Friday, June 16, 2017

Buat Yang Ma'ruf

Assalamualaikum w.b.t

  1. "Amar Ma'ruf Nahi Munkar". Simpan dulu bahagian Nahi Munkar, kita bicara saja lain kali. Bahagian itu ramai orang nak buat dan suka buat. Pin point kesalahan orang, mana tak bestnya. 
  2. Amar Ma'ruf sebutnya senang. Nasihatkan kepada orang senang. Sendiri nak buat itu sememangnya susah. Nabi SAW pernah bersabda; Jihad yang paling utama adalah seseorang berjihad [berjuang] melawan dirinya dan hawa nafsunya - Hadith dinilai sahih oleh Al-albani.
  3. Namun janganlah kita terlalu jumud melihat Jihad melawan nafsu itu lebih besar nilainya daripada jihad melawan kafir di medan perang. Apa kita fikir mereka yang berjihad di medan perang tidak sekalipun melawan nafsu mereka? setelah mereka tinggalkan harta, kesenangan hidup, isteri dan keluarga untuk Agama mereka.
  4. Sudah tentulah mereka yang berjihad di medan perang itu telah menang berjihad dengan hawa nafsu mereka dan Allah SWT memberikan kekuatan kepada hati mereka. Jika tidak, tentu-tentulah mereka lari lintang pukang bila dibedil musuh. 
  5. Aku pula, hanya pandai buat azam dan perancangan. Susah sangat nak melawan nafsu dan selalu bertangguh. Susah sangat nak buat amal lebih. Mudah berasa selesa dengan keadaan yang ada dan lebih suka bersenang lenang tak berbuat apa-apa. Aku cemburu dengan kawan-kawan yang mereka mendapat apa sahaja yang mereka azamkan. Namun mereka mendapat hasil diatas berkat usaha ikhlas dan kerja keras mereka.
  6. Tak mahulah aku duk cerita aib diri sendiri. Cuma nak mencari-cari jalan dan cara memperbaiki diri. Agama juga larang umatnya cerita aib orang seperti yang yang diriwayatkan di dalam hadis sahih. Maksudnya lebih kurang macam ni, barangsiapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan tutup aibnya di akhirat nanti. Aib orang lain pun tak boleh buka inikan pula aib sendiri. 
  7. Di awal ramadhan hari itu, bukan sahaja hari itu, bahkan aku pernah dengar benda ni sejak dari masa aku masih di sekolah menengah lagi. Aku terbaca tentang sebilangan ustaz melarang umat Islam membeli makanan daripada penjual yang tidak menutup aurat di bazar - Aku tak berapa setuju dengan tindakan sebegini.
  8. Seperti yang aku cakap di awal tadi, Nahi Munkar ni ramai nak buat tapi Amar Ma'aruf tak dak sapa pun sebut. Di masjid pula tak habis-habis nak cerita bab politik dan terus mewahabikan orang yang tak sebulu. Sepatutnya dah alang-alang ada slot tazkirah di Masjid yang buat tarawikh 8 rakaat. (Walhal AJK masjid tu jugaklah sebelum Ramadhan bukan main wahabikan orang yang buat tarawikh 8 rakaat). 
  9. Slot tazkirah perlulah diisi dengan menerapkan perkara-perkara basic dalam Islam. AJK masjid pun dah tau awal-awal lagi, jemaah yang hadir rata-ratanya bulan Ramadhan ni lah baru nampak muka di masjid - tak perlu lagilah duk cerita kelebihan bulan Ramadhan. Kalau orang tak tau kelebihan bulan yang mulia ini takdalah orang datang sampai melimpah-limpah di masjid tu.
  10. Sempena 10 Malam terakhir Ramadhan ini. Aku sekali lagi berazam memperbanyak amal dan memperbaiki prestasi berbanding tahun yang lepas. InsyaAllah. Stop sekejap post status di FB. Kalau baca pun menyakitkan hati lagi adalah. Penuh dengan komen-komen mencarut dan tidak cerdik dari "ahli bid'ah bajet suci". 
Sekian  

Monday, June 5, 2017

Pengalaman Mendekat Agama

Assalamualaikum w.b.t
  1. Sempena ramadhan yang bakal menjelang dan umur yang semakin meningkat naik. Aku melihat kawan-kawan yang dulunya tak banyak ambil tahu akan hal agama mula nak menjengah-jengah dan menyelak-nyelak helaian al-Quran. Membaca ayat dan terjemahannya. Membaca pada naskhah atau pada apps di dalam telefon pintar.
  2. Aku bukanlah baik sangat. Kewajipan ada juga tertinggal-tinggal. Namun, Allah SWT dengan RahmatNya (rasa kesian) menutup aib aku. Teringat kata-kata Imam Ahmad "kalaulah Allah buka aib aku, nescaya kalaian akan tabur pasir atas kepala aku"
  3. Kembali kepada Islam dizaman fitnah ini bukanlah mudah. Jadi, waktu ini aku rasa kita wajib memohon doa supaya Allah menunjukkan kita jalan yang benar & lurus dalam mendalami agama & supaya berjumpa dengan ahli agama yang jujur dan insaf. Berapa ramai orang di luar sana sesat bila mahu berpatah balik kepada Agama. Kononya harta yang ada untuk beli syurga tapi poket ustaz yang penuh.
  4. Aku sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa. Ada orang lain yang pengalamannya lebih hebat daripada aku. Dugaannya lebih besar dan susah payahnya lebih hebat. Namun mereka tetap dengan Sunnah. Benar kata orang-orang lama, benda susah nak dapat susah nak hilang (tinggi nilainya).
  5. Mak aku suka dengar ceramah Ustaz Kazim. Aku disuruh download, masuk dalam pendrive kemudian bawak balik ke mak aku. Disebabkan aku yang download maka aku pun mula dengar. Dato' Ustaz Kazim (DUKE) dia tak sama macam ustaz lain yang mainstream walaupun sekarang dia dilihat agak emotional. Namun itu tidak menjejaskan respek aku kepadanya. DUKE adalah pelopor perubahan pemikiran ilmuan mainstream di Malaysia. Tengok sajalah Pondok Barokah kelolaan beliau. Hebat. Jauh sekali daripada cara orang Melayu kebanyakkannya. Aku ada lebih 10Gb kuliah mp3 DUKE. 
  6. Ceramah agama ni tak semuanya menarik. Kadang-kadang banyak yang membosankan. Mungkin sebab itu ramai yang suka dengan ceramah atau lebih spesifik sesi soal jawab bersama UAI. Aku secara peribadi tidak berapa minat dengan UAI sebab susah nak faham dan terlalu banyak soalan merepek. Aku lebih prefer UAK (Ust. Abdullah Khairi). 
  7. Takkan nak melawak saja. Aku mula mencari kuliah sirah/sejarah sebab lebih mudah untuk difahami. Masa tu Ust. Don tengah femes, aku pun dengar Ust. Don. Cuma setelah beberapa lama aku dapati Ust. Don dia mudah keliru dan tidak dapat ingat fakta dengan betul. Aku memilih pula kuliah Sirah yang lebih serius. Aku mula mendengar kuliah bersiri Ustaz Wadi Anuar, kuliah sirah menggunakan kitab Raheequl Makhtum. 
  8. Selepas pemergian arwah TGNA. Masyarakat Malaysia ditampar dengan wasiat TGNA yang teguh dengan sunnah sehinnga ke liang lahad. Aku mula mendengar Dr. MAZA yang digelar wasabi. Biarlah apa orang nak kata. Aku mula mendengar satu demi satu kuliah beliau. Hebat cara pemikiran beliau, cara dia membahaskan, cara dia menjawab soalan. Sangat dekat dengan rakyat dan dalil sentiasa bermain di bibirnya walaupun adakalanya tersasul perkataan. 
  9. Aku tertarik kerana terlalu banyak soalan yang tidak dapat dijawab ketika aku kecil dulu kini mendapat jawapannya. Kemudian aku mula mendengar lagi. diantara mereka yang lain. Ust Tarmizi Shamsul Ariff, Ust. Ahmad Jailani, Ust. Halim Hasan, Ust. Abdullah Iraqi, Ust. Rizal Azizan, Ust. Adli Saad, Maulana Asri Yusof, Maulana Fakhrulrazi, Dr. Rozaimi, Dr. Zaharudin, Ust Salman Ali, Ust Aizam Mas'ud, Dr. Abdullah Yasin, Sheikh Hussein Yee, Dato' Shamsuri Ahmad.   
  10. Aku mohon supaya Allah tetapkan hati aku atas jalan ini. Kerana setelah aku membuka lapang dadaku untuk menghadiri kesemua kuliah dari banyak aliran dan inilah jalan yang lebih selesa dan lebih mendekat dengan maksud agama. 
Sekian.