Tuesday, November 21, 2017

Angkuh

Bismillah 
Assalamualaikum w.b.t

  1. Ini bukanlah luahan perasaan atau kritikan. Ini sebuah nasihat. Anggaplah sebuah nasihat murni daripada seorang yang lebih tua. 
  2. Aku ini bukanlah orang yang banyak ilmu tapi apa yang boleh aku tawarkan hanyalah pengalaman sedekad dua dalam kehidupan. 
  3. Zaman ini orang mula mencari agama. Hari ini ilmu agama tidak datang sekadar ilmu. Ianya datang pakej dengan kuasa, pengaruh, kekayaan dan segala yang dapat menarik dunia bersama dengannya. 
  4. Aku sendiri impressed dengan berapa ramai anak muda diluar sana yang menguasai ilmu agama lebih hebat daripada aku. Mengorbankan dunia mereka untuk jalan dakwah dan agama ini.
  5. Namun aku ada sedikit berbeza sejak datang perangai suka mentahzir orang lain yang berbeza. Aku faham sangat jiwa-jiwa muda yang sedang memberontak, jiwa-jiwa rebelius. Mereka suka nak berkata apa sahaja, dalam semua benda, dan suka dilihat berbeza daripada orang lain.
  6. Disini aku faham kenapa orang-orang tua dahulu suka menasihat kepada orang muda untuk kawal perasaan & darah muda mereka. 
  7. Sebagai penuntut ilmu sepatutnya elakkan daripada sifat suka mengkritik semua perkara sekalipun bukan bidang yang kita tidak tahu, atau mungkin sekadar tahu-tahu daripada pembacaan melalui internet, dengar kawan-kawan bercerita.
  8. Setiap yang kita tulis di laman sosial akan menjadi rekod. 
  9. Seperti mana aku sendiri. Gelak keluar air mata membaca tulisan-tulisan tidak matang aku di laman sosial 5-6 tahun dahulu. 
  10. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita terdahulu.
Sekian.