pulak ingat aku gila sebab CIMB bagi kad kredit dalam masa 1 jam. Serius dia gelak kat aku macam aku nie duk buat lawak kat pentas maharaja lawak. Siap dia panggil akak-akak yang jaga kaunter tue mai pakat gelak kat aku. "Lue silap kot bro, bukan kredit kad kot."

Oklah, aku ceritalah apa member-member aku buat sejam ja dah dapat. Lepas mamat tue cakap "kalau kau nak buat cepat, kau pergilah buat dekat CIMB, kenapa buat kat sini.". Apa ke bangang staff nie, kau sepatutnya pujuk aku buat kad kredit Islamik, bukan suruh aku pergi buat kredit kad conventional. Aku pun blah la, takkan nak tunggu lagi orang dah gelakkan kita. Sebelum aku blah, sempat salah sorang akak tue tanya aku. "ko keje mana dik?". Dia main kau aku je ngan aku nie, customer dia.

"SAYA DRILLING ENGINEER PETRONAS CARIGALI SDN BHD, OPIS KLCC, PETANG NIE SAYA NAK TRAVEL KE KERTEH. SAYA NAK NAIK OFFSHORE PAGI ESOK." - Senyap.

Dia judge pakaian aku. Nabi ada buat macam nie?

Pengalaman last. Ada banyak lagi. Tapi cukuplah kot 4 cerita. Online Bank Islam. Ehh macam paham jer. Hahahaha.

Kalau nak rasa, trylah buat Bank Islam punya online. Mula-mula aku disuruh jumpa staff dia kat hujung sana. Aku duduk, aku cakap nak buat online. Dia sengih-sengih. Then macam hah? hah? hah? Aku pun hah? hah? hah? la jugak. Kenapa? aku tanya. Encik syafiq, kena pergi kaunter ATM dan register. aku pun berjalan ke ATM register.

Aku patah balik dan cakap aku dah register. Dia sengih-sengih dan situasi hah? hah? hah? berlaku lagi antara kami. Owhh, macam nie, Encik Syafiq kena balik dan register online dulu dekat PC, then datang jumpa saya balik untuk dapatkan pin. Then barulah Encik Syafiq boleh transfer duit dan berurusan secara online. What???

Hang tau tak, opis aku kat mana? Aku berjalan tau mai bank nie. Hang suruh aku balik semata-mata untuk sign up account saja, lepas tue berjalan mai sini balik untuk dapatkan nombor pin. Awat takda PC ka dekat bank yang besaq gabak nie, hang nak tolong online kan untuk aku? atau at least aku nak guna so aku tak payah berulang alik macam orang bodoh semata-mata nak guna account Islamik - Islamik ka macam nie?
 
Nie nak marah nie...nantilah sambung episod 3. Malas aku dah nak tulis...emo..

Sekian.

Monday, November 18, 2013

Se Tonik Pagi

Assalamualaikum

Apa jadahnya tajuk yang aku nak tulis nie. Biarlah. Cerita pagi-pagi Isnin nie memanglah tak best, sebab 1st day masuk keja lepas 2 hari cuti yang penuh aktiviti dan penuh rehat. Kiranya kalau tidur tue sampai nak termuntah la orang cakap.

Pagi nie pun samalah jugak. 6 pagi dah bangun solat subuh tapi rasa malasnya ya Tuhan. Macam mana nak pergi keja nie. Mengantuk tahap gaban dah nie. Sambung tidurlah, set alarm 7.30 pagi. Macam last week jugaklah. Moral dah down sebab tak sabar-sabar tunggu bila nak balik Kedah nie. Ada lagi lebih kurang 14 hari lagi.

Dah siap-siap nak keluar rumah dalam pukul 8 pagi macam tue. Keluar rumah macam biasa. Lesu berjalan. Naik motor. Letih nie tak dak dah. Siap boleh terlepas simpang lagi. Dah dekat-dekat nak sampai MRR2 baru tersedar, "ehhh macam mana pulak aku boleh sampai jalan nie?" Pusing la patah balik. Haishh mengelamun atas motor. Bahaya kot.

Sampai opis, hurmm hari nie alhamdulillah. Walaupun keluar lambat daripada biasa, sampai lebih kurang ja. Kereta banyak atas jalan tapi takda pemandu kereta yang tak waras hari ini, takda yang berenti tengah line putus yg motor nak lalu, ruang terbuka luas. Takda yang tukar lane sesuka hati tanpa signal. Semuanya bagus hari nie. Terima kasih pemandu di pagi Isnin ini.

Dah la aku penat, takda mood, semua orang yang aku jumpa daripada tempat parking moto sampai kat lobi tower semuanya buat muka. Tensionlah aku dengan environment macam nie. Berjalan ke nak masuk tower.

Tetiba ada terperasa sorang akak nie, macam kenal je. Dia senyum kat aku. Senyumlah balik kat dia, dah orang senyum kat kita kan. Dah la akak tue lawa. Perghhh terus segar macam baru kena inject dgn adrenalin. Senyum aku sorang bawak ke lift. Hahahahahahaha.

Sekian.

Tuesday, November 12, 2013

Kisah Yang Lambat Bermula

Assalamualaikum

Apalah yang ada dalam hati ini. Rasa tak best yang berpanjangan. Adakah ini rasanya jauh dari Tuhan? Hmmm..

Mungkin.

Bila solat selalu menjadi last thing to do, bila Quran hanya tersimpan di rak buku. Berdebu. Ayat-ayat suci yang memberi pengajaran dalam makna kalam-kalamnya, menunggu untuk dirungkai. Ruginya, aku sendiri.

Kisah ini sangat lambat bermula.

Tuhan tolong aku.
Yang selalu rasa keseorangan.
Yang selalu perlukan teman.

Kurniakan aku cahaya. Kalau tidak menerangi seluruh alamku, sedikit sudah cukup, sekadar penunjuk arah untuk kemana perlu aku berlari. Berikan matlamat baru dalam hidup ini.

Kisah ini sangat lambat bermula.

Sekian.

Saturday, November 9, 2013

Nasi

Assalamualaikum.

Nasi nie kira makanan wajiblah di Malaysia nie. Sejak aku lahir sampailah dah 24 tahun lebih hidup nie memang orang Malaysia dah makan nasi. Tak kira bangsa atau agama. Sebenarnya takda argument yang perlu aku tulis pasal nasi.

Cuma sajalah nak kasi gerak sikit otak pepagi di hari cuti nie, aku tulis pasal benda yang common sense yang tidak lagi dianggap common sense. Kat Malaysia nie sebab dah diverse banyak budaya dan bangsa. Nasi tue dipelbagaikan jenis masakan. Dan aku rasa bangsa lain di Malaysia nie pun tak lah pelik macam tak pernah jumpa nasi.

Dari Jepun sampai ke India orang makan nasi, malahan penduduk timur tengah pun makan nasi. So sebab dan campur semua bangsa dan budaya kita ada ribuan jenis nasi. Korang tengok sajalah menu nasi di retoran atau kedai makan. Even gerai makan biasa pun, dalam senarai nasi goreng, ada lebih kurang 23 jenis nasi goreng. Dari nasi goreng kampung, sampai ke nasi goreng USA, Bangkok, Thailand dan lain-lain lagi. Ini tak termasuk nasi goreng special recommended by chef, trademark kedai makan tue.

Di kelantan nue, pada suatu ketika aku tengok tv, siap ada pesta 1001 nasi. Bayangkan bertapa banyaknya jenis nasi yang ada di Malaysia nie. Dalam banyak-banyak nasi nie adalah beberapa nasi yang rare dan femes di beberapa tempat. Tak banyak aku rasa tapi adalah beberapa yang boleh nak buat cerita dan recommended oleh aku untuk hampa try.

1. Nasi Briyani Ayam Mak Cik Ina (mak cik Ina tue mak aku)
Satu tahun tue, raya puasa, ttiba mak aku beli periuk nasi elektrik yang besar tue. Jenama apa aku tak ingatlah pulak. Tapi serius boleh masak nasi banyak, sekali masak adalah 3-5 kg beras dan tak perlu nak pelekat api masak dengan kawah. Dan takda risiko nasi tak masak selagi ada bekalan elektrik.

Mak aku sendiri yang masak mestilah sedap kan? So pendapat aku tak dapat diterimalah kat sini. By the way, sedap tak sedap hari raya first 2 kali masak dan sampai ke malam orang mai beraya makan. Sambung hari raya kedua dan ketiga. Kami dah jamu sekampung agaknya orang makan selama 3 hari raya tue.

2. Nasi Kandar Sempoi Suria di Gurun, Kedah
Nasi kandar nie tak pernah pulak aku perasan selama aku duduk kt Kedah. Orang Penang yang kenalkan aku dengan kedai nasi kandar nie. Sedap. Aidil, member aku kerja kat PFK ajak makan sini masa aku balik cuti di Kedah. Nasi kandar yang best dan paling dekat boleh dapat dengan rumah aku. So kalo nak lepas rindu, xda hal lah nak cari nasi kandar terdekat and the best in town.

3. Nasi Kandar Haji Ramlee di Simpang Empat, Alor Setar, Kedah.
Nie dulu antara tempat feveret famly aku nak makan. Sedap dan murah. Ada sekali tue aku pi makan ngan member sekolah. Masa keluar outing haha. Sanggup naik bas dari Guaq pi Simpang Empat, semata-mata nak makan Nasi Kandar Haji Ramlee nie. Masa tue laa, aku makan nasi kandar, puyuh, ayam goreng berempah dan orange juice kot, baru RM12++ (tak ingat exact value). Tapi la nie nie, orang cakap dah mahal lepas kedai dia masuk dalam rancangan tv.

4. Nasi Goreng Bantal Peluk, RnR Bandar Seri Iskandar.
Yang nie legend. Bebudak UTP, UITM Seri Iskandar kalau tak pernah makan, tak lengkap lagilah duduk Seri Iskandar. Actually, ada 2 tempat yang yang jual menu nie. Tapi aku lagi suka yang dekat RnR sebab makcik yang dekat RnR tue masak pedas sikit compare dengan yang lagi satu. Lagi sedap. Plus, dekat RnR makcik tue ada jual jugak ABC, Cendol dan Lai Chi Kang, perghhh sedap jugak. Saja aku tak mau carita nasi goreng nie macam mana hahahahahaha. Aku nak balik kedah nnt bila-bila aku nak singgah makan dekat sini lagi. Ntah akak yang amik order tue kenal aku lagi ke tak huh?

5. Nasi Kandar Vanggey, Ipoh
Kalau orang utara yang rindu nak makan nasi kandar dan depa payah nak balik Penang atau Kedah. Vanggey adalah tempat melepas rindu. Nasi kandar dia perghhhhh meletop walaupun sedikit mahal. Sekali makan simple menu adalaa dalam RM15 untuk seorang makan. Yang best dekat vanggey nie sebab kuah campur tue, mamak tue yang letakkan. Lepas tue dia ada special sos (kuah kari) dia letak. Yang tue yang menambah sedap menu nasi kandar kat sini.

6. Nasi Ayam Penyet Wong Solo (Mana-mana saja cawangan wong solo, aku selalu makan di Seri Permaisuri)
First time aku makan Nasi Ayam Penyet nie di wong solo Shah Alam, Belakang banggunan Jakel yang besar tue dekat area petronas exit pandang jawa nak ke UITM Shah Alam. First time makan, pedas tahap dahsyat sampai cirit birit aku keesokkan harinya. Second time baru aku makan dekat Seri Permaisuri, pun cirit birit jugak. Lepas-lepas tue lama-kelamaan boleh tahan laa. Sedap, kalau tetiba rasa nak makan masakan yang pedas-pedas memang Wong Solo tempat aku tuju.

7. Nasi Ayam Arked Mara Sg. Yan, Yan, Kedah.
Sorry aku terlupa lagi satu kedai makan yang sedap nak makan. Nasi ayam apa tak tau nama. Tapi kedai dia dekat Arked Mara Sg. Yan. Kat belakang tapak pasar malam. Kedai paling hujung sekali. Sedap. Ayam dia rangup dan sos ayam dia sedap sangat sangat sangat. Memang puas hati makan dekat sini. Dulu masa sekolah tak perasan pulak kedai tue, selalu pi beli pasembor ja kat kedai sebelah dia. Tak pernah nak try nasi ayam kat kedai tue. Lepas habes sekolah barulah aku termakan dekat situ, sebab apa tak ingat la pulak.

Oklah, dah 7 nasi aku cerita. Serius sapa yang suka food hunt, atau tersinggah, lalu dekat kawasan berdekatan boleh la nak try. Semua tempat makan nie taklah mahal. Semuanya kedai makan mampu bayar hahahahaha. Sebab mahal tak semestinya sedap dan murah tak semestinya tak sedap =).

Sekian.

Monday, November 4, 2013

Beli Tiket ke Syurga

Assalamualaikum

Kesian. Sewaktu aku menunggu sebungkus nasi goreng kampung di kedai makan sebelum tiba ke rumah. Satu wawancara radio agaknya. Pendengar menelefon dan memberikan pendapat. Mungkin bukan pendapat rasanya. Aku rasa lebih kepada hukuman.

"Saya rasa orang yang meniaga di kawasan masjid pada hari Jumaat nie, hanya ambil kesempatan. Pentingkan diri dan duit semata-mata. Tidak menghormati orang yang menunaikan ibadah. Menyesakkan jalan, penuhkan kotak parking. Ganggu orang nak pergi menunaikan solat."

Gila agaknya pendengar yang telefon nie.

Kesian. Adalah satu kejadian di FB, aku ucapkan selamat berjaya kepada junior-junior SMKA aku. Antara ucapan yang aku rasa menarik adalah "semoga cepat kaya, boleh masuk syurga". Ada pulak yang reply kat bawah, "Macamlah orang kaya boleh beli syurga."

Kalau itulah kata-kata dari salah seorang pelajar SMKA, nampaknya SMKA masih gagal menghasilkan produk yang faham agama.

Kesian. Satu lagi kes di FB jugak. Adalah kawan FB nie, post di wall beliau. "Jangan duk bangga sangat belajar dan berjaya dalam ilmu dunia. Esok2 bukan ilmu dunia nak ajar kita kafan orang mati, mandikan jenazah. Jangan sampai time mak ayah kita meninggal, baru kalut nak belajar."

Orang macam nie lah yang selalu stereotype kan pandangan orang awam terhadap agama Islam.

***

Apa yang korang nampak daripada diatas adalah kegagalan institusi keluarga, sekolah, jiran, masjid/surau, bangsa, masyarakat dan negara dalam menghasilkan individu yang faham Islam.

Bukan aku nak cakap yang aku faham sangat. Namun benda-benda macam nie dah seringkali dibincangkan. Dah sepatunya tidak menjadi kekeliruan di kalangan masyarakat lagi. Sedangkan hari ini, kita dapati, pencapaian dalam bidang akademik semakin meningkat. Lebih ramai pelajar boleh skor straight A. Takkan kita nak cakap masyarakat kita bodoh kot.

Kes pertama. Aku rasa amat tidak wajarlah, bila orang telefon radio dan sindir orang berniaga pada hari Jumaat dekat kawasan masjid tidak menghormati. Rezeki dia bukan kita yang bagi, Ia hak Allah. Allah yang bagi. Mana kita tau, yang peniaga tue tak solat Jumaat? Mana kita tau yang dia lebih pentingkan duit daripada solat?

Kes kedua pula, orang kaya masuk syurga. Nampaknya pelajar SMKA masih jumutlah kalau masih berpendapat sebegini. Masih tipikal yang orang kaya tue sombong, orang kaya tue belagak, orang kaya tue banyak buat maksiat. Masih jumut yang masuk syurga hanya dengan solat, puasa, zakat dan lain-lain ibadah khusus.

Mana pergi sedekah, sedangkan sedekah itu boleh menghapuskan kemurkaan Allah. Mana pergi hadis orang yang memasak untuk orang berbuka puasa, maka dia akan beroleh tiap pahala daripada orang berpuasa tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahala puasa mereka. Atau adakah Islam memandang rendah kepada ibadah sedekah? dan lain-lain seperti wakaf? Kalau tak kaya macam mana nak sedekah banyak, macam mana nak waqaf banyak?

Kes ketiga, ilmu dunia dan ilmu akhirat. Apa ilmu dunia? apa ilmu akhirat? adakah Matematik dan Sains itu ilmu dunia dan Pendidikan Quran dan Sunnah, Syariah, Agama Islam itu ilmu akhirat. Atau pendidikan dari kelas kafa itu ilmu akhirat? Atau belajar kitab-kitab di pondok itu dikira ilmu akhirat dan belajar doktor, kejuruteraan dan undang-undang di universiti dikira ilmu dunia?

Dimana fahaman yang selalu kita sebut-sebut dalam blog dan FB, "Islam Cara Hidup Ku"?

Islam Cara Hidup Ku sepatunya menggambarkan dunia itu adalah subset kepada akhirat. Dimana kalau kita kita nak lengkapkan akhirat kita kena juga berjaya dengan dunia. Sebab kita faham bahawa kejayaan dunia adalah bekalan untuk kita bawak ke akhirat. Dunia dan akhirat itu adalah sekali, bukan dipisah-pisahkan.

Jangan dengar perbahasan ulama politik, kerana ia akan lebih mengelirukan hampa semua. Sebab pandangan peribadi saya, "Ustaz tera mana pun, mai dengan duit nie habehlaaa, Kalau Ustaz pun boleh kantoi, kita hak baru nak start nie. Lagi-lagilah kena berhati-hati."

Sekian.

Saturday, November 2, 2013

Doktrin Separa Sedar

Assalamualaikum..

Doktrin?

First skali aku terbayangkan filem Inception yang sangat femes dan sangat cool. Seriyes!

Menanam idea kita dalam otak orang lain. Macam pekerjaan yang susah. Namun aku rasa taklah susah sangat kalau kita ada sumber, kuasa dan duit. Yang paling obvius, media dan internet adalah alat doktrinisasi yang mempunyai efficiency yang agak tinggi untuk zaman ini.

Selalunya doktrinisasi menggunakan kaedah Law's of Attraction, dengan mengambil advantages terhadap pemikiran separa sedar atau dalam bahasa inggerisnya subconscious mind.

Kita mula dengan subconscious mind. Kalau korang ingat dulu masa dalam kelas sains tingkatan 3. Masa belajar topik otak. Pasal serebrum, seleblum, korteks, sinaps melompat-melompat dan lain lain lagi yang cool tentang otak manusia. Kita juga diajar tentang minda separa sedar iaitu subconscious mind.

Namun apa yang guru kita ajar tentang subconscious mind adalah tidak mencukupi, kita tidak mengetahui the power of subconscious mind. Kita hanya ingat subconscious mind hanya sekadar mengawal pergerakan yang diluar kawalan atau pergerakan tanpa perlu arahan atau kehendak daripada conscious mind. Pergerakan macam mata berkelip, nadi dan jantung berdenyut, darah mengalir, semua organ2 menjalankan fungsinya.

Subconscious mind sebenarnya lebih daripada itu. Subconscious mind, (adehh panjang lah pulak nk tulis berulang kali, pendekkan  jadik SM) mengawal benda2 yang lebih besar daripada itu, seperti tabiat seseorang. Contohnya bukak kasut sebelum masuk rumah, memberi salam, mengetuk pintu bilik sebelum masuk, bergurau terlalu kasar atau terlepas cakap dan sebagainya.

Dalam erti kata yang lain apa yang di gariskan dalam contoh tadi. Kita tak bercakap pasal benda-benda kecil kita bercakap tentang benda yang sangat-sangat besar itu Akhlak. So penyataan saya adalah Subconscious mind mengawal hampir 95% daripada akhlak manusia tanpa disedari.

Macam mana SM boleh kawal akhlak pulak? Yup, law's of attraction yang disebutkan diawal-awal cerita tadi. Sapa tak tau yang buat law's of attraction nie. Ia sekadar konsep pengulangan yang sudah lama diguna pakai oleh masyarakat dalam pendidikan. Cuma ia sekadar diberikan nama yang fancy oleh seorang mat salleh. Agaknya.

Konsep pengulangan (repetitive). Contoh macam kita dengar satu lagu dimainkan di radio. Mulanya rasa macam tak best langsung. Apa benda lagu nie tak syok pown. Then dimainkan berulang-ulang kali. SM mula store maklumat dan mengubah tendency kita untuk mula suka lagu tersebut. Its happening.

Dalam Islam pulak ia selalu dikaitkan dengan "Ulang 40 kali" atau "Ulang 44 kali". Ada setengah orang cakap 40 ada setengah orang cakap 44. Kaedah yang selalu digunakan untuk menghafal ayat. Kalau budak2 sekolah biasa guna untuk hafal surah al-Quran. Memang berkesan!

So samalah juga kalau kaedah ini digunakan untuk tanam satu idea dalam otak manusia. Kaedah repetitive digunakan. Macam orang buat MLM, sbb tue dia nak anda dengar dulu. Tak kisah nak beli atau tak yang penting dengar dulu. Dia akan ulang-ulang-ulang dan ulang benda yang sama sampai benda tue lekat.

Walaupun anda tak beli masa tue, tapi benda tue akan lekat dalam otak. So anda akan terfikir pasal apa yang dia cerita. Dorang panggil educate dalam bahasa dorang. Ayat biasa "Kalau dengar sekali mungkin tak mau beli lagi, bila dengar dua kali, mungkin nak beli, bila dengar tiga kali mungkin 90 akan beli". Dorang akan suruh anda dengar berkali-kali.

Kaedah repetitive boleh datang dalam macam-macam jenis saluran. Perbuatan, dengar, rasa, lihat, kiranya apa sahaja yang deria kita boleh tangkap. Kaedah repetitive boleh digunapakai. Macam hari-hari kita dipertontonkan cerita tentang hiburan dsb, so kita pun akan nk terikut-ikutlah apa dalam tv tue, cara kita berfikir, cara kita tampilkan diri dll.

Orang yang dibesarkan dalam ruang lingkup, dengar, lihat, rasa dan makan dari benda2 yang baik, InsyaAllah akan jadi baik. Walaupun ada kemungkinan mereka akan buat sesuatu yang tak baik, namun risikonya adalah sangat kecil. Sebab benda2 yg baik dah lekat dalam subconscious mind dan sangat susah nak buang balik.

Timbul satu idea yang menarik. Macam mana? boleh tak? kalau kita tanam minat, cita-cita, choices dalam hidup seseorang? Mengikut teori saya secara peribadi semestinya boleh. Dengan kaedah yang sama iaitu repetitive. Atau dalam bahasa lain yang lebih parental, kita panggil Dorongan. Yes dorongan ibu bapa. Kalau ayah atau mak dia duk sebut-sebut dari kecik. InsyaAllah anak akan terdorong untuk ikut apa yang diperkatakan.

Sebab itu saya selalu nasihat, kepada budak-budak sekolah. Kalau nak pilih kerjaya. Mesti balance antara minat, kehendak, kehendak parents dan juga demand industri atau dari sudut ekonomi, perkerjaan yang nak dipilih tue boleh tampung hidup tak. Kaunselor cakap ikut minat. Jangan duk dengar sangat cakap kaunselor, kalau depa terer depa tak jadi kaunselor. Depa jadi macam Bill Gates. Sebab kalau hanya ikut minat semata-mata saya pasti, semua orang nak jadi artis. Sebab kaedah repetitive yang paling berkesan adalah media dan internet. Media dan internet punyai pengaruh lebih besar daripada ibu bapa. So mesti balance!

Kalau kita lihat dari apa yang dah saya tuliskan berjela-jela nie. Fungsi otak sangat menarik. Kenapa cikgu sains sekolah tak cerita sampai macam nie skali?

Haaa cikgu2 kena kerja kuat lagi nie ya..

Sekian.

Saturday, October 5, 2013

Ada apa dengan BRAND

Assalamualaikum w.b.t

Proton
Ya Allah, apalah masalah lagi dengan proton nie. Masih lagi dengan dengan masalah yang sama. Battery. Ingat lepas charge 1 hari, 2 minggu lepas dah ok. Tapi hari nie buat hal lagi. Aku dah cakap kat proton service tue dulu. Tukar je bateri baru. Degil. Tak percaya pulak. Macamlah proton tak pernah ada defect. Last-last sapa yang susah? Akulah. Dah terbatal program. Takleh gerak memana.

Honda
Selain Proton, aku pun memiliki sebuah Honda. Kaya Baq Hangg.. Kaya apa? Kayap ada la. Honda aku bukan Honda City ataupun Honda Civic. Honda aku, Honda Wave 125X. Sebuah motorsikal yang aku beli masa tahun pertama aku masuk universiti. Kononnya nak bawak ke uni buat memudahkan pergerakkan nak peg kelas dan sebagainya. Namun sampai grad motor tue tak jengah UTP. Tanpa kenderaan biarpun motorsikal, takda sapa-sapalah nak pandang, apalagi gadis-gadis pingitan uni aku. Sebelah mata pun tak lah jawabnya. (Selamat si kekasih hati - tak payah nak risau sangat.)

Honda Wave nie dah 5-6 tahun berkhidmat dengan cemerlang. Kena bagi anugerah cemerlang nie. Tak pernah rosak, tak pernah nak berenti tengah jalan. Pernah accident sekali but still ok. Bagus. Sekarang nie pulak berkhidmat setiap hari bekerja. Aku menunggang ke tempat kerja. Pernah patah side mirror dan lampu depan terbakar. Dah dibaiki. Alhamdulillah.

Canon
Antara jenama termahal yang aku miliki. Kamera Canon 550D. Lebih ringan dan tergolong dalam kategori intermediate camera. Pernah sekali lens 18-55mm dan card reader dalam body kamera nie rosak. Lens rosak autofocus, kamera pulak tak leh read memory card. Plus ada calar kat body dia pulak dan tripod pun rosak pada masa yang sama. Macam nak menangis aku rasa masa tue. Benda nie berlaku elok je lepas habes 1 program yang aku jadi urusetia. Frust.

Alhamdulillah nasib baik kamera nie masih ada warranty masa tue. Cepat-cepat aku hantar ke Canon KLCC. Tapi lepas 4-5 bulan jugaklah baru dapat balik. Elok je lepas tamat warranty dia. Tapi Canon tambah lagi 3 bulan untuk tengok macam mana. Alhamdulillah tak rosak lagi lepas tue. Dan lepas tue jugak aku dah tak benarkan sesapa yang aku tak percaya/tak biasa untuk pegang kamera nie. Kalau rosak lepas nie, jenuh aku nak keluarkan duit untuk baiki, nauzubillah. (warranty dah abes)

Sony Xperia
Ye, telefon pintar aku. Pernah aku cakap jangan biarkan telefon kita lebih pintar daripada kita. Dan aku miliki telefon biasa yang taklah mahal. Ikut keperluan, cukup sekadar nak check emel office bila outstation atau balik Kedah. Telefon nie cool tapi biasalah android, lagging tahap yang tak boleh diterima. InsyaAllah nak try HTC lah pulak lepas nie. Bukan tak nak try IPhone. IPhone bagus, cuma aku nie cuai sikit selalu jatuh je telefon, pegang tak lekat. Takut pecah screen dia. IPhone punya screen fragile sikit.

Casio
Nie yang paling legend. Jam getah casio. Mula jam nie aku pakai ke offshore sebab dia getah, takkan ganggu interference tools and equipments dekat rig. Lama kelamaan aku pakai jam nie kemana saja. Sebab dia kecil, ringan dan simple. Rasanya nielah pembelian yang paling berbaloi. Jam nie lebih murah daripada calculator 570 with 2 years warranty. Berbaloi-baloi. Dan aku pernah cakap jugak, mahal atau murah jam tue tetap menunjukkan masa yang sama tak pernah cepat atau lambat. Yang membezakan jam-jam nie adalah tuan yang pakai dia. Sama ada tepat masa atau selalu lambat.

Sekian.

Friday, October 4, 2013

Oh Bam Ma!

Assalamualaikum w.b.t

Solat Jumaat tengah hari tadi di Masjid Tabung Haji Jalan Tun Razak. Khutbahnya berkisarkan nasihat-nasihat tentang "Rakyat Jangan Membazir". Hahahaha tajuk yang agak cliche, adakah teks khutbah pun sudah bertepatan dengan seruan kerajaan supaya jangan membazir. Walaupun sepatutnya teks khutbah menyeru supaya "Pemimpin Jangan Menipu".

Selepas Solat Jumaat, sudah menjadi kebiasaan di Masjid Tabung Haji Jalan Tun Razak, akan ada sahaja kumpulan kumpulan NGO membuat perhimpunan secara aman dan kemudian mereka akan berarak ke kedutaan tertentu untuk menyuarakan suara mereka yang tidak didengari.

Dalam kes tengah hari tadi, kempen diadakan oleh Hizbut Tahrir Malaysia. Mereka sediakan sepanduk, bunting dan banner mengajak ramai-ramai menyertai mereka untuk berarak ke Kedutaan US (Aku pun tak tau kedutaan US kat mana -  Nama saja duk kL).


Patutlah masa aku lalu depan masjid ada orang jual t-shirt kempen "TOLAK OBAMA!". Kempen diadakan untuk membantah kedatangan OBAMA ke Malaysia yang dijadualkan pada 11-12 Oktober 2013 ke Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES).

Maaflah saya tidak dapat menyertai mereka kerana saya ada Well Completion Course Final Examination. Jadi lepas Solat Jumaat, selepas selesai membaca doa saya terus berlalu sambil memerhatikan ramai-ramai orang berkempen dengan sepanduk-sepanduk mereka dan bendera-bendera berwarna hitam putih.

Yang lebih menarik, melewati kumpulan yang berkempen dan kumpulan yang berkumpul sambil kamera telefon pintar ditangan merakam video dan mengambil gambar untuk kegunaan peribadi. Belah kanan orang berkempen, belah kiri orang ramai berkumpul ambil gambar dan rakam video, ada jugak yang duk judge, beri pendapat peribadi tak kurang juga yang mengutuk. Saya dengar.

Haishhh, baru saja lepas solat, duk kutuk orang pulak. Pada saya, mereka tidak menarik, memaksa, mereka datang dan pergi secara aman. Tidak ada masalah, mereka peka isu-isu begini. Kita yang duk kutuk dorang tue, sedekah kat tabung masjid tadi pun seringgit ja, banyak cakap pulak. Kalau buat-buat tidur masa tabung lalu kat depan laaagiilah. Hahaha

Cuma satu sajalah, saya kurang bersetuju dengan penjualan dan pemakaian baju dengan corak muka Obama dan bendera US untuk Solat Jumaat. Ada beberapa orang yang menjual baju t-shirt dengan muka Obama dan bendera US yang dipangkah merah. Mungkin jualan ini untuk mendapatkan dana atau kegunaan lain. Namun saya rasa design baju atau jualan yang dibuat sebelum Solat Jumaat adalah tidak bijak.

Ramai yang beli dan terus pakai untuk Solat Jumaat. Walaupun muka Obama dan bendera US jelas dipangkah merah. Namun wajah Obama jelas kelihatan. Saya rasa tidaklah professional dan tiada berhikmah. Bukankah kita tidak digalakkan untuk pakai baju dengan corak binatang atau manusia untuk bersolat. Hizbut Tahrir sepatunya melihat keadaan ini dengan lebih teliti.


Mereka juga ada mengedarkan risalah-risalah untuk bacaan masyarakat umum. Tindakan mereka ini bagus, mereka ada inisiatif untuk memberi maklumat dan mendidik masyarakat yang mungkin kurang peka kepada perkara-perkara sebegini. Namun saya lihat inisiatif sebegini tidak cukup untuk masyarakat zaman teknologi maklumat ini, risalah yang diedarkan terlalu tidak menarik untuk dibaca, penuh dengan ayat dan perkataan kecil-kecil.


Sudahkah kita lupa disekolah dulu cikgu ajar kita untuk buat peta minda atau brochure untuk menjadikan penerimaan ilmu lebih mudah dan lebih senang otak nak hadam. Kalau macam risalah yang diedarkan sekarang ini saya rasa orang tak baca. Saya pun tak baca. Bayangkan kalau surat khabar penuh dengan perkataan hitam putih macam nie? Sure orang tak beli.

Jadi saya secara peribadi, klasifikasikan usaha Hizbut Tahrir perlu diteliti semula supaya lebih menarik dan lebih senang untuk orang tertarik mendapatkan info dan maklumat yang dikempenkan. Bukankah lebih senang nak tangkap ayam dengan menabur beras di perangkap daripada berlari mengejar ayam sekampung. Takut-takut nanti, kita tersadung batu, ayam terlepas lari. Then, datuk akan datang belanja aiskrim sebagai menghargai usaha kita penat berlari nak tangkap ayam tadi.

Tapi, ayam mahal sekarang. Jangan makan ayam. Makan Ikan!

Sekian.

Tuesday, October 1, 2013

Menyalahi Kesempatan

Assalamualaikum w.b.t

Perkataan "Tidak mengambil kesempatan" rasanya dah mungkin tak boleh digunakan lagi di zaman penuh dengan orang-orang yang pantang walaupun pada sedikit kesempatan. Jadi, saya perkenalkan perkataan "Menyalahi kesempatan" sebagai ganti untuk menggambarkan orang-orang yang selalu melepaskan kesempatan.

Maksudnya kesempatan apa?

Saya teringat pada satu siri ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias. Perjuangkan ilmu, gunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Bila kita ada crowd, kita ada kuasa, ada peluang untuk sebarkan ilmu, untuk menyampaikan peringatan, untuk menceritakan keindahan Islam, kita mesti gunakan sebaiknya.

Contohnya, di majlis-majlis ilmu, di majlis tahlil, di jamuan-jamuan makan, kenduri kendara, sampaikan peringatan. Cukuplah sekadar 15 minit. InsyaAllah orang tak balik punyalah.

Ustaz takpalah, kami nie baru nak start..

Yang baru nak start, xda masalah. Kita sekarang nie ada banyak medium untuk menyampaikan peringatan. Macam Blog, FB, Twitter..post lah 1 hari 1 peringatan atau 1 minggu 1 peringatan pun takpa. Biarpun sedikit tetapi berterusan. Itulah yang Allah suka.

Baru-baru ini saya sertai kursus pra-perkahwinan. Saya rasa sayang seribu kali sayang, rasa-rasanya hampir semua ustaz-ustaz yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan slot-slot berkenaan menyalahi kesempatan yang ada. Banyaknya sudah set di fikiran mereka bahawa peserta yang hadir hanya datang sekadar nak dapatkan sijil bukan nak belajar.

Pada saya, niat peserta itu hak mereka. Niat kita yang ingin menyampaikan ilmu lebih penting. Silap! Silap! Silap!..sepatutnya dalam kursus pra-perkahwinan itulah kita menceritakan keindahan Islam. Sebab yang hadir pastinya datang dari segenap lapisan masyarakat. Semua golongan ada, yang miskin, yang kaya, yang rempit, kutu-kutu jalanan, ustaz pun ada ustazah pun ada, yang pakai longgar, yang pakai ketat, yang rambut sikat tepi, sikat tengah dan rambut cacak. Semuanya ada. Inilah peluang keemasan.

Tapi saya lihat, kegagalan. Moderator datang cerita benda-benda yang tak seronok dalam perkahwinan sepanjang masa. Lebih yang tak seronok berbanding yang seronok dalam perkahwinan. Malahan menampakkan bahawa perkahwinan dalam Islam tue susah. Walhal Jabatan Agama Islam ingin menggalakkan perkahwinan dengan memendekkan masa kursus.

Yang dibincangkan perkahwinan perlu menelan kos yang tinggi. Duit adalah paling utama bukannya ilmu. Motorsikal dan kereta yang dibualkan bukan keredhaan dan kemanisan bercinta selepas perkahwinan. Kalau duit dan harta menjamin kebahagiaan dan kejayaan rumah tangga, kenapa ada anak-anak orang miskin yang hanya menunggang motorsikal berjaya sampai ke luar negara.

Yang saya tunggu ustaz bincangkan kepada kami semua keindahan dalam rumah tangga, dengan sedikit peringatan. Solat jemaah, baca quran, makan dan minum bersama. Pahala menyediakan keperluan dan menjaga suami. Pahala walaupun hanya sekadar melihat isteri. Allah bagi semua itu. Kenapa tidak dibincangkan disana. Kenapa tak diberitahu.

Yang asyik dibualkan tentang adat-adat yang kita salah faham. Adat-adat daripada orang-orang tua dulu yang kita translate dengan akal fikiran kita yang pendek. Kita fahamkan anak-anak kita yang orang-orang tua dulu-dulu pendek akal dengan terjemahan kita pada mereka.

Macam kita fahamkan anak-anak kita dengan peribahasa "Biar mati anak, jangan sampai mati adat". Kononnya orang-orang tua dulu sanggup gadaikan nyawa anak, asalkan terjaga maruah bangsa, terjaga ego dan nama baik sendiri. Kita yang pendek akal. Ustaz Hasrizal pernah pesan, kalau kita nak terjemah peribahasa orang-orang dulu. Jangan kita guna akal pendek kita zaman ini. Kena guna akal, pemikiran dan bahasa orang-orang dulu.

Sama jugak macam kita tafsirkan perkara-perkara dalam adat perkahwinan orang melayu. Saya tengok orang salah tafsir maksud duit hantaran, maksud hantaran diatas dulang, konsep mengadakan kenduri dan jamuan, saya rujuk pesan Ustaz Don Daniyal selepas majlis pernikahan beliau yang saya lihat sangat baik sebagai teladan. Ustaz Don menggunakan perkahwinannya untuk memperbetulkan fahaman yang salah oleh masyarakat kita. Namun saya lihat masih ada yang pandai2 ada2kan sesuatu dan kemudian dikatakan adat orang-orang dulu sebagai alasan untuk terus melakukannya.

Post ini bukan untuk mengajar, tapi cukup sekadar menimbulkan awareness yang kita perlu lebih banyak berfikir tentang apa yang kita buat, kita perlu lebih banyak membaca dan belajar tentang kehidupan. Saya lihat orang lain, saya lihat diri saya. Saya tulis pengajaran supaya kita lebih banyak menelaah.

Sekian.


Kau, Kunci, Hati dan Aku

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk macam jiwang, tapi tulisan tak jiwang kot. Nak tau jiwang tak jiwang kenalah baca.

Beberapa hari lepas aku mengikuti kursus untuk mendapatkan sijil wajib bagi orang-orang yang ingin memohon kebenaran untuk bernikah atau dalam bahasa mudahnya aku join kursus Pra-Perkahwinan. Bukan sebab aku dah nak kawen, kalau itu yang korang fikir. Ianya salah sama sekali kerna aku sudah pun memiliki sijil tersebut sejak tahun lepas lagi keluaran Jabatan Agama Islam Perak. 


Aku hadir kursus ini untuk mendapatkan ilmu..(jangan gelak)..

"Kamu kena kenal pasangan kamu." Kata ustaz yang sedang mengajar di depan. 

"Kamu kena fikir panjang, sanggupkah kamu nak berkongsi hidup dengan dia? Sanggupkah kamu nak bersusah payah dengan dia?..Untuk dia?" Aku serius mendengar.

"Buatnya pasangan kamu kerja Petronas, Drilling engineer. Nue kerja kat Sudan nue. Setahun ada 12 bulan. 1 bulan ja dia balik duduk dengan kamu. 1 Januari dia balik, 31 Januari dia pi pulak. Nueh 1 Januari tahun depan pulak baru dia nak balik. Sanggup ka kamu uruskan rumah tangga, uruskan anak-anak selama 11 bulan? - Haa tapi bila dia balik 100 ribu la dia bagi kat kamu." 

"Masihkah ada kesudian?" - Message Sent..

Message Delivered..
..dan ku lihat KAU yang di sebelah sana. Tersenyum.

***

Selesai sudah makan nasi ayam yang mengingatkan aku kepada hidangan nasi ayam di arked Pekan Sungai Yan.  Ayamnya yang ranggup, nasinya lembut, sos yang cukup rasa masin, pedas, manis dan masam menambah rasa enak ayam walaupun supnya sedikit tawar.

Waktu Zohor sudah hampir 20 minit berlalu. Baik cepat aku jalan ke surau yang kebetulan bersebelahan dengan kedai nasi ayam tersebut. Kelas akan bermula tepat pukul 2 petang nanti. RM5 sepinggan nasi ayam di Kuala Lumpur. Aku berjalan ke surau.

Buka kasut, terus aku bergegas masuk. Berselisihan dengan orang-orang sudah selesai menunaikan solat Zohor disini. Semuanya nak balik ke rumah lah kot, hujung-hujung minggu macam nie seronok berehat di rumah. Selesai berwuduk. Aku nampak orang terakhir mungkin, keluar daripada dewan solat. Aku tuju ke sana.

Astaqfirullah. Dia nampak aku menuju ke dewan solat. Tapi segera dia keluar dan kunci pintu sebelum aku sampai disana. Aku selisih dengan pak cik tue di tangga dewan solat. Dia jalan selamba masuk ke dalam pejabat surau berdekatan dengan dewan solat. 

"Apa cerita nie? Surau kunci.." Dalam hati aku.


Sudahlah cermin gelap, Suraunya bentuk petak macam banggunan,mana aku tahu arah kiblat. Sedang aku jenguk di pintu cermin yang gelap mencari arah tempat imam. Aku jalan ke pejabat, jumpa pakcik tadi.

"Assalamualaikum, pakcik..mana arah kiblat?"
"Terus sahaja ikut sana." Dia memberi arahan tangan menunjuk ke arah sana.

Aku bentangkan sejadah dan bersolat dikoridor surau, betul-betul depan pintu surau yang berkunci.

Ada surau, KUNCI pulak.

***

Lama rasanya tak singgah makan di restoran nie. Kali terakhir makan Spaghetti, Bubur Jagung dengan Kopi Susu - Sedap.

Restoran Upin dan Ipin. Tak kisah korang nak cakap apa. Aku suka makan dekat sini. Relax, Cafe dia bersahaja, selesa dan tengok cerita Upin dan Ipin tanpa henti hahaha. Kali nie makan malam. Tadi siang dah makan nasi. Atas nasihat orang-orang yang menyayangi aku, aku hanya boleh ambil nasi 1 kali sahaja sehari dengan kuantiti 1 mangkuk/ 2 senduk biasa.

Malam nie, mee goreng lah menu yang tinggal pun. Lapar sangat dah nie. Mee goreng dengan Soya Cincau. Asal nak minum Bandung Cincau tapi takda pulak dalam menu. Yang ada hanya Bandung Soda Cincau. Sebab ada perkataan "Soda" aku dilarang order minuman tersebut. Kesian kau "Bandung Soda Cincau".

Tak lama menunggu. Pelayan datang hantar sepinggan Mee Goreng. Jeng! Jeng! Jengggg!


Apakah makna telur berbentuk HATI? (Yeka hati bentuk macam nie bisik "ilmu sains" dalam otak aku)
Dalam gambar tadi telur goreng dia bulat saja. Takda pulak bentuk-bentuk macam nie. Apa message yang cuba disampaikan oleh gadis pelayan restoran ini pada aku? - Okay, mengaku -  Banyak sangat tengok drama korea 3 tahun lalu.

***

Penat 2,3 hari ini aku berulang naik LRT ke tempat kerja. Bukan ke tempat kerja pun. Ke G-Tower, ada Halliburton Well Completion course. Lama tak naik LRT, rasa janggal pulak. Alhamdulillah setiap pagi aku dapat keluar rumah seawal 7 pagi. So takdalah kena berhimpit-himpit sementara nak sampai Stesen Ampang Park. 

10 minit perjalan pergi dan balik dari Rumah-Stesen LRT aku anggap senaman. Dah lama tak bersenam nampak gayanya. Minggu nie, kira minggu bersenamlah dengan berjalan kaki pergi dan balik kerja. Minggu-minggu depan nak raya haji pulak. Banyak pulak nanti hidangan daging. Naik lagi darah aku. Dah beberapa kali aku mengelak untuk check darah walaupun dipaksa.

Jumaat nie, insyaAllah jauh lagi aku nak berjalan. Pergi dan balik kerja, tambah pula ada plan dengan ex-roommate nak ke Low Yatt. Tuelah orang KL nie, xda tempat lain nak berjalan. Low Yatt, Bukit Bintang, Pavilion, KLCC Times Square. Bosan - Ikut sahaja dengan niat nak banyak berjalan kaki so boleh bersenam secara tidak sengaja.


Air mineral yang disediakan sepanjang course di G-Tower. Sumber air daripada Jalan Air Kuning. Selain dilarang mengambil makanan berkolestrol tinggi, aku juga dilarang meminum air mineral sumber dari Jalan Air Kuning ini. Sebabnya aku tak pasti, yang pasti larang bukan kerna benci tapi larang kerna sayang. AKU turutkan saja. (Memang perenggan ini tidak ada kaitan langsung dengan perenggan sebelumnya).

Sekian.

P/S: Jom tengok Ceramah Ustaz Kazim di TV1 sekarang. Dah mula.

Wednesday, September 25, 2013

Telaga Berkuah

Assalamualaikum..

"Tengok belakang dia..berkuah"
"Apa? Apa?"
"Berkuah belakang dia.."
"Apa? Apa?"
"Berkuah."
"Apa tue?"
"Berkuah laa, berpeluh."

Mana ntah datangnya penggunaan perkataan BERKUAH kepada orang untuk menggambarkan orang tue berpeluh dan peluh tue nampak basah di baju. Aku baru dengar tadi. Hurmm macam-macam bahasa orang kita nie.

5-6 tahun lepas,  masa aku join PLKN. Oh! salah, masa aku diwajibkan menyertai PLKN oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, dalam kompeni Delta tue adalah sorang budak lelaki yang di gelar "Pak Cat". Nama penuh dia aku langsung tak ingat, dan tak dapat nk recap pun.

Pak Cat nie punyai tubuh besar, gemuk, tinggi. Dah dia bersaiz yg paling besar dalam kompeni Delta so for sure dia akan duduk barisan ke tiga dan lajur last sekali. Kalau dia berdiri kat tengah2 maka barisan tue akan jadi tak lurus sebab dia akan menolak orang di kiri dan kanan terkeluar daripada kedudukan mereka yang sebenar untuk memuatkan badan dia dalam barisan tersebut.

Bila dah nama PLKN nie, lapor diri dalam barisan kawad adalah perkara wajib yang kami buat setiap kali sebelum memulakan aktiviti, termasuk aktiviti lepas zohor dibawah terik mentari, diatas tar yang membahang kami macam ayam bakar bazaar ramadhan, yang sedang dipanaskan sementara menunggu pelanggan datang membeli. Apa nasib pak cat?

Pak Cat pun apa lagi, berpeluh basah kuyuplah cerita dia. Sampai basah baju loreng dia yang tebal tue. Kompeni Delta nie pulak banyak budak separuh mental, jenis gila2 nie. Depa (mereka) nielah yang gelar Pak Cat dengan nama "Telaga".

"Sarjan! cepat sikit..Telaga dan melimpah penuh dah nie.."
"Hahahahahahaha.." geng Delta gelak sepuas hati. Sementara budak2 kompeni lain pikir apa yang lawak sangat sampai depa duk gelak sakan. Depa bahan (perli) kami ka - Lepas tue mula nak gaduh. Biasalah budak2 muda di PLKN semuanya nak tunjuk hero.

Hero kem tue semuanya ntah kemana la nie, aku sendiri pun tak tau. Cuma beberapa orang sahaja yang masih contact dengan aku sampai sekarang. Depa pun macam2 cerita aku dengar sejak depa keluar dari PLKN. Semoga mereka semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah. Amiiinnn..

Tuesday, September 24, 2013

Mengata Dulang Paku Serpih

Assalamualaikum..

Di masjid semasa solat jumaat:

Ramai gila orang keluar masjid lepas bagi salam, tak sempat baca doa lagi. Langkah melangkah bahu nie biasalah. Aku pernah jugak terfikir, orang kita nie mai semayang jumaat sebab apa?sebab dah maklum semua orang lelaki kena mai semayang jumaat ja kot. Kalau semayang jumaat xpayah jemaah, for sure ramai la yang miss macam semayang waktu yang lain. Tue pun ada jugak geng2 yg relax buat muka selamber ayam lintas kt MRR 2 makan, minum n sembang2 kat opis time orang tengah semayang jumaat kt masjid.

Yang tak pi semayang jumaat, kita tinggalkan depa sat. Nie cerita hak pi semayang jumaat dulu. Macam aku cakap tadilah. Ramai yang blah balik lepas orang bagi salam. Habes semua tak kira engineer, doktor, blogger, ahli politik, penulis novel mahupun penjual air soya ais selepas solat jumaat. Pelik!

Tak pelik ka?

"Mengata Dulang Paku Serpih.."

Orang melayu kita nie, ambik mana yang untung depa dan tolak mana yang rugi depa. Takda pendirian yang tetap. Contohnya: Kalau hampa baca kat blog, twitter dan macam2 lagi jenis laman sosial. Ramai orang marah bila Wahbi/Salafi tak baca doa lepas semayang. Bermacam-macam hujah tak berbalas dilontarkan kepada kumpulan tersebut. Tapi bila hari Jumaat, lepas semayang jumaat ahli hujah tadi pun blah sama saja. Masa nie dia tak kata dia wahbi/salafi pulak sebab lepas semayang jumaat tak baca doa. Blah macam tue saja. Masuk opis, pi makan dan sebagainya. Dalam konteks negeri yang bekerja pada hari Jumaat.

Tak Wahbi/Salafi pulak kiter tue ye?

***

Materialistik

Apa yang hampa faham pasal materialistik. Nafsu yang meliar terhadap kebendaan yang mewah dan mahal? pandangan seseorang yang terlalu mengukur seseorang yang lain hanya berdasarkan kebendaan semata-mata?..hampa definisikan sendiri. Yang aku pasti, hampir semua orang melihat materialistik dari sisi pandangan yang sama. Metarialistik = Sifat Negatif, atau sifat mazmumah dalam bahasa arab.

Materialistik menjadi sesuatu yang semakin lazim pada zaman ini. Tak percaya? di umur aku ini, baya-baya 20-an. Pernikahan/Perkahwinan adalah topik bualan yang paling popular. Boleh dibicarakan dimana sahaja tanpa jemu dan habis idea.

Antara perkara yang terlibat adalah dulang hantaran perkahwinan. Apa yang materialistik dalam dulang hantaran? Aku tengok secara peribadinya semua orang nak buat benda yang menguntungkan diri sendiri. Majlis kesyukuran yang asalnya berkonsep "memberi/sedekah/menjamu orang/membuat orang gembira" bertukar kepada konsep "buat apa pun biar aku sendiri yang untung". Tengoklah dulang hantaran penuh dengan barangan mahal untuk persendirian. Paling jelas bila pasangan pakat beli barang untuk diri sendiri sampai cukup bilangan dulang yang ditetapkan kemudian, tukar sahaja. "Apa nak kisah beli mahal2 pun untuk diri sendiri jugak" kan? 

Hampa nampak tak apa yang aku nk sampaikan nie? ka hampa semua pakat blur? (apa yang mamat nie merepek nie..) 

Ada yang aku tengok di antara kawan-kawan/sedara sendiri yang beli benda sampai merepek-repek untuk diletakkan atas dulang hantaran macam PS4, Laptop, Handphone, Robot Gundam pun ada. Serius tak bohong. Satu soalan aku nak tanya. Adakah benda-benda macam nie, menampakkan yang anda bersyukur dalam majlis kesyukuran yang hampa buat? Adakah benda-benda macam nie mengingatkan orang kepada Allah bila depa tengok? Allah akan tanya kita di akhirat nanti sebab apa kita buat benda nie semua? Hampa nak jawab apa? 

Pembaziran yang sangat-sangat merugikan. Bayangkan sebuah majlis perkahwinan yang penuh dengan pembaziran ini, hampa rasa-rasa ada berkat tak? Ingat majlis ini adalah permulaan kepada rumah tangga. Permulaan kepada keluarga. Hampa rasa-rasa ada keberkatan yang masih tinggal bila hampa balik rumah untuk memulakan keluarga? Nie tak kira karaoke, tangkap gambar cium-cium depan bukan mahram, tetamu yang hadir tidak disambut dengan baik (pengantin takdak, pi outdoor photoshoot).

Maka akan bermulah keluarga yang pincang sebab permulaan keluarga yang hilang berkat. Kita akan jumpa kes cerai berai, anak buangan, kes juvana dan kes rumah tangga yang membawa kepada masalah sosial yang berlarutan sehingga mengerutkan dahi orang-orang pejabat agama, jkkk masjid, polis dan lain-lain pihak yang berkawal tentang masalah sosial ini.

(hang tau mana takda berkat? Berkat tue hak Allah..) untuk orang yang pikiaq macam nie; baguihlah..takpalah, silalah buat kemaksiatan sebab btoi syurga tue jugak hak Allah. Kalau dia pikiaq Allah tue tokwan dia, lepas buat jahat senang-senang nak bagi masuk syurga. 

Jadi kepada kawan-kawan yang akan mengadakan majlis pertunangan dan perkahwinan, Aku cadangkan daripada kita berfikir kita buat majlis ini untuk diri kita sendiri, la nie kita ubah mindset. Kita buat kenduri ini untuk meraikan semua orang, semua tetamu yang hadir. InsyaAllah, pembaziran dapat dikurangkan, berkat akan berkekalan. Sediakan makanan yang sedap, jamu seramai orang yang termampu, layan tetamu dengan baik. InsyaAllah esk Allah tanya di akhirat at least kita dah bnda nk jawab.

Sekian, Selamat beramal.

Untuk aku juga, Jangan "Mengata Dulang, Paku Serpih.." sebab aku juga bakal buat majlis suatu hari nanti..InsyaAllah kita sama-sama ingat-mengingati.

Assalamualaikum..