Tuesday, August 29, 2017

Jangan Terjun Dalam Parit Dengan Orang Ramai!!!

Bismillahi
Assalamualaikum w.b.t
  1. Malu membentuk cara fikir. Sekalipun kurang ilmu, malu mungkin akan menjadi benteng kepada kerja perbuatan melampau atau lalai kita di dunia. Mungkin ia akan jadi penyelamat kita menghadap Allah swt kelak.
  2. Ukur Malu dengan hujah bukan dengan pandangan orang lain. Memang benar, majoriti masyarakat mendefinisikan tahap malu masyarakat itu sendiri. Disebabkan itu, terlalu ramai diantara kita berhujah dengan perbuatan orang lain. "Tu orang lain buat takpa pun." 
  3. al-Imam Malik rhm, Imam ahli sunnah. Imam yang keras berpegang dengan sunnah dalam sejarahnya. Beliau menjadikan Amalan Ahli Madinah sebagai salah satu hujah dalam dalam mazhabnya. Pun begitu, jumhur ilmuan kemudian mengkritik beliau, termasuk anak murid yang dekat dengannya iaitu al-Imam Syafie rhm. 
  4. Sedang Amalan Ahli Madinah. Bumi yang mana dibangun oleh Baginda Rasul saw, bahkan bumi itu juga dikebumikan jasad Baginda yang mulia itu, tidak diterima amalan penduduknya sebagai hujah, inikan pula amalan penduduk Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang atau mana-mana sahaja bumi yang selainnya. 
  5. Kalau ada 10 ribu di suatu tebing parit yang kotor jijik. 9,999 orang terjun. Adakah kita yang seorang perlu ikut sama terjun sedang kita tahu tiada kebaikkan untuk terjun ke dalam parit itu.
  6. Janganlah macam tu.
  7. Tapi susah nak cakap dengan bulu ayam yang duduk serumpun. Kata kurang, salah faham maksud, kata lebih terasa hati pula. Lagi payah kalau takmau dengar kata langsung. Pegang pepatah poket aku poket kau, kubur aku kubur kau.
  8. Lebih baik ada sedikit malu kalau tiada ilmu. Sekurang-kurang tidaklah terjebak dengan perkara yang tidak baik atau amal yang memalukan.
  9. Sekarang. Ilmu takdak malu pun takdak. 
  10. Pemalas pula cari ilmu. Ingat duit boleh bawak masuk kubur. Bini pun tak boleh la.
Sekian. 

No comments: