Saturday, March 25, 2017

Sakinah - Mawaddah - Rahmah

Assalamualaikum w.b.t

  1. Selamat pengantin baru. Semoga Allah memberkati. Pasangan-pasangan yang menikah di dalam cuti sekolah selama seminggu ini. 
  2. Ucapan/ doa yang Sunnah, diajar oleh Nabi SAW ialah "Barakallahu lakum wa baraka alaikum" yang bermaksud: Mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkahan dan melimpahkan atas kalian keberkahan - Hadis sahih riwayat Ibnu Abi Syaibah. Ucapan yang sama dengan lagu nyanyian Maher Zain. 
  3. Ada juga orang ucap "Semoga menjadi keluarga yang Sakinah, Mawaddah & Rahmah".
  4. Yang tak faham bahasa arab biasanya ucap sekadar dibibir sajalah dengan anggapan ia membawa maksud yang baik. Begitulah orang kita kebanyakkannya. Buat tapi tak faham. Asalkan rasa benda itu baik. 
  5. Pemikiran macam ini membawa impak yang buruk kerana apa kita rasa baik, kebanyakkan tak baik dan apa yang kita rasa tak baik itu sebenarnya baik. 
  6. Sakinah membawa maksud ketenangan. Isteri dan anak-anak adalah sumber ketenangan. Buktinya terdapat di dalam al-Quran dimana Allah SWT menyuruh kita berdoa "Rabbana hab lana min azwajina wa dhurriyatina qurrata a`yunin wa'j`alna li'l muttaqina imama" yang membawa maksud Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (al-Furqan: 74)
  7. Mawaddah bermaksud perasaan cinta. Yang ni tak perlu hurai panjang semua orang tau cerita tentang cinta. Perasaan cinta kurniaan Allah supaya suami cenderung kepada isteri dan isteri cenderung kepada suami.
  8. Rahmah. Ada orang terjemah perasaan kasih-sayang. Tak. Saya terjemah, Rahmah membawa maksud kasihan. Perasaan cinta, kita tau ia tak kekal lama. Didalam perasaan Rahmah lah terdapat setia. Perasaan cinta akan hilang bila usia semakin meningkat. Jadi apa yang mengekalkan rumah tangga ialah Rahmah. Teringat isteri dulu masa muda-muda jaga makan pakai, jaga anak-anak kita. Isteri pula teringat masa suami muda-muda dulu kerja teruk, berpanas-hujan cari rezeki nak bagi makan yang halal kepada keluarga.
  9. Bila kita faham makna perkataan ini. Kita akan bersungguh ucap kepada orang kerana kita faham maknanya. 
  10. Samalah juga seperti solat. Carilah makna setiap bacaan solat. InsyaAllah jika kita tau makna apa yang kita ucap. Kita akan bersungguh dan khusyuk di dalam solat. Allah berjanji, siapa yang khusyuk dalam solat, ia akan berjaya. 
Sekian.

Syurga Yang Diimpi - Dunia Yang Dikejar

Assalamnualaikum w.b.t

  1. Dulu sekitar tahun 2015, aku pernah ikut satu program motivasi kepimpinan di Pantai Merdeka. Dalam salah satu slot motivasi keagaaman, kami peserta ditanya apakah tujuan tertinggi dalam hidup kami? Ada yang jawab itu dan ini sehinggalah salah seorang peserta menjawab SYURGA. 
  2. Ya Syurga yang diceritakan di dalam al-Quran. Keindahan dan kehebatannya tidak akan pernah tercapai oleh akal manusia untuk memikirkannya. Setiap orang yang memasukinya adalah dengan rahmat Tuhan. Mereka juga adalah orang-orang yang diredhai oleh Allah SWT. Dikalangan mereka, para Nabi dan pengikut-pengikutnya. 
  3. Cerita para Nabi dan pengikut-pengikutnya yang setia ada di dalam al-Quran. Sudah tentulah contoh terbaik buat kita umat manusia hari ini adalah Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat RA. Merek telah diredhai Allah dan sudah tentu balasan mereka adalah syurga. Kita boleh semak di dalam al-Quran dan Hadis yang sahih.
  4. Apakah nilai harta dunia di mata mereka? Agama tidak menyuruh kita hidup merempat dan mengemis. Bahkan Agama melarang kita (umat Islam) meminta-minta. 
  5. Tidak dinukilkan didalam Sirah bahawa Nabi SAW hidup meminta-minta kepada para Sahabat RA yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Baginda. Nabi SAW lagi diharamkan untuk menerima sedekah. Nabi SAW memerintah Makkah dan Madinah. Namun, apa harta yang Nabi SAW tinggal setelah Baginda wafat. Begitulah juga Sahabat RA. Kita boleh bilang dengan jari berapa orang sangat Sahabat RA yang kaya. Hanya beberapa orang dikalangan mereka.  
  6. Kita hari ini, susah hati sangat kalau tak kaya. Susah hati sangat kalau tak berduit nak beli itu dan ini, Tak berduit nak melancong kesana-kesini. Tak berduit nak beli kereta mewah. Tak berduit nak beli rumah mewah. Tak berduit nak bergaya macam artis-artis. Tak berduit nak pakai telefon bimbit berteknologi tinggi. 
  7. Bacalah kisah Salman al-Farisi RA yang menangis semasa hendak wafat. Terkenang beliau yang telah mungkir janji dengan Nabi SAW untuk hidup didunia sekadar seorang musafir (ambil bekalan sekadar cukup untuk meneruskan perjalanan). Sedang ketika Salman wafat, beliau hanya meninggalkan beberapa dirham.
  8. Kita hari ini hidup ada tempat berteduh, ada makanan yang kadang-kala sampai berlebih. Cuma kadang-kadang saja makan nasi lauk telur. Ada telefon bimbit walaupun bukan I-Phone. Ada motor kapcai, ada kereta kancil. Belum lagi kita tengok yang ada rumah sampai 6-7 bilik, kereta mewah 2-3 buah, Duit simpanan dan takaful sampai sejuta. 
  9. Itu-pun masih lagi ada rasa cemburu dengan kawan-kawan yang lebih mewah, lebih cantik, lebih kaya, lebih senang. Kawan-kawan ke Jepun, Korea, Australia, Indonesia, Philipina dll. Kita pula terasa sampai berjela-jela tulis penyesalan di FB. Allahuakhbar. Sungguh dunia ini penuh tipu daya dan nafsu ini seperti orang yang tak pernah hilang kehausan.   
  10. Ish-Ish. Kalau fikir balik, malu nak jumpa Nabi SAW dan Sahabat RA kalau dapat masuk syurga sekalipun. Semoga Allah menjaga hati aku dan ahli keluarga aku. Tetapkan kami diatas jalan Nabi SAW dan para Sahabat RA.
Sekian.

Sunday, March 19, 2017

Sarcasm Tak Kena Tempat


Assalamualaikum w.b.t

  1. Secara peribadi aku tak tau salah silah keturunan datangnya perkataan Sarcasm. Aku cuma guna dengan suka duka hati aku dengan prasangka ianya membawa maksud yang sama dengan sindiran.
  2. Sarcasm kini mendapat tempat di hati masyarakat. Ramai orang suka tulis secara sindiran. Masa mula-mula orang ramai menulis secara sarcasm ni, nampak macam impak dia agak kuat. Ada kebarangkali besar boleh jadi peluru yang kuat semasa membalas hujah lawan atau mengkritik idea-idea bodoh.
  3. Baru-baru ini aku masuk satu group membincangkan isu agama, Lama-kelamaan group ni makin popular. Ramai yang masuk dan mula menulis disitu. Ada kawan dan lawan. Menulis menyokong, mengkritik, sindir dan macam-macam lagi.
  4. Cuma baru-baru ini aku terasa macam terlalu ramai orang bodoh mula menulis didalam group tu. Mereka menulis seakan-akan tiada orang bijak yang sedang memerhati dan mentertawakan mereka.
  5. Kata mereka sendiri (hashtag) #biarbodohasalkonfiden. Cakap tak tengok cermin.
  6. Aku bukan stalk. Saya buka tengok profile si penulis. #biarbodohasalkonfiden.
  7. Terbaru ada sorang mamat post buat cerita bodoh. Aku tak pasti apa niat dia untuk mengkritik atau buat lawak sindiran. 
  8. Cuma aku rasa lawak bodoh tu sangat tak proper untuk seorang yang menggelar diri pencinta ulama. Apa jadahnya kalau suka-suka guna nama ulama untuk dibuat lawak bodoh.
  9. Bukan kerana saya terlalu pandai. 
  10. Cuma aku rasa kalau nak jadi bodoh, tolong jangan buat lawak bodoh below normal standard. 
Sekian.

Monday, March 13, 2017

Malu

Assalamualaikum w.b.t

Dari Abu Mas'ud 'Uqbah bin 'Amr al-Anshaari al Badri R.A berkata;

Rasulullah SAW bersabda sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah "Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu."

Hadis sahih riwayat Bukhari.

  1. Disebalik periwayatan hadis ini ada kisah menarik yang telah aku lupa. Aku cuba beberapa kali re-call tetapi langsung aku tak ingat. Masa kuliah, kalau part cerita aku tak catat. Lupalah.
  2. Aku rasa benda tu tak penting walhal cerita-cerita disebalik sesuatu, biasanya mewarnai atau menarik lebih perhatian. 
  3. Aku dan keluarga bercuti ke PD beberapa minggu lepas. Biasa-biasa sahaja. Aku bukan berduit sangat nak keluar negara. 
  4. Cemburu jugaklah melihat kawan-kawan pejabat berjalan kesana-sini. Aku tak tau apa wife aku pun ada rasa yang sama. 
  5. Selepas balik dari PD aku ada rasa sesuatu yang tak kena. Rasa seronok tu memang ada, tapi ada satu perasaan lain yang tersembunyi dibelakang hati.
  6. Malu. Teringat kata-kata ustaz di kuliah. Orang kita ke Paris, ke London, ke Australia, ke NZ, ke Jepun ke Korea. Nabi SAW semasa berdakwah, tak terfikir dan tak sempat pun nak bercuti, bawak keluarga pergi holiday.
  7. Aku menonton drama Omar (BBC). Para Sahabat R.A pun begitu. mereka mengorbankan segalanya. Para sahabat tidak pula kesana-sini berjalan melainkan dengan tujuan menyebarkan Islam, sedangkan di zaman Amirul Mukminin Omar R.A, para sahabat menguasai lebih 1/4 dunia. 
  8. Apa alasan kita ummat kemudian kepada mereka nanti? Malu. Layakkah kita bersama mereka di Syurga. Mereka mengikut jalan Nabi SAW sebenar-benarnya. Kita pula sebaliknya. Malu.
  9. Lalu aku bertekad untuk kumpul duit. Moga Allah murahkan rezeki. Semoga kami sekeluarga boleh menjejak kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Tempat yang sangat sentimental kepada umat Islam.
  10. Aku nak lihat kesan dan peninggalan. Lalu membayangkan kezuhudan mereka dan kesungguhan mereka menjaga agama ini sehinggalah sampai kepada generasi hari ini. Selawat dan Salam kepada Rasulullah, Ahli Keluarga dan Para Sahabat Baginda.
Sekian.

Thursday, February 2, 2017

Biarlah Tuhan Mengurus Hidup Kita

Assalamualaikum w.b.t

"Ya Allah, hanya rahmat-Mu yang aku harapkan, maka janganlah Engkau menyerahkan aku kepada diriku sendiri meski hanya sekejap mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tiada Ilah Yang berhak disembah selain Engkau." (HR. Abu Dawud no. 5090, Ahmad no. 27898 Ibnu Hibban. Dihassankan oleh Syaikh Syuaib Al-Arnauth dan Al-Albani dalam Shahih al-Jami' no. 3388)
  1. Aku seringkali merasa, alangkah baik jika aku memilih itu daripada ini. Alangkah bagusnya jika aku memilih yang lain dari yang ini. Mungkin aku sedikit cemburu dengan kawan-kawan yang aku rasakan membuat pilihan yang lebih baik daripada aku walaupun kami semua diberi pilhan yang sama. Ini tentang kerja aku.
  2. Kawan-kawan aku sebulan kerja, sebulan cuti. Kawan-kawan aku rezekinya murah daripada aku. Kawan-kawan aku berpindah sedang aku masih disini. Segalanya mereka lebih tetapi aku masih sama, masih disini. Itulah yang bermain dalam fikiran aku seminggu dua ini.
  3. Aku pun berangan-angan kalaulah aku memilih ruler yang sama dengan kawan-kawan aku, pasti aku berasa lebih baik daripada sekarang. Gaji pun lebih baik. Cuti pun lebih banyak, boleh buat kerja lain semasa cuti. Tak perlulah aku menetap di KL yang semuanya mahal dan tak berkualiti. Tak perlu nak hadap jalan yang sesak dan masyarakat yang penuh dengan masalah.
  4. Namun Allah memberi jawapan. Tiba-tiba aku tersentak dan berfikir. Astaqfirullah, kenapalah aku melupakan nikmat terbesar Tuhan. Nikmat yang tiada tolok bandingnya. Nikmat yang mengubah pandangan aku terhadap dunia dan akhirat, prinsip dan pegangan serta cara berfikir.
  5. Disini tanpa siapa-siapa yang membuka jalan, aku mengenal manhaj sunnah. Aku nampak jalan mencintai Allah dan Rasul. Aku jumpa kawan-kawan dalam manhaj sunnah. Aku dengan dengan banyak tempat pengajian sunnah. 
  6. Di Kuala Lumpur aku temui tokoh-tokoh sunnah. Aku mengenal Perlis dikala aku berjarak lebih kurang 400km darinya. Sedangkan semasa aku di Kedah yang hanya sekadar beberapa puluh km, Jangankan muftinya, negeri Perlis itu sendiri tak aku jejak kaki.
  7. Kalau aku masih di Kedah sudah tentu aku masih di takuk lama, pergi menyanyi sambil melambai-lambai. Ikut-ikutan orang awam yang terus ditipu lebai. Taksub.
  8. Alhamdulillah, Menetap di Kuala Lumpur bukanlah teruk sangat. Mungkin ada bahagian tertentu yang aku ketinggalan daripada kawan-kawan aku. Mungkin mereka lebih kaya daripada aku. Tapi adakah aku rela ketinggalan dalam bab Iman dan Taqwa?
  9. Sekali lagi aku berdoa: "Ya Allah, hanya rahmat-Mu yang aku harapkan, maka janganlah Engkau menyerahkan aku kepada diriku sendiri meski hanya sekejap mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tiada Ilah Yang berhak disembah selain Engkau."
  10. Begitulah Tuhan mengatur hidup kita. Barangkali sesuatu perkara itu kita suka tetapi buruk untuk kita, barangkali sesuatu perkara itu kita tidak suka tetapi ia baik untuk kita. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Sekian.

Monday, January 16, 2017

Rumah Yang Selamat


Assalamualaikum w.b.t

  1. Saya diperkenalkan kepada Baitusalam oleh seorang SDE (senior drilling engineer) di tempat saya bekerja sekitar tahun 2014. Saya kira pada masa itu Baitusalam masih belum ditubuhkan. Pada masa itu saya diajak oleh beliau untuk ke kuliah di Masjid Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang.
  2. Namun atas sebab-sebab tertentu, jamaah yang sama telah berpindah dan menubuhkan Baitusalam yang beroperasi di Tingkat-1, Bangunan MCOBA, Jalan Syed Putra, Taman Persiaran Desa, Kuala Lumpur.
  3. Sedih meninggalkan Masjid Mustaqim yang penuh nostalgia. Port baik pula tu. Saya kalau ke sana, Nasi Lemak Royale depan masjid tu kedai wajib untuk melepaskan rindu kepada negeri kelahiran saya. 
  4. Apa yang best sangat di Baitusalam? Setiap hari ada kuliah sunnah disana. Kuliah sunnah yang saya maksudkan ialah kuliah mendalami ilmu sunnah. Memehami dan menghargainya. 
  5. Baitusalam ialah tempat belajar agama yang baik kerana manhajnya dan fasilitinya memang baik, selesa dan kondusif untuk belajar. Inilah tempat belajar yang maju seiring zaman.
  6. Program kuliah disusun menepati timing kerja pejabat dimana kelas bermula pukul 9.30 p.m. setiap malam untuk memberi ruang supaya kita sempat balik dari kerja & berehat bersama keluarga sebelum hadir ke kuliah. 
  7. Parking kereta yang lebih banyak dan selamat sebab MCOBA dipagar dan ada guard yang menjaga di pintu masuk.
  8. Selain daripada kelas pengajian kitab yang yang berbeza berlangsung setiap malam. Hujung minggu pula diisi oleh daurah-daurah khas untuk menjawab segala kesulitan dan masalah semasa.
  9. Jangan risau kalau tak bawa kitab. Kitab dan pelbagai lagi buku dijual disana di dalam kedai buku amal akhirat. Saya kalau ke sana memang ada saja buku yang dibeli kerana buku yang dijual memang buku yang menarik.
  10. Semoga Allah, merahmati perjuangan mereka yang menghidupkan Baitusalam. Dan kita yang pergi kesana bukan sahaja boleh support dari segi perjuangan dan kewangan namun kita akan bawak balik ilmu yang bermanfaat. Datanglah beramai-ramai. Search page Baitusalam di FB, dan ikuti jadual kuliah disana.
Sekian.  

Wednesday, January 11, 2017

Cara Fikir Puak So Called "Wahabi"

Assalamulaikum w.b.t

  1. Aku di office memang digelar wahabi oleh sebahagian rakan pejabat. Aku malas nak bergaduh panjang lalu aku ia kan sahaja. Aku berdoa dia menemui jawapan yang lebih tepat. 
  2. Satu hari ketika kami sedang buat lawak tentang wahabi ni. Ada seorang rakan pejabat aku yang lain tanya wahabi tu apa? Jadi kawan aku yang suka gelar aku wahabi tu pun memulakan bicara menerangkan apa itu wahabi berdasarkan sedikit yang dia tahu. As simple as "wahabi claim untuk 100% mengikut Nabi, apa yang Nabi tidak buat mereka tak buat. Masalahnya kereta, komputer tidak ada dizaman Nabi, kenapa mereka menggunakannya?"
  3. Meh sini aku explain cara fikir sebenar seorang yang digelar wahabi di Malaysia. Aku ringkaskan untuk orang mudah faham. 
  4. Puak yang digelar wahabi di Malaysia, mereka diberi gelaran tersebut kerana kononnya mereka mengikut Syeikh Muhammad B Abdul Wahab, seorang tokoh reformis agama di semasa pembentukan negara Saudi.
  5. Salah banyak sebenarnya tu, golongan ini sebenarnya mengikut Syeikh Muhammad Abduh tokoh reformis di Mesir. Ramai orang Melayu Islam yang balik daripada Mesir ketika itu membentuk satu golongan agama yang menyeru kepada kemerdekaan Negara. Mereka, pada masa itu digelar Kaum Muda (Ada dalam buku sejarah kita). Dan kemudian atas dasar berbeza pandangan politik dan saling jatuh menjatuhkan mereka digelar pula Wahabi oleh lawan.
  6. Allah SWT menurunkan al-Quran dan mengiktiraf ianya sebagai sumber agama tertinggi di dalam Islam. Sumber kedua pula ialah hadis. Hadis pula dimaksudkan dengan perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi SAW (kaedahnya Nabi SAW tidak akan mendiamkan perkara yang salah dalam agama)
  7. Ijmak dan Qiyas (teknik mencari hukum feqah seterusnya selepas daripada al-Quran dan Hadis) dikira termasuk di dalam al-Quran dan Hadis kerana nak Ijmak dan Qiyas mestilah juga berdalil daripada al-Quran dan Hadis.
  8. Nabi SAW diturunkan sebagai contoh paling utama di dalam Islam untuk mengajarkan agama. Dan Nabi SAW juga mengisyaratkan bahawa dikalangan manusia, Bagindalah yang paling bertaqwa. Atas alasan ini puak so called "wahabi" mempunyai pemikiran "Di dalam ISU AGAMA SAHAJA - merangkumi Akidah dan Ibadah, perbuatan Nabi SAW adalah yang paling baik. Tidak ada apa lagi perbuatan orang lain sama ada wali, ulama atau sesiapa sahaja yang boleh challenge kebaikkan amalan Nabi SAW. 
  9. Kemudian Nabi SAW mengiktiraf para Sahabat R.A sebagai umat yang terbaik dan paling faham Islam selepas Baginda SAW. (Allah juga mengiktiraf mereka di dalam al-Quran). Merekalah yang paling berusaha untuk melakukan segala amalan baik di dalam Islam walaupun selepas Nabi SAW wafat.  
  10. Bagitulah cara fikir mereka yang digelar "wahabi" di Malaysia. Di dalam agenda agama, al-Quran adalah sumber pertama, Hadis Rasulullah SAW yang sahih adalah sumber kedua, cara Sahabat R.A memahami agama dilihat sebagai contoh. Cara fikir begini mencetuskan motivasi untuk menghidupkan sunnah Nabi SAW.
Sekian