Wednesday, July 27, 2016

Sufi ka?

Assalamualaikum w.b.t
  1. Dah lama aku kenal perkataan sufi. Kawan aku sendiri pun ramai yang nama mereka sufi. Cuma dihadapan nama ada Ahmad atau Muhammad. Kalau tak silap aku ada kumpulan rock cintan zaman 80/90-an pun ada menyanyikan lagu bertajuk sufi. 
  2. Dulu masa aku kecil, orang-orang yang selalu duk sebut sufi-sufi ni selalu cuba mengaitkan sufi dengan perkataan zuhud. Hidup miskin, duduk hujung-hujung kampung, harta apa pun takdak.
  3. Satu lagi perkataan yang selalu dikaitkan dengan sufi di alam melayu adalah wali. tok wali sesetengah orang melayu panggil. Dan kalau sebut wali dalam alam melayu ni macam-macam cerita pelik lah mai. Tok wali boleh ada di dua tempat berbeza dalam masa yang sama, tok wali boleh bergerak dengan pantas dari satu tempat ke tempat yang lain. Tak kurang juga yang boleh terbang dan jalan atas air.
  4. Bila nak beri gambaran fizikal, sufi selalu juga digambarkan orang tua yang duduk dalam rumah usang, bercakap benda yang orang tak faham (kalau orang biasa-biasa, dengar macam merepek - kata orang sufi lah)
  5. Sufi satu lagi pada zaman ini aku tengok, selalu dikaitkan dengan tariqat, zikir tak hengat, lupa diri, duk bergendang menyanyi qasidah, pakai celak, pakai selempang, boh gelaran al-, al- kat belakang nama.
  6. Tapi ada satu sufi lain yang aku kenal. Dimana aku mendapat rasa dan maksud sebenar sufi (atau apa sahaja perkataan yang nak digunakan selain sufi). Sufi dimana akhirat adalah tujuan dan dunia adalah tempat persinggahan.
  7. Sufi yang aku kenal melalui kitab-kitab sirah yang muktabar, bukan cerita-cerita yang dibawa penceramah upah-upahan, yang ramai nak bersorak 'Allah allah allah' diatas setiap perkataan yang keluar dari mulut mereka. 
  8. Sufi yang aku kenal ada Abu Dzar al-Ghiffar R.A, Umar al-Faruq R.A, Abu Ubaidah al-Jarrah R.A dan para sahabat R.A. Pemimpin Islam yang hebat seperti Umar Abd Aziz rahimahumullah. 
  9. Aku tak perlu kisah-kisah yang tak diketahui asal. Manalah nak terbayang Nabi Adam A.S turun di gunung jerai, Saidina Uthman R.A dok mai meniaga di Yan, Orang melayu Bani Tamim dan keturunan Nabi Ibrahim A.S. 
  10. Namun tak tak maulah kondem mereka yang percaya, kerana dikalangan kami juga ada pentaksub. Sekarang aku cuma mahu buat kerja aku tanpa mengira apa orang nak kata. Aku mengambil ilmu dan memerhati.

No comments: