Friday, May 17, 2013

Tuan, Ini Laporan Cuti Saya

Assalamualaikum

Maaf walaupun tajuk dia relax namun aku rasa tak berapa relax sangat. Ini bukan tempat aku menceritakan kisah peribadi.

***Beralih kepada kisah tidak berapa peribadi sangat***

Report OJT

OJT adalah singkatan untuk On-Job-Training. Menatang apakah itu? Makluman, ia bukan sejenis binatang dan bukan juga sejenis kuih tradisional baba dan nyonya.

OJT tue nama panggilan untuk segala aktiviti yang melibatkan aku naik ke pelantar penggerudian kat tengah laut atau pun di darat. Sapa kata semua pelantar penggerudian hanya di laut? hanya di Malaysia sahaja anugerah petroleum kita di bawah dasar laut. Kalau di Arab itu petroleumnya di bawah tanah padang pasir sana. Di Brunei pun ada pelantar di darat - persisir pantai.

2 hitch sudah berlalu namun reportnya tidak juga siap. Haishhhh, plannya nak hantar minggu depan. Mungkinkah bertangguh lagi?

Kesimpulannya, betul kata orang,

"Kalau nak balik cuti tue, cuti je lah..takda maknanya nak buat kerja dah"


***

Cuti

Bermula cuti pada 14hb Mei yang lalu, penuh jadual aku susun. Namun begitu ada juga yang aku skip kerana dah tak larat nak keluar dan nak menjaga hati abah dan mak. Satg apa pulak dorang cakap, dah balik bercuti nie tak lekat di rumah.

Hari pertama cuti aku tidur sahaja di pagi hari sesampainya aku pada subuh hari itu. Petangnya pula bershopping bersama family di pasaraya pilihan Parlimen Jerai iaitu pasaraya Aneka Gurun. Aku beli 2 helai seluar untuk "pakai jalan". Dah semua seluar yang ada aku potong buat kain buruk di rumah sewa sana nuh.

Hari kedua pulak, paginya hantar 2 orang budak kecik di rumah nie pergi sekolah. Kemudian kirim sehelai seluar track kat mak yang nak pergi ke pekan rabu bersama adik ketiga aku. Tuelah, sapa suruh balik sehelai sepinggang.

Tengah hari aku ke Taman Jerai Maju, selesaikan masalah bil syarikat internet paling teruk di Malaysia iaitu Celcom Broadbeng. Singgah ke al-Ikhsan membeli sepasang kasut futsal sebelum sampai ke rumah. Petang pula aku menghantar kek serawak. Malam pula bersama kawan-kawan sekolah rendah. Zamir, Khairil dan Irfan. Wah dah segak masing2.

Hari ketiganya pagi aku ke bank selesaikan hal ekonomi rumah tangga masa depan. Kemudian singgah di pejabat JKM sembang-sembang program dengan ustaz Nurulaswar dan Wafi. Petang pula minum air kelapa di rumah Zamir.

Hari ini hari terakhir. Jumaat. Pagi tak kemana dah kot. Selak2 report OJT yang tak siap tue mungkin. Petang pula sudah booked untuk ke rumah tokwan di Singkir. Ziarah. 11.30 malam ini bas cosmic akan bertolak membawaku pulang ke kL.

Hari esok. Sesampainya aku di kL pada subuh hari. Perlu aku bergegas balik. Akan aku tunggu LRT. Sumpah aku tak ambil teksi lagi. Kena "kapak" nanti. Owh bukan kapak, mungkin "gergaji besi automatik". 7.30 pagi esok juga perlu aku bertolak ke Subang untuk program Drilling Division. Malamlah baru nak basuh baju ka apa ye - Kalau ada isteri kan senang. Tuhan tolong permudahkan urusan aku.


***

Ramalanku Benar Belaka - Umbrella

Lagu yang sedang bermain di telinga dan di dalam kepala dan otak aku kini


Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah 
Kesudahan aku parah

Sekian

No comments: