Saturday, March 25, 2017

Sakinah - Mawaddah - Rahmah

Assalamualaikum w.b.t

  1. Selamat pengantin baru. Semoga Allah memberkati. Pasangan-pasangan yang menikah di dalam cuti sekolah selama seminggu ini. 
  2. Ucapan/ doa yang Sunnah, diajar oleh Nabi SAW ialah "Barakallahu lakum wa baraka alaikum" yang bermaksud: Mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkahan dan melimpahkan atas kalian keberkahan - Hadis sahih riwayat Ibnu Abi Syaibah. Ucapan yang sama dengan lagu nyanyian Maher Zain. 
  3. Ada juga orang ucap "Semoga menjadi keluarga yang Sakinah, Mawaddah & Rahmah".
  4. Yang tak faham bahasa arab biasanya ucap sekadar dibibir sajalah dengan anggapan ia membawa maksud yang baik. Begitulah orang kita kebanyakkannya. Buat tapi tak faham. Asalkan rasa benda itu baik. 
  5. Pemikiran macam ini membawa impak yang buruk kerana apa kita rasa baik, kebanyakkan tak baik dan apa yang kita rasa tak baik itu sebenarnya baik. 
  6. Sakinah membawa maksud ketenangan. Isteri dan anak-anak adalah sumber ketenangan. Buktinya terdapat di dalam al-Quran dimana Allah SWT menyuruh kita berdoa "Rabbana hab lana min azwajina wa dhurriyatina qurrata a`yunin wa'j`alna li'l muttaqina imama" yang membawa maksud Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (al-Furqan: 74)
  7. Mawaddah bermaksud perasaan cinta. Yang ni tak perlu hurai panjang semua orang tau cerita tentang cinta. Perasaan cinta kurniaan Allah supaya suami cenderung kepada isteri dan isteri cenderung kepada suami.
  8. Rahmah. Ada orang terjemah perasaan kasih-sayang. Tak. Saya terjemah, Rahmah membawa maksud kasihan. Perasaan cinta, kita tau ia tak kekal lama. Didalam perasaan Rahmah lah terdapat setia. Perasaan cinta akan hilang bila usia semakin meningkat. Jadi apa yang mengekalkan rumah tangga ialah Rahmah. Teringat isteri dulu masa muda-muda jaga makan pakai, jaga anak-anak kita. Isteri pula teringat masa suami muda-muda dulu kerja teruk, berpanas-hujan cari rezeki nak bagi makan yang halal kepada keluarga.
  9. Bila kita faham makna perkataan ini. Kita akan bersungguh ucap kepada orang kerana kita faham maknanya. 
  10. Samalah juga seperti solat. Carilah makna setiap bacaan solat. InsyaAllah jika kita tau makna apa yang kita ucap. Kita akan bersungguh dan khusyuk di dalam solat. Allah berjanji, siapa yang khusyuk dalam solat, ia akan berjaya. 
Sekian.

No comments: