Monday, January 30, 2012

Ahli Kitab

assalamualaikum..

Aku terbaca di satu blog, sudah lama aku membaca blog tersebut. Sungguh tulisan dan karya taipan dia sangat menarik dengan susunan ayat yang menampakkan kepoyooan dirinya serta sususan rangkap demi yang rangkap yang kreatif tidak membosankan pembaca untuk terus membaca sehingga tamat sesuatu post di blognya walaupun post itu panjang berjela jela macam ayat yang tengah tulis skunk nie.

Memilih-milih
akibat sudah lama sangat membaca blog tersebut aku sudah boleh membezakan mana yang patut dibaca dan mana yang hanya perlu dibaca tetapi tidak boleh diambil perhatian sangat, hanya sekadar suka suka. 

dalam satu post di blog beliau ada tertulis tentang isu ahli kitab yang pada pandangan aku telah disalah faham mungkin. atau aku sendiri tidak memahami hasil tulisan beliau yang lenggok bahasanya sangat artistik.

Siapa Ahli Kitab

Secara ringkasnya mereka adalah orang Yahudi dan Nasrani yang berpegang teguh pada ajaran kitab samawi masing masing.

Setakat mana?
Yusuf al-Qaradawi meletakkan syarat yang jelas untuk "berpegang teguh pada ajaran kitab samawi masing" iaitu mempercayai bahawa wujudnya Allah S.W.T. 

Syarat jelas:
1. Ahli kitab mestilah berpegang teguh kepada ajaran kitab samawi dan mengamalkan semua yang diajar.
2. Ahli kitab mesti percaya pada kewujudan Allah S.W.T

Penjelasan:
sewaktu di sekolah dahulunya ada jugak ustaz dan ustazah yang memberitahu bahawa ahli kitab ini, senang cerita adalah mereka yang berpegang teguh kepada ajaran kitab kitab (kitab asal) yang terdahulu sebelum turunya al-Quran. Iaitu kitab:
1. Zabur - Nabi Daud A.S
2. Taurat - Nabi Musa A.S
3. Injil - Nabi Isa A.S

Jadi, orang Yahudi dan Nasrani yang kita lihat hari ini, yang percaya pada trinity dan segala macam benda yang mengarut tidaklah termasuk dalam golongan ahli kitab. Selain mereka juga mempercayai ajaran Bible yang telah jelas diubah untuk kepentingan pihak tertentu.

Mengapa?
1. Penting untuk kita mengetahui siapa mereka kerana Islam menghalalkan kita untuk bermuamalat dan bermunakahat dengan ahli kitab.

2. Supaya kita tidak menyamakan (tidak tersalah) ahli kitab dan orang yahudi dan nasrani sekarang yang melakukan kerosakkan kepada dunia (yang perlu kita boikot besar besaran).

P/S: Setiap penulisan diblog adalah 100% tanggungjawab si penulis. Maka sampaikanlah fakta dan kebenaran walaupun pahit.

No comments: