Sunday, July 5, 2015

Komplen (betul ke eja macam ni?)

Assalamualaikum w.b.t

Komplen sebenarnya perkataan bahasa inggeris yang dieja complaint. Dalam bahasa melayu ia bermaksud aduan dan kata kerja untuk perkataan tersebut ada mengadu. Namun agak jeleklah sangat dalam percakapan seharian nak menggunakan perkataan "mengadu" berbanding complaint yang telah dimelayukan komplen. Bukan aku sahaja tapi mungkin sebahagian besar masyarakat Melayu pun sama. 

Sekadar penjelasan dan pencerahan sahaja kali ini. Aku janji, pendek sahaja aku tulis kali ini. Terdapat besar jurang perbezaan antara komplen dan kritik. Komplen jika diterjemahkan kedalam ayat bahasa melayu akan jelaslah maknanya. Namun sayangnya masyarakat kita suka ceduk bahasa masuk ke dalam perbualan seharian sehingga diri sendiri terkeliru antara komplen dan kritikan. 

Komplen biasanya datang dengan perasaan emosi dan lebih bersifat peribadi. Namun kritikan berbeza. Ia datang dengan fakta atau teori tertentu. Ia lebih professional dan objektifnya bersifat masyarakat umum. Kritikan diperlukan manakala komplen cuba dielakkan. Melalui kritikan kita boleh mengukur respons dan impak terhadap sesuatu. Kritikan boleh jadi positif dan negatif. 

Komplen pula biasanya digunakan untuk mengukur teruknya prestasi sesuatu. Lebih banyak komplen/aduan bermakna lebih teruk prestasi. Komplen juga selalunya banyak yang tidak berasas kerana komplen selalunya sifat orang yang tidak bersyukur. Dalam part ni aku setuju dengan ramai pakar motivasi. 

Sekian. 

Friday, June 26, 2015

KY 5102


Assalamualaikum w.b.t

Cerita hari ini bukan pasal hari ibu atau hari apa. Pada aku sambutan hari ibu dan hari bapa itu lebih bidaah jika nak dibandingkan dengan sambutan Maulidur Rasul. Hujah aku kepada geng-geng kengkonon bidaah. Sapa tak kenal Van Putih KY5102 di pekan Guaq Chempedak. Kalau tak kenal maknanya tak betul-betul duduk di pekan Guaq. Mungkin hanya sekadar lahir atau balik sekejap-sekejap sebab kerja di luar negeri atau beliau bersekolah asrama penuh dan jarang-jarang balik ke pekan Guaq.

Sapa tak kenal van yang menghantar roti planta, roti susu, roti benggali, roti potong dan tambahan kek buah serta kek span bila tiba musim raya ke kedai-kedai sekitar pekan Guaq. Van putih ini boleh dikatakan popular lah jugak. Dah macam lori telur. Hampa anak-anak generasi tablet mesti tak faham apa yang femesnya dengan lori telur. Lori telur ini dulunya kira macam kedai telur underground bergerak lah. Kalau beli telur type AA di kedai mungkin 45 sen sebiji tapi kalau beli dekat lori telur mungkin boleh dapat sebiji 30 - 35 sen. Dengan syarat, mesti beli banyak papan.

Begitu jugaklah kisah van putih ini. Penduduk Guaq yang boleh dikatakan berada sikit. Jalan-jalan naik kereta, makan nasi atas meja, minum dalam gelas kaca akan cari stok roti di kedai-kedai biasa. Tapi golongan rakyat marhen selalunya akan datang ke van untuk membeli roti dengan harga lebih murah biar pun hanya 10-20 sen untuk sebungkus roti. Ada harga lebih istimewa pula untuk pelanggan tetap. Walaupun roti-roti ini tidaklah sepopular roti mainstream seperti Gardenia dan Masimo namun qualiti dan rasanya hampir setaraf. 

Cukup cerita pasal van. Pemandu van pula gelap-gelap orangnya. Hidung mancung bermisai lebat. Sikat rambut belah tepi. Sekali tengok macam pelakon hindustan Jackie Shroff. Bila buat lawak, setanding pelakon Imuda yang popular dalam sitcoms Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Isterinya pula membuat kuih tradisional membantu keluarga. Kuih Bahulu. Kuih Bahulu Sariena. Sedap, berdasarkan testimoni pelanggan. Namun kurang dipopularkan kerana bimbang tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan yang kian bertambah demi menjaga kualiti rasanya. Namun kalau nak cerita Bahulu Sariena sudah sampai ke luar negara.

Anak mereka. 7 orang semuanya. Dengan Van Putih KY 5102 tu lah. Dari sekolah tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, PLKN. Nasib baik umur van dah melebihi 20 tahun, jadi tak dibawa ke matrikulasi dan universiti. Namun jasanya amat besar. Ahli keluarga, saudara, kawan, kawan kepada ahli keluarga, kawan kepada saudara. Semuanya diangkut. Muat. Tak cukup kerusi. Toto Narita dibentang di ruangan belakang. Jadi Playground untuk anak-anak yang nakal. Nak selesa? letak pulak kusyen empuk di belakang. Apa sahaja semuanya boleh.

Terima kasih KY 5102. 


Friday, June 12, 2015

Sentimen Dalam Beragama

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama saya memerhati akan perkara yang sedang berlaku dalam dunia dakwah Islam di Malaysia. Mudahnya ianya adalah seperti mana berlakunya perselisihan antara ulama dalam PAS, ianya juga berlaku dalam dunia dakwah diluar arena politik.

Perselisihan dalam PAS sebenarnya menonjolkan bertapa nipisnya pemikiran pemimpin-pemimpin dan penyokong. Perselisihan antara ulama dan professional. Upps! Maaf. Dengan kedangkalan ilmu yang saya ada, apa yang saya lihat ia sebenarnya adalah perselisihan ulama pondok/persantren dan ulama graduasi universiti.

Saya melihat perselisihan ini lama kelamaan akan memadamkan kemaraan dakwah Islam yang baru mendapat ruang dan tempat untuk bernafas di negara orang Islam ini. Terlalu ramai orang yang baru nak mengenal Islam dengan anggapan Islam adalah agama yang mementingkan hubungan silaturrahim dan kesatuan umatnya.

Hubungan diantara tokoh keduanya baik. Kita boleh lihat jika mereka bersemuka, apalagi berjamaah dalam solat. Mereka saling menghormati dan berhemat dalam berkata-kata. Yang mengelirukan keadaan sebenarnya adalah ponyokong kuat atau pelajar senior yang cuba tidak faham dengan jelas falsafah disebalik ilmu yang dipelajari. Mereka inilah yang cuba mengapi-apikan keadaan dan menggunakan pelajar-pelajar junior/baru yang nak serta dalam jamaah. Kononnya tanda sayang kepada ulama.

Inilah yang banyak berlaku bila kita hanya berguru dengan guru daripada golongan yang sama. Carilah guru-guru daripada kalangan yang berbeza. Yang komersial yang tidak. Yang graduasi pondok, yang graduasi universiti. Yang kaya dan yang miskin. Barulah kita dapat melihat ilmu dan perbahasannya dari banyak sudut pandangan. Keluarlah merantau mencari guru mencari ilmu. Jangan sombong dengan ilmu yang ada.

Saturday, April 4, 2015

Zaid Al-Khair

Assalamualaikum w.b.t


Lama jugak rasanya tak menulis selepas post terakhir dulu. Aku terlalu sibuk menguruskan perkara yang mendatang antara kerjaya utama, iaitu keluarga aku dan kerjaya sokongan, kerja office aku. Alhamdulillah, sejuta syukurku kepada Allah, Tuhan sekalian alam kerana walau dalam kesibukan dan perkara yang datang tanpa henti aku masih boleh mencari jalan survival dicelah semua yang telah terjadi.

Pertama sekali, Alhamdulillah isteriku sudah melahirkan permata hati pertama kami. Seorang anak lelaki. Kemerah-merah kulit dia. Mungkin sebab ummi dia semasa mengandung bercita-cita nak letak nama Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan sebab duk ingat anak perempuan. Sekali anak lelaki. Aku dah agak dari awal lagi. Namun tak mengapalah anak lelaki atau anak perempuan. Kami terima seadanya. Alhamdulillah dan aku namakannya Zaid al-Khair.

Mungkin ramai tak tau kisah disebalik nama Zaid al-Khair ini. Asalnya sebelum lahirnya Zaid. Aku dan umminya duk bercita-citalah nak letak nama apa pada anak kami bila lahir nanti. Umminya nak letak nama Muhammad al-Fateh, itu dia dah book awal-awal lagi dari dulu. Mungkin tersentuh hatinya selepas membaca kisah Sultan Muhammad al-Fateh yang membuka kota Constantinople. Berebut-rebut nama tersebut dengan adiknya.

Namun tak mengapalah. Aku secara peribadi suka akan nama seorang ulama' masa kini yang sangat tawadhu' iaitu Prof Zulkifli al-Bakri. Nama tersebut amatlah sesuai dengan beliau seakan-akan ibu bapa Tuan Prof sudah tahu akan masa depan Tuan Prof. Aku teringat dalam sebuah kuliah UKE (Ustaz Kazim Elias) yang ada menyebut tentang 3 tanggungjawab ibu bapa kepada anaknya. Salah satu daripadanya adalah menamakan anak dengan nama yang baik-baik. Apakah nama-nama yang baik tersebut. Ulama' ada menyebut nama-nama yang terbaik adalah nama dengan maksud hamba kepada Allah seperti Abdullah, Abdul Rahman. Keduanya nama-nama Nabi dan ketiga adalah nama Sahabat Nabi.

Nak dijadikan cerita aku teringat pulak kuliah UWA (Ustaz Wadi Anuar) menceritakan kita umat zaman sekarang tidak mengambil contoh daripada umat zaman Sahabat. Sebabnya adalah kita tak kenal akan para Sahabat sedang "kuntum khairon ummatin" umat yang terbaik adalah para Sahabat. Kita hanya biasa kenal 4 orang Sahabat yang merupakah Khalifah. Aku terpanggil untuk meraikan Sahabat-sahabat yang tak biasa kita dengar nama mereka.

Setelah berbincang dengan isteriku. Kami putuskan untuk tidak memilih nama Muhammad al-Fateh yang sudah dikenali umum. Lantas kami bersetuju dengan nama Zaid al-Khair dengan gelaran al-Khair itu adalah gelaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri kepada sahabat yang bernama Zaid. Mungkin ramai tak tahu yang nama Zaid al-Khair adalah nama seorang Sahabat Nabi SAW. Harap-harap dengan adanya Zaid al-Khair, kita semua akan tergerak untuk mengambil segala pengajaran daripada para Sahabat Nabi SAW dan berusaha untuk lebih mengenali mereka. Semoga Zaid al-Khair akan sabar dan santun seperti Zaid al-Khair R.A.

Sekian.

Sunday, February 15, 2015

Tips Mengelak Lecur

Assalamualaikum w.b.t

Kelam-kabut aku dibuatnya bila tetiba sahaja satu petang. Isteri tersayang aku text tanya macam mana buat rawatan kecemasan terkena minyak panas. Aish sapa pulak kena minyak panas nie. Kebetulan aku di Guaq dia pulak di Gurun, saja bawak adik perempuan aku pergi main di sana. Aku call tanya. Dengar suara dah sebak-sebak dah. Hurmm sapa lagi yang kena minyak panas. Dia la yang kena minyak panas. Dia hantar gambar.

Yang aku ingat rawatan kecemasan bila terkena minyak/air panas, yang paling mula2 & paling utama; jangan basuh dengan air paip atau air sejuk. Nanti naik gelembung2 bawah di bahagian kulit yang tercedera. Orang klinik kesihatan panggil Blister. Masa tu jugaklah aku baru gelabah nak google apa nak buat.

Jadi, aku nak kongsilah tips rawatan kecemasan bila terkena minyak/ air panas.

Sebelum apa-apa lagi. Nak aku ingatkan yang paling utama lepas berlaku kemalangan seperti diatas, tolong jangan basuh bahagian yang tercedera dengan air. Nanti bahagian tersebut akan melecur. Kesan lecur boleh meninggalkan parut untuk jangka masa panjang.

Tips#1
Yang paling utama, atau paling afd'hal orang arab kata ialah sapu dengan lendir daun lidah buaya atau nama lainnya yang lebih popular ialah Aloe Vera. Kalau bukan lendir, daun lidah buaya pun boleh ditumbuk. Ini cara yang paling terbaik. Sebab itu kalau kita tengok filem korea/jepun atau mat saleh, di tingkap dapur mereka selalu ada sepasu pokok lidah buaya. Tapi mana la pulak nak cari daun lidah buaya kat rumah orang melayu sejati nie kan. Kita ke tips seterusnya.
#Jom pergi cari pokok lidah buaya tanam kat dapur

Tips#2
Letakkan daun sireh yang telah di hancurkan dengan tangan. Letak sebanyak mana yang anda rasa nak letak. Takda masalah. InsyaAllah letakkan dan tunggu sampai sireh tadi kering. InsyaAllah lepas sireh kering, kesan cedera akan hilang dan tiada kesan parut ditinggalkan. Tips ini pun mungkin terlalu old school. Mana pulak nak cari daun sireh. Masa aku nak bertunang dulu pun jenuh jugak mak abah aku cari daun sireh. Keliling kampung bertanya jiran-jiran, kot-kot ada tertanam pokok sireh belakang rumah mereka. Tips seterusnya.

Tips#3
Kopi. Serbuk kopi pun boleh digunakan jugak sebagai rawatan kecemasan nak mengilangkan bahagian yang tercedera. Tapi nak bagitau awal-awal. Kalau letak serbuk kopi, anda akan rasa pedih sedikit pada awalnya. Namun insyaAllah, rawatan menggunakan serbuk kopi ini tidak akan meninggalkan kesan parut atau tidak akan membuat kulit anda melecur.

Tips#4
Yang ini susah sikit nak cari. Getah pelepah pisang. Jangan campur dengan air. Kira sapukan getah pisang yang pekat likat melekat tue.

Tips#5
Sapukan telur mentah yang dikacau. Ambil je sebiji telur ayam, pecahkan dalam mangkuk dan kacau. Ambil kapas dan sapukan. Bila kering sapu lagi, lagi dan lagi.

Tips#6
Perlahan-perlahan sapukan dengan sabun mandi. Lebih baik guna sabun liquid. InsyaAllah lebih kuranglah risau pedih. Kalau pakai sabun ketul tue takut tertekan kuat di bahagian kulit yang sedang pedih. Lagipun kalau sabun ketul kena sapu air.

Tips#7
Tips yang paling akhir adalah menggunakan kicap. Orang-orang tua akan suruh sapu kicap, tetapi kicap akan meninggalkan kesan parut. Selain kicap, marjerin dan ubat gigi pun boleh digunakan.

Tips#Lain
Madu juga boleh digunakan. Madu jarang digunakan untuk apa sahaja perubatan kerana madu mahal sedikit dan ia juga sering digunakan untuk perkara-perkara atau sakit-sakit yang tertentu sahaja. Madu disebut dalam al-Quran. InsyaAllah ia lebih baik.

Sekian.

Friday, January 2, 2015

Menanti Anak Ku

Assalamualaikum

Pertama sekali syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan aku seorang isteri yang baik dan mengizinkan isteri aku untuk mengandungkan anak kami yang pertama. Alhamdulillah, syukur jua aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan kami rezeki sehingga ke hari ini.

Kawan-kawan kerap bertanya tentang persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan masa aku decide untuk melangsungkan majlis perkahwinan dulu dan kini pula mereka masih kerap bertanya mengenai persediaan untuk mempunyai anak sendiri.

Allah! Allah! Aku sendiri pun tak tau macam mana nk explain kat kawan-kawan yang bertanya. Aku pun tak tahu sama ada aku sudah bersedia atau belum. Namun aku sentiasa membuat persediaan menanti kelahiran anak ku yang pertama nanti.

Baby boy atau baby girl? Soalan yang paling popular ketika ini. Isteri aku pun selalu duk tanya, pada firasat aku anak lelaki atau anak perempuan. Secara peribadi aku rasa anak lelaki tetapi ramai yang cakap anak perempuan, termasuk mak dan abah aku sendiri. Isteri aku dah scan tapi tak nampak lagi, nak buat macam mana.

Namun tak mengapalah, sebab barang baby semua dah beli pun. Aku beli saja semuanya tak bertema, lelaki atau perempuan boleh pakai. Jadi, insyaAllah tak menjadi masalah rasanya untuk 6 bulan yang pertama nanti.

Dalam keterujaan, risau pun ada jugak aku rasa. Aku harap semuanya berjalan lancar. Semoga Isteri aku dan anak selamat nanti. Amiinnn.