Friday, March 30, 2012

Jual Minyak

Assalamualaikum

Ini rahsia keluarga En. Sabri Bin Hj. Nan dan Pn. Aslina Binti Ishak.
Ini jugak akan jadi salah satu rahsia keluarga En. Muhammad Syafiq Syahidzat Bin Sabri dan "Isteri"

Gunalah Minyak Daun Ubat TYT
InsyaAllah mujarab


Minyak ini dibuat untuk pelbagai kegunaan luaran
Antaranya:
1. Selesema Bayi - Sapukan pada bahagian atas ubun ubun bayi dan pusatnya. Gosokkan pada dada sehingga sedikit panas.

2. Mandian bayi  - sapukan minyak pada ubun ubun dan pusat bayi sebelum dan selepas mandi untuk mencegah seram sejuk.

3. Angin selepas bersalin - Sapukan dan urut kaki dan tangan sehingga sedikit panas. Ulang 3-4 kali sehari.

4. Luka - Tutup dengan kapas yang direndam minyak. tukar kapas 2-3 kali sehari.

5. Reumatisme - Sapu dan urut perlahan-lahan untuk memperbaiki peredaran darah.

6. Terseliuh - Sapu dan urut perlahan-lahan. Tutup dengan kapas yang direndam minyak. Balun dengan kain pembalut selama 1 hari.

7. Sakit sendi - sapu dan urut pada bahagian sakit sehingga panas.

8. Gatal - sapaukanpada kulit untuk mencegah kegatalan.

9. Penghalau lintah - sapukan pada kaki atau luka lintah. untuk menghalau lintah.

10. Sakit belakang - gosok pada bahagian yang sakit sehingga panas.

11. Penghalau Nyamuk - sapukan pada kulit untuk menghalau nyamuk.

12. Rasa kebas - sapu dan urut kaki dan tangan sehingga panas.

13. Melecur - sapukan pada bahagian melecur. tutup luka dengan kapas yang direndam minyak. balut dengan pembalut dan tukar setiap hari.

14. Sakit telinga - masukkan beberapa titis ke dalam telinga. Sumbatkan dengan kapas. buang kapas apabila sakit berkurangan.

15. Sakit perut/ Kembung perut - Sapukan pada telapak tangan dan usap perut perlahan ke bawah.



Harga tidak tetap, tapi average 100mL lebih kurang RM10 di kedai kedai ubat dan RM13-RM16 di farmasi farmasi berdaftar.

Tidak rugi untuk memilikinya.

2 comments:

Anonymous said...

iklan wajib radio kedah.fm...

inspirasi arjuna said...

a'ah..hahahaha
start guna pown lepas mak aku menang peraduan kt kedah fm..3 botol minyak yg roll pack..

guna nie senang..
xpayah nk beli 2-3 set minyak, gamat la minyak, minyak angin la, minyak panas la..