Saturday, October 5, 2013

Ada apa dengan BRAND

Assalamualaikum w.b.t

Proton
Ya Allah, apalah masalah lagi dengan proton nie. Masih lagi dengan dengan masalah yang sama. Battery. Ingat lepas charge 1 hari, 2 minggu lepas dah ok. Tapi hari nie buat hal lagi. Aku dah cakap kat proton service tue dulu. Tukar je bateri baru. Degil. Tak percaya pulak. Macamlah proton tak pernah ada defect. Last-last sapa yang susah? Akulah. Dah terbatal program. Takleh gerak memana.

Honda
Selain Proton, aku pun memiliki sebuah Honda. Kaya Baq Hangg.. Kaya apa? Kayap ada la. Honda aku bukan Honda City ataupun Honda Civic. Honda aku, Honda Wave 125X. Sebuah motorsikal yang aku beli masa tahun pertama aku masuk universiti. Kononnya nak bawak ke uni buat memudahkan pergerakkan nak peg kelas dan sebagainya. Namun sampai grad motor tue tak jengah UTP. Tanpa kenderaan biarpun motorsikal, takda sapa-sapalah nak pandang, apalagi gadis-gadis pingitan uni aku. Sebelah mata pun tak lah jawabnya. (Selamat si kekasih hati - tak payah nak risau sangat.)

Honda Wave nie dah 5-6 tahun berkhidmat dengan cemerlang. Kena bagi anugerah cemerlang nie. Tak pernah rosak, tak pernah nak berenti tengah jalan. Pernah accident sekali but still ok. Bagus. Sekarang nie pulak berkhidmat setiap hari bekerja. Aku menunggang ke tempat kerja. Pernah patah side mirror dan lampu depan terbakar. Dah dibaiki. Alhamdulillah.

Canon
Antara jenama termahal yang aku miliki. Kamera Canon 550D. Lebih ringan dan tergolong dalam kategori intermediate camera. Pernah sekali lens 18-55mm dan card reader dalam body kamera nie rosak. Lens rosak autofocus, kamera pulak tak leh read memory card. Plus ada calar kat body dia pulak dan tripod pun rosak pada masa yang sama. Macam nak menangis aku rasa masa tue. Benda nie berlaku elok je lepas habes 1 program yang aku jadi urusetia. Frust.

Alhamdulillah nasib baik kamera nie masih ada warranty masa tue. Cepat-cepat aku hantar ke Canon KLCC. Tapi lepas 4-5 bulan jugaklah baru dapat balik. Elok je lepas tamat warranty dia. Tapi Canon tambah lagi 3 bulan untuk tengok macam mana. Alhamdulillah tak rosak lagi lepas tue. Dan lepas tue jugak aku dah tak benarkan sesapa yang aku tak percaya/tak biasa untuk pegang kamera nie. Kalau rosak lepas nie, jenuh aku nak keluarkan duit untuk baiki, nauzubillah. (warranty dah abes)

Sony Xperia
Ye, telefon pintar aku. Pernah aku cakap jangan biarkan telefon kita lebih pintar daripada kita. Dan aku miliki telefon biasa yang taklah mahal. Ikut keperluan, cukup sekadar nak check emel office bila outstation atau balik Kedah. Telefon nie cool tapi biasalah android, lagging tahap yang tak boleh diterima. InsyaAllah nak try HTC lah pulak lepas nie. Bukan tak nak try IPhone. IPhone bagus, cuma aku nie cuai sikit selalu jatuh je telefon, pegang tak lekat. Takut pecah screen dia. IPhone punya screen fragile sikit.

Casio
Nie yang paling legend. Jam getah casio. Mula jam nie aku pakai ke offshore sebab dia getah, takkan ganggu interference tools and equipments dekat rig. Lama kelamaan aku pakai jam nie kemana saja. Sebab dia kecil, ringan dan simple. Rasanya nielah pembelian yang paling berbaloi. Jam nie lebih murah daripada calculator 570 with 2 years warranty. Berbaloi-baloi. Dan aku pernah cakap jugak, mahal atau murah jam tue tetap menunjukkan masa yang sama tak pernah cepat atau lambat. Yang membezakan jam-jam nie adalah tuan yang pakai dia. Sama ada tepat masa atau selalu lambat.

Sekian.

No comments: