Wednesday, May 8, 2013

Saya Pilih Malaysia

Assalamualaikum,

Buang tebiat aku pagi2 buta lepas subuh di Miri, aku tulis blog. Sengaja aku pilih tajuk nie sebab aku nak membebel kepada seluruh rakyat Malaysia. 

So sapa yang nak baca sila teruskan baca dan sapa yang tak nak baca sila pergi ke blog gadis yang selalu tempek gambar bajet comel dorang untuk korg tengok. Blog aku untuk cetusan idea dan bacaan berfikir. Takda gambar.

Kisah PRU13 yang baru saja lepas beberapa hari masih lagi disebut-sebut. Masih lagi ada yang mempersoalkan dan ada yang sudah meraikan kemenangan. Namun aku tak kisah sebab yang mempersoalkan keputusan, mereka ada sebab yang munasabah. Dan yang sedang meraikkan kemenangan yang dikatakan secara kotor, hanya mereka sendiri sahaja yang tahu.

Pernah aku cakap dulu, PRU memang penting. Namun apa yang lebih penting adalah "selepas PRU". 5 mei 2013 adalah satu tarikh keramat. Tapi lebih keramat lagi hari-hari esoknya selepas tarikh tersebut. Dapatkah pemimpin yang dipilih mengembalikan perpecahan yang berpunca daripada mereka sebelumnya.

Itu persolan yang paling penting.

Dan sudah tentukan pemimpin yang telah dipilih atau lebih tepat "TERPILIH" selepas PRU13 yang lalu tidak lagi buat semua tue. Kalau tidak tak perlulah aku tulis kan.

Orang BN.
Pemimpin termasuk penyokong, berlagak tak habis. Bukanlah semua, tapi yang tak semua tue biasanya tak dapat buat apa-apa sebab bilangan mereka terlalu sedikit. Susah yang sedikit nak ubah yang ramai.

Aku bagi contoh real. Adalah sorang member aku nie, for sure lah dia nie penyokong BN yang kental. Kiranya aku rasa kalau tertoreh lengan dia agak2 keluar keris apa. Apa yang pemimpin BN buat semuanya bagus. Kalau yang tak elok tue pejam mata. Kaburkan dengan kejayaan lama dalam BN. 

Dan macam biasa satu2nya hujah yang mereka ada adalah kejayaan lepas Tun Dr M. Secara peribadinya, aku rasa kejayaan Tun Dr. M mentadbir hanya boleh dijadikan pedoman kepada kita semua atau sebagai motivasi. Bukan sebagai hujah untuk membuktikan kredibiliti semua pemimpin BN. Dan hujah pasti negara akan lebih baik dibawah pimpinan BN.

Penyokong BN dah takda modal lagi. Kalau nak cakap pasal BR1M yang hanya RM500 tue pun nampak sangat murahnya mereka sebab bangla pun dapat RM1000 siap dengan ICfree. Orang Malaysia sendiri nak buat IC kena bayar RM30. Haddoi.

Aku harap harga kereta turun saja mcm yang dijanjikan tapi tak pasal-pasal tetiba orang kecoh pasal Government Service Tax (GST), 6% yang mula dicharge diseluruh supermarket seluruh negara bermula semalam.

Buka mata laa penyokong BN!

Orang PAS.
Actually kali nie aku patut cakap orang PR tapi aku lebih selesa cakap PAS sebab dalam PR yang aktif, yang ramai-ramai, yang datang konvoi, majlis ceramah penuh stadium ramainya orang PAS. 

Pada aku perjuangan dan perletakkan ulama sebagai pemimpin dalam PAS, aku terima sebagai satu cara yang baik dalam memberitahu pentingnya ulama dalam masyarakat. Bukan sekadar dalam bab agama tetapi segala hal. 

Dan mesej besar kepada alim ulama jgk, mereka bukan sahaja perlu pandai dalam bidang hukum hakam malah bijak dalam sistem pemerintahan, ekonomi dan sebagainya. Sekarang nie orang PR, terutamanya penyokong PAS Kedah lah yang paling sedih sebab Kedah jatuh semula ke tangan BN. Bukanlah tak boleh nak bersedih, saya juga terasa lain sikitlah. Tapi tak perlulah nak bersedih macam mati bini. Perjuangan kena terus.

Pada aku, PAS mungkin tak menang bukan kerana PAS tak kuat tapi kerana perjuangan PAS belum selesai. Tapi ada beberapa faktor kuat. Ahli Pas. Jika BN penuh dengan pemimpin corrupt, aku berani kata PAS masih ada ramai penyokong yang corrupt.

Corrupt dengan Allah dan lari dari asas perjuangan PAS. Jiran aku, setiap kali PRU, rumah balut dgn bendera PAS. Bapak borek dan tentu anak rintik. Anak pula pantang cerita pasal BN. Tapi dua beradik tue, masjid tak sampai jugak. Jangan kata masjid, surau tak sampai 30 meter tepi rumah dorg pun jarang jugak aku nampak muka. 

Satu lagi pasal page penyokong PAS di FB. Macam sure dapat pahala bila kutuk BN. Lepas tue ramai pulak yang tambah perasa, komen kat bawah. Hurmmm kata memperjuangkan Islam. Mempertahankan Nabi. Pernah ka Nabi ajar kutuk orang sampai macam tue. So orang pas dlm FB sama saja dengan orang BN. Saling kutuk dan menghina. Nie belum algi cerita di Blog.

Kata-kata tue banyak tak synchronize dengan perbuatan. Dan aku rasa inilah antara faktor-faktor kenapa PAS dah hampir nak menang tapi tak menang-menang jugak. Dah macam-macam pemimpin di atas buat. Tak menang jugak.

Kesimpulan.
PRU dah pun berlalu. Biar orang bertanggungjawab siasat selanjutnya. Untuk orang awam macam aku ini. Berpeganglah pada agama Allah. Kuatkan Iman dan jaga keluarga masing-masing. Masyarakat yang baik bermula dengan diri sendiri, kemudian keluarga yang baik. Kalau diri sendiri dah caca merba. Macam mana nak ada masyarakat yang sihat. 

Bersatulah.

Orang BN tak payah nak nilai kekalahan orang lain dengan racist dan sebagainya. Orang tue tak seberapa hampa ja lebih.

Sekian.





No comments: