Sunday, February 15, 2015

Tips Mengelak Lecur

Assalamualaikum w.b.t

Kelam-kabut aku dibuatnya bila tetiba sahaja satu petang. Isteri tersayang aku text tanya macam mana buat rawatan kecemasan terkena minyak panas. Aish sapa pulak kena minyak panas nie. Kebetulan aku di Guaq dia pulak di Gurun, saja bawak adik perempuan aku pergi main di sana. Aku call tanya. Dengar suara dah sebak-sebak dah. Hurmm sapa lagi yang kena minyak panas. Dia la yang kena minyak panas. Dia hantar gambar.

Yang aku ingat rawatan kecemasan bila terkena minyak/air panas, yang paling mula2 & paling utama; jangan basuh dengan air paip atau air sejuk. Nanti naik gelembung2 bawah di bahagian kulit yang tercedera. Orang klinik kesihatan panggil Blister. Masa tu jugaklah aku baru gelabah nak google apa nak buat.

Jadi, aku nak kongsilah tips rawatan kecemasan bila terkena minyak/ air panas.

Sebelum apa-apa lagi. Nak aku ingatkan yang paling utama lepas berlaku kemalangan seperti diatas, tolong jangan basuh bahagian yang tercedera dengan air. Nanti bahagian tersebut akan melecur. Kesan lecur boleh meninggalkan parut untuk jangka masa panjang.

Tips#1
Yang paling utama, atau paling afd'hal orang arab kata ialah sapu dengan lendir daun lidah buaya atau nama lainnya yang lebih popular ialah Aloe Vera. Kalau bukan lendir, daun lidah buaya pun boleh ditumbuk. Ini cara yang paling terbaik. Sebab itu kalau kita tengok filem korea/jepun atau mat saleh, di tingkap dapur mereka selalu ada sepasu pokok lidah buaya. Tapi mana la pulak nak cari daun lidah buaya kat rumah orang melayu sejati nie kan. Kita ke tips seterusnya.
#Jom pergi cari pokok lidah buaya tanam kat dapur

Tips#2
Letakkan daun sireh yang telah di hancurkan dengan tangan. Letak sebanyak mana yang anda rasa nak letak. Takda masalah. InsyaAllah letakkan dan tunggu sampai sireh tadi kering. InsyaAllah lepas sireh kering, kesan cedera akan hilang dan tiada kesan parut ditinggalkan. Tips ini pun mungkin terlalu old school. Mana pulak nak cari daun sireh. Masa aku nak bertunang dulu pun jenuh jugak mak abah aku cari daun sireh. Keliling kampung bertanya jiran-jiran, kot-kot ada tertanam pokok sireh belakang rumah mereka. Tips seterusnya.

Tips#3
Kopi. Serbuk kopi pun boleh digunakan jugak sebagai rawatan kecemasan nak mengilangkan bahagian yang tercedera. Tapi nak bagitau awal-awal. Kalau letak serbuk kopi, anda akan rasa pedih sedikit pada awalnya. Namun insyaAllah, rawatan menggunakan serbuk kopi ini tidak akan meninggalkan kesan parut atau tidak akan membuat kulit anda melecur.

Tips#4
Yang ini susah sikit nak cari. Getah pelepah pisang. Jangan campur dengan air. Kira sapukan getah pisang yang pekat likat melekat tue.

Tips#5
Sapukan telur mentah yang dikacau. Ambil je sebiji telur ayam, pecahkan dalam mangkuk dan kacau. Ambil kapas dan sapukan. Bila kering sapu lagi, lagi dan lagi.

Tips#6
Perlahan-perlahan sapukan dengan sabun mandi. Lebih baik guna sabun liquid. InsyaAllah lebih kuranglah risau pedih. Kalau pakai sabun ketul tue takut tertekan kuat di bahagian kulit yang sedang pedih. Lagipun kalau sabun ketul kena sapu air.

Tips#7
Tips yang paling akhir adalah menggunakan kicap. Orang-orang tua akan suruh sapu kicap, tetapi kicap akan meninggalkan kesan parut. Selain kicap, marjerin dan ubat gigi pun boleh digunakan.

Tips#Lain
Madu juga boleh digunakan. Madu jarang digunakan untuk apa sahaja perubatan kerana madu mahal sedikit dan ia juga sering digunakan untuk perkara-perkara atau sakit-sakit yang tertentu sahaja. Madu disebut dalam al-Quran. InsyaAllah ia lebih baik.

Sekian.

Friday, January 2, 2015

Menanti Anak Ku

Assalamualaikum

Pertama sekali syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan aku seorang isteri yang baik dan mengizinkan isteri aku untuk mengandungkan anak kami yang pertama. Alhamdulillah, syukur jua aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan kami rezeki sehingga ke hari ini.

Kawan-kawan kerap bertanya tentang persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan masa aku decide untuk melangsungkan majlis perkahwinan dulu dan kini pula mereka masih kerap bertanya mengenai persediaan untuk mempunyai anak sendiri.

Allah! Allah! Aku sendiri pun tak tau macam mana nk explain kat kawan-kawan yang bertanya. Aku pun tak tahu sama ada aku sudah bersedia atau belum. Namun aku sentiasa membuat persediaan menanti kelahiran anak ku yang pertama nanti.

Baby boy atau baby girl? Soalan yang paling popular ketika ini. Isteri aku pun selalu duk tanya, pada firasat aku anak lelaki atau anak perempuan. Secara peribadi aku rasa anak lelaki tetapi ramai yang cakap anak perempuan, termasuk mak dan abah aku sendiri. Isteri aku dah scan tapi tak nampak lagi, nak buat macam mana.

Namun tak mengapalah, sebab barang baby semua dah beli pun. Aku beli saja semuanya tak bertema, lelaki atau perempuan boleh pakai. Jadi, insyaAllah tak menjadi masalah rasanya untuk 6 bulan yang pertama nanti.

Dalam keterujaan, risau pun ada jugak aku rasa. Aku harap semuanya berjalan lancar. Semoga Isteri aku dan anak selamat nanti. Amiinnn.

Sunday, December 21, 2014

Drama Tentang Jodoh

Assalamualaikum

Aku mungkin hidup dalam dunia realiti, Dunia aku ada warna tapi tak banyak aku kira. Banyaknya hitam putih mengikut pandangan orang lain. Cerita hidup aku tak lah drama-drama macam kisah-kisah tak ada logik seperti dalam novel-novel jiwang melayu.

Kisah hidup aku sebagai ahli logik, penuh dengan rumus, formula, peraturan dan kira-kira. Termasuk sebab dan asbab. Melalui pemikiran begini aku mencari makna dalam hidupku, mencari dan mengenali Tuhan ku.

Benda yang dah berlalu itu sejarah untuk peringatan dan pengajaran untuk masa depan. Aku tidak akan sesekali mengungkit masa lalu kalau ia bukan untuk kebaikkan. Kalau ia sekadar nak memuaskan hati dan tidak membawa apa-apa makna. Lupakan saja.

Tak guna mengungkit kisah lalu, menyakitkan hati. Akhirnya menangis seorang diri. Sudahlah.

Teruskan hidup!

Saturday, November 29, 2014

Kerja dan Kerjaya

Assalamualaikum

Memang ramai orang salah faham mengertikan kerja dan kerjaya. Itulah sebabnya aku rasa, keruntuhan keluarga berleluasa dalam negara ini. Ini apa yang aku tengok lah sekarang setiap dalam media setiap hari.

Aku mendefinisikan kerja sebagai perkerjaan. Pekerjaan bertujuan untuk mendapatkan duit semata-mata. Kerjaya pula tujuannya bukan pula semata-mata kerana duit tapi faktor kepuasan diri juga dikira sebagai salah satu tujuan paling besar 'dalam kerjaya.

Dengan salah faham macam ini, kerjaya yang tidak menjamin kewangan yang baik di peringkat awal sering kali dipandang rendah. Seperti perniagaan online, suri rumah sepenuh masa dan lain-lain yang tidak menjanjikan pulangan wang yang banyak.

Apa sekarang anda bekerja atau bekerjaya?

Wednesday, November 19, 2014

Hujan Emas Di Negeri Orang

"...hujan batu di negeri sendiri."

Assalamualaikum

Malam semalam aku baru balik dari Miri. Balik ke Kuala Lumpur. Balik kepada isteri tercinta. Senyum lebar beliau nampak aku buat kali pertama semalam. Aku ada tanya kenapa. Beliau cakap tak tau rasa macam nak tergelak pun ada.

Mungkin sebab muka aku dah macam tarzan kot. Hampir 2 minggu aku dekat rig, aku tak mengemas misai dan janggut aku. Nak shave takut terkejut orang-orang kt sana dek muka jambu aku nieh. Jadi aku biarkan saja. Pagi terakhir sebelum aku balik, aku masuk morning meeting pakai jersey Msia. 

"Aku nampak kau macam safee sali tadi hahahaha" Hlb MWD tegur aku.

"Aku lagi handsome lah!"

 Balik ke rumah sendiri. Ahh seronoknya tidak terkata. Walaupun bukan steak yang aku hadap di setiap menu. Walaupun pilihannya taklah sebanyak di rig tengah lautan sana. Walaupun hanya sekadar nasi putih, kicap masin dan telur goreng. Lebih senang dengan nasi putih, kicap dan telur goreng.


"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri." Namun tetap kembali ke tempat sendiri.