Assalamualaikum w.b.t.
- Tulisan terakhir aku di blog ini pada Februari 2018. Lama betul tidak menulis di sini lagi. Selalunya aku menulis di FB. lebih mudah dan cepat.
- Aku ada install apps blog ini dalam telefon tetapi ianya tidak semesra FB.
- Nampak blog guru aku tiba-tiba bergerak. Ada satu pos baru. Nampak seakan semangatnya datang untuk kembali menulis di blog. Aku pun tiba-tiba triggered dan bersemangat semula untuk kembali menulis di blog.
- Tambahan setiap malam minggu ini aku dan isteri sedang layan drama bersiri Sherlock Holmes lakonan Benedict Cumberbatch.
- Aku dan isteri suka filem atau drama berkisar penyiasatan.
- Salah satu wataknya Dr. John Watson lakonan Martin Freeman pun gigih menulis blog dalam cerita ini. Menjadikan mereka, Sherlock Holmes dan Dr. John Watson dikenali ramai sebagai penyiasat terkenal.
- Pagi ini bila aku bukak blog aku. Wah rupanya ada 3 tulisan dalam peringkat draft. Ada 3 kali cubaan aku untuk kembali menulis menghidupkan blog ini tetapi tidak berjaya menghabiskan tulisan dan mati disitu sahaja.
- Dua daripada tiga tulisan tersebut sahaja masih valid dan aku padamkan semuanya.
- Kita mulakan semula fresh. Biar janggut aku sama panjang denagan Dr. Muhaimin Sulam guru ku.
- Semoga aku beristiqomah. Amin.

--
Pinggiran
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment