Saturday, March 24, 2012

Syiah: Hati Hati

Assalamualaikum,

Niat kat hati lama dah nk crita tapi xsempat nak menulis memandangkan waktu semakin singkat dek kesibukkan yang melanda diri ketika di arena tahun akhir pengajian.

dalam beberapa minggu lepas aku balik kampung. kedah la sudah pasti, kemana lagi kampung aku. memandangkan jarang jarang aku dapat balik cuti tahun ini, aku mengambil kesempatan untuk pergi melawat tokwan aku di kampung singkir laut. atau in kedah pronoun cation they call it "Singkiaq"..di dalam tekak bukan di hujung lidah.

apa yang menarik dalam perbualan isu semasa bersama tok wan aku adalah isu puak fahaman syiah yang semakin ramai dan semakin berani menonjolkan diri di khalayak ramai.

"Maknanya depa qamai, kalau tak qamai depa tak beqani nak tunjuk muka depan kita..ishh ishh ishh" kata tok wan aku.

Fahaman syiah nie apa?
hampa google la sendiri, nak crita panjang sangat la pulak.

Dan yang menjadi masalah utama adalah, fahaman syiah yang merebak ini diakui dan diterima oleh ramai orang orang kelas atasan, yang terdiri daripada usahawan, hartawan, dermawan, bangsawan dan segala wan lagi. masakan tidak fahaman syiah cepat menular di kawasan kawasan pedalaman (seperti kampung tok wan aku) kerana majlis ilmunya ditaja mewah oleh golongan golongan berpengaruh di kawasan tersebut.

"rugi la sapa tak pi majlis Tuan Ismet Ulam Raja, makan sedap"

niat asal mungkin sekadar nak makan tapi lama kelamaan siapa tahu.

***

Balik utp, aku mula selongkar, blog walking, forum dll. rupa2nya fahaman syiah ini sebenarnya bukanlah isu baru dan ia sebenarnya sudah lama bertapak di tanah melayu. cuma ini mereka berani keluar di khalayak ramai, facebook, twitter, you tube, usrah agama dan majlis majlis lain dengan identiti mereka kerana mereka sudah ramai, duit mereka banyak, pengaruh mereka besar.

aku terjumpa beberapa kisah menarik beberapa hari lepas.

antaranya

ini aku terjumpa dari forum, isu syiah dibincangkan. ramai individu memberi komen dan menunjukkan bahawa syiah itu sesat dan tidak diterima. namun selepas beberapa komen muncul satu individu yang mula menyanggah perbincangan intelek dalam forum tersebut. mamat (mungkin jugak perempuan) nie, pertahankan syiah dengan mengatakan mereka yang melabel syiah itu sesat, sebenarnya merekalah yang sesat.

alasan beliau kerana mereka yang melabel syiah sesat, merek itu yang sesat kerana telah menolak ijma 500 orang ulama ..bla..bla..bla..bla..bla..pada tahun bla bla bla.. (penuh dengan fakta) yang menerima syiah daripada 2 mazhab tertentu iaitu zaidiyah dan jaafariah.

orang lain dalam forum tersebut terdiam seketika, ada yang masih kental dengan menolak syiah 100% ada yang hanya tinggal 50-50 dan ada yang terus bersetuju dengan mamat tue.

aku menyiasat,
ninnndiaaaaa!!!!
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia

segala fakta al-mamat tue ckp betol, tp orang tak pakai dah, sbb dah dimansuhkan oleh majlis fatwa kebangsaan. dah dimansuhkan hampir 16 tahun dah...

lagi satu aku terjumpa dalam blog tak silap masa blog walking..
kisah berlaku di sekolah asrama. pada suatu hujung ming di sekolah diorang ada sekumpulan bekas pelajar sek tersebut buat program motivasi kononnya.

yang bekas pelajar sekolah tue sorang jer, yang lain suma kawan2 dia. so program pown bermulalah dengan ucapan aluan oleh pengarah program. kepelikkan berlaku apabila beberapa orang pelajar perasan yang dalam ucapan tersebut senior mereka tue ada beberapa kali berselawat dan menambah nama Saiyyidina Ali di dalam selawatnya. tapi tidak ada yang bertanya..

then program dakyah tersebut bermula selama 3 hari 2 malam. dan terdapat banyak sangat perkara yang bercanggah disemai kepada peserta program tersebut. Mujur program tersebut berakhir dengan para fasilitator program dihentam cukup2 oleh pihak pelajar dan sekolah kerana menyebarkan dakyah sesat kepada pelajar. setelah dikaji, barulah tahu mereka ini rupanya berfahaman syiah.

so what are u say about syiah...??

SAY NO!

No comments: