Monday, January 16, 2017

Rumah Yang Selamat


Assalamualaikum w.b.t

  1. Saya diperkenalkan kepada Baitusalam oleh seorang SDE (senior drilling engineer) di tempat saya bekerja sekitar tahun 2014. Saya kira pada masa itu Baitusalam masih belum ditubuhkan. Pada masa itu saya diajak oleh beliau untuk ke kuliah di Masjid Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang.
  2. Namun atas sebab-sebab tertentu, jamaah yang sama telah berpindah dan menubuhkan Baitusalam yang beroperasi di Tingkat-1, Bangunan MCOBA, Jalan Syed Putra, Taman Persiaran Desa, Kuala Lumpur.
  3. Sedih meninggalkan Masjid Mustaqim yang penuh nostalgia. Port baik pula tu. Saya kalau ke sana, Nasi Lemak Royale depan masjid tu kedai wajib untuk melepaskan rindu kepada negeri kelahiran saya. 
  4. Apa yang best sangat di Baitusalam? Setiap hari ada kuliah sunnah disana. Kuliah sunnah yang saya maksudkan ialah kuliah mendalami ilmu sunnah. Memehami dan menghargainya. 
  5. Baitusalam ialah tempat belajar agama yang baik kerana manhajnya dan fasilitinya memang baik, selesa dan kondusif untuk belajar. Inilah tempat belajar yang maju seiring zaman.
  6. Program kuliah disusun menepati timing kerja pejabat dimana kelas bermula pukul 9.30 p.m. setiap malam untuk memberi ruang supaya kita sempat balik dari kerja & berehat bersama keluarga sebelum hadir ke kuliah. 
  7. Parking kereta yang lebih banyak dan selamat sebab MCOBA dipagar dan ada guard yang menjaga di pintu masuk.
  8. Selain daripada kelas pengajian kitab yang yang berbeza berlangsung setiap malam. Hujung minggu pula diisi oleh daurah-daurah khas untuk menjawab segala kesulitan dan masalah semasa.
  9. Jangan risau kalau tak bawa kitab. Kitab dan pelbagai lagi buku dijual disana di dalam kedai buku amal akhirat. Saya kalau ke sana memang ada saja buku yang dibeli kerana buku yang dijual memang buku yang menarik.
  10. Semoga Allah, merahmati perjuangan mereka yang menghidupkan Baitusalam. Dan kita yang pergi kesana bukan sahaja boleh support dari segi perjuangan dan kewangan namun kita akan bawak balik ilmu yang bermanfaat. Datanglah beramai-ramai. Search page Baitusalam di FB, dan ikuti jadual kuliah disana.
Sekian.  

No comments: