Sunday, March 17, 2013

Mat Bangla Ep 1

Assalamualaikum w.b.t

Lama tak post. Bukan kering idea. Sibuk sentiasa. Maklumlah udah bekerjaya.

Sudah tabiat orang dulu sehingga kini menilai paras rupa lebih daripada segalanya. Kalau yang hensem tue pastinya baik belaka. Kalau yang tak hensem tue buruk semuanya. Aku takdalah hensem mana. (ehek..ada pulak).

Namun ukuran paras rupa tidak kekal lama. Bukan kerana ia tidak kekal lama. Sebab bila hari berlalu kita akan mengenali apa disebalik rupa tersebut. Kita akan lebih mengetahui setiap inci orang itu. Kebaikkan akan mengaburi segala kelemahan.

Tak percaya?

Singgah berjalan di pasaraya. Si isteri yang jelita lansung tak kisah berpimpinan tangan dengan suami yang bermisai lebat, boroi, apa lagi korang nak? semua kelemahan si suami jelas terbentang di mata kita. Tapi tue pada mata kita. Bukan pada mata si isterinya.

Cinta tak buta, bahkan lebih celik dari kita.

Diluar fasa cinta.

(post diatas adalah iklan semata2)

23 hari aku menginap hotel. Pekerjanya ada melayu, ada indonesia, ada bangla. Ada yang cantik, ada segak, ada bergaya. Dari tinggi jawatan sampai ke receptionist di kaunter lobi utama.

Mat Bangla bukan pekerja sebarangan. Aku tahu ramai orang malaysia sangat streotype dengan mereka. Terutama lelaki melayu. Apatah lagi yang kekasihnya dah kena kebas dengan diorang. Apalagi yang jeles kalau kelihatan mereka bertegur mesra dengan perempuan melayu yang lawa yang korang sendiri segan tak berani try takut kena reject. Tapi diorang memang selamba.

Ada jugak yang stereotype dengan cara mereka berpakaian. Seluar slack sudah pasti, baju kemeja lengan panjang kemana sahaja. Kalau di Kuala Lumpur pada hari diorang bercanda sudah pasti kombinasi warna merah,biru dan kuning menjadi taruhan ditambah dengan rayben gelap pasar malam. Orang melayu yang lalu lalang sinis memandang.

Tadi pandangan aku berubah.

Aku ke tandas. Cuci tangan. Tisu di meja makan sudah habis. Aku buka pintu. Ada 2 orang mat bangla pekerja hotel di dalam. Sedang berbicang sesuatu.

Salah seorang menunjuk2 jari kelingking kakinya yang sedikit luka. Tergesel agaknya. Seorang lagi tengok-tengokkan.

Kesian.

Kesian apabila aku terkenang. Pekerja2 bangla nie sangat menjaga tata tertib dan sangat hormat kepada pelanggan hotel.

Aku sedang berjalan di menyusur susur gajah hendak balik bilik. Seorang pekerja bangla pun menuju jalan yang sama ke arah lobi. Dia berhenti, biar aku jalan dulu. Dan dia jauh di belakang terus berjalan.

Aku nak turun tangga menuju dewan. Pekerja bangla dari hadapan menaiki tangga membawa banyak barang. Dia berhenti. Tunggu aku turun tangga dulu. Lepas aku lalu. Kemudian baru dia naik tangga tue.

Aku tunggu lif nak turun makan. Lif sampai dari atas. Ada pekerja bangla di dalam. Beliau nak bawak turun barang. Dia nampak aku nak masuk lif. Beliau keluar dari lif tersebut. Aku masuk dan turun berseorangan. Kemudian aku nampak dia turun lobi guna lif depan.

Ikhlas.

Mereka di Malaysia mencari rezeki. Tinggalkan keluarga, anak dan isteri untuk cari rezeki. Disini mereka terpaksa bersatu. Menjaga satu sama lain. Sebab mereka dah takda sapa2 lagi. Hidup susah tak punya apa.

Namun ada yang mengambil kesempatan atas mereka. (Ini aku akan ceritakan di ep 2)

Mesej aku bukan merayu akan diagung2kan mereka tetapi sekadar memohon hormat mereka sebagai manusia. Jika kita tidak hormat bangsa lain, adakah bangsa kita akan dihormati?

Renung2kan dan selamat beramal

Bersambung...

No comments: