Thursday, September 15, 2011

Merdekalinium

Situasi
Perjuangan Kemerdekaan Negara diragui dan dipertikai sejarahnya oleh rakyat.

Pandangan
Secara peribadi penulis melihat pertikaian pihak pembangkang kepada perjuangan kemerdekaan negara ada kebaikannya. penulis tidak condong kepada mana2 pandangan sama ada menyokong atau membantah pertikaian ini. melihat kepada akibat timbulnya isu ini, kita pemuda alaf baru mula mencari kebenaran dan mula mencari erti kemerdekaan negara kita. pada masa yang sama pihak pembangkang dan kerajaan sama sama mempertingkatkan usaha untuk memberi kefahaman tentang kemerdekaan negara kepada rakyat. namun kebenaran setiap fakta adalah atas tangunggjawab pihak yang menyebarkannya.

Merdeka yang dilihat suram tahun ini kembali meriah dgn jutaan info dan fakta yang di uar-uarkan kepada rakyat dek timbulnya isu pertikaian pembangkang kepada perjuangan kemerdekaan sesetengah individu.

Kritikan
penulis melihat situasi pertikaian dimana pelbagai pihak ingin memberi pandangan tentang isu kemerdekaan dan kebenarannya di kupas adalah satu situasi yang positive dimana kita menjadi seakan tidak mudah mempercayai dan kita lebih berhati hati untuk menerima sesuatu fakta. Namun ada sesetengah pihak menjadikan perbalahan ini sebagai platform untuk publisiti murahan dan mempolitikkan isu kemerdekaan ini demi keuntungan diri sendiri. perbalahan yang berlaku dijadikan sebagai medan untuk melaga lagakan penyokong pihak pihak tertentu. parahnya, terdapat pula segelintir masyarakat kita yang mudah tercuit dan menjadikan perbalahan ini tampak sangat sangat buruk dimata pihak ketiga. terutamanya media luar negara.

Cadangan
apa yang telah berlaku 54 tahun dulu adalah sejarah yang tidak boleh diubah. apa yang kita tahu hari ini pastinya tidak 100% benar kerana sudah menjadi fitrah dalam penyampaian sejarah. pasti ada tokok tambah dan sejarah ini berkecenderungan terhadap penulisnya. baik jahat sesuatu pihak itu adalah terletak di mata penulis atau penyampai sejarah itu. oleh itu apa yang berlaku 54 tahun lalu dan sebelumnya tidak perlu dijadikan faktor untuk kita membenci sesama sendiri. ya, kebenaran perlu dicari dan ia pasti tertonjol suatu hari nanti, kalau bukan hari ini.

masa depan, isu dari mana asal kita penting. namun apa yang lebih penting hari ini adalah siapa kita hari ini dan siapa kita esok. kemerdekaan sudah kita perolehi, kini pilihan terletak ditangan kita untuk terus merdeka dan menjadi diri kita sendiri atau kembali terjajah dan menjadi hamba kepada orang lain.

jangan minda kita masih terjajah dalam kemerdekaan yang dah kita genggam.

No comments: